Anak perantauan pasti akan pulang ke kampung halaman untuk menyambut hari raya Aidilfitri. Paling ditunggu pastinya air tangan ibu tercinta! Juadah wajib seperti lemang, ketupat, rendang, kuah lodeh, ayam masak merah, nasi minyak, wajik, dodol dan pelbagai biskut raya pasti terhidang. Itulah antara kemeriahan suasana hari raya yang ditunggu-tunggu selepas sebulan mengerjakan ibadah puasa.

Golongan ibu semestinya paling sibuk di dapur, selain enak, mereka juga perlu memikirkan juadah yang disediakan berkhasiat. Walau ringkas mana pun menu yang dimasak ibu, anak-anak pasti akan makan berpinggan-pinggan. Air tangan ibu memang terbaik!

Boleh Menangis Teringat Rendang Ayam Ibu, Sedapnya! Tak Terkata

Aidilfitri Terkenang Rendang Ayam Ibu

Setiap tahun menjelang Aidilfitri pastinya anak-anak akan teringat-ingat Rendang Ayam masakan ibu. Sememangnya tak lengkap hidangan tanpa ketupat dan rendang.

Momen paling berharga sudah pasti sewaktu menjelang hari raya. Malah ramai terkenangkan memori membantu ayah, ibu, nenek dan atuk mengemas rumah, mengacau dodol, membakar lemang dan memasak rendang di petang raya. Sebelah malamnya pula, kanak-kanak akan bemain bunga api.

Kerinduan terhadap kampung halaman terutamanya kepada ibu bapa dan keluarga begitu membuak-buak buat anak perantau, boleh mengalir air mata jika tidak dapat bersama mereka. Raya pertama pula merupakan momen paling indah apabila saudara mara datang menziarahi jadi dapatlah mengeratkan kembali silaturahim.

Boleh Menangis Teringat Rendang Ayam Ibu, Sedapnya! Tak Terkata

Boleh Menangis Teringat Rendang Ayam Ibu, Sedapnya! Tak Terkata

Kecerian bertambah apabila masing-masing segak mengenakan salinan lengkap baju Melayu bersama sampin. Manakala golongan wanita pula begitu manis berbaju kurung mahupun kebaya.

Setahun sekali meraikan Aidilfitri bersama yang tersayang pasti meninggalkan kesan manis untuk diingati. Antaranya sudah pasti sewaktu menikmati menu Rendang Ayam masakan ibu di pagi raya. Berganda kegembiraan apabila dapat makan bersama keluarga tercinta, sambil menunggu kunjungan dari sanak saudara.

Tip Masak Cara Mudah & Sihat

Memasak sebenarnya boleh menjadi rutin menarik bagi setiap individu, asalkan mempunyai pengetahuan mengenai asas penyediaan makanan dan kaedah yang boleh dipelbagaikan. Di rumah, sudah semestinya ibu akan cenderung menggoreng dan menumis hidangan mengikut selera ahli keluarga. Ini kerana kaedah memasak sebegini dianggap mudah, ringkas dan cepat disediakan.

Apatah lagi apabila tibanya musim perayaan sudah pasti setiap ibu mahu menyediakan yang terbaik buat anak-anak kesayangannya. Malah ibu juga memilih kaedah memasak yang sesuai diamalkan untuk kesejahteraan sekeluarga.

IKLAN

Setiap hidangan yang dihidangkan mempunyai kebaikan dan khasiat yang tersendiri. Menjadi kewajiban masakan ibu disempurnakan dengan sentuhan Kiub Pati Ayam Knorr. Pada musim perayaan ini setiap ibu juga pasti mengambil berat tentang keperluan pemakanan anak.

Penyediaan makanan yang mudah juga boleh dipraktikkan. Terutama buat ibu yang bekerja dan punya anak kecil.  Golongan ibu juga mencipta hidangan Rendang yang lazat dengan mudah di rumah dengan kiub Ayam Knorr. Sekali rasa pasti tak kan lupa!

 ‘Sentuhan Sempurna’ & Rahsia Rendang Enak

Rahsia keenakan Kiub Pati Ayam Knorr makanan akan bertambah sedap, penuh khasiat. Juga meningkatkan rasa dan aroma hidangan, dibuat dengan ayam rebus selama empat jam dengan faedah tambahan zat besi.

Paling utama Kiub Pati Ayam Knorr juga merupakan ‘sentuhan sempurna’ untuk melengkapkan masakan golongan ibu.

Boleh Menangis Teringat Rendang Ayam Ibu, Sedapnya! Tak Terkata

Resipi Rendang Ayam Knorr

Resepi sedap yang wajib dihidangkan di pagi raya iaitu pelbagai jenis rendang sebenarnya bukanlah sesuatu yang mudah untuk disiapkan. Namun ianya menjadi mudah dengan satu rahsia iaitu memasak penuh kelazatan dengan menggunakan Kiub Pati Ayam Knorr. Ibu-ibu jom cuba masak Rendang Ayam Knorr dengan resipi yang cukup ringkas dan pasti enak ini!

Bahan-bahan diperlukan untuk resipi ini:

Untuk bahan-bahan A:

1 ekor Ayam

IKLAN

½ kg Santan segar

4 sudu besar kerisik/kelapa goreng

2 keping Asam keping

2 helai Daun kunyit – dihiris

1 atau 1 ½ Knorr Kiub Pati Ayam

Untuk bahan kisar

2 inci / (25 gram) halia

½ inci / (10 gram) Kunyit hidup

IKLAN

4 biji / (170 gram) Bawang besar

5 biji / (50 gram) Bawang merah

4 batang serai

3-4 sudu besar / (120 gram) Cili kering – dikisar

Untuk Hiasan

5-6 helai daun limau purut – dihiris

Langkah-langkah:

  1. Masukkan semua sekali ke dalam kuali dan masak sehingga rendang kering yang disukai.
  2. Masukkan asam keping dan kiub pati ayam Knorr. Jika suka, boleh masukkan sedikit gula. Masak sehingga kering yang disukai.
  3. Tambahkan daun kunyit, kacau rata.
  4. Akhir sekali, tabur daun limau purut, dan boleh tutup api.

Layari  www.nakmakanapa.com.my untuk pelbagai resipi enak dari Knorr.

Mak-mak tak perlu risau jika mahu menyediakan hidangan dalam kuantiti yang banyak pada Aidilfitri ini. Mudah saja dengan Kiub Pati Ayam Knorr sebagai kemudahan, meningkatkan rasa pasti menu hidangan hari raya akan lebih lazat. Sekali makan pasti akan teringat selalu!

Untuk keterangan lanjut layari Facebook @KnorrMalaysia Instagram @KnorrMalaysia.

Cara ringkas memasak Ayam Rendang untuk dihidangkan kepada tetamu pada Aidilfitri ini. Aromanya sungguh menusuk kalbu! Satu rahsia turun temurun dari ibu tercinta, sudah pasti memasak penuh kelazatan dengan menggunakan Kiub Pati Ayam Knorr.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI