
Dalam membina bisnes, ramai mungkin lebih memberi perhatian kepada produk, jualan dan strategi pemasaran.
Namun bagi mentor usahawan dan Pengasas RichWorks Group Holdings Berhad (RichWorks), Datuk Wira Dr. Azizan Osman, satu lagi perkara yang tidak kurang penting ialah hubungan yang dibina sepanjang perjalanan perniagaan.
Menurutnya, keadaan ekonomi dan geopolitik yang mencabar bukan alasan untuk usahawan berhenti bergerak. Sebaliknya, mereka perlu terus mencari peluang, membina hubungan dan meningkatkan kapasiti diri serta bisnes.
“Ramai usahawan bukan kekurangan peluang, tetapi kadang-kadang mereka bergerak sendiri terlalu lama,” katanya.
Beliau berpandangan, berada dalam ekosistem yang sesuai dan bertemu dengan individu daripada latar belakang berbeza boleh membantu seorang usahawan melihat sesuatu daripada perspektif yang mungkin tidak pernah difikirkan sebelum ini.
Perkara itu turut menjadi antara fokus acara Court of Millionaires – Close Up With Founders sempena ulang tahun ke-18 RichWorks.
Berbeza daripada program bisnes biasa, acara tersebut menghimpunkan pemilik perniagaan, alumni RichWorks dan rakan strategik dalam suasana lebih santai menerusi aktiviti sukan pickleball.
Sekitar 200 pemilik bisnes dan tetamu daripada pelbagai latar industri menyertai acara berkenaan, termasuk beberapa tokoh daripada bidang sukan, media dan hiburan.
Bagi Azizan, networking bukan sekadar menambah kenalan, tetapi boleh membuka ruang untuk bertukar pengalaman, membina kepercayaan dan mengenali peluang yang mungkin tidak terlihat sebelum ini.
“Bisnes juga tentang hubungan, siapa yang kita kenal, siapa yang kita belajar daripada mereka dan siapa yang boleh membuka perspektif baharu kepada kita,” katanya.
Dalam tempoh berbaki beberapa bulan sebelum 2026 berakhir, beliau melihat masih ada ruang untuk usahawan membuat perubahan sekiranya mereka bersedia mengambil tindakan.
Antara usaha yang diperkenalkan ialah RichWorks Alumni, sebuah komuniti untuk bekas peserta program berhubung semula, membina jaringan perniagaan, berkongsi pengalaman dan melihat peluang baharu.
Hakikatnya, perjalanan membina bisnes tidak semestinya perlu dilalui seorang diri. Kadangkala, satu perkenalan, satu perkongsian pengalaman atau satu perspektif baharu mampu membuka jalan yang sebelumnya tidak kelihatan.
Untuk menyertai komuniti RichWorks Alumni, mereka akan dibawa ke dalam aplikasi mesej segera dengan pelbagai aktiviti akan dijalankan di situ.
Layari atau klik pautan ini >>> http://alumni.richworks.com/telegram.
Baca juga artikel: Sibuk Urus Bisnes & Keluarga Bukan Halangan Tya Arifin Genggam Ijazah. Wanita Memang Punya Keazaman Luar Biasa!