Sedapnya makan biskut roti rangup cicah dengan kopi o atau teh o.Pulak tu makan kudap-kudap ni masa musim hujan, sejuk-sejuk.Nikmat tak terkata.’Bahayanya’ bila dah mula makan memang payah nak berhenti.
Sebenarnya mak-mak boleh buat sendiri je di rumah. Sangat senang dan mudah nak buat, bahan-bahan pun tak banyak apa yang sedia ada di dapur je. Bakar guna guna air fryer, kalau takde pakai oven pun boleh.
Boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Puan Jauharatuddini Taib ini sebagai panduan;
“Kudap-kudap ringkas tapi apabila makan payah nak stop.Budak pun suka makan selain mak dan pak budak.Dekat bawah ada cara cara ibu dini share di setiap gambar”
BISKUT ROTI RANGGUP
Bahan-Bahan:
Roti
Buttercup
Marjerin
Gula Pasir
Cara Membuat:
1.Potong roti gardenia kepada empat bahagian.
2.Sapu buttercup, nak guna marjerin pun boleh terpulang ikut citarasa ye.
Ads
3.Dah sapu dengan butter cup.
4.Tabur sedikit gula pasir. Ni masing masing yang dah siap dan bersedia untuk dibakar.
5.Senang buat banyak banyak sambil buat kerja lain bakar jee sesambil menunggu turn.
Ads
6.Ibu dini guna air fryer je.Nak guna oven pun boleh.Set time 10 minit dulu..kalau belum garing tambah time sikit lagi..agak-agak lah ye. Tengok pada warna roti tu nanti.
8.Ni rupe yang dah siap bakar.
9.Satu buku roti gardenia panjang dapat banyak ni.Boleh lah kudap-kudap masa hujan ni minum dengan air kopi o.
Ads
Info Ekstra!
Suhu sis dini pakai 180. Masa kena agak jangan lama sangat.
5 minit tengok roti dah garing ke belum, kalau belum tambah sikit time.
Selamat mencuba, fresh dari oven.Sedappp!
MW: Semoga bermanfaat. Mak-mak bolehlah cuba buat sendiri biskut roti rangup di rumah. Anak-anak dan keluarga mesti suka.
Ada caranya untuk buat Jeruk Mangga sedap, rangup tak lembik tanpa guna bahan pengawet dan kapur. Bukan apa sebaiknya elakkan guna bahan pengawet untuk mengekalkan kerangupan atau ketahanan sesuatu makanan untuk kesihatan diri. Jadi jika ada banyak buah mangga di rumah boleh buat sendiri jeruk mangga ini. Lebih jimat, terjamin kebersihannya dan paling penting tanpa bahan pengawet.
Boleh cuba cara dan tip yang dikongsikan oleh Puan Akma Razali ini sebagai panduan.
Saya nak share cara membuat jeruk yang rangup dan tidak lembik, tanpa guna kapur rasa inshaallah memang sedap dan tidak mengecewakan. Resepi ni mak saya yang ajar. Terima kasih mak resepi mak semua terbaik. Moga secebis ilmu ini bermanfaat buat semua.
1. Buang kulit dan basuh bersih buah mangga muda tersebut.
2. Potong mengikut citarasa masing-masing, saya suka panjang-panjang macam ni.
3. Cari bekas yang ada bertutup.
4. Masukkan air paip (air bertapis), separas buah.
5. Kemudian, masukkan garam kasar.
6. Masukkan pula cuka.
7. Kacau sebati,toksah ganas-ganas timbul balik je untuk cuka tu sekata dengan air.
8. Tutup, biarkan di luar untuk semalaman. Tipuware ni memang khas saya guna untuk buat jeruk, sebab tutup nye jernih. paling best buat jeruk buah kelubi, fuhhhhh rangup dan tidak kecut tau.
9. Ok ni rupa nye jelitawan ni selepas berendam semalaman.
10. Tapis buang semua air rendaman tu (tak perlu basuh ya) masa ni gigit rasa masih rangup ada masin dan masam sikit.
11. Ok masakkan gula, kalau suka jeruk rasa manis boleh boh gula lebih,tapi saya suka rasa jeruk yang masam-masam manis.
12. Dah tapis tadi, masukkan ke dalam balang macam ni.
13. Setelah air gula sejuk, baru la masukkan dalam balang tadi. Tunggu betul-betul sejuk tau, jangan curah panas-panas pulak, lepastu simpan peti ais 1 malam lagi.
14. Ni rupa jelitawan tadi lepas bermalam 1 hari lagi. Dah boleh makan. Inshaallah jeruk ni masih rangup tidak lembik.
Air gula yang kita letak tu lepas sebati dengan buah, air akan berasa masam-masam manis dah. Bukan manis leting macam masa mula-mula nak letak tu,sebab tu saya biarkan semalaman lagi dia dalam peti ais.
Jeruk rangup krup krap & tidak lembik juga tiada bahan pengawet.
Info Ekstra!
Ada beza sikit guna garam kasar dan garam biasa.Tapi boleh je guna garam biasa, cuma sukatan kurangkan dari 2 genggam sebab garam kasar tak semasin garam biasa/halus.
Air tengok keadaan buah banyak mana, kalau 6 biji ni saya guna 500ml je air.Yang penting jangan cair sangat dan jangan pekat sangat air gula, sebab nanti air dalam buah tu keluar juga.
Paling lama saya pernah simpan dalam peti ais sebulan, lepastu habis jeruknya. Tak pernah dapat test simpan lama, lagi pon jeruk ni tiada bahan pengawet.
Selamat mencuba, moga sedikit ilmu ini bermanfaat buat semua.
Mingguan Wanita: Ada buah mangga muda di rumah, mak-mak boleh cuba buat jeruk ikut cara dan tip yang dikongsikan ini. Memang sedap, rangup tak lembik dan paling penting tanpa bahan pengawet.
Menariknya resipi Bebola Ayam Bercheese ni. Guna 4 bahan je salah satunya daging burger. Sesuai untuk bawa bekal anak-anak ke sekolah. Nak buat pun mudah sangat dan bahan-bahan tak banyak. Bagi mak-mak dan anak-anak yang suka cheese tu, boleh cuba resipi ni.
“Pagi ni buat bebola ayam bercheese, buat bekal anak-anak sekolah. Saya guna daging burger je, cheese mozzarella yang ketul senang nak potong. Sebelum masukkan dalam bekas, ibu jadi tester dulu.”
Bahan-Bahan:
Cheese mozzarella
Daging burger
Breads crumps
Telur 1 biji
Minyak untuk menggoreng
*Saya tak guna secubit garam pun.
Cara Membuat:
1. Guna daging lembu pun boleh, saya potong 8 dapat banyak. Ambil sekeping daging tu, terus balut kat cheese.
2.Kalau nak besar-besar potong 4 je tapi cheese pun kena besar la.
3.Buat comel-comel camni…senang anak nak makan. Celupkan dalam telur yangg dipukul, golek-golek kan dalam bread crumbs, goreng tenggelam hingga kekuningan.
Banyak ni guna 2 peket daging burger, 1 peket cheese ketul tu.Daging sekeping tu saya potong 8 jadi dapat banyak. Kalau nak buat besar potong 4 je, cheese kena besar jugak.
Rupanya bila rebus pucuk ubi letak sedikit baking soda ia jadi lembut elok warnanya cantik kehijauan. Bukan apa pucuk ubi adakalanya ia tak berapa lembut malah warnanya juga tak cantik seperti lebam dan berbirat selepas direbus.
Pucuk Ubi antara sayur kampung yang memang sedap dicicah dengan sambal belacan. Malah banyak khasiatnya apabila dijadikan ulaman.
Boleh ikut cara rebus pucuk ubi lembut dan warna cantik kehijauan seperti yang dikongsikan oleh Abd Rahman Tayun ini.
Sayur-sayur dah naik harga, kita masak pula sayur kampung. Pucuk ubi pun jadi la. Pucuk ubi ni kalau direbus, makan pulak dengan sambal belacan…laju je. Boleh juga masak lemak kuning dan lain-lain.
Lagi Menarik: Nak Makan Pucuk Ubi, Petua Ini Elak Kena Serang Angin
Bahan-Bahan:
Pucuk Ubi
Garam Kasar
Air secukupnya
1/2 sudu teh baking soda
Cara Rebus Pucuk Ubi:
1.Ramas pucuk ubi dengan garam kasar dan sedikit air.
2.Bilas kemudian toskan.
3.Panaskan air letak 1/2 sudu teh baking soda
4.Masukkan pucuk ubi tadi.
5.Bila dah lembut terus tapis dan masuk dalam bekas air + air batu.
Ibu kepada mangsa tragedi pembunuhan pelajar Bandar Utama mendedahkan anaknya ditikam lebih 200 kali. Beliau menafikan dakwaan palsu dan menyeru agar kejadian tragis ini tidak berulang di sekolah lain.