
Memang ada benarnya, pada setiap ruang bahagian rumah ada fungsi dan keistimewaannya yang tersendiri. Lebih-lebih bilik di ruangan bilik tidur yang merupakan tempat privasi bagi suami isteri.
Sesiapa pun tak dibenarkan masuk sesuka hati walaupun anak sendiri tanpa kebenaran mak ayahnya. Tempat privasi yang mak ayah kena ketatkan peraturan supaya anak-anak tak boleh sesuka hati masuk ke bilik.
Tempat Privasi, Tak Boleh Masuk
Hadam perkongsian ini;
Tau dak? Bilik tidur suami isteri adalah tempat privacy yang sesiapapun tak boleh masuk.Dalam Islam, ada masa-masa yang kita dilarang sama sekali masuk ke dalam bilik ibu bapa atau bilik yang ada pasangan suami isteri iaitu;
1) Sebelum Waktu Subuh
2) Tengah hari
3) Selepas Isyak
Anak-anak dilarang masuk ke dalam bilik IBU BAPA,
Ibu bapa dilarang masuk ke dalam bilik ANAK-ANAK yang dah berkahwin,
Saudara dilarang masuk ke dalam bilik saudara lain yang dah berkahwin,
Apatah lagi tetamu, dilarang masuk ke dalam bilik utama tuan rumah kecuali dengan izin.
Dalam bilik tidur ada privacy yang tak boleh orang tengok, hatta ‘katil’ itu sendiri privacy utama pasangan suami isteri.
Kalau ada adik beradik kita yang suka terjah bilik kita dengan pasangan, tegurlah adik beradik kita, bukan tegur pasangan kita supaya terima keadaan tersebut.
Kalau Ibu bapa kita suka masuk bilik kita dan pasangan, tegurlah ibu bapa kita dengan berhemah, bukan tegur pasangan supaya terima keadaan tersebut.
Ingat, sikap acuh tak acuh kita pada pasangan, besar kesan dia pada emosi dan kelakuan pasangan pada kita kelak.Pasangan yang hormat pada pasangan, pasti akan dibalas dengan hormat juga.
Buang perkataan ‘sporting’ untuk perkara yang memang bukan untuk ‘sporting’
Baca Lagi Di Sini:
Tutuplah Pintu Tandas Dalam Bilik Tidur, Selain Patuh Syariah Ada Sebabnya
“Bilik Tidur Ni Privasi Laki Bini, Anak Pun Tak Boleh Suka-suka Masuk!”
Nak Pikat Suami, Janganlah Pakai Kain Batik Dapur Ke Bilik Tidur…
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Setuju sangat, bilik tidur adalah ruangan privasi suami isteri yang sesiapa pun tak boleh masuk walaupun anak sendiri. Kena minta izin jika nak masuk, bukan main ‘terjah’ je sesuka hati.
Sumber : Puan Khalida
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Selesaikan Dulu Punca Kemalangan Maut, Barulah Cerita Pasal Car Seat

Pejam celik, lagi sebulan lebih penguatkuasaan pemasangan car seat dalam kenderaan persendirian akan bermula, iaitu pada Januari 2020. Ini salah satu langkah kerajaan untuk melindungi keselamatan bayi dan kanak-kanak dalam kenderaan.
Di pihak mak ayah pula, bagaimana? Kata Ustaz Khairul Anuar Basri, isu yang lebih besar bukanlah semata pemasangan car seat. Tetapi sikap dan kelalaian pemandu itu yang perlu diperhatikan. Kerana itulah punca utama kemalangan maut atas jalan raya.
Ketahui Punca Kemalangan Itu Sendiri
Sekarang, sampailah masanya saya menulis tentang penguatkuasaan penggunaan car seat bagi kanak-kanak bermula 1 Januari 2020.
1 fakta yang tak boleh kita nak nafi ialah; sebab kematian kanak-kanak paling utama selepas lemas dan tercekik ialah kemalangan.
Hakikat ni kita semua setuju. In fact, penggunaan car seat bagi kanak-kanak patut dialu-alukan oleh semua pihak sebab ia boleh mengatasi punca kematian kanak-kanak akibat kemalangan.
Fakta yang saya nak bincang jugak secara objektif kali ni ialah; kita ada 1 lagi masalah besar selain daripada punca kematian kanak-kanak (tak guna car seat) iaitu PUNCA KEMALANGAN itu sendiri.
Yes, kalau kita nak selesai punca kematian kanak-kanak dalam kemalangan iaitu tak guna car seat, maka bila guna car seat, harapnya boleh berkuranglah kematian kanak-kanak.
Saya pun setuju.
Tapi, ia tetap tak menyelesaikan ibu lagi besar punya masalah iaitu kemalangan itu sendiri.
Sikap Dan Kelalaian Itulah Punca Kemalangan Maut
Saya rasa semua orang setuju, kalau kita selesai punca kemalangan, maka dengan sendirinya punca kematian akan dapat diselesaikan.
Kalau kita selesai punca kematian akibat kemalangan sahaja, tanpa kita selesaikan punca kemalangan, maka kemalangan tetap akan berlaku dengan banyaknya sampai bila-bila.
Ini masalah sebenar yang jauh lebih besar dan patut kita ambil berat. Jangan buat tak nampak, atau pandang sebelah mata.
Saya rasa, semua orang setuju, kemalangan banyak berlaku (dan banyak juga kemalangan maut) di negara ini ialah berpunca daripada SIKAP dan KELALAIAN.
Betul tak?

Pemandu Yang pernah Terbuat Ini.. Insaflah
Selesaikan masalah ni dulu sebelum pergi jauh sampai ke car seat.
- Bawak kereta laju macam pelesit : ini sikap yang mengakibatkan kemalangan.
- Langgar lampu kuning traffic light : ini sikap yang mengakibatkan kemalangan.
- Main handphone masa bawa kereta : ini sikap yang mengakibatkan kemalangan.
- Masuk simpang tak bagi signal : ini sikap yang mengakibatkan kemalangan.
- Bawa kereta terhegeh-hegeh, sekejap brek, sekejap brek : ini sikap yang mengakibatkan kemalangan.
- Bawa kereta macam kura-kura tanpa rasa bersalah di lorong paling kanan : ini sikap yang mengakibatkan kemalangan.
- Bawa kereta tanpa rehat, mengantuk dan letih : ini sikap yang mengakibatkan kemalangan.
- Dan banyak lagi la kalau nak cari punca berlaku kemalangan. Dan semuanya berkait dengan sikap. Kena ubah sikap. Kena fikir dan buat sesuatu supaya sikap ni boleh diubah.
Kuat Kuasa Hukuman Kaw Kaw
Saya pernah terfikir, banyak benda boleh dibuat oleh pihak kerajaan atau penguatkuasa macam JPJ dan Polis Trafik. Salah satunya, beratkan lagi hukuman. Biar kow-kow punya.
- Saman bagi lagi tinggi.
- Bagi hukuman penjara pulak.
- Batalkan dan haramkan terus lesen memandu untuk kesalahan yang berulang.
- Buat kerja kemasyarakatan dan sebagainya.

Penguatkuasa Pun Buat Kerja Biar Ikhlas
Semua ni akan menyebabkan (sedikit kalau tak banyak) sikap masyarakat akan berubah. Dengan syarat, pihak penguatkuasa pun buat kerja biar ikhlas.
- Jangan buat road block tempat terpilih pada masa terpilih. Atau bila dah cukup target, angkat kon, cabut balik. Nampak sangat macam dah meet target berapa saman keluar, maka selesai kerja.
- Jangan kasi can dan bagi ruang pesalah kow tim dengan duit kopi. Yang ni tak payah ulas panjang. Nanti kecoh pulak. Ramai ada pengalaman ni termasuk saya sendiri.
- Jangan la letak kamera speed trap di tempat yang orang tahu. Ini memang kartun tahap gaban la. Ada kamera kat highway PLUS dari Bangi menuju Kajang, sampai kat kamera tu, semua kereta bawa kereta macam siput. Lepas je kamera, semua pecut macam babi!
Tak ke kerja sia-sia tu wahai yang cerdik pandai?
Dan saya pernah terfikir, kadang-kadang, nak bagi pemandu behave ni (slowkan speed dan sebagainya), letak kon oren tu tengah jalan pun orang dah slow dah. Tak payah pacak roadblock pun.
Kan? Kan? Kan?
Saya pun pelik, kenapa bila kita berada di luar negara, kita boleh behave macam malaikat? Bawa kereta ikut peraturan jalanraya. Nak jalan kaki pun solan santun. Nak buang sampah pu cari tong sampah.
Tapi balik sini, perangai macam setan! Serba serbi langgar.

Baguslah Ada Car Seat, Tapi..
Macam lampu isyarat kan.. lagi kuning lagi dia pecut. Itu yang kalau eksiden, terus mati tu.
So, balik semula kepada car seat tadi.
Ye, baguslah ada car seat. Tapi, praktikalkah dari segala segi?
- Kos – saya baru tulis 2, 3 hari lepas pasal kos belajar bila nak masuk sekolah awal tahun yang bikin mak bapak sakit jiwa. Lagi nak tambah dengan car seat pulak? Kalau 1 berapa? Kalau 2? Kalau 3?
- Pratikal – tak semua orang pakai kereta besar. Ada yang kereta kecil, anak pulak ramai. Dah elok-elok boleh sumbat 5 orang anak kat belakang, terus tinggal 2 orang je sebab dah isi dengan car seat.
- Penguatkuasaan – macamana nak buat tu? Polis dan JPJ diorang guna tak car seat tu untuk kereta diorang? Saya pernah tengok, geng-geng ni pun kalau bawa kereta seat belt pun tak pakai.. oppsss… maaf Tuan..
Dan lain-lain lagilah ye.. tapi yang paling besar masalah kewangan tu la.
So, kesimpulan yang saya nak bagi ialah :
- Cari benda lebih penting untuk selesai. Kemudian selesaikan dulu.
- Peringatan : jangan lepas ni bila dah orang semua habis duit beli car seat, kerajaan nak kaji balik semula pulak. Macam tak biasa kan? Dah banyak kali jadi sebelum ni.
Okbai..
Selamat berbincang dengan aman.
Saya tulis pendapat saya je. Kalau tak setuju, gi buat status dekat wall sendiri. Tak payah tulis panjang-panjang kat sini.
Ngeh ngeh ngeh…
#KAB
– Cikgu Mohd Fadli Salleh kata, kalau hati tak kering, jangan coba-coba nak tulis macam ni
Sumber/Foto : Khairul Anuar Basri
Makluman : Artikel ini diterbitkan dengan keizinan daripada penulis asal.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Bila Bakal Mak Mentua Red Flag, Wanita Tak Payahlah Teruskan Perkahwinan

Bila bakal mak mentua red flag, wanita tak payahlah teruskan perkahwinan. Perkahwinan adalah satu ikatan suci yang menyatukan dua individu dan keluarga. Ia bukan hanya tentang cinta antara dua hati, tetapi juga tentang keserasian antara keluarga kedua-dua pihak.
Bila Bakal Mak Mentua Red Flag, Wanita Tak Payahlah Teruskan Perkahwinan

Salah satu elemen penting yang harus diberi perhatian adalah hubungan dengan bakal mak mentua. Dalam sesetengah kes, masalah dengan bakal mak mentua boleh menjadi petunjuk awal (red flag) bahawa perkahwinan tersebut mungkin menghadapi cabaran besar di masa hadapan.
Berikut adalah beberapa tanda yang wanita perlu waspada:
1. Campur Tangan Berlebihan
Jika bakal mak mentua sering campur tangan dalam semua aspek perancangan perkahwinan atau hubungan, ini boleh menjadi tanda bahawa dia mungkin sukar untuk memberi ruang kepada anaknya dan menantunya untuk membuat keputusan sendiri. Campur tangan yang berlebihan boleh menyebabkan ketegangan dan konflik dalam hubungan pasangan.

2. Tidak Menghormati Batasan
Bakal mak mentua yang tidak menghormati batasan dan privasi pasangan juga adalah satu red flag. Ini termasuk masuk campur dalam urusan peribadi, membuat keputusan tanpa berbincang, atau mengabaikan keinginan pasangan. Sikap ini boleh menimbulkan rasa tidak selesa dan ketegangan dalam hubungan jangka panjang.
3. Sikap Negatif dan Kritikan Berterusan
Jika bakal mak mentua sering bersikap negatif atau memberikan kritikan berterusan terhadap bakal menantunya, ini boleh memberi kesan buruk kepada keyakinan diri dan emosi wanita tersebut. Kritikan yang tidak konstruktif dan sikap negatif secara berterusan boleh merosakkan hubungan dan menimbulkan rasa tidak puas hati.

4. Mengabaikan Kesejahteraan Emosi Anak Lelaki
Bakal mak mentua yang mengabaikan kesejahteraan emosi anak lelakinya dan hanya mementingkan kehendak sendiri juga adalah satu tanda amaran. Dia mungkin tidak memahami atau menghormati keperluan dan perasaan anaknya, yang boleh membawa kepada konflik dan tekanan dalam perkahwinan.
Baca artikel lain juga: Mak Mentua Benci Dengan Menantu Perempuan, Ada Saja Yang Tak Kena Di Mata Dia
Mak Mentua Jangan Sibuk Cari Salah Menantu, Perbetulkan Anak Lelaki Sendiri Dulu
5. Sikap Mengawal
Sikap mengawal atau dominan dari bakal mak mentua boleh menyebabkan masalah dalam perkahwinan. Jika dia selalu mahu mengawal setiap keputusan yang diambil oleh pasangan, ini boleh menyebabkan ketegangan dan perasaan tidak puas hati. Pasangan perlu mempunyai ruang untuk berkembang dan membuat keputusan bersama tanpa campur tangan yang berlebihan.
6. Tidak Menerima Pasangan dengan Sepenuh Hati
Bakal mak mentua yang tidak menerima pasangan anaknya dengan sepenuh hati atau menunjukkan sikap dingin dan tidak mesra juga adalah satu tanda amaran. Ketidakserasian ini boleh menyebabkan rasa terpinggir dan tidak diterima, yang akhirnya boleh merosakkan keharmonian dalam keluarga.
Dalam menjalin hubungan perkahwinan, hubungan dengan bakal mak mentua adalah satu aspek yang tidak boleh diabaikan. Jika terdapat tanda-tanda amaran seperti yang disebutkan di atas, wanita perlu mempertimbangkan semula keputusan untuk meneruskan perkahwinan.
Adalah penting untuk berkomunikasi dengan pasangan dan mencari jalan penyelesaian yang terbaik. Keserasian dan keharmonian antara keluarga adalah kunci kepada perkahwinan yang bahagia dan berjaya.
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Bila Suami ‘Teringin’ Nak Makan, BUATLAH Bimbang Inilah PERMINTAAN TERAKHIRnya, Jangan Menyesal!

Bila pasangan atau anak sekalipun teringin nak makan yang sebelum ini tidak pernah diberitahu, kalau boleh nak tunaikan. Tak kisah walaupun itu hanya biasa-biasa saja.
Bukan apa, kadang-kadang tanpa kita sedar, mungkin ini permintaan terakhirnya. Bila dah tiada dan pergi buat selamanya, ralat dan menyesal tak sudah. Minta dijauhkan.
Tapi itulah, kadang-kadang bila minta sediakan makanan atau apa sekalipun, kita endah tak endah. Mungkin ia hanya sekadar mengada-ngada.
Walau apa pun, kalau orang yang kita sayangi sama ada pasangan, anak atau ahli keluarga, sebolehnya tidak mahu mengecewakan permintaannya. Kecualilah kalau minta yang mahal atau di luar kemampuan, memang sajalah kan.
Inilah yang dikongsikan oleh Siti Suryani Yaakop tetang pasangan yang cukup ralat dan sangat menyesal dengan apa yang telah terjadi.
Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Pentingnya ‘Me Time’, ‘We Time’ Untuk Suami Isteri, Sebulan Sekalipun Dah Cukup!
Suami Isteri Ambillah Peluang ‘Pillow Talk’ Sebelum Tidur, Inilah Cara Kekalkan Momentum Cinta
Info Lebih Menarik DI SINI
Teringin Nak Makan, Permintaan Terakhir
Hari tu ada kawan saya kata dia mengantuk benar pagi tu. Geram pulak dengan suami dia. Pukul 2 pagi lapar. Minta nasi goreng. Dia suruh makan roti. Kawan tu tak nak. Terasa nak makan nasi goreng dia katanya.
“Kau buat tak?”.
“Habis tu. Buatlah jugak. Nasi goreng bodoh aku tu je. Tapi tu lah. Bersungguh. Licin”.
Baik kawan saya. Biasalah. Mulut bising tu biasa. Yang penting buat.
Bab macam ni teringat kisah seorang kenalan keluarga kami satu masa dulu. Mak saya cerita.
Isterinya tu dah masak siap dah untuk makan malam. Balik kerja suaminya bawa balik ketam.
Suruh masak kari. Si isteri ni pun kata lah dia dah masak. Dah ada lauk. Esok je lah masak kari tu.
Tapi rupanya tak sempat esok. Tengah malam nak ke pagi tu, suaminya sakit jantung. Meninggal. Tak sempat bawa ke hospital.
Sepanjang orang datang, isterinya asyik sebut hal suaminya minta kari ketam tu. Dia terkilan tak buat. Padahal tak pernah suaminya minta masak macam-macam. Tiba-tiba hari tu pulak bawa balik lauk suruh masak.
Saya sampai sekarang teringat kisah tu.
Sanggup Usaha & Cari
Patut ayah saya dulu saya ingat. Jangan sebut teringin nak apa-apa. Hujan ribut pun dia cari.
Ada sekali saya kata, sejuk-sejuk ni macam terasa nak sate. Sekejap tengok dia hilang dalam hujan-hujan tu. Rupanya cari sate.
Lepas tu tobat. Tak teringin nak minta apa dah. Takut digagaunya mencari nanti.
Kadang ye lah. Bab makan ni. Tiba-tiba tekak teringin sangat. Padahalnya benda tu bukan la apa pun. Ada masa teringin tu yang sambil lalu je. Takda pun takpa. Tapi ada masa memang teringin sungguh yang teringat tak habis-habis.
Tak dapat kadang boleh bawa merajuk hati.
Ni bukan pasal suami je. Isteri pun sama. Selagi laki bini kita ni bukan minta benda pelik-pelik, Insya Allah. Kita usahalah tunaikan. Sekarang lagilah senang. Kenderaan ada. Boleh pergi mana-mana. Main petik je semua. Tak nak petik, tekan. Laju je nanti sampai makanan.
Cumanya tinggal dua je. Kedera dan kesian.
Lain la dia minta sup daging gajah ke. Tenuk masak kari ke. Yang tu bolehlah diazankan dia.
Yang lakinya suka order milo panas dan biskut Hup Seng pukul 10 malam.
Mingguan Wanita : Mungkin kita anggap biasa dan ‘buang tabiat’, tapi sebenarnya inilah permintaan terakhir. Minta dijauhkan dan yang baik-baik saja,
Sumber: Siti Suryani Yaakop
#kaknis
Mingguan Wanita boleh diikuti juga di telegram :
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita
#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!

