Bila Tak Ada Duit Beli Susu Anak Akak Beli Je Susu Tea Pot, Janji Air Tu Warna Putih, Selang Selikan Bagi Sirap..

Share

Wanita ini pernah melalui satu kehidupan yang sukar lagi memeritkan. Pernah ketika zaman susahnya, dia tak mampu beli susu anak tapi cuma mampu belikan anaknya susu sejat Tea Pot kerana ketiadaan duit. Lebih sayu, susu itu pula diselang selikan dengan air sirap asalkan bayinya kenyang air.

Ini cerita Norsahida Mohamad Said (Pn Sheda Said), pengasas Elsee (produk LaMamma) yang pernah melalui saat-saat down dalam hidupnya.

Dikongsikan dalam sebuah catatan ringkas untuk memberi inspirasi kepada anda yang ketika ini sedang melalui ujian yang sukar dalam hidup. Sebelum ini MW pernah kongsikan kisah beliau. Bagaimana Allah Tolong Selesaikan Hutang RM1 Juta

yang pernah dihadapinya.

10 Tahun Dulu Akak Dah Puas Menangis

Akak pernah ditanya soalan begini, “Kak, macam mana akak kelihatan sungguh POSITIF walaupun dugaan bertimpa-timpa

Allahu dik, akak bukanlah seorang yang positif melampau. Tak tahu nak beza yang patut bertenang atau patut teriak.

Begini dik, akak rasa akak dah tak de airmata untuk menangis jika musibah datang. Sebab 10 tahun yang dulu, akak dah puas menangis!

Macam mana akak tak menangis dik, bila akak tak de duit nak beli susu anak, akak beli je susu tea pot. At least nampaklah air tu berwarna putih. Masa tu baby lagi berapa bulan. Selang seli bagi air sirap.”

Masa tu zaman akak difitnah, dihina. Almaklumlah, akak gagahkan diri untuk menumpang sudut kedai orang a.k.a bawah tangga kedai orang untuk berniaga.

Orang dok cerca ni jangan kira tapi akak belajar jadi telinga tebal. Akak buat buat tak dengar semua tohmahan orang semata mata kelangsungan hidup.

Dik, akak pernah berjalan kaki sejauh berpuluh kilometer. Pergi buat check up perut. Masa tu akak pregnant anak kedua. Kereta? Kereta kecil yang ada tu, akak sorok rumah kawan sebab dah 4 bulan tak bayar.”

Arghhh.. kalau akak nak cerita semuanya, akak takut awak yang tak kuat. Awak yang menangis berbaldi-baldi.

Akak cuma nak bagitahu ni, BERTENANGLAH walau apa jua situasi kritikal yang melanda sekarang.

 

3 Cara Ini Bantu Selesaikan Masalah

Belajar berlapang dada dengan ujian Allah. Belajar bertenang.

Jika awak fikir MASALAH, makin banyak masalah yang datang. Masa tu, awak dah tak boleh fikir solusi lagi.

Jika berlaku sesuatu yang tak diingini, yang menyentap jiwa kita, cuba buat ini:

1. Istighfar. Bertenang. Pasakkan dalam minda, Allah sedang perhatikan awak untuk bagi latihan ke NEXT LEVEL yang lebih tinggi.

2. Jangan menangis dulu. Cari solusi jangka masa pendek untuk selesaikan.

3. Tengah malam berusahalah untuk bangun. Haaaa.. masa ni, menangislah sungguh-sungguh. Bercakaplah seolah-olah Allah ada depan awak.

Ya, penting dik untuk diri kita sendiri kawal EMOSI kita. Supaya bila hati tenang, kita dilihat orang yang MENANG.

Dengan segala kepedihan dan keperitan semalam, akak dah lali dan masih boleh berlagak tenang.

Sumber/Foto : Facebook Page Pn Sheda Said

IKLAN