Bila mak mentua pilih kasih, menantu perempuan makan hati, selalu rasa tersisih. Dalam kehidupan berkeluarga, hubungan antara menantu dan mertua sering kali menjadi topik yang sensitif.
Salah satu isu yang kerap dibincangkan ialah apabila mak mentua dilihat bersikap pilih kasih terhadap anak-anak atau menantu-menantu mereka.
Bila Mak Mentua Pilih Kasih, Menantu Perempuan Makan Hati, Selalu Rasa Tersisih
Perkara ini boleh menimbulkan rasa tidak selesa, kecewa, dan mungkin juga kemarahan dalam kalangan yang terlibat. Namun, adalah penting untuk menangani situasi ini dengan bijaksana bagi menjaga keharmonian keluarga.
1. Fahami Punca Pilih Kasih
Pertama sekali, cuba fahami punca di sebalik sikap pilih kasih mak mentua. Adakah dia lebih rapat dengan anak atau menantu tertentu kerana faktor sejarah atau hubungan yang telah terjalin lama? Atau mungkin dia merasakan lebih mudah untuk berkomunikasi dengan seseorang berbanding yang lain? Memahami punca ini boleh membantu mengurangkan perasaan negatif dan memberi perspektif yang lebih jelas tentang situasi.
2. Bersikap Terbuka dan Komunikasi yang Jujur
Jika anda merasa dipinggirkan atau tidak dilayan dengan adil, penting untuk berbincang dengan pasangan anda terlebih dahulu. Kongsikan perasaan anda dengan cara yang jujur dan terbuka tanpa menuduh. Pasangan anda mungkin dapat memberikan pandangan yang lebih objektif atau membantu meredakan ketegangan dengan cara yang lebih berkesan.
3. Elakkan Sikap Dendam atau Rasa Tidak Puas Hati
Perasaan dendam atau rasa tidak puas hati hanya akan memburukkan lagi keadaan. Cuba elakkan daripada membanding-bandingkan diri anda dengan orang lain atau berasa rendah diri. Fokus kepada hubungan anda dengan pasangan dan anak-anak anda sendiri. Kebahagiaan keluarga anda adalah keutamaan.
4. Tingkatkan Hubungan dengan Mak Mentua
Ads
Salah satu cara untuk menangani pilih kasih ialah dengan cuba mendekati mak mentua anda. Luangkan masa bersama, cuba fahami minat dan kesukaannya, serta tunjukkan penghargaan terhadap usahanya. Walaupun mungkin sukar pada mulanya, usaha ini mungkin dapat membantu mengubah pandangan dan sikap mak mentua terhadap anda.
5. Sabar dan Bertolak Ansur
Dalam sesetengah situasi, bersabar dan bertolak ansur adalah kunci utama. Tidak semua perkara dapat diubah dengan segera. Bersikap positif dan sentiasa cuba mencari kebaikan dalam apa jua keadaan. Ingat bahawa membina hubungan yang baik memerlukan masa dan usaha yang berterusan.
6. Cari Sokongan Emosi
Jika situasi menjadi terlalu sukar untuk ditangani sendiri, carilah sokongan daripada orang yang dipercayai, seperti pasangan, sahabat, atau ahli keluarga yang lain. Kadang-kadang, berkongsi perasaan dengan seseorang yang boleh memahami boleh memberi kelegaan dan perspektif yang berbeza.
7. Utamakan Kebahagiaan Keluarga
Ads
Akhir sekali, sentiasa ingatkan diri anda bahawa kebahagiaan keluarga adalah matlamat utama. Jika hubungan dengan mak mentua menjadi terlalu tegang, fokus kepada kebahagiaan anda, pasangan, dan anak-anak. Dalam jangka panjang, kebahagiaan keluarga anda lebih penting daripada sebarang ketidakadilan yang dirasakan.
Pilih kasih daripada mak mentua memang boleh menjadi isu yang mencabar dalam sesebuah keluarga. Namun, dengan sikap yang bijaksana, kesabaran, dan komunikasi yang baik, situasi ini boleh ditangani dengan cara yang positif. Yang penting, sentiasa utamakan keharmonian dan kebahagiaan keluarga dalam segala tindakan yang diambil.
“Mayat orang terendam nie bau dia dari jauh dah boleh hidu. Kulit mereka pun dah tertanggal. Biasa badan mereka licin, beza dengan kematian biasa.
“Satu petua bila bau mayat begini, pantangnya jangan ludah. Sebaiknya telan air liur dan insya Allah bau mayat akan hilang serta merta.
“Biasanya bagi pengurusan mandi jenazah begini, kita akan lapik kain putih dahulu dan baru letak jenazah atasnya. Jangan gosok kerana isi dah lerai.
Ambil sabun dan taburkan. Paip air kita bungkus atasnya dan jirus perlahan pada jenazah. Tak lama, biasa sekejap. Habis mandi, kulit-kulit tertanggal kita satukan sekali…
Ikuti kisah pengalaman tukang mandi jenazah, Puan Lasminah Dul Siraj yang berpengalaman berpuluh tahun dalam pengurusan jenazah di Lembah Klang.
Ikuti video penuh temubual bersama dirinya di YouTube Mingguan Wanita dan Facebook jam 8 malam ini. Jangan lupa subscribe YouTube Mingguan Wanita.
Lokasi temuramah :- Tanah Perkuburan Islam Kg Kerinchi, Bukit C2 Pantai Dalam.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Namun sebenarnya dalam mendidik anak, ketegasan ini perlu demi memastikan anak yang sedang dibentuk tidak menjadi degil, keras kepala atau selalu hendak menang sahaja.
Jadi macam mana kita boleh menjadi mak ayah yang tegas tanpa menggunakan kekerasan yang melampau?
Haaa… jangan risau sebab jawapan itu ada dalam perkongsian ibu muda ini, Puan Farah, jemput baca…
Cara menghukum anak.
Ini adalah sedikit perkongsian dari buku The Art of Parenting. Saya ringkas tentang bagaimana sebenarnya cara yang baik untuk menghukum anak.
Pertama, kita harus faham tentang hukuman itu sendiri.
Di dalam buku ini, penulis menjelaskan pendapat beliau tentang hukuman yang sepatutnya.
1. Hukuman itu harus jarang jarang diberi kepada anak kerana ia jarang di perlukan.
2. Hukuman itu harus mengurangkan keperluan untuk hukuman yang seterusnya.
3. Hukuman yang berkesan mengurangkan masalah behavior anak anak. Seandainya ia tidak berkesan, jangan berterusan menghukum anak dengan cara yang sama. Sebaliknya tukar cara dan taktik hukuman itu.
Fokus kembali kepada maksud sebenar disebalik hukuman kita kepada anak anak-Mendidik/ change bad behavior.
4. Jangan hukum anak ketika marah.
Bila anda tengah marah.
Ada dua benda yang anda akan buat. Hukum anak.
Marah anak.
Jadi, apa yang anda buat contihnya menjerit, cubit anak…itu adalah sebenarnya luahan perasaan anda.
Bila anda kerap buat begitu, kadang kadang anak anak akan saja provok anda untuk marah.
Seronok pula tengok muka anda marah.
Jadi, sebelum hukum anak cek balik anda tengah marah atau tidak. Kalau tengah marah berhenti dahulu. Tarik nafas slowly. Pergi minum air dulu. Pergi duduk dalam bilik. Kalalau boleh kunci dulu diri sekejap. Lepas dah tenang baru keluar.
Kalau rasa masih perlu menghukum anak, maka silakam buat dengam emosi yang stabil dan pertimbangan yang rasional.
Kata penulis buku ini.
Hukuman akan berkesan apabila ia dirancang dengan baik dan bukan reaksi emosi semata.
Contoh:
Anak tak nak mengaji
Jadi hukumanya tidak boleh menonton tv.
Beritahu dengan jelas pada anak, hukuman itu kerana dia tidak mahu mengaji.
Kalau anda ikutkan emosi mahu di rotan anak itu. Tapi, ternyata hukuman rotan itu buat anak benci.
Jadi benci pada kita. Benci lagi untuk mengaji.
5. Jangan hukum dan memalukan anak.
Kalau nak hukum anak.
Jangan buat di depan orang.
Bawa dia masuk ke bilik, hanya anda dan dia.
Kalau anda biasakan hukum anak di depan orang anak akan rasa tujuan ibu hukum dia adalah sengaja untuk malukan dia.
6. Consistent
Kalau hari ini dia tak mengaji kena hukum tak boleh tengok tv, minggu depan pun sama.
Barulah anak akan respect dan dengar arahan kita.
7. Pilih hukuman yang mudah dan tidak memudaratkan.
Jangan pilih hukuman yang complicated. Pilih yang mudah dan praktikal untuk dilaksanakan.
Pastikan ia tidak memudaratkan juga
Contoh: Kurung anak di dalam bilik berjam jam tanpa beri makan. Itu kejam ya.
Hukumlah anak anak anda dengan penuh kasih sayang.
Apa pun, anak-anak merupakan amanah Allah. Kita perlu mendidik dengan sebaiknya semenjak kecil lagi supaya apabila besar kelak menjadi anak yang soleh dan sentiasa taat kepada Allah, Rasul dan mak ayah.
Semoga kita semua dapat mendidik anak dengan penuh rasa kasih sayang. Jangan biarkan anak takut kepada kita kerana rotan atau sifat kita yang suka memukul, biarlah anak memandang wajah kita dengan penuh rasa cinta.
Semoga bermanfaat.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Tak sabar rasanya untuk melangkah ke hujung minggu selepas penat berhadapan dengan pelbagai kerenah dan tekanan di tempat kerja. Inilah masanya untuk berehat dan menumpukan perhatian terhadap keluarga yang sememangnya memerlukan perhatian daripada ibu bapa.
Bayangkan, hujung minggu ini berehat sambil menikmati hidangan brunch yang menyelerakan, apatah lagi dengan akses kolam renang untuk si kecil!
Itulah keunikan yang ditawarkan Sunset Terrace Sunway Resort Hotel sempena Splash & Brunch setiap Sabtu dan Ahad di Aras 1 Sunway Resort Hotel bermula jam 12 tengah hari hingga 4 petang.
Pastinya anda sekeluarga sudah bersedia untuk merasai pengembaraan hujung minggu yang menakjubkan, menikmati pelbagai jenis makanan sambil anak-anak boleh bermain air sampai puas. pakej menarik dan berbaloi tersebut dicipta khas untuk memeriahkan rancangan hujung minggu bersama tersayang.
Makan Bersama Keluarga
Harga bermula RM208+ untuk dewasa dan RM104+ (kanak-kanak berumur 6 hingga 12 tahun) dan warga emas (60 tahun ke atas). Manakala kanak-kanak bawah 6 tahun adalah percuma. Hidangan bufet yang menampilkan seleksi hidangan brunch antarabangsa menjadi menu mengiurkan untuk sarapan pagi dan tengah hari tersebut.
Antara hidangan enak yang menarik pastinya memenuhi gastronomi anda termasuklah salmon and egg quesadilla, chicken and egg tacos, sausage gravy lasagna dan banyak lagi.
Bukan itu sahaja, hidangan brunch seperti shahshuka signatur, ayam dan wafel turut memenuhi ruangan buffet. Selain itu, hidangan berinspirasikan Amerika Latin seperti Roast Whole Lamb on the Spit, Salmon En Croute, Seafood Paella dan aneka churrasco turut menjadi pilihan bagi anda yang inginkan hidangan yang mengenyangkan.
Ruang kegemaran dan tumpuan kanak-kanak pastilah di hamparan mini-me , ruang Kids Dining pasti membuatkan mereka teruja untuk mengisi perut selepas penat bermain di kolam renang yang luas dan saujana mata memandang.
Sememangnya, keunikan yang ditawarkan Sunset Terrace Sunway Resort Hotel sempena Splash & Brunch ini bakal menjadi pilihan warga kota yang inginkan suasana percutian dalam bandar yang santai dan tidak jauh untuk dikunjungi.
Jika anda sekeluarga sudah bersedia untuk merasai pengembaraan weekend yang menakjubkan, jangan lepaskan peluang untuk memilih tawaran terbaharu hotel mewah tersebut.
Inilah masanya untuk seisi keluarga bersantai dan menikmati pelbagai hidangan istimewa sambil merehatkan diri di tepi kolam renang. Anda juga boleh membawa anak-anak untuk ke Kelab Kanak-Kanak Wonderland Explorers supaya masa berdua bersama insan tersayang tidak terganggu.
Ruang senggang hujung minggu pastinya lebih dimanfaatkan dengan keseronokan apabila berada bersama keluarga tersayang!
Bukan mudah untuk mengemudi sebuah ikatan perkahwinan apatah lagi untuk mengekalkan kebahagiaan tersebut dalam suatu tempoh yang panjang. Adakalanya dipenuhi dengan ranjau yang berliku dan setiap pasangan perlulah sentiasa bersabar dan mengharunginya bersama-sama.
Tun Dr Mahathir berkata toleransi serta perlunya menimbangkan perasaan pasangan dan masa depan anak-anak juga faktor penting dan kunci kepada hubungan mereka yang indah dan manis yang dikagumi oleh kebanyakan rakyat Malaysia.
Tun M : Saling Menerima Keadaaan Pasangan
Dalam wawancara eksklusif oleh The Third Age Media Association dan Bernama News Channel (BNC) tak lama dulu di Yayasan Kepimpinan Perdana, beliau berkata tiada siapa akan mampu mengubah pasangan mereka, sebaliknya mereka saling menerima keadaan masing-masing sebagai cara untuk menjalin hubungan yang sihat dan seimbang.
Dengan wajah tersipu-sipu dan senyuman manis, katanya beliau sentiasa terkenangkan kehidupan indah di waktu muda bersama-sama Tun Dr Siti Hasmah yang juga menjadi tulang belakang kejayaannya.
“Ya, isteri saya selalu berkata di belakang seorang suami yang berjaya ialah seorang isteri, bukan sekadar seorang wanita,” kata Perdana Menteri berusia 93 tahun itu (ketika wawancara dilakukan).
“Pada awalnya sudah pasti, semasa kami masih muda, kami ada perbezaan, ketegangan dan semua itu. Tetapi apabila anda bertambah tua anda sedar bahawa anda tidak boleh mengubah banyak diri pasangan anda dan beliau juga tidak boleh mengubah banyak diri saya dan kami belajar untuk saling menerima dan itulah diri sebenar seseorang itu,” katanya.
Saling Bertoleransi
Tatkala beliau menghabiskan banyak masa dalam politik, Tun Dr Siti Hasmah sentiasa menemaninya walaupun tidak terlibat dalam politik.
“Beliau menemani saya dan jika saya terpaksa tinggalkannya kerana saya ada kerja, beliau bertolak ansur dengan saya. Begitu juga saya akan bertolak ansur dengannya bagi perkara tertentu yang beliau lakukan, jadi saya fikir perlu ada toleransi,” katanya.
Dr Mahathir turut menekankan akan perlunya menimbangkan perasaan anak-anak kerana adalah satu bencana bagi keluarga apabila ibu bapa berpisah dan berkahwin lain.
“Anak-anak tidak akan mempunyai kehidupan yang baik. Jadi anda perlu prihatin terhadap anak-anak anda,” katanya.
Pasangan itu bertemu di Kolej Perubatan King Edward VII di Singapura (kini sebahagian National University of Singapore) pada 1947 dan berkahwin pada 1956.
Dr Mahathir pertama kali menjadi perdana menteri dari 1981 sehingga 2003, menjadi Perdana Menteri Malaysia yang paling lama berkhidmat, sebelum kembali menjawat jawatan nombor satu itu selepas Pilihan Raya Umum ke-14 pada Mei tahun 2018.
Dan melepaskan jawatan Perdana Menteri Malaysia ke-7 pada Februari 2020.
Semoga perkongsian ini bermanfaat dan menjadi panduan buat kita dalam mengekalkan kebahagiaan dan ikatan perkahwinan.
Air mata terakhir Zara Qairina, bersumpah & nafi mencuri sebelum temui ajal. Inkues kematian pelajar, Zara Qairina membuka kisah memilukan apabila arwah dilaporkan menitiskan...