Bila keluar berjalan, suami jangan berlagak bujang! Sudahnya isteri yang patah pinggang uruskan anak-anak seorang diri. Sebaiknya bantulah isteri uruskan anak-anak.
Apatah lagi bagi isteri yang tak bekerja dan bergelar surirumah, inilah waktunya dia merasa metime bila dapat keluar rumah seketika.
Ikuti perkongsian Firdaus Shakirin ini dan hadam baik-baik ya:
Bila Keluar Berjalan
Bila bawa isteri keluar makan atau berjalanjalan, kita yang suami ini jangan berlagak “BUJANG”…
Memang sudah cukup baik sebenarnya jikalau seorang suami ada kemahuan untuk bawa isteri dan anak-anak keluar makan luar, pergi melancong, jalan-jalan sana, sini…
Tapi janganlah biarkan isteri saja yang kena pegang anak, jaga anak, layan anak dan suapkan anak…
Ada suami yang bawa isteri makan di luar, elok saja si suami habis makan, terus bangun pergi hisap rokok. Isteri tak sempat jamah lagi makanan dia, baru tengah layan anak-anak. Suapkan anak-anak lepas itu suami datang ajak balik…
Sudahnya, isteri makan sikit, mampu jamah ala kadar…
Ads
Ada suami yang bawa isteri jalan-jalan, melancong di pusat peranginan tapi sepanjang melancong, suami jalan dekat depan, isteri jalan di belakang. Malah isteri yang jaga anak-anak dan isteri yang kawal serta pegang anak.
Suami melenggang, isteri patah pinggang…
Sudahnya Isteri Yang Patah Pinggang
Manfaat itu hanya dapat dekat suami seorang. Suami dapat release tension, dapat enjoy dan menikmati suasana itu. Manakala bagi isteri, dia rasa lebih baik duduk di rumah sebab dia lagi struggle jaga anak-anak bila di luar untuk keadaan yang macam itu…
Isteri tak betul-betul dapat feel bila mana situasi dia di luar dan di dalam rumah tu sama…
Ads
Suami perlu main peranan, kalau kita memang nak meraikan isteri, kalau kita memang hendak menggembirakan isteri, maka biar dia makan dan kita layan anak-anak. Bila bercuti, kita yang jaga, pegang dan kawal anak-anak…
Kalau kita still letak semuanya pada isteri, maka dia rela lagi duduk di rumah…
Mingguan Wanita : Berilah ruang untuk isteri berehat seketika, biarkan mak-mak menikmati makanan dengan tenang. Tak susah pun, malah bukan lama.
Masalah kecacingan. Itu biasa berlaku pada anak kecil. Apabila anak sudah berusia setahun, mulalah mak-mak risau bila tengok anak tak selera makan dan perut ada sedikit buncit. Mungkin itu yang menjadi penarik untuk mak-mak perhatian tentang keadaan fizikal anak. Malah, lebih tepat lagi bila mengatakan anak ada cacing
Cara yang patut dilakukan bila anak ada masalah cacing adalah dengan memberi ubat cacing yang disediakan oleh pihak hospital atau mak-mak beli sendiri di farmasi. Mungkn sesetengah rasa ubat itu membuatkan anak tidak makan ‘habis’ dan ada juga ubat yang mempunyai perasa untuk menarik perhatian anak. Semua ini bergantung kepada usaha-mak-mak.
Tidak Dirawat
Jangan mak-mak masalah cacing yang berlaku pada anak-anak adalah perkara biasa dalam tempoh pembesarannya. Semuanya silap. Ini kerana jika ia tidak dirawat, ia boleh membawa kepada masalah penyakit lain seperti kekurangan mineral, vitamin, kelewatan tumbesaran, anemia dan kerosakan usus.
Kebiasaannya anak kecil yang mengalami masalah cacing ini terdedah kepada tabiat harian yang kurang bersih seperti:
1. Tidak mencuci tangan dengan bersih sebelum makan.
2. Tidak memakai selipar atau bermain pasir tanpa pantauan.
Manakala bayi pula cenderung dijangkiti cacing kerana suka memasukkan barang ke dalam mulutnya. Selain itu, jangkitan cacing boleh berpunca daripada haiwan peliharaan seperti kucing melalui sentuhan.
Tanda Yang Biasa Dialami Oleh Anak (Dr. Zubaidi Hj Ahmad) 1. Anak kurang bertenaga dan kelihatan mudah letih. 2. Wajah kelihatan pucat. 3. Kurang selera makan. 4. Berat badan semakin menyusut. 5. Anak mengadu rasa gatal pada lubang dubur. 6. Terdapat cacing pada najis anak.
Rawat Guna Ubat Tradisional
Bagi yang mengalami masalah ini, ubat cacing adalah cara yang paling mudah untuk mengatasinya. Dengan hanya mengambil sebiji, ia boleh membantu dan perlu diambil lagi selepas enam bulan.
Walau bagaimanapun, bagi mak-mak yang ingin cara dan petua tradisional, bolehlah cuba petua yang dikongsikan oleh Wan Norma ini.
Katanya, hanya menggunakan tiga bahan asas yang ada kat dapur sahaja.
Bahan:
1. Asam keping
2. Garam
3. Air
Caranya:
1. Masukkan asam keping dan garam ke dalam periuk.
2. Kemudian masukkan air dan rebus sehingga garam larut. Kemudian angkat dan campurkan dengan air biasa.
3. Air itu digunakan untuk mandikan anak 2 kali sehari setiap pagi dan petang.
4. Amalkan selama dua atau tiga hari. Akan ada perubahan pada anak.
Selalunya kalau anak ada masalah cacing, selera makannya kurang. Mudah-mudahan, selepas amalkan ini, anak boleh makan tanpa perlu dipaksa.
MW: Kadang-kadang nak beli ubat cacing kat farmasi pun asyik lupa, bolehlah cuba guna petua ini. Moga ia membantu.
Sumber: Wan Norma
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Mak mana yang mahu anaknya sakit? Setiap kali anaknya sakit pastilah mak menjadi insan yang paling runsing. Bagaimana nak uruskan anak yang sakit, dalam masa yang sama menguruskan anak yang masih sihat dan rumah tangga. Tetapi segalanya wanita mampu lakukan jika dirinya tak dipandang serong.
Tetapi bila ada sahaja yang melabel dia tidak pandai menjaga anak hingga anak kerap masuk hospital dan sakit-sakit, ianya sangat menguji kesabaran dan mengundang rasa sedih sang isteri. Sebenarnya anak selalu masuk hospital tak bermakna mak tak pandai menjaga anak.
Di wad, Dari jauh saya dengar tangisan dan sendu..
Saya hampiri dan selak langsir, Si kecil belum pun mencecah usia 2 tahun, berdiri di lantai tepi katil, menangis sepenuh perasaannya sambil menarik-narik baju si ibu…
Minta didukung… Si ibu pula tak menghiraukan,
Tak tahu berapa lama sudah begitu. Si ibu muda menghadap ke dinding dan bahu kencang menahan sendu… Teresak-esak..
Menahan Sedih
“Eh puan, puan ok tak ni?” Sambil saya merendahkan posisi memberi ruang si ibu membuka bicara, dia menoleh… Kasihan basah seluruh tudung dengan air mata.. “Doktor, saya sedih, saya dah 4 hari sepanjang jaga anak di wad… pakai baju yang sama,” jelasnya dalam esakan. Oh ya, saya teringat, apabila saya minta untuk dibawa ubat anak yang di rumah, ibu ini sering membuat alasan, “saya cuba ya doktor” jawabnya pendek. Tak pernah dia memburukkan sesiapa. Walau dalam hati saya mahu saja bertanya kenapa si ayah tak kelihatan. ” Suami puan tak hantar pakaian?” …. Diam…. “Dia outstation ya puan” “… Sebenarnya, dia cuti tapi dia tak mahu datang……. “
Bukan Mudah
Saya sebagai isteri rasa sangat sedih bila mendengar katanya. Jaga anak yang sakit di hospital bukan mudah. Malah penat tak boleh cakap. Kalau si ayah pula seolah tidak menghiraukan. Siapa lagi… “Pasal baju ni, saya tak kisah sangat doktor, tapi bila SUAMI dan ipar duai saya kata, saya TAK PANDAI JAGA ANAK, sebab tu anak saya selalu sakit…, itu yang saya paling sedih…” Allah, Tolonglah jangan sesuka hati cakap orang tak pandai jaga anak. Tak bermakna anak kamu tak masuk wad, kamu pandai jaga anak. Tak bermaksud juga anak dia yang selalu masuk wad, dia tak pandai jaga anak.
Set Sempadan
Saya rasa di sini suami isteri perlu set ‘sempadan’. Antara isu rumah tangga yang perlu kesepakatan antara si suami dan si isteri dan isu yang boleh campur tangan keluarga kembangan.
Dalam isu anak yang sering tak sihat, 1. Suami isteri perlu kuat menguatkan, support each other.
2. Boleh minta nasihat keluarga kembangan, tetapi ia adalah pandangan mereka, suami dan isteri lebih memahami situasi rumah tangga maka buatlah keputusan atas perbincangan bersama suami, isteri.
3. Jika ada pandangan yang memburukkan salah seorang pasangan, sepakatlah, tetap perlu hormati mereka tetapi jelaskan dengan baik yang sebenar.
4. Kita semua manusia yang ada kelemahan, mereka juga. Jadi berlapang dadalah.
5. Rezeki, ajal maut, semua Allah SWT tentukan, utamakan bercerita pada-Nya berbanding manusia.
Alangkah sedihnya bila anak tak sihat, suami pula setuju menuduh isteri TAK PANDAI JAGA ANAK, yang pada masa yang sama si isteri terpaksa BERKERJA untuk membantu suami.
Bila masuk hospital, si isteri 4hari tak tukar baju. Sedih… Saya pasti para ibu yang membaca ni memahami rasa ibu ini… #SekadarRenungan
MW: Wanita ini seorang insan yang kuat sebenarnya, namun apabila dituduh bukan-bukan apa lagi melibatkan soal anak, memang akan memberi tekanan dan tamparan hebat buat mak-mak. Tidak tahukah setiap saat setiap mak-amak mendoakan anak-anak sihat dan mereka sanggup melakukan apa sahaja semata-mata ingin melihat buah hati mereka sihat.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Dalam hubungan perkahwinan, perkara yang paling penting adalah komunikasi di antara suami isteri. Isteri lebih tahu perangan suaminya berbanding orang lain, hatta ibunya sendiri. Namun seringkali tak ramai isteri yang sanggup berterus terang perangai suami, sebab nak jaga hati dan tak nak buat suami terasa. Sekaligus tidak mahu mengeruhkan keadaan dalam rumahtangga.
Kalau setiap hari isteri berterus-terang, maka ramai suami yang akan TERASA. Sebab apa yang keluar dari mulut dia tu adalah fakta, hakikat, realiti.
Dia bercakap tentang apa yang dia lalui, apa yang dia rasa, apa yang dia nampak, apa yang dia hadap semasa hidup dengan kita.
Tapi, tak ramai isteri yang sanggup berterus terang depan suami sebab nak jaga hati dan perasaan suami. Tak nak suami terasa, tak nak suami jauh hati, tak nak suami pulaukan dan abaikan dia untuk apa yang suami dengar dari mulut dia.
Banyak ja perangai kita sebagai suami yang tak digemari isteri. Isteri tak suka kita buat macam tu, macam ni.. Cuma dia tak cakap depan-depan.
Tak Nak Keruhkan Hubungan
Dia cakap berlapik, dia cakap berkias. Orang perempuan dalam hubungan ni, dia lebih fikir bab tak nak buat sesuatu yang boleh menjejaskan hubungan, yang boleh mengeruhkan keadaan.
Kalau kita suami pun ada pemikiran yang sama, insyaAllah, bahagia rumahtangga…kalau kita nak isteri berterus-terang cakap kat kita tentang diri kita, maka kita kena terbuka untuk terima dan bermuhasabah.
Kalau kita ego, maka kita akan MARAH dengan setiap luahan isteri sebab kita tak boleh terima yang itulah sebenarnya DIRI KITA sendiri.
Mingguan Wanita: Ada benarnya perkongsian ini. Setiap perangai suami, hanya isteri yang benar-benar faham dan lebih mengetahui. Banyak sebenarnya perangai suami yang isteri pendamkan sahaja, demi nak jaga hati dan tak nak buat suami terasa.
Safura syukur rumah tangganya bersama Shahronizam kekal kukuh meskipun pernah melalui badai dan hampir retak. Ini kisah penuh perjalanan 20 tahun perkahwinan mereka.