Ads

Biarpun Anaknya Sudah Bersemadi, Seorang Ibu Masih Teguh Menuntut Jawapan

Kasih seorang ibu tiada penghujungnya, meskipun jasad anak sudah lama bersemadi di perut bumi. Demi mencari jawapan sebenar di sebalik pemergian anak tercinta, Ummu Haiman Bee Daulatgun tekad meneruskan langkah di kamar mahkamah.

Biarpun Anaknya Sudah Bersemadi, Seorang Ibu Masih Teguh Menuntut Jawapan

Semalam, pasukan peguam yang mewakilinya memfailkan afidavit baharu di Mahkamah Tinggi Shah Alam bagi menyokong permohonan supaya kubur arwah Syamsul Haris Shamsudin, bekas pelatih Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (Palapes) Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai, digali semula untuk membolehkan bedah siasat kedua dijalankan.

Menurut peguamnya, Datuk Naran Singh Asa Singh, afidavit tersebut mengandungi rakaman audio daripada seorang individu yang mendakwa melihat kejadian pada 28 Julai lalu, hari yang sama arwah dikejarkan ke Hospital Kota Tinggi sebelum menghembuskan nafas terakhir.

Ads

Salinan transkrip dan rakaman USB itu telah diserahkan kepada hakim serta pihak berkaitan termasuk Kementerian Dalam Negeri dan Peguam Negara.

“Saya menegaskan, ini hak seorang ibu. Kami mahu kebenaran terungkap melalui bedah siasat kedua. Biarlah satu jawapan jelas diberikan untuk meredakan hati seorang ibu yang sedang meratap kehilangan,” ujar Naran Singh seusai prosiding.

Mahkamah akan membuat keputusan hari ini sama ada permohonan itu diluluskan. Hakim Datuk Bhupindar Singh Gurcharan Singh Preet memaklumkan beliau perlu meneliti afidavit baharu yang difailkan pemohon sebelum membuat keputusan.

Dalam notis usul terdahulu, Ummu Haiman, 45, memohon agar bedah siasat kali kedua dijalankan oleh pakar forensik Hospital Kuala Lumpur dengan pemantauan rapat peguam serta laporan rasmi dikeluarkan dalam tempoh sebulan.

Ads

Beliau turut memohon agar pasukan siasatan baharu dari Bukit Aman dilantik, selain mendesak satu inkues diadakan untuk menyiasat punca sebenar kematian anaknya.

Biarpun Anaknya Sudah Bersemadi, Seorang Ibu Masih Teguh Menuntut Jawapan

Ads

Jenazah Syamsul Haris, 22, telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Riching Ulu, Selangor, pada 29 Julai lalu. Pemergiannya meninggalkan persoalan yang belum terjawab.

Walaupun siasatan awal Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menafikan wujud unsur penderaan, hati seorang ibu masih enggan menerima hakikat selagi keadilan belum terbukti. Bagi Ummu Haiman, perjuangan ini bukan sekadar soal kebenaran, tetapi juga sebuah ikhtiar terakhir seorang ibu untuk membela maruah dan nama anak yang amat disayanginya.

Follow kami di TELEGRAMINSTAGRAMTIKTOKFACEBOOKTWITTER dan YOUTUBE

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Cerita Lain

Penganggur Direman Bantu Siasatan Kes Bunuh, Simpan Mayat Isteri

Kes bunuh isteri Seberang Jaya menggemparkan penduduk apabila seorang penganggur direman tujuh hari selepas dipercayai menyimpan mayat isterinya di sebuah pangsapuri.