“Ustazah, bulan ni dah dua kali saya datang bulan”
Berkerut dahi si ustazah mendengarnya.
Bila masuk ke dunia mengaji, nak-nak pula mengajar anak-anak muda membaca Al-Qur’an, akan ada yang datang mengadu masalah sebegini.
Diajak mengaji, terus digelengkan kepala dan tersengih-sengih tiba-tiba. Sebagai tanda untuk menyatakan bahawa dia sedang uzur syar’ie.
“Dah kira elok tak tempoh awak datang haid pertama bulan ni? Dah cukup tempoh 15 hari?”
Tiba-tiba air mukanya berubah. Kelu lidah. Ternganga mulut sambil memandang ustazah. Keliru mahu memberikan jawapan gamaknya.
Ads
Kadang mereka kurang arif dalam membezakan darah haid dan darah istihadhah. Kawan-kawan, mak-mak, kakak-kakak kena alert perkara ini ya. Jelaskan kepada mereka macam mana nak membezakan kedua-dua jenis darah yang keluar ini.
Darah haid keluar paling minima adalah dalam tempoh 24 jam. Dan tempoh maksimanya pula adalah selama 15 hari. Setelah itu, sekiranya darah masih mengalir keluar, ianya dikira sebagai darah istihadhah.
Cara Solat Ketika Ada Darah Istihadhah
Darah istihadhah membenarkan kita menunaikan solat. Tetapi ada syarat sahnya pula yang perlu dihadam.
Nak solat ketika mengalami istihadhah, Pastikan terlebih dahulu kita bersihkan tempat keluar darah (faraj) dan memakai tuala wanita atau sesuatu yang dapat menahan darah daripada mengalir keluar.
Ads
Satu wudhu’ hanya sah digunakan untuk satu solat fardhu sahaja.
Senang nak faham dan praktiknya, setiap kali nak solat, kita wajib bersihkan diri dari darah yang mengalir dan ambil wudhu’ yang baharu.
Lagi Stress, Makin Banyak Darah Istihadhah Keluar
“Darah istihadhah ni darah penyakit kan, ustazah? Saya ni berpenyakit ke?”
Ahh sudah!
Ads
Adikku sayang, bila darah istihadhah keluar, jangan mudah panik dan tertekan. Kawal emosi dan perasaan. Lagi kita stress, lagi banyak darah tu keluar tanpa diundang.
Wanita yang sedang dalam istihadhah masih tetap perlu solat. Banyakkan istighfar, selawat dan berdoa supaya darah istihadhah berhenti keluar dan kita mampu menunaikan ibadah dengan baik dan mudah. Insya-Allah..
Ada yang masih menggaru kepala yang tidak gatal tentang benda ni?
Jom ajak anak-anak dan orang yang kita sayang untuk bersahabat dengan Al-Qur’an. Moga ada secebis pahala buat kita persembahkan di hadapan Tuhan.
Taktiknya ringkas sahaja. Mula-mula pencurang akan berkongsi masalah, beri nasihat bila diperlukan dan kemudian mula ambil berat segalanya. Begitulah modus operandi pencurang untuk memikat hati orang yang disayanginya.
Sekali pandang memang pencurang nampak ikhlas membantu dan ambil tahu segalanya seolah-olah dialah jodoh yang dinanti-nanti selama ini. Tapi ingat ianya hanyalah strategi untuk mendapatkan anda.
Bila dia meet someone yang dia suka, dia akan mula bercerita tentang hidup dia, apa yang dia lalui, apa yang dia alami… Sebab? Dia hendak orang itu bersimpati pada dia dulu… Dia nak perhatian orang itu terarah pada dirinya…
Once orang itu bersimpati, bagi perhatian, mula buka ruang, maka dia akan ambil peluang…
Dia akan cuba tunjuk dirinya yang caring, sejenis take care pada apa saja yang orang itu buat… Dia akan selalu tanya soalan, sihat ke tidak, sudah makan ke belum, banyak kerja ke tidak, nak ke mana dan sebagainya…
Ringkas Saja Modus Operandi
Simpati dapat, tunjuk take care (ambil berat) pula…
Step seterusnya, dia akan bertindak sebagai kaunselor, a.k.a penyelesai masalah… Dia akan bagi nasihat, pandangan, pendapat serta cuba menyelesaikan sebanyak mungkin masalah orang yang dia suka itu…
1. Mintak simpati
2. Tunjuk take care
3. Penyelesai masalah
Secara tidak langsung, orang yang dia suka mula senang dengan cara dia… Mula rasa selesa… Mula menyimpan rasa…
Bila Orang Simpati, Berjayalah Modus Operandi
Siapa yang tak suka ada orang ambil berat terhadap kita? Siapa yang tidak suka ada orang selalu nasihat kita?
Bila yang dicuit pun bagi respon, maka yang mencuit pun mula meneruskan modus operandi ke tahap yang seterusnya iaitu bercintan-cintun…
Simple and predictable… Kalaulah dia itu pakar dalam menyelesaikan masalah, kenapa masalahnya sendiri dia tak boleh selesaikan?
Kalaulah dia itu pakar dalam memberi nasihat, kenapa dia sendiri tidak boleh menasihati pasangannya?
Something to ponder if you get the chance to meet PENCURANG…
MW: Jadi wahai mak,ayah yang sudah ada pasangan itu Jangan sesekali membuka peluang kepada pencurang. Sekali tersangkut memang parah sebab pencurang ini memang ada strategi tersendiri yang kadang-kadang kita sendiri tak sedari. Hargailah pasangan mak, ayah dan jangan sesekali terfikir untuk curang iya.
Rupanya masih ada lagi yang salah faham tentang adik beradik betul dengan adik beradik tiri. Kalau dari mak dan ayah yang sama dah tentulah ia adik beradik kandung. Tapi macam mana nak tahu adik beradik tiri pula.
Jangan ambil mudah perkara ini sebab ada kaitan dengan mahram dan bukan mahram, boleh berkahwin atau tidak boleh berkahwin.
Hayati perkongsian daripada Ustaz Azhar Idrus tentang beza adik beradik betul dengan tiri.
Dalam perkongsian video ini ustaz Azhar Idrus mengatakan ada 4 jenis adik beradik yang boleh kita bezakan.
1. Adik beradik kandung – Bila mak dan ayah yang sama.
2. Adik beradik satu ayah – Bila ayah yang sama dan mempunyai dua isteri. Hanya mak yang lain.
3. Adik beradik satu mak – Bila mak kahwin ramai..kahwin dan cerai. Setiap bekas suami ada anak.
Kesemua adik beradik (1-3) ini adalah mahram, tidak sah kahwin dan tak batal air sembahyang, tidak wajib tutup aurat (rambut).
4. Adik beradik, mak lain ayah lain – Bila mak kahwin dengan suami yang ada anak. Mak ada anak dan suami baru ada anak. Inilah yang dipanggil adik beradik tiri.
Mingguan Wanita: Baru tahu dan faham. Ingatkan adik beradik tiri bila mak kita kahwin dengan suami lain, ada adik hasil bersama suami baru, dipanggil adik beradik tiri. Salah rupanya.
Masakan mak memang istimewa dan paling sedap di dunia. Sungguh, walaupun masakan ‘simple’ tiada yang dapat menggantikan nikmatnya rasa tersebut yang dimasak dengan penuh kasih sayang. Bila mak dah tiada, selain pesanan dan nasihat, kenangan manis serta ‘air tangannya’ lah nanti yang paling dirindui dan diingati.
Rasa Air Tangan Ibu
Hasrat anak-beranak yang ingin merasai ‘air tangan’ insan yang paling mereka rindui sejak lima tahun lalu tercapai setelah mereka menyertai satu program rancangan televisyen Jepun.
Takaya Reiki, 25, ditemu bual program rancangan hiburan menunjukkan hidangan terakhir ibunya selepas meninggal dunia lima tahun lalu, lapor Oriental Daily.
Sebelum ibu Reiki meninggal dunia, mereka ada berbincang menu makanan apa yang hendak di masak untuk makan malam selepas pulang dari sekolah, dan mereka memilih untuk makan bubur daging. Namun, ketika pulang dari sekolah, ibunya sudah terbaring tidak sedarkan diri di rumah mereka dan terus dikejarkan ke hospital tetapi doktor mengesahkan ibu Reiki sudah meninggal dunia.
Simpan Masakan Terakhir Selama 5 Tahun
Reiki berasa sedih untuk memakan hidangan terakhir mendiang ibunya tersebut. Kerana takut satu hari nanti dia tidak dapat merasa masakan mendiang ibunya lagi dan lupa bagaimana rasanya, Reiki dan ayahnya memutuskan untuk menyimpan bubur daging yang sudah dimasak dalam sebuah bekas dan membekukannya selama lebih 5 tahun.
Dalam program rancangan tersebut, Reiki membawa bubur daging beku tersebut dan pasukan rancangan itu telah menjemput seorang profesor dari Jabatan Biologi untuk menguji makanan itu terlebih dahulu kerana ia sudah dibekukan terlalu lama.
Masih Boleh Dimakan
Walaupun keputusan ujian menunjukkan bahawa makanan itu mempunyai kehadiran bakteria dan boleh menyebabkan sakit perut selepas pengambilannya, namun ia masih boleh dimakan dalam amaun yang kecil selepas dimasak pada suhu tinggi melebihi 100 darjah celsius.
Seorang Chef telah membantu menyiapkan hidangan bubur tersebut dengan mencairkannya dan menambah beberapa bahan agar sama seperti masakan ibunya.
Setelah dihidangkan, dapat dilihat Reiki dan ayahnya mengalirkan air mata. “Rasanya sangat sedap, sama seperti masakan ibu” kata Reiki.
MW: Memang sebak bila kita tak dapat lagi merasa air tangan orang yang kita sayangi. Apatah lagi masakan terakhir yang disediakan sebelum meninggal dunia. Pasti paling sayang nak makan dan tahu takkan dapat nikmati lagi rasanya dimana-mana.
Nahas SUV di Bukit Kawah meragut nyawa sepasang bakal pengantin apabila Toyota Fortuner yang dinaiki terjunam ke dalam gaung. Baca kronologi penuh, siasatan polis dan peringatan keselamatan jalan raya.