Kalau anda perasan, memang berbeza sangat ayah zaman dulu-dulu dengan sekarang. Bab makan pun kena tunggu kaum ayah duduk semeja. Apa lagi bab uruskan hal rumah tangga. Semua mak-mak yang buat.
Larat tak larat itu nombor dua. Yang pastinya kebanyakan mak-mak dulu duduk rumah jaga anak, dan suami keluar cari rezeki. Jadi bila suami pulang, makanan dah elok terhidang di atas meja. Tetapi zaman 2018?
Menerusi perkongsian Puan Nieza Termizi inilah salah satu perbezaan yang ketara boleh kita lihat dari sudut kaum ayah, dah pandai uruskan anak-anak dan ada yang siap rajin masak untuk isteri walau penat bekerja pun masih tak hilang.
Pendek kata, sama-sama penat dan saling tolong menolong siapkan hal rumah tangga. Nah, jemput baca.
“Budak sekarang memang pandai sayangkan bapak”
Kata opah pada satu hari. Masa tu dia tengok cucunya berebut-rebut nak pada abahnya.
“Kenapa pulak opah?
Tanya saya hairan.
“Orang dulu-dulu takutkan bapak.”
Ads
Kemudian barulah saya faham. Orang dulu-dulu, ayah keluar cari rezeki. Keluar pagi pulang petang. Masa lebih banyak di luar daripada di rumah.
Mak pula suri rumah sepenuh masa. Jaga anak dan uruskan rumahtangga. Anak-anak lebih rapat dengan mak. Dengan ayah pula takut. Ayah garang bermuka bengis. Sekali ayah mendengus, lari jauh-jauh.
Kalau makan, yang lain tak boleh duduk sekali. Ayah lapar baru balik kerja. Bagi ayah makan dengan tenang dulu. Kemudian baru mak makan dengan anak-anak.
Bila ayah ada di rumah, anak-anak jangan sesekali buat bising. Ayah penat nak berehat. Masa ayah banyak di luar, biarkan ayah tenangkan fikiran tanpa gangguan suara anak-anak. Kalau banyak bunyi, siaplah!
Begitulah gambarannya ayah-ayah dulu-dulu. Ya, berbeza dengan ayah-ayah sekarang.
Ads
Beza Ayah Zaman Sekarang
Berapa ramai ayah muda yang pandai ‘sayang’ dan bermesra dengan anak-anak. Ramai yang pandai mandikan dan salinkan pampers anak tanpa kekok. Tak kurang juga yang ringan tulang basuhkan berak anak tanpa rasa geli.
Ayah sekarang sudah rajin tolong isteri buat kerja rumah. Tambah-tambah bila kedua-duanya bekerja. Bila isteri sarungkan apron di dapur, ayah tolong tengokkan anak-anak supaya tak ganggu ibu. Walaupun ada yang sambil main game di telefon, itupun dah rasa syukur.
Ayah sekarang tolong isteri suapkan makan anak. Makan mesti bersama. Selesai makan, ayah bersihkan pula meja. Mulut dan baju anak habis comot sebab yang kecik tu nak makan sendiri. Belum lagi lantai yang kotor kerana tertumpah nasi dan air. Ayah tolong ibu bersihkan semuanya. Takpe..ibu dah penat memasak.
Ayah sekarang malam-malam ajar anak mengaji selepas solat. Kemudian tengokkan pelajarannya. Ayah latih si kakak menghafal sifir dan buat latihan kira-kira. Tiba masa tidur, anak-anak nak ayah tidurkan. Ayah buat bedtime story dan tepuk-tepuk anak sambil tertidur.
Ayah sekarang pagi-pagi tolong isteri buangkan sampah di luar bila tiba hari giliran lori sampah datang kutip. Kemudian menyidai pula pakaian di luar. Walaupun ibu yang minta tolong, sebab ibu bagi alasan, nak keluar kene tutup aurat dan bertudung. Tapi sebenarnya ibu nak latih ayah jadi pasangan yang suka tolong-menolong. Alhamdulillah ibu bersyukur.
Ads
Paling istimewa, ayah sekarang pandai jagakan anak-anak. Ibu nak tinggalkan sekejap sebab ibu nak ME TIME. Ibu nak masa sendiri. Ibu nak membaca, ibu nak main FB, ibu nak keluar shopping, ibu nak minum kopi dengan kawan-kawan, ibu nak pergi usrah dan ibu nak drive sorang-sorang. Ayah kata,
Memang merisaukan apabila dalam rumahtangga, ramai isteri yang kian hilang rasa hormat pada suami. Ia berpunca daripada sikap suami itu sendiri yang menghilangkan rasa hormat isteri buat ketua keluarga ini.
Untuk faham lebih lanjut hadamkan perkongsian daripada Pendakwah terkenal Ustazah Asma’ Harun ini sebagai panduan.
Sesuatu yang merisaukan kita lihat sekarang dalam rumah tangga apabila isteri hilang rasa hormat pada suami. Iya, kadang isteri juga teruji dengan segelintir sikap suami yang lepas tangan dalam mendidik anak, tidak bantu uruskan rumah, panas baran atau yang mengabaikan keperluan isteri.
Sesetengah suami menggunakan alasan itu semua takdir untuk menghalalkan perbuatan yang dilakukan, tetapi sebenarnya setiap tindakan manusia adalah pilihan. Jika suami banyak melakukan perkara yang merosakkan rumah tangga dengan sengaja atau mempunyai matlamat tersendiri, maka wajar seorang isteri hilang rasa hormat terhadap suami.
Kagum Wanita Berusaha Sabar & Kekal Kuat Demi Anak-Anak
Saya sangat kagum dengan wanita-wanita yang menghadapi dugaan seperti ini. Mereka berusaha untuk bersabar dan kekal kuat demi rumah tangga serta anak-anak. Namun tidak bermakna, mereka perlu menelan semua tohmahan dan derita yang diberikan suami bulat-bulat.
Saya pernah terbaca luahan seorang wanita yang mengadu tentang suaminya, berkahwin selama lebih 20 tahun tetapi sangat sabar dengan sikap suami yang panas baran, kaki pukul dan lepas tangan akan tanggungjawab terhadap keluarga, bahkan anak-anak pun takut untuk berjumpa setiap kali ayah mereka pulang dari kerja.
Allahu Akbar, telinga yang mendengar pun terasa berat apatah lagi bahu yang memikul ujian tersebut. Namun saya percaya kalian sangat hebat kerana masih bertahan dan bersabar sehingga ke hari ini. Saya doakan semoga dengan berkat kesabaran menjadi asbab hidayah buat suami untuk berubah.
Cari Kebahagiaan Sendiri
Andai tidak berdaya lagi, carilah kebahagiaan sendiri tanpa bergantung kepada suami, dalam masa yang sama banyakkan berdoa kepada Allah, jangan hilang kepercayaan kepada-Nya.
Dalam membina keluarga yang harmoni, cuba mencari titik persamaan antara pasangan. InsyaAllah semua ini boleh menjadi penawar mujarab dalam membina sebuah keluarga, suami isteri menjalani kehidupan yang diisi suka dan duka, saling menghormati serta berkasih sayang sepenuh jiwa, agar akhirnya dapat dibangkitkan di dalam Syurga bersama.
Mingguan Wanita: Memang ada benarnya, akibat sikap suami itu sendiri, ramai isteri yang semakin hilang hormat pada suami sebagai ketua keluarga dalam rumahtangga. Ramai yang hanya mampu bersabar dan bertahan demi anak-anak, mengabaikan kebahagiaan dan memendam perasaan sendiri.
Betapa tak mudahnya untuk seorang isteri buat semua kerja rumah sendirian. Bayangkan selama 40 tahun, suami tak pernah ambil tahu pun bab urus rumah. Nak tolong isteri sidai baju ke basuh pinggan mangkuk jauh sekali.
Akhirnya, ada satu peristiwa yang mengubah hati suami. Menginsafkan suami yang terlalu ego ini. Dikongsikan semula kisah indah ini oleh Muhammad Yusof. Jemputlah baca ya mak ayah.
Bertemu Pakcik Dengan Bakul Di Tangan
Malam hari tu, saya dobi baju. Agak lewat jugak. Dekat-dekat pukul 12. Saya sorang tapi saya tak risau sebab port tu meriah, ramai orang.
Then, masuk sorang pak cik bawak bakul.
Setel mesin baju saya lepak luar dobi tu. Ambil angin.
Tiba-tiba pak cik tadi tu datang duduk sebelah saya. Mai nak sembang. Cerita punya cerita, dia bagitau dah dekat 40 tahun dia dah kawen. Dia tanya saya, dah kawen belum, bila saya kata dah, dia jawab ‘muka muda lagi ingatkan tak kawen lagi!’. Berbunga jugak dalam hati bila dapat pujian tu (dimuntah). Dia siap puji: ‘bagus ye dik malam-malam dobi baju. Tolong bini..’
Lepas tu dia cerita sebelum ni dia tak pernah pun tolong buat kerja rumah ni. Bini dia jadi ‘one-woman-show’ buat kerja rumah sorang-sorang. Dia kata dia dibesarkan macam tu.
Tapi entah macamana ada satu hari tu dia tengok facebook Ustaz Ebit Lew. Dia tengok Ustaz Ebit baru balik buat kerja kebajikan penat-penat tapi sampai rumah Ustaz terus tolong bini dia masak. Start masa tu dia terfikir penat sebenarnya jadi isteri ni dan bermula dari hari tu dia start cuba tolong bini dia. Mula-mula memang nampak pelik tapi lepas tu jadi biasa.
Pak cik tu bagitau tolong bini ni bukanlah maksudnya suami ni nak kena ambil semua tanggungjawab kerja rumah yang bini kena buat, bukan macam tu.
Dia bagitau, kalau isteri dah tolong basuh dan bilas baju, suami pi lah tolong dobi ke jemur ke, kalau isteri tengah masak, suami tolonglah bancuh kopi ke, buat air sirap ke apa ke.
Kalau isteri dah masak tolonglah makan sampai habis sebab bini ni bila dia dah masak dia kenyang dah.(ramai isteri ada habit macam ni kot).
Suami Janganlah Malu Tolong Isteri..
Pendek kata, kalau isteri buat kerja, suami bantulah sama. PERMUDAHKAN KERJA ISTERI. Kalau tak nak tolong pun takpe sebab sekarang ni banyak jugak alat canggih boleh buat kerja rumah jadi senang. Beli je kat bini.(banyak sangat wishlist kaum perempuan ni kan?)
Last sekali, pak cik tu bagi nasihat yang buat saya sayu:
‘Dik, takkan jatuh martabat seorang lelaki kalau dia tolong bini dia dik. Janganlah malu tolong bini. Nanti bila kita susah, kita sakit, bini jugak yang tolong jaga kita masa tu..’
Betul jugak apa yang pak cik ni cakap. Terima kasih pak cik atas nasihat yang berharga malam tu.
Saya sekadar nak kongsi cerita ni buat semua pasangan suami dan yang nak cari kebahagiaan bersama.
p/s: Sharelah kalau isteri-isteri rasa nasihat pak cik ni bermanfaat buat pasangan masing-masing. Boleh juga follow Muhammad Yusof yang suka tulis santai-santai pasal kisah suami isteri.
MW : Alhamdulillah.. ramai dah ada kesedaran suami untuk bantu isteri buat kerja rumah.
Pesakit doktor ini alami keguguran. Sejak itu, dia cuma salahkan diri. Lebih parah bila suami, mentua malah boss semacam tak faham apa yang dia rasa. Hakikatnya rasa kehilangan itu cukup menyeksakan. Buat ibu mengandung yang alami keguguran, seksaan itu lebih dirasai. Jika tak ditangani kehilangan itu dengan baik, perasaan ‘sakit’ itu akan jadi tekanan, depresi. Yang membawa kemurungan.
Apa yang berlaku pada salah seorang pesakit Doktor Sakinah Sulongyang alami keguguran ini adalah pelajaran yang paling bagus untuk mak-mak, suami, keluarga serta mentua hadam.
Bagaimana seharusnya menangani keadaan “KEGUGURAN IBU HAMIL’. Terutama diri ibu itu sendiri. Cara terbaik untuk ibu itu sendiri terima kehilangan. Begitu juga insan terdekat dengannya. Bukan sekadar ucapan takziah, tapi ada caranya.
Misscarriage – Bukan Salah Ibu Mengandung
“Dr, sorry to disturb u. Need to discuss one patient. She had miscarriage last week, today repeated scan dah ok. Tapi saya takut dia depress la, boss”
Saya pandang jam, sudah pukul 5.30 petang. Biasanya klinik sudah habis beroperasi tapi bila ada pesakit bermasalah, klinik akan habis lambat.
Bukan jarang wanita mengalami keguguran atau miscarriage.
10-2 5% ladies would have miscarriage in their life. Dan bukan jarang juga wanita tersebut akan mencari sebab kenapa mereka mengalami keguguran.
Majoriti, up to 80% of miscarriages happened before 13 weeks dan disebabkan chromosomal abnormality. Bermaksud baby tersebut sememangnya tidak normal dari awal pembentukan janin.
Manakala bakinya pula boleh disebabkan oleh penyakit ibu seperti Kencing Manis tak terkawal, masalah tiroid, SLE atau APLS. Ada juga sebahagian kecil yang disebabkan malnutisi dan ibu yang merokok atau minum alkohol atau juga ada masalah pada rahim sendiri.
Oleh itu, janganlah disalahkan diri sendiri seandainya anda tiada penyakit apa-apa dan mengalami keguguran. Begitu juga dengan orang keliling, terutama suami dan mentua.
Kredit foto : captionmums.com
Dia Murung, Menangis Dan Menangis Saja
Pesakit yang dirujuk ini memang mengalami tekanan semenjak beliau gugur seminggu yang lalu. Dia disalahkan oleh suami yang begitu inginkan cahaya mata.
Dikatakan rahimnya tak kukuh dan tak pandai jaga diri. Tidak cukup begitu, mak mentua pun bising-bising kononnya dia terlalu aktif masa awal kandungan.
Sejak itu, dia murung. Menangis dan menangis saja dia tahu. Rasa dirinya seakan berguna dan tak ada harapan lagi. Mahu bunuh diri pun terlintas dihatinya, kasihan sungguh.
Boss dan kawan sekerja pun seakan tak faham dengan kehilangan yang dialami. Bagi mereka, bila sudah gugur sepenuhnya, tiada masalah untuk kerja seperti biasa.
Dalam hal ini, pesakit amat-amat memerlukan sokongan orang sekeliling. Instead of blaming the lady, they should respect her grieving. Untuk itu, suami akan dipanggil untuk sesi kaunseling.
Selain itu, pesakit ini mungkin memerlukan anti depressant untuk simptom yang dialaminya. Yang tidak kurang pentingnya, perawat juga perlu memberi MC supaya pesakit boleh berehat dan menenangkan diri.
Complete miscarriage tanpa apa-apa surgical procedure, tidak bermaksud pesakit sihat sepenuhnya. Luaran mungkin tidak ada apa-apa masalah, tapi emotionally, she may be unwell.
Keguguran bukan perkara enteng,
It is a mum’s loss, and it can be traumatic.
Be sympathetic, be empathetic.
Kali ini team Kongsi Kasih bersama Perfume Paradise ke Pasir Puteh, Kelantan. Pertemuan berlaku di hadapan Markas Jejak Jalanan dengan bantuan Abe Hae. Dengan...