Bertuahnya Wanita Ini, Demi Rasa Kasih & Tanggungjawab Sampai Begini Sekali Anaknya Rela Lakukan

Share

Memang bertuah wanita yang merupakan ibu kepada lelaki ini. Masa kan tidak, demi rasa kasih dan tanggungjawab, seorang penghantar barang di China sanggup membawa bersama ibunya yang menghidap Alzheimer pergi bekerja tanpa rasa sukar atau mengeluh sekalipun.

Ubahsuai Motorsikal

Bukan itu sahaja, lelaki yang bernama Cai Yujun, 52, ini juga sanggup mengubahsuai motosikalnya bagi membolehkan ibunya Yang Suxiu membonceng dengan selesa ketika dia membuat penghantaran barang ke kedai komputer sekitar Chengdu.

Sejak disahkan menghidap Alzheimer tujuh tahun lalu, Suxiu yang berusia 92 tahun tidak lagi mampu menjaga diri sendiri, namun sebagai anak, Yujun tidak pernah mengabaikan tanggungjawabnya.

“Ibu telah bersusah payah sepanjang hidupnya untuk kami sekeluarga, kini giliran saya menjaganya,” kata Yujun.

Sentiasa Memegang Tangan Ibu

Pasangan ibu dan anak tersebut mengelilingi serata bandar bersama dan Yujun akan sentiasa memegang tangan ibunya setiap kali membuat penghantaran.

Bertuahkan! Semoga anak-anak kita juga memiliki sifat terpuji sebegini. Sanggup berbakti, tidak mengeluh dan mahupun mengabaikan mak ayah bila sudah tua dan tatkala diri tidak lagi mampu menguruskan diri sendiri lagi.

Sumber: ECNS

IKLAN