Bertangas cara tradisional ini cuma guna 5 bahan dapur. Petua ini dikongsikan oleh bidan bersalin / bidan kampung untuk tujuan rawatan kesihatan dan kecantikan luar dan dalam. Di Korea bertangas atau ‘chai yok’ pun jadi amalan wanita di sana. Sebab itulah wanita Malaysia perlu ambil peluang ‘overhaul vagina’.
Bukan kereta je kena overhaul, wanita pun mesti overhaul vagina dengan cara bertangas tradisional agar tetap ‘meletop’. Jangan asyik menjaga tubuh dan wajah sahaja. Tetapi kita juga mesti menjaga kesihatan dan kecantikan dalaman terutama selepas melahirkan anak. Bertangas cara tradisional ini boleh saja dilakukan di rumah.
Kalau dalaman mantap, insya-Allah encik suami makin sayang, kita sendiri juga akan berasa gembira dan selesa dengan diri.Tidak perlu membazirkan wang ke spa, kita boleh merawat dalaman di rumah. Salah satu rawatan yang sangat bagus adalah bertangas.
Jom saya kongsikan ramuan untuk melakukan rawatan tangas basah, kebanyakan bahan-bahan ini ada di dapur dan sekitar rumah kita. Lakukan tangas sekurang-kurangnya seminggu sekali. Kekerapan rawatan bergantung juga kepada masalah dalaman yang kita alami.
5 Bahan Dapur Bertangas Basah Cara Tradisional
9 keping asam gelugor (juga dikenali sebagai asam keping)
3 biji Manjakani
3 helai daun sirih
2 sudu garam kasar
1 genggam daun inai
Kredit foto : jannahbeautyspa.blogspot.com
Cara Membuat
1. Rebus semua bahan sehingga mendidih.
2. Masukkan ramuan tangas ke dalam baldi atau bekas.
Ads
3. Rebusan herba diletakkan di bawah kerusi berlubang di tengah atau boleh juga diletakkan di dalam mangkuk toilet (pastikan bersih).
4. Pakai kain batik, duduk di atas kerusi tersebut.
5. Bertangas sambil melakukan kegel selama 20 minit.
6. Kemudian meruang untuk bersihkan bahagian dalam.
Antara jenis kerusi tangas / Kredit foto : mycarousell.com
Kebaikan Bertangas
• Mengurangkan masalah bau kurang menyenangkan
• Mengatasi masalah keputihan dan lendiran kental
• Mengeluarkan sisa darah haid
• Mengencangkan otot vagina
Ads
• Mengecutkan rahim selepas melahirkan anak
• Mewangikan tubuh
• Mengurangkan masalah menstrual cramps
• Membantu masalah haid tidak teratur
Kredit foto : herbalremedies.co.za
Teknik Yang Betul Senaman Kemut (Kegel)
1. Sebelum melakukan senaman kemut, anda perlu kenal pasti otot lantai pelvis. Untuk permulaan, tahan air kencing daripada mengalir. Ini cara mudah untuk mengenal pasti otot yang terlibat dalam senaman ini.
2. Bila dah kenal otot-otot ini barulah lakukan senaman kemut. Kemut bahagian yang terlibat selama 3 saat kemudian lepaskan. Ulangi langkah ini sebanyak 10 kali.
3. Jangan keraskan otot perut dan otot di sekitar lubang punggung.
4. Lakukan senaman ini sekerap mungkin untuk hasil yang terbaik. Sekurang-kurangnya lakukan tiga kali sehari.
Ads
Rasionalnya!
Takutkan bila dengar orang bercerita tentang rahim jatuh. Ada juga yang sebut tombong. Tengok gambar pun boleh mimpi ngeri. Namun inilah realitinya.
Allah jadikan rahim kita kuat untuk memegang baby di dalamnya selama 9 bulan. Jadi cuba bayangkan apa yang akan terjadi selepas itu? Baby dah keluar, rahim yang besar itu mengecut secara automatik ke? Mestilah mengambil masa yang agak lama.
Penjagaan yang rapi terutama selepas berpantang sangatlah penting. Kalau tak, susah hidup!
Bagi wanita yang berdepan masalah rahim jatuh, amalkan senaman kemut atau juga dikenali sebagai senaman kegel. Senaman ini membantu menguatkan otot-otot vagina dan mengelakkan berlakunya masalah tombong (rahim terkeluar dari vagina).
Walaupun wanita tahu kelebihan senaman kemut namun masih ramai yang tidak amalkan. Ada juga yang tiada pengetahuan mengenai senaman ini. Cubalah amalkan teknik senaman kemut yang betul seperti yang telah dikongsikan.
Setiap wanita akan menjalani waktu haid yang tersendiri setiap bulan. Kitaran haid (menstrual cycle) normal bagi seorang wanita adalah dalam tempoh 28-30 hari. Setelah berkahwin adalah penting untuk mengetahui dan memahami kitaran haid sendiri demi kebaikan diri. Ia sebagai panduan bagi mengetahui waktu subur anda yang sebenar serta membantu bagi pasangan yang merancang untuk hamil.
Fasa Kitaran Haid Wanita;
FASA PERTAMA: Hari pertama hingga ke 5
Fasa ini di kenali dengan fasa keluar darah (menstruation). Anda harus mencatat atau mengingati tarikh ini sebagai hari pertama datang haid. Hari pertama inilah yang akan menjadi titik tolak permulaan kitaran haid sehinggalah haid tamat dan kitaran haid bermula yang baru pada bulan seterusnya.
FASA KEDUA: Hari ke 6 hingga ke 10
Pada tempoh ini, hormon estrogen dalam tubuh wanita adalah berada pada tahap yang optimum dan darah akan membentuk lapisan tebal di dinding Rahim. Fasa ini dikenali dengan nama follicular phase. Telur iaitu ovum yang berada di sekitar ovari berada pada tahap matang dan bersedia untuk disenyawakan.
FASA KETIGA: Hari ke 14 (Waktu Subur)
Hari ini juga merupakan waktu subur bagi seorang wanita. Pada peringkat ini, ovum akan dilepaskan dari ovari dan proses ini dipanggil ovulasi. Ovum akan dilepaskan dan menanti kehadiran sperma untuk disenyawakan. Sekiranya tiada proses persenyawaan berlaku, maka ovum akan bergerak ke tiub fallopio ke rahim seorang wanita.
FASA KEEMPAT: Hari 19 hingga 28
Pada fasa ini, hormone progestron akan dirembes keluar. Dengan kehadiran hormone ini, lapisan dinding uterus semakin menebal. Sekiranya tiada persenyawaan berlaku, maka lapisan dinding akan terus menebal dan akan runtuh semula dan proses kitaran haid akan berulang kembali.
INFO EKSTRA
Adalah sangat penting bagi setiap wanita mencatat tarikh kedatangan haid setiap bulan secara konsisten:
1.Mengenal pasti penyakit dalaman berkaitan rahim, ovari dan sebagainya.
2.Merancang kelahiran anak/ perancangan keluarga.
3.Mengetahui waktu subur.
4.Untuk mengira waktu tepat usia kehamilan anda.
5.Memudahkan membuat jangkaan tarikh bersalin.
TAHUKAH ANDA!
Meskipun perjalanan haid normal ketika belum berkahwin, ketidakstabilan hormon seringkali berlaku pada wanita yang baru menjejakkan kaki ke alam perkahwinan dan wanita selepas bersalin yang mengakibatkan kedatangan haid jadi tidak teratur.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Bayangkan anda jejak kaki ke Korea, secara backpackers dengan bajet cuma RM1,900. Tak ke itu satu hal yang seronok untuk didengar.
Nak jadikan kenyataan, baca perkongsian Nur Aliah Mohd Nor ini. Yang baru pulang dari negara K-Pop dan ini 8 tip anda kena hadam.
“Syukur Alhamdulillah dapat jejakkan kaki ke bumi Korea untuk kali ke-2. Berbeza kali ini Lia ke Korea dengan backpackers sahaja.
“Disebabkan ramai yang mesej Lia tanya macam mana nak ke sana dan berapa bajet, jadi Lia nak kongsikan beberapa perkara iaitu :
Pergi bersama sahabat baik Ayunizah Yuyu. Kitorang dah plan lama nak ke Korea sama-sama. Alhamdulillah Allah izinkan Yuyu dan Lia untuk ke Korea musim sejuk.
No 1 : Ini Senarai Itenari Untuk 8 Hari
Lia pergi Korea selama 8 hari 7 malam. Bersama dengan 3 orang kawan-kawan Lia. Jadi total kitorang pergi 4 orang.
Tips! Untuk itenary sebelum nak travel, buat la meeting dengan geng yang nak pergi ke Korea sekali. Duduk dan bincangkan sama-sama nak pergi ke mana.
Jadi di bawah ini itenary dari Lia.
16/1
– Airport KLIA2 – Incheon, Seoul
– Naik deluxe airport bus ke Itaewon 16,000 won
– Checkin SP guesthouse, Itaewon
– Exploring Itaewon
– Melawat Seoul Central Mosque sambil menikmati hujan salji
– Balik ke SP guesthouse rehat dan tidur
On the way nak menuju ke Namsan Tower. Jalan kaki dari bawah ke atas.
17/1
– Breafast pagi kitorang masak dekat Guesthouse
– City Hall
– Jalan-jalan di Gyeonghuigung Palace sambil buat video
– Seoul Plaza boleh tengok orang Korea main ice skating
– Namsan Park & Hike Namsan Trail
– Balik ke SP guesthouse rehat dan tidur
Gapyeong Rail Park (rail bike) – tiket masuk 8,750 won untuk 4 seaters : Macam naik basikal, 4 orang kena sama-sama kayuh, perjalanan pusingannya selama 30 minit – 1 jam.
18/1
– Check out from Itaewon to Subway heading to Gapyeong
– Reach Gapyeong and straight to Ganchong Rail Bike Park
– Singgah ke Gapyeong Super Market beli sikit barang dapur untuk masak malam
– Checkin Gapyeong guesthouse
– Free and easy
Nami Island
19/1
– Jalan-jalan di Namiseon iaitu Nami Island, spend time dalam 4 jam
– Jalan-jalan di Petite France spend time dalam 4 jam
– Sampai guesthouse dah waktu malam, jadi dinner kitorang masak je
– Free and easy
Kiwan guesthouse.
20/1
– Check out from Gapyeong guest house to Gapyeong Station
– Check in at K-Pop guest house, berhampiran dengan Seoul Station
– Jalan-jalan di Dangdaemun Market
– Jalan-jalan di Cheonggye Stream (Dangdaemun Under Bridge River Walk)
– Jalan-jalan di Myeondong untuk shopping, food hunting
– Dinner di restaurant Kampungku (Makanan halal korea)
– Balik ke K-Pop guesthouse rehat dan tidur
Restaurant Busan Jib
21/1
– Lunch at Busan Jib
– Shopping and Sight Seeing at Namdaemun Market
– Travel to Sinchon to meet up with our friend
– Dinner at Sinchon Gosami Grill makan ikan bakar
– Short walk around Honggik University
– Sebelum balik ke guesthouse singgah kejap Myeondong cari makan lagi
– Back to guesthouse rehat dan tidur.
Makanan tradisional Korea
22/1
– City Hall
– Melawat tempat bersejarah Deoksugung Palace
– Jalan-jalan di Hanok Village
– Honggik University (Dinner at Seongnam Jinmi Tteokbokki)
– Walk Around for Honggik University’s Night Market
– Myeondong market untuk shopping
– Back to guesthouse rehat dan tidur
K-Pop guesthouse
23/1
– Check out at K-Pop guesthouse
– Namdaemun Market (Final Shopping)
– Late Lunch at Yoogane di Myeongdong
– Arrival at Incheon Airport for departure
– Depart to Malaysia jam 12 pagi
24/1
– Alhamdulillah selamat mendarat di Malaysia jam 6.30 pagi
No 2 : Semak Harga Tiket Kapal Terbang Ke Korea
Tips untuk harga tiket ke Korea :
Untuk musim autumn harga jauh lebih murah dari musim winter. Harga lebih kurang RM700 dan boleh je book 3 bulan sebelum tarikh nak fly.
Untuk musim winter harga tiket agak sedikit mahal RM1,200 macam itu, booking 3 bulan sebelum boleh dapat harga macam itu.
Tapi kalau booking 1 tahun awal atau kalau Air Asia ada buat promo memang boleh dapat harga tiket RM600-RM700 je.
Flight dari KLIA2 ke Incheon airport mengambil masa selama 6-7 jam. Waktu Korea cepat 1 jam dari Malaysia.
Macam ini lah rupa bentuk guesthouse.
No 3 : Survey Dulu Penginapan Di Korea
Di sebabkan Lia duduk sana 8 hari, jadi Lia duduk di 3 guesthouse yang berbeza-beza, iaitu: SP guesthouse, Itaewon – 13,000 won per day Kiwan guesthouse, Gapyeong – 13,000 won per day K-Pop guesthouse, Seoul – 13,000 won per day
Kalau nak cari guesthouse di Korea boleh pergi ke 3 website ini :
Pastikan survey dulu harga sebelum bayar. Digalakkan bayar terus dari Malaysia instead of kita bayar di sana. Sebab rate kita lebih murah berbanding di sana.
By the way, toilet dekat Korea jenis yang tak ada paip. Cuma dalam toilet ada disediakan tisu. Jadi cadangan bawa botol kosong dan isi dulu air dekat sinki basuh tangan.
Pastikan cari guesthouse yang bilik mandi sekali dengan bilik air ya. Ha faham sendiri lah kenapa kena sekalikan. Haha!
No 4 : Penting Untuk Tahu Jenis Pengangkutan
Ni apps yang kami guna sepanjang berada di Korea :
Air Asia
Translate
World Currency
Rome2Rio
Google maps
[Rome2Rio]
Nak terangkan sikit untuk apps Rome2Rio. Apps ini memudahkan kita untuk pergi dari 1 destinasi menuju ke 1 lagi destinasi.
Nanti akan keluar semua details, bila train sampai, bila nak kena turun untuk tukar line.
Dekat sana kita akan sedikit pening tengok line subway (dekat Malaysia panggil LRT) sebab memang bersepah gila!
Jadi dengan adanya apps Rome2Rio ini sangat membantu perjalanan dan pergerakan kita di sana. Kalau blur juga search la pakcik Google. Hehe
Tapi. Tak semua pon kita kena naik subway. Kadang ada setengah tempat kalau naik taxi lagi murah berbanding naik subway.
Sebab naik taxi kita akan bahagi dengan 4 orang untuk bayar. Jadi depends pada destinasi yang kita nak pergi. Rujuk je Rome2Rio okay.
[Google Translate]
Sejujurnya Lia tak power pon dalam bahasa korea, tapi Alhamdulillah dekat sana senang nak berkomunikasi dengan mereka dalam bahasa English. Tapi boleh je guna google translate kalau nak cakap bahasa Korea dengan orang Korea. Hehe.
1 hari RM12.00. Lia sewa untuk 8 hari jadi total RM96.00. Kalau bahagi 4 seorang baru RM24.00 je. Alhamdulillah coverage dia besar even kita bawah tanah pon line internet tetap laju.
Di Korea banyak gunakan T-Money. Bila waktu nak guna T-Money?
– Waktu kita naik public transport (subway, bus, taxi)
– Minum di coffee shop
– Supermarket
Konsepnya macam Touch N Go. Cuma bezanya kalau di Malaysia banyak guna untuk tol.
Dekat mana nak beli T-Money?
Ada 2 cara : Percuma
– Pergi ke link ini https://www.visitkorea.com.my/discover-korea-your-way-dkyw…/
– Create account
– Login semula
– Jawab survey
– Lepas siap nanti dia akan email code untuk redeem
– Boleh ambil T-Money di Korea Tourism Organization, Kuala Lumpur. Nak minta mereka pos pon boleh.
– Nanti mereka akan bagi satu booklet ada macam-maca kupon sekali dengan kad T-Money
– Sampai airport Incheon nanti tinggal topup je
Berbayar
– Tiba di airport Incheon boleh beli T-Money di mana-mana kaunter dengan harga 4,000 won
– Lepas itu topap 46,000 won, jadi bagi je duit dekat mereka 50,000 won
– Beli T-Money sekali dengan topap terus.
Restaurant Kampungku
No 5 : Makanan Halal Di Korea
Macam mana dengan makanan dekat sana? Dan kalau nak masak kena bawa apa je dari Malaysia?
Sebenarnya dekat Korea ni kena pandai cari makanan halal. Ni Lia kongsi sikit kat mana nak cari makanan halal di Korea.
– Kebab turki 8,000 won – Itaewon
– Kimchi fried rice 7,000 won – Nandaemun
– Gosame Grill (ikan bakar) 6,000 won – Sinchon
– Seongnam Jinmi Tteokbokki sejenis kuih diperbuat dari beras 6,000 won – Honggik University
– Dong Mun – Nami Island
– Namiok – Nami Island
– Restoran kampungku 12,000 won – Myeongdong
– Yoganee 7,000 won – Myeongdong
– Busan Jib 10,000 won – Myeongdong
Di Itaewon boleh katakan paling senang nak cari makanan halal. Contohnya restaurant Eid (belakang masjid Itaewon), restaurant Makan Halal Korean (depan masjid Itaewon) dan Murree Muslim Food.
Kalau nak masak di guesthouse, perkara penting kena bawa dari Malaysia seperti beras, garam, sambal ikan bilis, paket makanan pak brahim dan minuman 3in1.
Nampak ke nampak tengah hujan salji sebenarnya ni.
No 6 : Tempat Menarik Untuk Melawat
Gyeongbokgung Palace : Boleh hayati sejarah Istana Gyeongbokgung. Di sini lah kita boleh lihat nilai tradisi dan kebudayaan masyarakat Korea. Dan boleh bergambar di sekitar istana dengan memakai pakaian tradisional Korea iaitu di panggil ‘hanbok’.
Deoksugung Palace – tiket masuk 1,000 won : Suasana yang lebih kurang sama macam istana di atas.
Itaewon : Wajib singgah dan bergambar di Line Friends Store iaitu bangunan 3 tingkat yang berkonsepkan karakter Line yang comel.
Namsan Tower : Kalau di Kuala Lumpur ada KLCC, di Seoul ada Namsan Tower. Di sini la tempat yang famous dengan ‘Love Lock’ tu!
Gapyeong Rail Park (rail bike) – tiket masuk 8,750 won untuk 4 seaters : Macam naik basikal, 4 orang kena sama-sama kayuh, perjalanan pusingannya selama 30 minit. Kalau tak kayuh itu kita tahu dia ini mesti sleeping partner kalau buat bisnes dengan dia. Eh! Haha
Nami Island – tiket masuk 13,000 won : Terkenal sebab cerita Winter Sonata. Anyway view dekat Nami ni pon memang cantik sangat. Tempat wajib pergi kalau dah ke Korea dan buat la video banyak-banyak.
Petite France – tiket masuk 10,000 won : Alami suasana yang tenang dengan senibina perancis dan The Little Prince. Jadi pastikan ambil gambar di setiap sudut dalam Petite France, memang cantik!
Namsangol Hanok Village : Masuk je Hanok Village ini seperti kita masuk zaman 300 tahun Korea dahulu. Kita boleh tengok rumah tradisional Korea. Setiap rumah berbeza-beza fungsi, bentuk dan penghuni, ada rumah rakyat biasa, ada rumah pegawai tertinggi dan rumah queen.
Sihung Gaetgol Eco Park : View yang cantik dan tenang je dekat sini.
Dongdaemun : Tertarik dengan LED rose garden, sesuai bergambar pada waktu siang atau malam. Siapa yang minat artis K-Pop di sinilah tempatnya! Ada jual banyak gila merchandise artis-artis Korea.
Insadong : Konsep street art yang ada pelbagai acara seni dan festival kebudayaan tradisional Korea. Boleh beli sikit souvenirs (keychain, beg) dekat Insadong sebab hasil kerja mereka yang cantik dan kualiti.
Antara tempat-tempat yang menarik lagi adalah Lotte World, Yongpyong Ski Resort, Everland Theme Park, City Hall Centre (ice skating), Hongdae (Hongik University), Chuncheon Romantic Market dan Garden Of Morning Calm di Gapyeong.
Antara biskut yang banyak Lia shopping dan bawa balik ke Malaysia.
No 7 : Mana Nak Shopping Kat Korea Ni
Ada 2 tempat menarik untuk pergi shopping, dan kalau boleh spend la 2 hari untuk 2 tempat shopping ini bagi yang suka membeli. Hehe
Nandaemun market:
– Dekat sini best kalau korang nak shopping brooch, keychain, fridge magnet dan baju budak-budak
– Waktu terbaik pergi waktu pagi – petang
– Memang tempat shopping wanita, jalan kaki berbatu-batu pon tak terasa penat!
Myeongdong market:
– Dekat sini best untuk cari makanan jajan, biskut, coklat, makeup Korea, skincare dan kasut. Banyak mall besar-besar juga dekat sini.
– Waktu terbaik pergi waktu petang – malam
– Cumanya Lia tak beli langsung makeup Korea atau skincare dekat sini, sebab Myeongdong Market ini lah salah 1 yang tersenarai sebagai ‘Top 10 Most Expensive Shopping Street in the WORLD!’. Fuh jadi cuci mata je la ya?
– Untuk coklat atau jajan, cari la nama makanan dekat bawah ini, memang sedap!
– Lia suka makan ni dekat sana : honey of glutinous rice pancake, sun hot & spicy chips, long icecream 32cm, egg bun, rose icecream, dragon’s beard candy (Korean traditional cookie), croissant taiyaki (ambil perisa nutella, sedap gila!), chocolate banana crape, susu pisang (wajib!) [rujuk gambar]
– Ni jajan atau biskut yang Lia beli banyak dan bawa balik ke Malaysia : biskut binch, crown white torte, crown white hazelnut, crown choco hazelnut dan spicy seaweed [rujuk gambar]
Tips! Pastikan banyak buat survey untuk dapatkan harga yang lebih murah. Contoh kalau pergi ke Myeondong beli 5 keychain harga 5,000 won tapi kalau ke Nandaemun beli 5 keychain baru 1,000 won. Kualiti sama je. Tapi harga jauh beza.
Selain dari itu katakan nak cari seaweed di Myeondong, memang banyak gila market jual seaweed, tapi rata-rata jual 10,000 won. Dan Alhamdulillah kitorang jumpa 1 kedai ni jual seaweed harga cuma 7,500 won je!
Rose Icecream, Myeondong Market
No 8 : Ini Jumlah Kos 8 Hari Ke Korea
Total Lia 8 hari di Korea sebanyak RM1,900 je tak termasuk shopping.
Tips! Serius kalau dapat cari tiket flight RM700 mungkin bajet ke Korea RM1,500 je! Jadi banyakkan bersabar cari tiket flight yang murah dan sentiasa up-to-date dengan promo Air Asia.
Boleh-boleh?
Anyway, dekat gambar-gambar bawah ini Lia ada jelaskan lagi. Hehe.
Restoran Halal Yang Boleh Disinggah
Restaurant Gosame Grill. Ikan bakar dia memang super duper delicious!
Restaurant Yoogane Chicken Galbi
Restaurant Seongnam Jinmi Tteokbokki
Street Food Halal Yang Ada Di Korea
Kebab Turki dalam 8,000 won. Banyak jual di Itaewon.
Susu pisang.
Honey of glutinous rice pancake.
Chocolate banana crape
Croissant Taiyaki
Egg Bun
Long ice cream 32 cm
Akhir kata dari Lia sendiri, Korea adalah salah 1 destinasi yang kita wajib pergi, dengan canggihnya teknologi, pemandangan yang semulajadi dan indah pada setiap musim yang berganti!
Semoga perkongsian Lia ini memberi banyak manfaat kepada semua sahabat Lia yang teringin nak ke Korea.
MW : Haa.. apa lagi, dah boleh mula buat simpanan awal-awal. Katanya kalau pergi musim winter ni, Korea cantik lain macam.
Tempoh 20 tahun bukan satu jangka masa yang sekejap, malah lebih perit apabila disabitkan dengan kesalahan yang diri sendiri tidak lakukan. Seorang lelaki Korea Selatan yang menghabiskan 20 tahun meringkuk dalam penjara atas kesalahan rogol dan bunuh, didapati tidak bersalah selepas penjenayah sebenar membuat pengakuan.
Hakim Minta Maaf Keputusan Salah
Beliau berjaya membersihkan namanya selepas seorang pembunuh bersiri yang terkenal di negara itu mengaku memperkosa dan membunuh mangsa, seorang gadis berusia 13 tahun, pada 1988.
Yoon Seong-yeo, 53, yang dihukum penjara seumur hidup, dibebaskan dengan parol pada 2009, selepas 20 tahun dipenjarakan.
Dia mendengar dengan tenang ketika Hakim Mahkamah daerah Suwon, Park Jeong-je, meminta maaf kepadanya Khamis lalu bagi pihak badan kehakiman kerana menyebabkan ‘kesakitan fizikal dan mental sangat besar’ akibat keputusan yang salah.
“Tertuduh tidak bersalah,” umum Park dan pembebasan Seong-yeo disambut tepukan gemuruh daripada penyokongnya di galeri.
“Saya harap tiada sesiapa yang perlu melalui apa yang saya lalui dan semua kes menerima perbicaraan yang adil,” kata Yoon kepada pemberita selepas keputusan itu.
Polis Menuduh Rogol & Bunuh
Seong-yeo, yang ketika itu berusia 22 tahun dan bekerja sebagai mekanik di sebuah rumah ladang di Hwaseong, ditahan pada Julai 1989 selepas polis menuduhnya merogol dan membunuh seorang gadis pada September 1988.
Antara 1986 dan 1991, 10 wanita pelbagai peringkat usia dirogol serta dibunuh dengan kejam di kawasan Hwaseong dan Yoon ditahan selepas polis dikritik hebat kerana gagal mengenal pasti pembunuh bersiri itu.
Polis membuat kesimpulan Seong-yeo meniru siri jenayah yang berlaku walaupun dia menafikannya dan menyatakan bahawa penyiasat polis memaksanya untuk mengaku melakukan jenayah berkenaan.
Mahkamah Daerah Suwon menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup pada Oktober 1989, yang kemudian disahkan Mahkamah Agung pada Mei 1990.
Pengakuan Suspek Lain
Ketika siri kes pembunuhan Hwaseong dilihat tidak berkesudahan, tahun lalu pihak polis mengumumkan ada suspek lain yang membuat pengakuan.
Lee Chun-jae, seorang lelaki yang menjalani hukuman penjara seumur hidup kerana membunuh kakak iparnya pada 1994, mengaku melakukan pembunuhan termasuk gadis berusia 13 tahun itu, mendorong Seong-yeo memfailkan perbicaraan semula.
Chun-jae turut memberi keterangan pada perbicaraan semula Seong-yeo bulan lalu dan mengulangi pengakuannya.
Pembunuhan di Hwaseong juga ilham kepada penerbitan filem ‘Memories of Murder’ pada 2003 dan mencipta kejayaan bagi pengarah, Bong Joon Ho, yang memenangi filem terbaik Anugerah Akademi pada tahun ini bagi filem ‘Parasite’. – AGENSI
MW: Menderitanya apabila meringkuk dalam penjara atas kesalahan yang tidak dilakukan. Meskipun masa yang berlalu tidak boleh diulang kembali, namun pembebasan ini sekurang-kurangnya dapat membersihakan nama baik dan maruah diri.
Nahas SUV di Bukit Kawah meragut nyawa sepasang bakal pengantin apabila Toyota Fortuner yang dinaiki terjunam ke dalam gaung. Baca kronologi penuh, siasatan polis dan peringatan keselamatan jalan raya.