Dalam dunia moden yang serba mencabar, setiap wanita mendambakan sesuatu yang mampu menaikkan semangat dan keyakinan diri. Di sinilah wangian memainkan peranan yang lebih daripada sekadar aroma.
Perfume Paradise, bukan sekadar jenama wangian tempatan, tetapi turut menjadi pemangkin perubahan bagi ramai wanita Malaysia. Dengan menawarkan peluang keusahawanan yang mudah diakses serta sokongan berterusan dari HQ, Perfume Paradise telah membuka ruang untuk wanita melangkah lebih jauh untuk menjana pendapatan, membina keyakinan, dan menjadi sebahagian daripada komuniti yang saling mengangkat antara satu sama lain.
Rancangan Borak Seeni menjadi lebih harum dan segar apabila menerima kehadiran Perfume Paradise (PP), jenama wangian tempatan yang semakin mendapat tempat di hati rakyat Malaysia.
Diterajui oleh pengasasnya Nur Afiqah Amran, dan disokong oleh rangkaian pengedar yang meluas termasuk Siti Nadia Natassa Daud, pengedar Perfume Paradise dari Negeri Sembilan, kejayaan Perfume Paradise hari ini adalah bukti kerjasama erat antara HQ dan pengedarnya.
Ads
Dari Pengguna Menjadi Pengedar
Siti Nadia berkongsi kisah peribadinya dalam episod tersebut. Beliau mula sebagai pengguna setia selama dua tahun, sebelum nekad menjadi pengedar selepas sering mendengar pujian tentang jenama ini.
“Saya jatuh cinta dengan kualiti dan ketahanan bau. Bila ramai tanya saya pakai apa, dari situ saya nampak potensi bisnes Perfume Paradise,” katanya.
Kini, beliau bukan sahaja menjana pendapatan tetap, malah menjadi sebahagian daripada rangkaian lebih 2,000 pengedar aktif di seluruh negara.
Strategi Win-Win HQ & Pengedar
Menurut Pengasas Perfume Paradise, Puan Nur Afiqah bt Amran, kejayaan Perfume Paradise tidak akan tercapai tanpa sokongan padu antara HQ dan para pengedar. Kempen pemasaran yang konsisten dari HQ, termasuk media sosial, penajaan acara dan kolaborasi strategik telah membantu memperluas capaian jenama ini.
Ads
“Ini adalah situasi menang-menang. Bila HQ buat marketing, pengedar pun dapat tempias pelanggan baru. Bila pengedar aktif, jenama jadi lebih kukuh. Semua saling menyokong,” jelas beliau.
Food Fest Jom Santai – Perfume Paradise Dekat Di Hati
Menurut Puan Fie lagi, salah satu inisiatif menarik Perfume Paradise ialah melalui penajaan Food Fest Jom Santai, yang menjelajah ke seluruh Malaysia. Di sini, pengedar diberi peluang membuka booth dan berniaga secara langsung kepada orang ramai. Ia bukan sahaja memperkenalkan produk Perfume Paradise kepada khalayak baru, tetapi juga memberi pengalaman niaga secara langsung kepada pengedar.
Ads
Tambahan pula, setiap pengunjung yang berbelanja RM50 ke atas layak menyertai cabutan bertuah, dengan hadiah bernilai hingga RM20,000. Menurut Puan Fie, hadiah-hadiah ini adalah simbol penghargaan Perfume Paradise kepada pelanggan setia.
Sebagai langkah kreatif untuk mendekati komuniti digital dan meraikan bakat tempatan, Perfume Paradise turut menganjurkan pertandingan “Creator Content Challenge” – satu inisiatif menarik yang terbuka kepada semua yang gemar mencipta kandungan media sosial.
Peserta hanya perlu menghasilkan konten kreatif menggunakan produk Perfume Paradise untuk berpeluang memenangi hadiah-hadiah menarik. Pertandingan ini bukan sahaja memberi ruang untuk menonjolkan bakat, malah membuka pintu kerjasama jangka panjang bersama jenama yang semakin mekar ini.
Ia juga menjadi bukti bahawa Perfume Paradise sentiasa menyokong dan menghargai kreativiti serta semangat komuniti yang membina.
Inspirasi Wanita, Inspirasi Usahawan
Kisah Perfume Paradise bukan sekadar kisah jualan wangian. Ia adalah kisah semangat wanita Malaysia yang berani melangkah keluar dari zon selesa, membina kerjaya dan membangunkan komuniti. PP telah berjaya membina lebih daripada jenama ia membina peluang, komuniti dan inspirasi.
Sambal Udang Terkejut Petai Mengancam! Idea menu berbuka puasa hari ketiga mak-mak jangan fikir lama sangat nanti buntu jadinya. Apa kata jamulah keluarga dengan Sambal Udang Terkejut Petai Mengancam! Makan sekali pasti nak tambah lagi.
Video khas ‘Mak Empal Buka Apa Hari Ini? Khas buat pelayar Mingguan Wanita sediakan resipi Sambal Udang Terkejut Petai Mengancam. Rasa mengancam sambal ni memang tak boleh tolak lagi-lagi dihidangkan dengan nasi panas. Waktu berbuka anda dan keluarga memang tak boleh dilupakan.
Air tangan mak-mak ni memang nostalgia tau. Campaklah apa saja dalam kuali akan menjadi ingatan anak-anak sampai mereka dewasa kelak. Jomlah masak menu kegemaran ramai ini.
Bahan- Bahan :
10 ekor udang
15 tangkai cili kering – dikisar
2 ulas bawang merah – dikisar
Sedikit belacan
Petai
Sos cili
2 ulas bawang merah – dipotong gegelung
Cara Memasak :
Goreng dahulu udang bila dah kekuningan tos minyak dan angkat.
Kisarkan cili kering bersama bawang merah dan sedikit belacan
Bahan yang telah dikisar kemudian ditumiskan, nak jimat pakailah minyak gorengan udang tadi.
Bila dah garing masukkan sos cili, petai dan udang serta bawang yang dipotong gegelung.
Akhir sekali masukkan garam, serbuk perasa dan sedikit gula.
Tunggu hingga masakan garing kacau dan bolehlah dihidangkan bersama nasi panas.
Kuat sungguh dugaan bintang lagenda Uji Rashid ini. Walau sudah berusia namun amat tabah meneruskan kehidupan mencabar dalam menjaga anaknya Cico Harahap yang kurang sihat.
Macam mana nak meninggal dalam keadaan husnol khatimah jika tidak sentiasa berzikir, kata Datin Seri Umie Aida.
“Wanita dicipta Allah dari tulang rusuk yang berdekatan dengan hati untuk disayangi dan dicintai” Ustaz Don Daniyal kongsi nasihat dan doa buat para isteri yang berhadapan masalah rumah tangga. Paling penting wahai para isteri jika masalah kamu melibatkan keganasan bukan hanya berdoa sahaja tapi laporlah pada polis segera! Sayangilah diri anda dahulu! Jangan biarkan diri hidup dalam tekanan.
Pelakon veteran Normah Damanhuri atau lebih mesra dengan sapaan Mak Normah mendedahkan dirinya tak pernah ‘engkaukan’ anak-anak. Malah ayat yang keluar dari mulutnya sangat berlapik dan penuh sopan santun hingga anak-anak sangat menghormati dirinya. Malah sejak anak-anak kecil Mak Normah sangat manjakan anak-anak hinggakan hubungan antara mereka sangatlah akrab.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Dapat restu ibu bapa tangguh pengajian, penyanyi wanita Iman Troye memutuskan untuk menangguhkan pengajian buat sementara waktu bagi memberi tumpuan kepada single baharu.
Iman yang juga penuntut Diploma Muzik, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam memberitahu dirinya dia bakal muncul dengan single yang berkemungkinan diletakkan judul Kemboja selewat-lewatnya Jun depan.
Dapat Restu Ibu Bapa Tangguh Pengajian
Sebagai penyanyi, pempengaruh dan juga bergelar pelajar dirinya menghadapi kesukaran untuk membahagikan masa.
“Keputusan ini bukan dibuat sendiri, tapi saya dapatkan restu keluarga.
“Sebagai anak bongsu, tentulah saya kena dahulukan ibu bapa sebelum membuat apa-apa keputusan.
“Sebelum ini, kerjaya seni saya agak perlahan kerana sibuk belajar, jadi kali ini saya nak fokus betul-betul pada single baru,” jelas Iman.
Iman yang ditemubual pada Majlis Raikan Result SPM dan Pelancaran Insentif Pelajar Cemerlang PTTI di Bangi turut menyatakan dirinya akan menyambung pengajian selepas segala single baharu selesai dan sasarannya tercapai.
“Buat masa ini, belum tahu berapa lama saya akan berehat. Lepas selesai semua berkaitan single baharu dan beberapa impian, barulah saya akan sambung pengajian semula.
“InsyaAllah kalau ada rezeki, saya nak sambung ke peringkat ijazah, tapi apa yang penting habiskan diploma dahulu.
“Alhamdulillah, sepanjang belajar di peringkat diploma keputusan saya semuanya mencapai dekan walaupun sibuk dengan nyanyian,” kongsi Iman.
Ikon PTTI Tahun Ketiga
Iman yang merupakan Ikon PTTI untuk tahun ketiga berasa gembira melihat peningkatan pelajar yang mendapat keputusan cemerlang untuk peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
“Kejayaan pelajar bukanlah sebab saya. Tugas saya hanya untuk tarik minat pelajar dan berikan kata semangat,” sambung Iman.
Nana Mahzan akui agak risau. Namun punya cara tersendiri didik anak. Paling penting kata Nana perlu banyak berbicara dengan anak perempuan. Berkongsi cerita sangat penting dan pastikan anak menghormati dan mendengar kata ibu ayah.
Cantiknya anak dara pelakon Que Haidar dan Linda Jasmine, Tengku Ratu Haidar!
Siapa isteri-isteri geng Syatilla angkat tangan. Setuju tak? Memang suami berat mulut dan tak rajin borak bila dalam kereta suara isteri je macam dj radio tak berhenti bercakap. Hihihi.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Tidak lengkap sambutan Aidilfitri tanpa kehadiran sampul raya sebagai pemberian ikhlas untuk kanak-kanak dan seisi keluarga. Ada di kalangan anda yang gemar mengumpul sampul raya? Koleksi sampul raya Converse Malaysia ini sesuatu yang tidak boleh dilepaskan!
Converse Malaysia dengan bangganya mengumumkan kerjasama dengan Monkiddo, jenama ilustrasi Malaysia yang terkenal dengan ciptaan yang penuh warna dan
imaginatif, untuk kempen Raya eksklusif.
Kerjasama ini bertujuan untuk menyemarakkan musim perayaan dengan gabungan seni dan gaya yang unik, mempamerkan warisan budaya yang kaya dan kreativiti moden Malaysia.
Monkiddo, ciptaan Lim Jayee yang berbakat, telah menawan hati para peminat seni dengan
ilustrasi monster fantasi dan naratif yang menarik. Kolaborasi jenama ini dengan nama-nama terkenal seperti Rhinoshield, Atmos, dan Kejap Food telah mengukuhkan reputasinya sebagai perintis dalam menggabungkan budaya tempatan dengan daya tarikan global.
Budaya Malaysia
Raya ini, Converse Malaysia dan Monkiddo menjemput orang ramai untuk merayakan semangat perayaan melalui koleksi edisi khas yang menampilkan ilustrasi khas Monkiddo di kedai Converse yang terpilih. Koleksi ini merupakan penghormatan kepada kepelbagaian budaya Malaysia, menawarkan pandangan segar dan kontemporari terhadap motif Raya tradisional.
“Kami teruja untuk bekerjasama dengan Monkiddo untuk kempen Raya ini,” kata Wakil Converse Malaysia.
“Seni unik mereka dan hubungan mendalam dengan budaya Malaysia menjadikan mereka rakan kolaborasi yang sempurna untuk merayakan musim perayaan ini bersama komuniti kami.”
Lim Jayee, pencipta di sebalik Monkiddo, menyatakan keterujaannya untuk kerjasama ini, dengan menyatakan, “Bekerjasama dengan Converse Malaysia adalah impian yang menjadi kenyataan. Ini peluang untuk mempamerkan ilustrasi kami di platform global dan merayakan kepelbagaian budaya Malaysia sempena Raya.”
Kempen Raya Converse Malaysia x Monkiddo akan menampilkan filter AR eksklusif di laman
media sosial Instagram, acara eksklusif, dan pemasangan interaktif yang mengajak peminat untuk menyelami dunia Monkiddo. Pemasangan ini akan tersedia di kedai Converse terpilih dan dalam talian, menawarkan cara unik untuk merayakan Raya dengan gaya.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Doktor pelatih dibuli hingga trauma, kini terperuk dalam bilik kotor bertahun-tahun. Isu buli tidak hanya melibatkan pelajar sekolah atau universiti. Tapi juga wujudnya budaya...