Bermula Mac Ini, Jangan Lupa Daftar Anak Darjah 1 Secara Online

Share

Sebaran info ini untuk mak ayah yang ada anak umur 4, 5 dan 6 tahun pada tahun ini, 2020. Sila ambil tahu berkenaan permohonan pendaftaran kemasukan anak darjah satu tahun 2021/2022 secara online.

Ibu ini, Munirah Jamaluddin, kongsikan panduan berguna cara membuat permohonan pendaftaran atas talian.

Ingat ya! Mak ayah cuma ada masa 2 bulan untuk berbuat demikian. Kerana permohonan ini mulai dibuka pada 1 Mac 2020 sehingga 30 April 2020 sahaja

.

Dan permohonan atas talian ini terbuka kepada seluruh negeri di Malaysia (Semenanjung Malaysia termasuk Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Info selanjutnya boleh rujuk di bawah ini.


.

Ambil Tahu – Daftar Anak Darjah 1

Sesiapa yang mempunyai anak yang lahir pada 2014 (berumur 6 tahun pada 2020), yang lahir pada 2015 (berumur 5 tahun pada 2020) atau yang lahir pada 1.1.2016 (berumur 4 tahun pada 1.1.2020) wajib ambil tahu!

Guideline nya begini :-

1) Permohonan atas talian ini terbuka kepada seluruh negeri di Malaysia

(Semenanjung Malaysia termasuk Sabah, Sarawak dan W.P Labuan)

2) Alert dengan website di mana pendaftaran secara online akan dibuka bermula 1 Mac 2020 https://public.moe.gov.my

3) Perlu print borang yang telah siap diisi nanti bersama dokumen yang diperlukan ke sekolah yang dipohon. Jadi boleh mula siapkan dokumen dari hari ini.

4) Dokumen yang diperlukan;

  • sijil lahir anak (salinan + asal)
  • kad pengenalan ibu bapa (salinan + asal)
  • surat nikah / cerai (salinan + asal)
  • bil yang mempunyai alamat tempat tinggal
  • sampul surat standard dan setem
  • laporan doktor dan kad OKU jika berkaitan
  • semua dokumen salinan perlulah disahkan sebelum dihantar ke sekolah

5) Alert dengan tarikh semakan status permohonan. Jika berjaya, boleh proceed no 3 dan 4. Jika tidak, perlu buat rayuan segera.

Jangan lupa kongsikan dengan kawan-kawan yang anaknya bakal bersekolah rendah di tahun hadapan.

MW : Sila tandakan siap-siap dalam kalender mak ayah ya.

Sumber/Foto : Munirah Jamaluddin

IKLAN