Bagi seorang ibu, setiap detik bersama anak adalah hadiah yang tiada gantinya. Dari saat pertama mereka membuka mata, sehinggalah melangkah ke dunia luas yang penuh cabaran, hati seorang ibu sentiasa dibalut doa agar anak-anaknya membesar menjadi insan berguna.
Itulah perasaan yang kini sedang dirasai oleh pelakon, usahawan dan figura inspirasi ramai wanita, Wawa Zainal.
Anak gadis keduanya, Hayla Maghrifatul Adzkiyaa, baru berusia 10 tahun, namun sudah menunjukkan jiwa yang luar biasa besar. Bukan sekadar pandai berkata-kata, tetapi benar-benar mahu meletakkan nilai hidupnya pada memberi dan berkongsi.
Niat Tulus Yang Tak Disangka
Menerusi perkongsian di Instagram, Wawa tidak menyangka bahawa niat tulus anaknya itu mampu menyentuh hati ramai. Dalam sebuah video, Hayla dengan wajah polos berkata dia mahu menggunakan wang hadiah sebanyak RM3,000 yang diberikan oleh Wawa dan Aeril sempena ulang tahun kelahirannya, untuk membeli sebuah televisyen kepada rumah anak yatim.
“Saya nak belikan mereka TV sebab sebelum ini mereka kata nak TV. Saya rasa nak beri mereka TV yang paling besar. Duit baki ini saya mahu belikan mereka makanan dan kek,” ujar Hayla sambil tersenyum.
Ads
Kata-kata yang lahir dari bibir seorang anak kecil ini barangkali kedengaran mudah, tetapi bagi yang memahami, ia sarat dengan nilai empati. Dia tidak memikirkan dirinya, tidak memikirkan keinginan kanak-kanak sebayanya, sebaliknya meletakkan kebahagiaan orang lain di hadapan.
Hadiah Ulang Tahun Yang Luar Biasa
Menariknya, ulang tahun kelahiran Hayla kali ini memang cukup istimewa. Selain hadiah wang tunai, dia turut menerima sebuah hadiah bernilai tinggi sebuah kedai untuk memulakan perniagaan. Sebuah hadiah yang besar nilainya, tanda kasih dan sokongan penuh dari kedua orang tuanya yang mahu membentuk minda usahawan sejak kecil.
Ads
Namun, di sebalik segala kemewahan dan peluang yang diberi, hatinya tetap berpaling kepada mereka yang kurang bernasib baik. Apa ertinya sebuah kedai jika jiwa tidak tahu erti berkongsi? Hayla membuktikan bahawa rezeki yang ada tidak semestinya untuk diri sendiri sahaja, tetapi boleh menjadi jambatan kebahagiaan buat orang lain.
Bangga Seorang Ibu
Sebagai seorang ibu, Wawa tidak mampu menahan rasa bangga. “Tak sangka anak sekecil itu sudah ada kesedaran untuk berkongsi rezeki. Saya sebagai ibu, hanya mampu bersyukur dan berdoa agar jiwa murni ini terus subur dalam dirinya,” kata Wawa penuh sebak.
Bagi Wawa, ini bukan sekadar tentang membeli televisyen atau makanan, tetapi tentang membentuk hati seorang insan yang tahu nilai memberi. Melihat anak-anak memiliki kesedaran seperti ini adalah doa yang menjadi nyata. Doa setiap ibu yang mahu melahirkan generasi bukan hanya cerdas fikiran, tetapi juga lembut hati dan kuat jiwa.
Ads
Inspirasi Buat Semua
Di usia sekecil itu, Hayla mengajar kita sesuatu, bahawa nilai kemanusiaan tidak terikat pada umur. Seorang anak kecil juga mampu menyentuh hati dunia dengan perbuatannya.
Bayangkan, jika semua anak-anak dibesarkan dengan kasih sayang, doa yang tidak pernah putus, dan dididik untuk bersyukur, betapa indahnya dunia ini.
Kisah Hayla bukan sekadar kisah seorang anak artis terkenal. Ia adalah cerminan bahawa setiap ibu bapa boleh menanamkan benih kasih sayang dan empati dalam diri anak-anak mereka.
Dalam dunia yang semakin individualistik, kisah ini hadir sebagai cahaya, mengingatkan kita bahawa masih ada hati kecil yang tulus, masih ada jiwa murni yang mahu berkongsi walau belum mengenal erti dunia sepenuhnya.
Tiada lagi kelibat Elly Mazlein di program All Stars Gegar Vaganza!
“Setelah memberi pertimbangan secara teliti, dengan rasa berat hati, Astro dan Kak Lina (Elly Mazlein) mengumumkan pengunduran Kak Lina dari program All Stars Gegar Vaganza atas hal-hal peribadi. Walaupun berasa sedih, pihak Astro menghormati keputusan yang diambil,” kata Naib Presiden Strategi Pembangunan Kandungan Hiburan Melayu Astro, Raqim Ahmad.
All Stars Gegar Vaganza akan terus dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Jihan Muse serta barisan juri professional dan bintang-bintang yang bertanding.
“Pastinya para peminat Kak Lina masih berkesempatan untuk menonton personaliti kesayangan ramai ini menerusia program-program Astro yang akan datang”,katanya lagi.
Dalam kenyataan yang sama, Elly Mazlein atau nama sebenarnya Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi, 43 tahun turut mengucapkan penghargaan buat peminat yang telah banyak memberi sokongan terhadapnya sepanjang mengendalikan program tersebut.
Menjengah ke laman Instagram milik Elly Mazlein yang lebih sinonim digelar Kak Lina Pom Pom, selebriti berusia 43 tahun ini memuat naik perkataan maaf bersama paparan skrin berita mengenai pengundurannya itu.
“Saya ingin mengambik kesempatan ini juga untuk mengucapkan terima kasih kepada semua yang menyokong Kak Lina sepanjang siaran All Stars Gegar Vaganza. Sesungguhnya saya amat menghargainya,” ujarnya.
Elly Mazlein terpilih mengacarakan Gegar Vaganza musim kesembilan tahun lalu menggantikan Jihan Muse yang sedang bercuti selepas melahirkan anak keduanya. Ada penonton yang dapat menerima keberadaannya di pentas itu bersama Nabil dan Jihan, dan tidak kurang juga yang memberikan kritikan. Elly Mazlein baru-baru ini menerima kritikan cara dia mengacara program tersebut. Elly bukan saja dikritik netizen di media sosial, tetapi juga artis dan pengacara lain.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Dalam instagramnya, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman berkongsi bil elektrik di rumahnya yang mencecah sehingga RM8142.90.
Dengan caption, “Macam makin naik je bil umah saya. Ada cara tak nak kurangkan bil elektrik rumah.. bulan ni kena berjimat skit guna api kat rumah.”
Pertanyaan itu mengundang pelbagai reaksi daripada pengikutnya. Ada yang membandingkan jumlah bil itu bersesuaianlah dengan keperluan rumah agam, Aliff Syukri Palace miliknya.
Ini Tip Jimat Bil Elektrik Cadangan Daripada Netizen
Kawal Penggunaan Aircond
Jangan pasang aircond full blast. Letak setting yang ada simbol waterdrop tu then letak suhu 23-25 saja. Dia akan kawal suhu bilik.
Dah pasang aircond tutup pintu bilik dan pintu toilet. Jadi bilik cepat sejuk dan aircond tak perlu ‘kerja keras’ nak sejukkan ruang.
Set timer aircond. Pasang semasa tidur untuk katakan 4 jam saja. Pasang kipas. Bila bilik dah sejuk, pasang kipas pun dah cukup.
Waktu siang buka tingkap dan sliding door, biar natural air dan pasang kipas.
Kalau tak ada orang di satu-satu ruang tutup lah lampu. Tak perlu terang benderang satu rumah. Nak terang benderang satu rumah mungkin semasa ada acara di rumah.
Untuk penggunaan harian kita berjimat. Buat macam ni, insyaAllah dapat lah berkurang bil.
Nak lagi drastik. Jangan Pasang aircond langsung sebulan. Memang ketara. Kalau sanggup boleh lah. @widyashoppe
Aircond kena set dry, jangan set cool fan. Memang banyak makan elektrik. @imransolo
Pasang aircond waktu tidur saja @syaz_nasam
Cabut Plug Barang Elektrik Yang Tak Nak Diguna
Kena cabut plug kalau barang elektrik tu tak nak diguna. Contohnya tak nak pakai kipas, bukan switch off je tapi cabut plug tu juga. Memang boleh jimat banyak @akikotakuza
Ye. Saya dah amalkan 5 ke 6 bulan (cabut plug barang elektrik yang tak guna). Walau pakai aircond kat bilik, bil RM30 paling banyak. @syeeraa_razali
Barang-barang elektrik yang pakai plug dan tak guna elektrik 24 jam (guna sekejap) wajib cabut plug tu tau. Dah nak guna balik baru pasang semula. Macam plug TV pun sama. Peti sejuk yang besar pun malam-malam sebelum tidur boleh cabut. Pagi pasang balik. Tak cair pun barang-barang dalam tu sebab dah cukup beku.
Even macam rumit nak cabut dan pasang balik tapi memang berbaloi. Rumah saya dah try, banyak gak jimat bulan-bulan. Memang berbeza dari yang dulu. Kalau tak percaya, try dulu. Tengok beza tak bulan akan datang dan bulan lepas punya. @lopa.cosmetics.hq
Gunakan Lampu Solar
Pakai solar panel. Pakai lektrik sendiri free. Kalau ada lebih masuk ke grid nasional. Dapat income lagi, tanya TNB boss. Ini promo TNB few years back. Kalau salah jangan kecam saya ye. @mamalac365
Rumah besar patut pakai sistem solar lebih jimat @na_here_babyshop
Gunakan solar pada waktu malam. @norhazirahmohdnordin
Pasang solar NEM Dato. Bil elektrik dah tak perlu bayar lagi dan boleh potong cukai hasil. @afandi_saidin
Mahalnya bil lektri rumah Dato. Dato juga lampu solar lah senang. Pasang solar kat rumah nanti semua cas pakai tenaga matahari. Dan tak payah bayar bil dah. Tapi kena beli lah alat solar tu. Pasang kat rumah. Letrik pakai sikit je dah lah. Banyakkan pakai solar. @hitahintan
Boleh install solar panel kat atas rumah. Few years akan dapat return. Elektrik yang dijana boleh guna sendiri. Nak jual ke TNB pun boleh. @aiqa_chan
Pasang Lampu Censor Boleh On Off Sendiri
Pasang lah censor kat semua tempat dalam rumah Dato tu. So dia auto off kalau tak ada orang. Dan pakai lah LED light. Jimat. @wmhelmie
Sila guna ADT alarm boleh control lampu rumah guna phone dan boleh tukar warna lampu guna apps ADT interactive dan akan boleh control aircond. Tak kisah di luar negara ke.. outstation atau di office. Janji phone ada internet boleh control alarm, lampu dan aircond di rumah. Boleh jimat sikit. @dazlan92
Lampu rumah pasang censor. Bila jalan baru on sendiri. Bila takde orang dalam seminit, boleh off sendiri. @adamlisha3
Tak Perlu Guna Water Heater
Kalau tiada orang dalam rumah bilik tutup aircon dan lampu buka bila perlu je. Water heater tak perlu guna sebab cuaca tengah panas sekarang. Penapis air pun sama. Buka bila nak guna je pastu tutup. @hudamn24
Kurangkan penggunaan heater. @azan016
Awas! Ini Untuk Yang Guna Penapis Air
On off penapis air lagi banyak bil. Saya tulis berdasarkan pengalaman. Macam peti sejuk jugak. Tak boleh on off. Untuk sejuk dan panas semula pakai tenaga elektrik yang banyak. @awinalya207
Mungkin sebab rumah ada aircond banyak. Dan lagi satu kalau ada guna penapis air; Coway ke Cuckoo ke. Rumah saya pernah juga bil tinggi. Selalunya tak sampai pun RM200 sebulan. Bila guna penapis air in 24 jam tu yang naik. Tapi bila tak guna kami tutup. Sekarang dah kurang jadi RM140 je. @suziyana76
Perhatikan Pump Kolam Ikan Koi
Tengok pump koi fish pond. Kalau watt tinggi, mungkin boleh fikir cara nak stopkan ikut kesesuaian masa. Saya ada dua koi pond jugak. So that’s the first thing untuk check! @suthanm
Set Economy Setting Untuk Sesetengah Barangan Elektrik
Selepas pakai barang-barang elektrik, pastikan soket dicabut. Jangan biar soket menyangkut walaupun suis off. Cadangan, pakai auto/timer soket. Set economy setting bagi sesetengah barang yang berkaitan. @oneal94
Tukar Kepada Lampu LED
Kurangkan penggunaan aircond sepanjang hari. Tutup mana-mana barangan atau alatak elektrik yang tak guna dan tukar lampu pada LED. InsyaAllah jimat.
Macam rumah saya, lampu MR DIY je. Ada tulis kat kotak tu 30 Watt. Tapi boleh sampai 100 Watt sebenarnya. Jimat tu.. @tg_atie
Sediakan Jadual Kegunaan Elektrik
Buat satu jadual dan senaraikan kegunaan elektrik harian. Lepas tu check, penggunaan elektrik yang penting part mana contoh untuk ruangan dapur misalnya. Guna tenaga elektrik untuk yang penting sahaja. @azharsafar97
Kurangkan penggunaan. Hari tu pun ada case jugak, suspect ada leaking arus elektrik. Bila panggil pakar rupa-rupanya penggunaan tu membuat bil melambung naik. @tieraasrin
Penyedut Haba Elektrik Pun Boleh Jadi Penyebab
Rumah teres saya pun naik tiga ratus. Mana taknya, caj handphone tiap kali bateri handphone habis, kipas 24 jam pasang (lebih-lebih lagi musim panas), gosok baju pun dua minggu sekali dan masak guna penyedut haba elektrik.
Boleh je nak jimat. Aircond tu jangan lah pasang di siang hari. Waktu malam masa nak tidur je. Pastu guna lah time yang boleh tutup sendiri. Barulah boleh sampai RM5K pun dah ok. @sitirahayuosman5006
Bukan DS Aliff Syukri Je, Netizen Pun Rasai Kenaikan Bil Elektrik
√ Bukan kata rumah Dato je sekarang. Sejak tukar meter baru, semua rumah bil naik. Yang saya dengar termasuk rumah saya. Tapi yang lain saya tak tahu lah. @dakwawa_abdjalil
√ Bil lektrik rumah saya bulan lepas pun sama. Naiknya mendadak. @princessfarah88
√ Memang tarif elektrik naik Dato. Bukan Dato je terkesan. Kami yang smekin ni pun merasainya. @norizanrabit
√ Umakaihh Dato.. bil rumah saya bulan ni naik RM200, tapi terpaksa ansur-ansur seratus dulu Dato oii.. poning den tengok bil. @ika_norchiey
√ Memang elektrik naik since bulan lepas. @siri_mariam_yaacob
√ Tau tak pe.. la ni air pun sama juga. Dah 2 bulan ni air dari 40 ringgit sebulan terus naik seratus lebih. Ramai yang merungut kenapa bil api dan air mendadak tetiba. Rumah kampung je. @lk_fresh_shida
√ Saya punya bil api pun naik Dato. Lepas tukau smart meter mendadak naik. Selalu bawah bawah RM130. Tapi dah 2 bulan pakai smart meter teruk. Bulan pertama RM187. Bulan kedua RM200. Ni bil bulan depan nak tengok macam mana. Dah report TNB pun tak guna. Dia cakap cuaca panas. Jadi penggunaan aircond jadi kuat. Apa kena mengena elektrik dengan cuaca. @merah_inai
√ Betul saya perasan bil air kat rumah naik tak tau kenapa. Bil api lambat bayar kena denda pulak. @zetyzuhairah
√ Memang ramai complain cakap bil TNB naik. Ramai dah buat aduan. @adibahnorfarah
√ Bil sekarang memang pun naik. Rumah tak ada aircond pun mencecah RM300. Ni kes km batu 3 Temerloh Pahang. Tak tau masalah dekat mana. Rumah kecil, aircond tak ada tapi bil 1 bulan boleh sampai RM300. @ynnyqaseh
MW : Haa.. jangan main-main dengan kos sara hidup sekarang ini. Memang kalau dikira satu persatu boleh buat sakit kepala. Kenapalah semua benda semakin naik.
Anak yatim dibelasah bapa pelajar, penjaga rumah amal TBQ buat laporan polis. Tindakan tidak berhati perut seorang lelaki gara-gara anaknya dikacau di sekolah, seorang kanak-kanak yatim berusia 7 tahun menjadi mangsa belasah lelaki tersebut.
Insiden ini didedahkan oleh Herman Sudil yang juga pengasas kepada Rumah Perlindungan Kanak-Kanak TBQ Amal di media sosialnya semalam. Malah dirinya turut berkongsi wajah kanak-kanak itu yang menangis dipukul orang dewasa termasuk memaklumkan mempunyai bukti anak ini menangis disepak.
Anak Yatim 7 Tahun Dibelasah Bapa Pelajar
Penjaga Rumah Amal TBQ Buat Laporan Polis
Menyuarakan hal ini di facebooknya, menurut Herman bapa pelajar itu tidak sepatutnya menghukum dengan menyepak anak yatim ini hanya kerana perlakuan kanak-kanak di sekolah.
“Budak lelaki melasak itu biasa namun menjatuhkan hukuman sebegini (menyepak) adalah perbuatan tak betul sama sekali.Kalau pun kenakalan seorang budak,biar sekolah uruskan bukan disepak sesuka hati kerana kanak-kanak dikacau.
“Berani kau sepak 3 kali sampai terhentak ke tembok #anaktbq yang umur 7 tahun ini sebab dia kacau anak engkau kat sekolah? Apa pun kenakalan budak kat sekolah, biar pihak sekolah yang uruskan. Bukan bapak lebih besar dan fizikal kuat sepak pelajar itu,”katanya yang tak akan menarik balik laporan polis sudah dibuat olehnya berhubung insiden ini.
Dalam pada itu, dirinya turut menjelaskan, sudah meminta semua saksi yang melihat anak jagaan mereka dibelasan agar membuat laporan polis.
“Bapa pelajar ini siap mengugut kalau anak jagaan TBQ mengacau anaknya lagi. Dia dulu kecik-kecik tak main gaduh-gaduh atau nakal dengan kawan kelas ke? Normallah budak lelaki macam tu. Report kat pihak sekolah bukan ambil tindakkan macam negara ini tiada undang-undang.
“Bayangkan kalau setiap mak bapak pergi sekolah belasah budak kecik yang kacau anak mereka, macam mana? Cuba anak kau pulak nakal, aku datang sepak 3 kali. Boleh terima?
“Ini anak yatim yang JKM hantar sebab ada kes. Punya payah TBQ Amal nak kasi dia normal balik jadi macam kanak-kanak biasa sebab kes trauma yang beliau lalui. Tiba-tiba engkau nak pukul budak ni macam tiada orang tua jaga dia?
“Sebab dia datang dari rumah kebajikan engkau ingat boleh belasah macam gitu? Dia takde orang sayang dan jaga? Video budak ni nangis setelah kena sepak ada pada saya. Tu yang tak boleh terima lihat anak kita kena pukul macam gitu. Menitis air mata. Kredit:- FB Herman Sudil.
TONTON VIDEO MENARIK DI SINI :-
“Biarlah hukuman mati itu dikekalkan. Tak ada kekhilafan dalam hukuman sebelum ini. 8 tahun kami sekeluarga menderita menantikan keenam-enam tertuduh melalui detik itu.
Demikian luah Hawa Osman ibu kepada arwah Zulfarhan yang didera kejam ditekap dengan seterika wap sebanyak 90 kali termasuk di kemaluan.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Anak kecil 4 tahun meninggal dunia akibat perut banyak cacing, tragedi timpa adik Raya menyayat hati. Tragedi memilukan menimpa seorang kanak-kanak perempuan berusia empat...