Sumber Foto : Instagram Jihan Muse

Bergelar seorang isteri dan ibu bukanlah satu perkara mudah malah mereka yang bekerjaya perlu bijak uruskan masa.

Begitu jugalah yang diungkapkan oleh pengacara, pelakon dan juga pelawak yang juga pemilik nama sebenar Nuur Jihan Musa atau lebih sinonim dengan panggilan Jihan Muse.

Bergelar Isteri & Ibu Bukanlah Mudah, Jihan Muse Akui Perlu Bijak Uruskan Masa

Bergelar Isteri & Ibu, Keluarga Menjadi Nombor Satu

Jujur akuinya selepas bergelar seorang isteri dan ibu kerjaya seni bukan lagi menjadi satu keutamaan. Sebaliknya keluarga, terutamanya anak menjadi hal nombor satu dalam perkiraannya.

Mengimbas kembali kenyataan yang pernah diberikan sewaktu ditemubual sebelum ini, Jihan menyatakan berbeza dengan komitmen sewaktu zaman bujangnya, anak seni yang lahir menerusi program Raja Lawak Musim Ketiga ini turut bijak menguruskan masa antara kerjaya dan kelurga tersayang.

“Dulu sebelum berkahwin, saya tak kisah kerja tak tentu masa kerana komitmen saya hanya tertumpu pada kerjaya.

“Selepas bergelar isteri dan ibu, rutin saya berubah kerana tanggungjawab pada keluarga. Masa saya lebih banyak di rumah menguruskan anak dan suami.

Bergelar Isteri & Ibu Bukanlah Mudah, Jihan Muse Akui Perlu Bijak Uruskan Masa
Keluarga bahagia.

“Jadi saya perlu susun jadual kerja dan menguruskan masa dengan bijak. Pemilihan tawaran kerja bersesuaian memainkan peranan penting agar hidup berjalan lancar,” ujar Jihan membuka bicara.

Penampilan Semakin Cantik & Sopan

Sejak tampil berhijab tahun 2019, Jihan kelihatan begitu sopan malah penampilannya juga begitu menjaga adab dan batas sebagai seorang Muslimah.

IKLAN
Bergelar Isteri & Ibu Bukanlah Mudah, Jihan Muse Akui Perlu Bijak Uruskan Masa
KIni penampilannya semakin anggun.

“Selepas berkahwin saya ada tanggungjawab terhadap suami dan anak. Perubahan diri berlaku selaras kematangan sebagai isteri dan ibu. Malah suami saya Ungku Hariz, antara faktor penyumbang kepada penghijrahan saya.

Äpabila suami minta lakukan perkara yang baik, sudah tentu saya kena turuti.Suami tidak pernah memaksa, dia pujuk secara lembut. Sebagai isteri saya tahu penghijrahan ini adalah cara menjaga maruah dan nama baik suami.

“Bukan itu saja, sebagai seorang anak seni saya ada ramai peminat yang perlu saya tunjukkan contoh yang baik kepada mereka apatah lagi peminat yang masih muda. Kebanyakkan anak remaja mudah terpengaruh dengan artis yang mereka suka. Sebagai artis juga saya banyak berinteraksi dengan masyarakat,” ujar Jihan.

Bukan Mudah Berada Pada Kedudukan Seperti Hari Ini

Siapa sangka selepas terlibat dalam segmen Parodi menerusi program MeleTOP pada tahun 2011, nama Jihan Muse semakin dikenali ramai, malah lawak jenakanya mula diberikan perhatian.

Semenjak itu, Jihan tidak menoleh ke belakang lagi dan terus mengorak langkah mengembangkan bakat seninya. Mengakui tidak mudah untuk mendapat kepercayaan ramai pada awalnya, wanita ini terpaksa tempuhi pelbagai cabaran dalam usaha untuk menempatkan diri dalam dunia seni.

Bergelar Isteri & Ibu Bukanlah Mudah, Jihan Muse Akui Perlu Bijak Uruskan Masa

IKLAN

“Bukan mudah untuk saya berada pada kedudukan seperti mana hari ini. Dulu pelawak wanita sukar menempatkan diri, namun alhamdulillah berkat usaha, saya berpeluang membuktikan kemampuan diri.

“Daripada segmen parodi dalam MeleTOP, saya berpeluang menjadi pengacara daripada satu program ke satu program sehinggalah apa yang anda dapat lihat saya pada hari ini,” imbas Jihan.

Sentiasa Usaha Tampilkan Yang Terbaik

Menafikan tanggapan sesetengah pihak yang melihat tugasan pelawak sebagai pengacara lebih mudah, kata Jihan, semuanya perlu melalui proses yang sama, selain usaha untuk menampilkan yang terbaik.

“Bagi saya, semua tugasan yang diberikan akan jadi sukar jika kita tidak membuat persediaan dan latihan yang secukupnya tidak kiralah apa pun latar belakang seseorang pengacara itu.

“Mungkin ada yang fikir, pelawak yang jadi pengacara boleh menutup sebarang kesilapan yang berlaku ketika tugasan dengan lawak jenaka, tapi bagi saya tidak semestinya begitu.

IKLAN

“Kalau nak tutup kesilapan dengan melawak pun kena bijak. Kalau tidak, jenaka yang dilakukan itu mungkin akan lebih memburukkan keadaan,” jelasnya.

Baca Disini Juga:

Jihan Muse Kongsi Petua Tradisional Hilangkan Batuk, Selsema & Kahak Anak Guna Minyak Bawang Putih

Bidadari Syurga “Kamu Manis Sekali & Sunguh Istimewa, Begitu Indah Kerana Ia Daripada Pancaran Hati Kamu” 

Wajah ‘Selamba’ Hero Jihan Muse Jalani Ujian Calitan, Lega Hati Ayah Bonda  

Tambah Jihan yang juga merupakan pengacara Gegar Vaganza selama tujuh musim berturut-turut.

Sumber Foto : Instagram Jihan Muse

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI