BERCERAI SECARA BAIK Bukan Sebab Gaduh, Tapi Dah Tiada Perasaan Cinta Suami Isteri

Share

Ramai Pasangan BERCERAI SECARA BAIK Bukan Sebab Gaduh, Tapi Dah Tiada Perasaan Suami Isteri. Hubungan rumahtangga memang ada pasang surutnya. Namun cukup dikesalkan apabila ramai sebenarnya pasangan suami isteri yang bercerai secara baik bukan disebabkan orang ketiga, masalah kewangan, selalu gaduh dan sebagainya. Sebaliknya apabila tiada lagi perasaan sebagai suami isteri yang saling mencintai dan yang tinggal hanya perasaan sebagai kawan.

Hadamkan perkongsian daripada Puan Farizal Radzali ini.Memang ada benarnya.

Banyak kes perceraian (sivil) yang kami buat, pasangan datang bersama ditemani anak-anak. Mereka nampak mesra, takde gaduh-gaduh pun, siap sembang dan gelak-gelak lagi.

Siap kadang bila masuk satu famili, saya tanya, nak buat urusan beli rumah ke? Lalu dijawab oleh suami, tak, kami nak failkan divorce.

Saya tanya joint ke single petition? Jawab dek isteri kat tepi, joint la, murah sikit. Sambil senyum-senyum kat suaminya. Dari mula, saya mmg tak sangka, merekalah suami isteri yang nak bercerai tu. Nampak mesra betul.

Kekal Hubungan Baik Dengan Pasangan

Ada suami yang bergaji RM5k sebulan tapi sanggup bagi nafkah RM3k buat isteri & seorang anak. Hakim siap tanya, RM3k ni banyak, lebih dari separuh gaji kamu. Betul kamu nak bagi jumlah ni? Dan suami jawab, ya saya sanggup, saya tahu isteri saya akan jaga anak saya dengan baik.

Ada isteri yang bila suaminya bagi nafkah 3 anak sebanyak RM500 je, hakim tanya, betul kamu sudi terima nafkah banyak ni je utk 3 anak? Isteri jawab, saya sanggup, saya tahu dia pun tak bergaji tinggi.
Nampak tak? Masing-masing masih saling menjaga, saling belas & saling bertolak ansur.

Saya pernah dengar hakim bertanya, “Kamu berdua nampak ok je, kenapa nak bercerai?”

Jawapannya…..

“Tiada persefahaman”
“Tak sehaluan”
Yang tak melaluinya, pasti akan kata, kalau masih sayang, masih ok, takde masalah, kenapa nak bercerai?

Tak semua yg kita lihat di mata kasar, adalah apa yang sebenarnya berlaku.

Saya pernah tanya seorang isteri yang bercerai secara baik. Katanya walaupun mereka tinggal serumah tapi mereka dah tak bersama sebagai suami isteri sejak anak bongsu lahir. Dan anak bongsunya dah berusia 14 tahun pada masa tu.

Ada seorang suami tu, katanya, dia & isteri jarang jumpa. Dia balik, isteri dah tidur. Dia bangun, isteri dah pergi kerja. Anak-anak banyak dengan isteri dan famili sebelah isteri sebab rumah mereka dekat dengan rumah famili isteri.

Tidur asing-asing, bilik asing-asing. Kalau terserempak dalam keadaan aurat terbuka, terus lari sembunyikan diri macam jumpa ajnabi sedangkan itu pasangan kita yang tiada aurat antara kita.

Takde istilah rindu dah. Jumpa, jumpa la. Tak jumpa pun takpe. Ada hal penting, wassup je.

Risau? Pandailah si dia jaga diri.

Tiada ucapan hari lahir? Hari ulangtahun perkahwinan? Bercuti sama-sama? Tengok tv sama-sama? Makan sama-sama? Saling bercerita kisah harian.

Jawapannya, entahlah. Takde rasa apa-apa pun.

Makan sendiri, tidur sendiri, susah sendiri, segalanya sendiri.
Senang cakap, suami/isteri tu ada dengan takde, sama je. Takde beza.

Punca Bercerai Secara Baik

Kenapa ini terjadi?

Kebanyakan yang nak bercerai secara baik ni, bukannya ada kekasih lain, bukannya dah membenci, bukannya dah tak suka. Tapi mereka dah tiada perasaan sebagai suami isteri terhadap pasangan. Perasaan mereka sama seperti kawan lain.

Yang masih mengikat mereka, hanyalah tanggungjawab kepada anak-anak, dan kesedaran bahawa dia suamiku, aku isterinya. Itu saja.

Kadang setiap kali cuba untuk berbual, ada saja perkara yang buat masing-masing rasa macam, ah malas nak cakap, cakap pun macam tu jugak. Atau tiap kali berbincang untuk satu-satu keputusan, tak berakhir dengan keputusan yang dipersetujui, tapi hanya keputusan yang dibuat atas dasar malas nak gaduh.

1 hari, 2 hari, berlarutan seminggu, sebulan, setahun, sepuluh tahun.Keadaan masih begitu, hati makin tawar. Tambahan dengar rakan-rakan bercerita tentang betapa indahnya perkahwinan mereka. Sedang dia hanya mampu senyum.

Sebenarnya segalanya berpunca dari perasaan tak puas hati yang disimpan, tak terluah. Umpama gunung berapi. Disimpan puluhan tahun, sampai masa ia meledak. Lepaskanlah dari hubungan terus mengikat dalam keterpaksaan.

Fitrah Suami Isteri Dalam Hubungan

Fitrah suami isteri adalah bersama dalam suka & duka. Teman susah & senang. Tidur bersama. Makan bersama. Sentiasa saling mencintai. Sentiasa rasa dihargai & menghargai. Jika semua tu dah takde, apa guna lagi sesuatu hubungan.

Jika pasangan kita dah tak macam dulu, carilah puncanya. Kalau lelaki tak nak bercakap, sebab sifatnya yang tak suka bercerita. Kalau perempuan tak nak bercakap, sebab mungkin dia dah penat bercerita.
~Farizal Radzali~

Semoga bermanfaat!

Mesti Baca:Jodoh Masih Panjang, Linda & Beego Bercerai 2 Minggu, Rujuk Semula Dalam Tempoh Iddah
Baca Lagi Di Sini:Tidak Kecoh Memperdagangkan Masalah Rumahtangga, Inilah Cara Perpisahan Terbaik & Terhormat
Artikel Menarik:8 Tahun Bercerai, Masih Tinggal Bersama Tanpa Rujuk. Pasangan Diserbu Pencegah Maksiat JAIM

Mingguan Wanita: Ada benarnya. Kebanyakan pasangan yang bercerai secara baik ini, dah tiada perasaan dan cinta sebagai suami isteri. Lebih kepada seperti kawan dan hanya tunaikan tanggungjawab. Oleh yang demikian, penting suami isteri selalu berkomunikasi dan eratkan hubungan supaya rumahtangga tidak hambar.

Sumber:Farizal Radzali

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

IKLAN