Berani Keluar Dari Zon Selesa, Kempen #IniSaatKita Bantu Wanita Capai Impian

Berdepan pandemik Covid-19 bukan saja memberi impak yang besar dari segi kewangan dan pekerjaan, malah emosi dan kekuatan mental pun sama teruji.

Menyedari akan hal itu, Sunsilk bawakan Kelas Inspirasi Sunsilk untuk para wanita di Malaysia, kembali bangkit dan berani untuk keluar dari zon selesa anda. Lawan apa kebimbangan yang bersarang difikiran, cara untuk mencapai impian dengan strategi yang diajar dalam kelas.

Ini misi utamanya, “SUNSILK produk penjagaan rambut No.1 di Malaysia dalam misi untuk memberi inspirasi kepada para wanita untuk melebarkan sayap mereka dan melaksanakan impian yang dah lama dipendam.”

Tiada yang mustahil ya dalam bab untuk mencapai impian diri. Sebab itulah, Kelas Inspirasi Sunsilk iaitu kelas online pertama dibawakan oleh SUNSILK ini menampilkan ‘real life model’ yang dah berjaya dalam bidangnya.

Mereka akan berkongsi kemahiran diri, memperbetulkan matlamat anda dan mendorong minat anda itu menjadi satu yang realiti.

Berani Keluar Dari Zon Selesa, Kempen #IniSaatKita Bantu Wanita Capai Impian
Siapa ‘Real Life Model’ Yang Dibawakan Oleh Sunsilk Ini

Bunga, rapper berhijab pertama di Malaysia. Berani keluar dari zon selesa dan melawan stereotaip hanya lelaki saja boleh berlagu rap. Antara rapper berhijab yang sedang meningkat naik namanya di negara ini.

IKLAN

Ain Edruce, pengacara muda paling top dengan sikapnya yang mudah didekati dan seronok mendengar celotehnya.

Shalma Ainaa, pengasas rangkaian fesyen terkenal SHALS yang akan berkongsi jalan kejayaan yang dilalui untuk menjadikan rangkaian fesyennya terkenal di Malaysia.

Live bersama tiga selebriti terkenal ini boleh anda tonton di sini, banyak ilmu menarik yang boleh dipelajari. Dalam masa yang sama memberi idea dan inspirasi kepada anda untuk bangkit kembali.

IKLAN

Tonton Live Kelas Inspirasi Sunsilk di SINI.

Berani Keluar Dari Zon Selesa, Kempen #IniSaatKita Bantu Wanita Capai Impian

Ada Hadiah Hebat Dalam Kelas Online, Inspirasi Sunsilk

Hebat tak hebat, dengan masuk Kelas Inspirasi Sunsilk anda berpeluang untuk merealisasikan impian anda menjad realiti menerusi Cabaran Kelas Inspirasi Sunsilk.

IKLAN

Paling penting, peluang untuk memenangi alatan video bernilai RM10,000 untuk kategori ‘content creator’ atau menang ‘Sunsilk Intership & Sijil Profesional Pemasaran Media Sosial Facebook untuk kategori keusahawanan.

Apa tunggu lagi sertai Kelas Inspirasi Sunsilk yang dikendalikan oleh mentor-mentor berpengalaman dalam bidangnya, termasuk pakar-pakar dari industri teknologi. Dapatlah anda mempelajari tentang pengisian konten terkini dan ilmu keusahawanan.

Mahu sertai Kelas Inspirasi Sunsilk, klik SINI.



Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI