Andai berniat nak bentuk anak soleh & solehah, mak ayah perlu mulakan dari anak peringkat awal. Malah sejak dari dalam perut pun, mak ayah boleh suntik aura cintakan Islam pada anak. Salah satunya jaga bab solat dan biasakan dengar ayat-ayat suci al-Quran.
Kalau anda ada anak kecil, setiap kali solat, bawa sekali anak dalam solat dengan cara mendukung anak (rujuk cara dukung anak dalam solat). Ini boleh dilakukan oleh ibu ataupun bapa. Jika di lakukan setiap kali di awal waktu solat, anak kecil itu akan sentiasa bersedia setiap kali masuk waktu solat.
Selebihnya mak ayah boleh teruskan dengan 10 cara ini, mudah-mudahan anak-anak membesar dalam menjadi anak soleh…
1. Kalau tiba-tiba teringat pada anak, kirimkan bacaan Al Fatihah. Sampai ke ayat “Iyyakana’budu waiyyakanasta’in” (“Hanya kepada Mu kami menyembah dan hanya kepadaMU kami memohon pertolongan.”), mintalah apa-apa hajat saat itu yang ada hubungannya dengan anak yang kita ingat saat itu, habiskan bacaan surah Al Fatihah doakan semoga anak kita diberi kepahaman yang sebenarnya dalam urusan agamanya, memiliki ilmu yang bermanfaat dan serahkan urusan anak kepada Allah untuk menjaganya.
2. Pandang wajahnya saat dia tidur, ucapkan….”Ibu mahu (nama anak) jadi anak yang soleh, sayang…”
Cuba amalkan (seperti kata Ustaz, kata-kata ini bermakna kita bercakap dengan rohnya) dan ucapan ini adalah DOA, sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.
Ads
Kuasa Doa, Bentuk Anak Soleh
3. Bangun solat malam, solat lah disisinya. Maksudnya kita solat dalam kamar dia dan dekat dengan anak. Jika Kita sering melakukannya dan kita juga selalu beritahu dia bahawa kita sering doakan dia, dia akan merasakan satu ikatan kasih sayang yang hakiki yang kita sangat sayang pada dia dan mahu dia jadi anak yang soleh. Dia akan tahu kita selalu soalat hajat untuknya.
4. Minta dikasihani. Ucapkan setiap saat bahawa kita ini sedang menunggu panggilan Allah. Jika dia tidak jadi anak soleh bermakna dia tidak sayang kita dan tentunya kita akan merana di Alam Barzah nanti.
5. Peluklah anak selalu walaupun dia sudah besar, sebagaimana kita sayang dia saat kecilnya. Aura ciuman dan belaian Ibu sambil bisikkan padanya bahawa kita bangga mempunyai anak sepertinya.
6. Maafkan anak kita setiap waktu walaupun perbuatannya amat melukai hati kita. Muhasabah diri, mungkin kesalahan yang anak kita lakukan itu adalah karena dosa-dosa kita di masa lalu.
Ads
7. Yang paling penting jaga tutur kata kita, jangan sekali-kali ucapkan perkataan yang boleh melukai hatinya. Jika ini terjadi juga karena kita khilaf, cepat-cepat cari waktu yang sesuai untuk kita minta maaf padanya. Mengakulah padanya itu kelemahan kita, kita marah karena dia berbuat salah, bukan bermaksud membenci.
8. Amalkan membaca ayat 40 Surah Ibrahim supaya kita, anak kita dan keturunan kita termasuk dalam golongan orang-orang yang tetap mendirikan solat.
(Ya Tuhanku, jadikanlah aku dan anak cucuku orang-orang yang tetap mendirikan shalat,
Ya Tuhan kami, perkenankanlah doaku)
Ads
9. Selalu ingatkan anak bahwa tak guna ada pangkat, belajar tinggi, harta, hafal Quran sekalipun… jika tidak mempunyai akhlak yang mulia. Allah tidak melihat wajah yang cantik/ tampan tapi melihat hati yang cantik.
10. Saat mencuci beras niatkan… “Ya Allah… lembutkanlah hati anak-anakku, sebut nama anak kita… untuk paham agamanya….. (kenapa kita mau dia paham agama, karena anak yang tak paham agama akan bawa orangtuanya juga ke neraka)…. seperti engkau lembutkan beras ini menjadi nasi “.
Cuci beras lawan arah jam (putar kekiri seperti orang thawaf ) sambil selawat kepada Nabi Muhamad saw.
Hati jangan lalai saat melakukannya, dan ingat kepada Allah selalu, aamiin 3x YRA…
Nota:
Setiap kali solat, jika tepandang silap anak, tegur mereka selepas sesi berdoa. Tetapi jangan lupa untuk mulakan dengan pujian setiap kali ingin tegur kesilapan anak.
Info dari: Prof. Dr. Muhaya
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Kenapa suami kedekut sangat? Faham tak.. Isteri bukan peminta sedekah! Ada isteri yang sampai terpaksa ‘curi’ wang dari dompet suami sebab nak penuhi keperluan makanan harian. Sebab tindakannya itu, dia tak bekerja jadi tiadalah pendapatan. Dapat pula suami kedekut ya Ampun!
Itu saja jalan terakhir yang isteri boleh pilih. Kes suami kedekut macam ini jarang berlaku, tapi memang wujud. Ini bahayanya kalau suami ada sikap berkira bab duit dengan ahli keluarga. Sampainya hati suami yang jenis kedekut macam ini. Kenapalah nak kedekut.. bukan orang lain ISTERI AWAK juga!
Kalau anda berhadapan dengan suami kedekut, jangan susah hati. Panduan yang dikongsikan Dr Ben Fadzil Mohd Sallehini boleh meredakan sedikit kebimbangan para isteri.
Dr Ben Fadzil Mohd Salleh
Ini Sebab Isteri Ambil Duit Suami Kedekut Tanpa Pengetahuan
Isteri Pun Nak Berhias
Nak nampak cantik pun kena ada wang ringgit. Isteri yang tak bekerja tentu harapkan duit suami. Sebab itulah suami perlu jaga nafkah zahir isteri dan keluarganya tanpa berkira.
‘Panjang Tangan’ Demi Hak
Isteri dan anak-anak perlukan duit nak beli makanan. Isteri takkan saja-saja panjang tangan kalau dia tak terdesak akibat kelaparan atau mahu melindungi haknya.
Jadi jangan culas beri nafkah anak bini. Kalau duit rokok, jaga kereta atau motor boleh sempurnakan, kenapa hak isteri nak diabai.
Sampai Kena Tunjuk Resit Bagai, Tak Ke Melampau Tu
Setiap duit yang dah diberi kepada isteri untuk perbelanjaan hariannya janganlah diungkit-ungkit ke mana perginya. Sampaikan isteri kena tunjuk bukti resit setiap pembelian atau perbelanjaan.
Bahaya Jenis Suami Kedekut
Bila keadaan dah jadi tenang, isteri pun rasa dirinya dah macam peminta sedekah hampir setiap bulan, lama-lama dia pun jadi stres dan akhirnya mengundang pergaduhan. Konflik berpanjangan boleh membawa jalan perpisahan.
Jalan Yang Perlu Isteri Pilih
Untuk menghindari dari isteri dituduh ‘Panjang Tangan’, isteri hendaklah memberitahu tujuan dia ambil, jumlah dan untuk apa? Pengetahuan ini hendaklah dilakukan serta merta.
Jangan sampai suami tahu duitnya hilang tanpa sebarang sebab. Ini akan mengeruhkan lagi keadaan. Tuduh menuduh dan pergaduhan akan berlaku jika isteri tak maklumkan segera.
Pesanan Untuk Isteri
Walaupun sukar sekalipun, mintalah duit dengan berlandaskan perbelanjaan logik dari bersifat panjang tangan. Ini kerana fakta dan kelakuan panjang tangan akan menjadikan trend dan sebagai bukti sekiranya ia ada unsur-unsur penceraian di masa akan datang.
Pesanan Untuk Suami
Benarkan isteri anda mentadbir kewangan. Percayailah isteri anda dengan sepenuh jiwa. Jangan sesekali berprasangka dengan isteri sendiri. Perbelanjaan itu untuk keluarga dan perhiasan dirinya untuk anda juga. Bukannya orang lain!
3 Jenis Nafkah Yang Suami Wajib Penuhi, Walaupun Gaji Isteri 5 Angka Sebulan
Sumber: Dr Ben Fadzil Mohd Salleh, Business Forencic Psychologist Grand master Hypnotherapist dari Practice Training & Consultancy di Asia Barat. Kredit Video : Youtube HambaFaqir Channel
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Sepanjang kehamilan ibu mengandung kena jaga emosi mereka dengan baik. Sebolehkan jangan sampai terlampau stress sehingga boleh menjejaskan bayi dalam kandungan.
Ada sebab kenapa ibu hamil tidak boleh terlalu stress semasa mengandung. Jadi, selain ibu mengandung sendiri menjaga emosinya, orang di sekelilingnya juga perlu memberikan kerjasama yang baik.
Suami janganlah memberi beban pada isteri yang sedia sarat dengan kandungannya. Belajar dan usahakanlah untuk menjaga emosi isteri yang sedang hamil. Sebagaimana perkongsian, Wawa Shauqi ini betapa stress teruk ibu mengandung itu tidak bagus untuk bayi dalam kandungan.
Ibu Mengandung Jagalah Emosi Betul-betul
Ibu yang mengandung ni, kena jaga emosi betul-betul. Mereka tak boleh dibiarkan terlampau stress. Stress melampau boleh menjejaskan bayi dalam kandungan.
Ya Allah. Kesiannya.
Bayangkan waktu mereka dalam proses terbentuk nak jadi manusia dalam rahim lagi, dah kena stress ibunya.
5 sebab kenapa kita tak boleh stress teruk waktu mengandung.
Bayi yang akan lahir lebih mudah meragam dan sukar ditenangkan.
Menurunkan IQ bayi. Penurunan purata adalah sekitar 8 mata menggunakan skema David Wechsler. Terutamanya pada tahun pertama bayi.
Membantutkan perkembangan refleks dan motor bayi.
Beri risiko terhadap stress-response system bayi. Jadi kita dapat lihat anak-anak ini mudah memberi respon melawan atau kaku apabila mereka dalam keadaan stress.
Berisiko mengganggu perkembangan otak bayi di dalam kandungan. Menyebabkan perkembangan mereka sedikit merosot berbanding bayi yang sama usia.
Pernah Stress Mengandungkan Anak Sulung
Saya juga adalah antara ibu yang stress ketika mengandung anak sulung. Stres disebabkan bekerja dan stres risaukan suami yang ketika itu sukar dihubungi kerana bekerja di atas pelantar.
Dapat lihat perkembangan anak sulung ini dilihat lebih kuat meragam, sedikit agresif dan anxiety yang agak berlebihan. Syukurlah, direzekikan ilmu untuk bantu anak capai perkembangan yang sepatutnya dia capai.
Bantu Anak Capai Perkembangan Sepatutnya
Walaupun kita tak mampu untuk memperbetulkan fasa kita waktu mengandung dulu, tapi ada 2 perkara yang WAJIB kita buat untuk bantu anak-anak kita.
1) Mengenalpasti sekiranya ada tingkah laku anak yang berlainan dengan kanak-kanak yang seusianya. Jika ada, bawa ke pakar untuk diagnosis. 2) Membandingkan perkembangan anak dengan carta perkembangan.
Sekiranya kelewatan berjarak sehingga beberapa bulan hingga ke fasa red flag, harus cepat-cepat rujuk dengan pakar.
Jangan risau sangat ya ibu-ibu.
Anak-anak yang lahir ini masih besar potensi mereka untuk kita bantu kembangkan. Yang penting, kita segera bantu mereka.
Sumber/Foto : Wawa Shauqi
Follow & See First untuk tak ketinggalan lebih banyak post-post berkenaan anak.
(Rujukan : Brain Rules for Baby)
Tak pernah pegang mesin, tak bermakna mak-mak tak pandai menjahit. Pelajari kaedah dan teknik jahitan mudah dalam kelas satu hari sahaja.
Dalam masa beberapa jam, walaupun beginner anda mampu menyiapkan satu tote bag daripada jeans terpakai dan nasi lemak recyclable bag.
Projek 1: Denim Tote Bag
Jom tukar jeans yang tak muat dipakai menjadi tote bag. Teknik yang dipelajari bermula daripada cara memotong kain, membuat ukuran kain, menjahit lurus, jahit tangkai beg, cara cantuman sehinggalah siap sebiji beg.
Projek 2: Shopping Bag
Beg beli belah berbentuk nasi lemak! Beg kitar semula ini bukan saja menjimatkan ruang, malah dapat melindungi alam sekitar kerana kurangnya penggunaan beg plastik. Teknik yang bakal dipelajari adalah cara jahitan melengkung, jahitan lurus, cara mengukur saiz beg dan cara membuat lipatan.
Jangan ketinggalan sertai Kelas Jahitan Kreatif Denim Tote Bag & Shoping Bag di SewingWorld, One City Subang Jaya pada 15 Oktober 2022 bermula 930 pagi hingga 5.30 petang. Yuran RM60 sahaja.
#kelasjahitankreatif
#sewingworldgallery
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Nak lembutkan hati suami atau tundukkan suami bukan dengan jalan singkat dengan jampi serapah bagai. Tambah geram kalau suami jenis yang tak pernah nak dengar pandangan isteri.
Ini belum lagi suami langsung lalai dalam tunaikan tanggungjawab keluarga, berat tulang untuk menolong isteri dan yang paling gerun bila suami panas baran, ada saja yang tak kena dimatanya.
Sebagai isteri, mampu bersabar dan cara nak lembutkan hati suami dengan hanya doa dan selawat. Inilah cara minta pertolongan daripadaNya untuk mengubah sikap suami.
Nak lembutkan hati suami ni banyakkan selawat untuk dia.
Selawat tu bukan panggil dia duk depan muka, pastu panggil kawan semarhaban, palu kompang selawat! Bukan!
Cukup masa ingat suami, masa pandang suami selawatlah untuk dia.
Kedua belajarlah minta pandangan suami. Walaupun kita sebagai isteri tahu semua benda, tanyalah pandangannya. Walaupun dalam perkara kecil.
Kalau suami buat tak tahu saja, takpe. Yang penting berkat tu kita dah dapat.
Dan last doakan kesalahan dia. Nampak saja suami salah, doakan pada Tuhan.
Mak kata;
“Isteri bukan Tuhan nak ubah suami. Isteri ni takde kuasa yang Allah bagi kat dia, tapi kelebihan yang Allah bagi pada isteri, redhanya pada suami dapat mengubah neraka menjadi syurga.”
Mingguan Wanita : Keberkatanan doa seorang isteri dan ibu.
Seorang wanita ditemukan maut tergantung di kipas siling di rumahnya di Kulim selepas dipercayai membunuh anak perempuannya berusia empat tahun akibat tekanan emosi. Kes tragis ini disiasat mengikut Seksyen 302 dan 307 Kanun Keseksaan.