Troli beroda memang banyak fungsinya di rumah. Boleh simpan macam-macam kelengkapan di dapur dan paling penting mudah bergerak. Jika nak beli boleh tahan juga harganya. Menerusi perkongsian oleh Puan Maria Ariana, sebenarnya boleh buat sendiri troli beroda ala-ala IKEA ni di rumah. Nampak renyah tapi mudah je nak buatnya. Wanita ini kongsikan langkah satu persatu cara nak buat troli ini, yang merupakan hasil kerja tangan suaminya.
Berikut perkongsian tersebut sebagai panduan;
“Disebabkan ramai yang pm dan wasap tanya pasai troli ala ala ikeaaa ni, nah kat sini saya post hasil kerja suami.Step by stepnya.”
“Dengan izin dari suami,dia sudi kongsikan sedikit ilmu yang tak seberapa ni, diharap dapat membantu untuk berjimat. Sebab dia kata “benda boleh diy,buat apa beli”..dia kata lagi, kalau nak share silakan laa.”
“Dan 1 ja dia minta,doakan la untuk Mariana Binti Othman supaya sihat selalu, dimurahkan rezeki serta dipermudahkan segala urusan..Aamiin”
Bahan-Bahan:
3 Buah Bakul
Roda (Tapak jenis 4segi)
Cable tie (besar)
1 batang Paip pvc 15 mm
PVC Solvent Cement
16 pcs PVC pipe fitting (T joint) 15mm
8 pcs PVC pipe fitting (L joint) 15mm
1. Untuk troli ni kita guna 3 buah bakul, sebab kita nak buat 3 tingkat. Saiz bakul pulak ikut citarasa sendiri. Tapi kalau guna bakul lain nanti ukuran paip pvc tu pun lain la ye. Bakul boleh cari kat kedai eco, sebab murah. Tapi yang kaler putih ni memang rare la nak jumpa.
2.Ok yang ni penting, roda.Pun dari kedai eco.Beli 1 bungkus dapat 2pcs roda. Tapi pastikan tapak kat roda tu jenis yang 4segi tau. Nanti nak ikat bolt sebab takut salah beli, kat eco ada banyak jenis roda.
3.Cable tie guna nak ikat bakul tu nanti.Beli 1 bungkus pakai tak habis pun.Tapi pastikan beli yang besar. Baru la kuat nak ikat bakul tu.Ni pun dari kedai eco. Kedai hardware pun ada tapi saja la nk pelaku kdai eco.
4.Yang ni aku guna saiz ni..boleh nampak kot noo dalam gambar tu berapa saiz dia.Guna untuk ikat roda tu nanti.
Ads
5.Paip pvc ni ambil yang tebal tau..sebab ada jugak yang nipis takut tak kuat. Yang ini beli kat kedai hardware..tapi kalau nak jimat, boleh cari kat longgok-longgok tong sampah.kadang-kadang orang dok buang ja bekas saki baki yang dah potong.
6.Gam khas untuk paip pvc.
7.Nah gambar closeup saiz joint yang aku guna.15mm tau saiz dia.Banyak mana aku guna? korang tengok kat gambar seterusnya ok.
8.Ni diaaa…ukuran dia.kalau nak tinggikan lagi troli tu ejas la sendiri saiz dia.
Ads
Cara Membuat:
1.Langkah Pertama guna:
-4pcs L joint
-4pcs T joint
-2pcs paip 2cm
-2pcs paip 36cm
-4pcs paip 9cm
Sambung dan gam ikut macam dalam gambar tu ya.
2.Langkah Kedua nak buat tiang:
-4pcs paip 7cm (untuk kaki bawah sekali tu)
-8pcs paip 23cm
-12pcs T joint
-12pcs paip 2cm (untuk sambung bahagianT joint tu) dekat arrow kuning tu.
-4pcs L joint.
3.Langkah Ketiga, cantumkan tapak dengan tiang.Jangan lupa gam kan tau. Baru tak tercabut.
4. Langkah Keempat, Tebuk lubang, tengok gambar tu, faham kot noo..lubang untuk ikat roda dan ikat bakul.
Ads
5. Langkah Kelima, bolt dan nat ikat roda tu.Kalau nak cat apa-apa kaler pastikan sebelum pasang roda tu ya.
6. Langkah Keenam, Pasang bakul dan ikat dengan cable tie. Gambar closeup ikat bakul tu tak ambil.. lupa. sori naa. Ikat la lagu mana pun janji lekat bakul tu.
7.Taadaaa…hat ni siap dah..siap cat putih lagi.baru nampak mahal.
8.Ok.siap.3 tingkat ada 2 tingkat pun ada..Selamat mencuba!
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Boleh buat sendiri je, troli ala-ala IKEA ni, lebih jimat dan puas hati.
Mendekorasi dapur rumah sewa tanpa kabinet ini sememangnya sedikit mencabar bagi penyewa. Lagi-lagi nak menyusun atur barangan yang ada di ruangan itu.
Tetapi jika bijak memilih dan menyusun atur barangan di setiap ruangan, hasilnya kemas dan tersusun rapi. Seronok tengok dapur Eiza Nas ini, walaupun tiada kabinet, setiap barang dapur disusun dengan baik sekali.
Kongsinya,
“Dapuq rumah sewa. Tak ada kitchen kabinet. Deko tak pandai sangat. Tapi lebih minat organize. Bila organize senang nak jaga balik.
Sebab setiap barang kena duduk rumah dia sendiri. Jadi bila sepah hantaq dia balik rumah dia terus nampak kemas.Macam kita jugalah kena duduk rumah sendiri.
Bilalah dapat pi jalan-jalan ini.”
Ternyata, biarpun ruangan dapur pemilik kecil dengan barang yang tersusun rapi, ruangan nampak selesa dan luas.
Susun Barang Dapur Rumah Sewa Tanpa Kabinet
Meja Bertingkat
“Suami saya tempah dengan kawannya yang buat grill. Kemudian, belikan mozek’
Bakul beli di Daiso
Shoppe : https://invol.co/cl5uzy3
Letak wallpaper tahan haba. “Tahan lasak, dah guna dekat setahun.” Beli di shopee : https://invol.co/cl5v0b8
Wallpaper corak mozek beli di shopee
Bahagian Sinki Dapur Rumah Sewa
Sinki tahan guna kayu. Kayu beli di hardware.
Tong sampah beli di Shopee : https://invol.co/cl5v0d9
Cermin guna mirror sticker. Beli di DIY. Tak ada masa lagi nak tukar yang baru. Lama dah pakai, dalam 5 tahun rasanya.
Tong Sampah Saiz 45
“Lama dok mengidam. Selepas berjaya simpan duit. Maka dapatlah beli dia. RM85 lepas diskaun. Walau nampak murah bagi orang lain. Bagi mama Nas boleh tahan harga dia.
Tapi bila dah pakai. Berbaloi sebab atas ada 2 bahagian. Boleh buka bahagian atas dan basuh.”
Dapatkan gambaran serba sedikit macam mana nak bagi ruangan dapur tanpa kabinet tersusun kemas. Asalkan tahu mencari rumah untuk setiap barang, ruangan akan jadi lebih rapi dan sedap di pandangan mata.
Tak sangka tanam pokok kunyit dalam tayar, menjadi sungguh hasilnya. Bersusun isi, memang puas hati berbaloi. Bukan apa, kunyit antara ramuan yang kita selalu gunakan dalam masakan dan di dapur. Baik kunyit hidup mahupun serbuk kunyit.
Jika rajin bercucuk tanam, boleh cuba tanam sendiri pokok kunyit dalam tayar terpakai, ikut panduan seperti yang dikongsikan oleh Razak Adomini.
Tanam kunyit dalam 2 biji tayar. Setiap tayar 6-7 pokok. Alhamdulillah..Inilah hasilnya selepas lebih 6 bulan tanam.
Antara tip tanam pokok kunyit isi banyak bersusun sebagai panduan;
1. Guna tayar kereta biasa saiz 14. Potong dengan pisau dapur pun boleh. Bahagian tepi tayar takde dawai, pisau mesti cukup tajam. Kemudian terbalikkan yang luar ke dalam.
2. Bila semua pokok sudah mati, sedia untuk dituai.Masa ni isi kunyit dah cukup matang.
3. Hasil tayar no 2 selepas lebih 6 bulan.
4. Kemudian terbalikkan tayar dan tembak air. Saya guna baja asli tahi kambing (sebaiknya guna yang dah reput), tanah bakar, pasir. Gaul sekali semasa mula tanam.
5. Hasil tayar no 1
Saya tak jual, untuk kegunaan sendiri sahaja. Berbagi dengan jiran-jiran, adik beradik dan buat buah tangan tetamu yang tersinggah je.
Mingguan Wanita: Seronok nya lihat hasil kunyit ni. Walaupun hanya tanam pokok kunyit ni dalam tayar, namun menjadi betul. Bersusun isinya puas hati dan berbaloi sungguh!
Bersihkan ayam pun ada caranya dan bahagian tertentu yang perlu di buang barulah tak berbau hanyir. Mungkin ada mak-mak yang tak tau, kena pastikan kantung bulat berhampiran tongkeng dibuang terlebih dahulu, sebelum ayam tersebut dibasuh bersih.
“Ada sikit perkongsian tip pembersihan ayam supaya tak berbau najis dan hanyir (bau reban),sebelum ni saya dah share kat wall saya”
“Kalau nak elakkan ayam bau najis, sila buang kantung bulat yang saya bulatkan tu. Kantung tu orang cakap kelenjar tapi memang berbau najis. Kebanyakan kantung tu berbentuk separuh bulat sebab dah terpecah masa ayam diproses.So kena perati betul-betul sebab warna kantung tu macam warna daging ayam, kedudukannya betul-betul kat bawah tongkeng ayam tu. Buang jangan tak buang.”
“Sepit sikit dengan pisau, pastu tolak je.Kantoi kat kedai makan saya terjumpa mende ni kat ayam goreng depa, patutla bau semacam. Tobat tak pegi dah. Buang juga bahagian-bahagian yang geleber-geleber bawah thigh tu, juga bahagian-bahagian yang anda tak suka dan yang part kotor (paru-paru dia paling kuat bau).”
Cuci Dengan Tepung Gandum
“Last sekali,cuci ayam pakai air yang dicampur tepung gandum(tepung lain boleh jugak,tapi tepung gandum paling berkesan). Letak sesudu pun dah ok, gaul-gaul dan bilas. Boleh try bau sendiri beza dia sebelum dan selepas,then baru boleh masak apa-apa je yang anda suka yea,gerenti selera sabab dah tak hanyir.
Semoga perkongsian ni berguna untuk semua terutama pada yang belum tau tu yea,selamat memasak semua.
Black hadiahkan kereta mewah idaman isteri. “Kadang-kadang kita terlalu mencari yang sempurna, sampai terlupa untuk hargai yang selalu ada di sisi” Inilah ungkapan penuh...