Dalam dunia penuh spekulasi dan tumpuan media, pelakon dan penyanyi Bella Astillah memilih untuk kekal tenang. Meskipun timbul dakwaan yang mengatakan dirinya telah bertunang dengan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, Bella enggan mengulas lanjut.
Menurut Bella atau nama sebenarnya, Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, tiada apa yang boleh dikongsikan kerana ketika ini fokusnya adalah untuk membesarkan anak-anak.
“Astagfirullahalazim. Ketika ini fokus saya pada anak-anak dahulu. Kalau ada apa-apa, saya akan bagitahu nanti,” ujarnya ringkas namun tegas.
Ads
Bagi Bella, keutamaan kini bukanlah untuk menjawab spekulasi, tetapi memastikan anak-anaknya membesar dalam suasana yang stabil dan penuh kasih sayang. Pendiriannya mencerminkan kekuatan seorang wanita berdikari tidak mudah goyah dengan pandangan luar, dan sentiasa mendahulukan keluarga.
Senada dengan Bella, Syed Saddiq turut menyatakan mereka memilih untuk menjaga hal peribadi secara tertutup demi menjaga fokus dan tanggungjawab masing-masing.
Ads
“Perkara peribadi biar kekal begitu. Kita juga ada tanggungjawab masing-masing,” katanya ketika ditemui di program Road Tour Skor A+ SPM 2025 anjuran PTTI di Shah Alam baru-baru ini.
Nama mereka berdua sebelum ini sering menjadi perhatian netizen kerana kerap berkongsi momen mesra di media sosial. Namun, sejauh mana hubungan itu kekal menjadi persoalan kerana tiada kenyataan rasmi yang dibuat.
Apa yang jelas, Bella hari ini tampil sebagai seorang ibu yang tabah dan matang. Dia tahu apa yang lebih penting dalam fasa hidupnya kini, membesarkan anak-anak dengan penuh kasih, menjaga kesejahteraan diri, dan meneruskan kerjaya seni dengan penuh komitmen.
Dalam hidup, kita tak selalu dapat apa yang kita rancang. Kadangkala, kita sangka akan kekal selamanya, namun akhirnya terlerai juga. Bagi pelakon Fattah Amin, perceraian bukan penamat, tetapi permulaan baharu yang dipenuhi hikmah.
Walau ramai tertanya bagaimana dia boleh ‘move on’ selepas rumah tangganya berakhir, Fattah memilih untuk tidak tenggelam dalam kesedihan. Baginya, setiap orang punya cara sendiri untuk sembuh dan dia memilih untuk berserah pada aturan Allah.
“Jodoh saya, ujian ini, semua sudah ditentukan. Saya reda, saya tenang, saya teruskan hidup,” ujarnya lembut, namun penuh makna.
Dalam pertemuan eksklusif bersama media sempena pelantikannya sebagai duta minuman tenaga Orang Kampung, Fattah tampil tenang dan matang ketika berkongsi soal perjalanannya selepas berpisah Oktober lalu.
“Semua yang terjadi ada hikmah. Jodoh saya, perpisahan ini, semuanya sudah ditetapkan oleh Allah. Saya reda. Bila dan bagaimana saya dapat jodoh baru, itu urusan Allah. Saya serah segalanya pada-Nya,” katanya jujur.
Menolak anggapan bahawa lelaki lebih cepat melupakan selepas berpisah, Fattah menyatakan bahawa perjalanan emosi setiap individu tidak boleh disamaratakan.
“Kita tak boleh buat kenyataan umum. Ada yang cepat, ada yang perlahan. Semua orang lalui fasa yang berbeza. Macam jodoh juga, ada yang datang awal, ada yang lambat,” jelasnya.
Sebagai seorang yang cukup dikenali kerana imej bersih dan peribadi tenang, kenyataan Fattah memberi gambaran bahawa beliau bukan hanya sekadar selebriti, tetapi juga lelaki berjiwa matang yang tahu letak duduk takdir dan emosi.
Dalam perkembangan lain, Fattah meluahkan rasa terharu apabila dipilih sebagai duta kepada jenama minuman Orang Kampung, produk yang amat dekat dengan keluarganya sejak dahulu.
Meskipun kehidupannya berubah selepas perpisahan, Fattah memilih untuk tidak tenggelam dalam kesedihan. Sebaliknya, beliau meletakkan sepenuh keyakinan kepada aturan Tuhan — satu sikap yang boleh dijadikan inspirasi buat ramai wanita di luar sana.
Kadangkala, ketenangan itu bukan datang dari cepatnya kita sembuh, tetapi dari keikhlasan menerima bahawa segalanya sudah tertulis.
Amir Ukays & isterinya Sarimah Ahmad terkilan tak dapat teruskan perjalanan ke tanah suci. Setiap tahun, ribuan umat Islam di Malaysia menyimpan impian untuk menjejakkan kaki ke Tanah Suci. Namun, siapa sangka, di sebalik keghairahan mengejar pahala ibadah haji, ada yang terperangkap dalam jerat penipuan.
Begitulah nasib yang menimpa penyanyi terkenal, Amir Ukays dan isterinya, apabila mereka terkandas di KLIA gara-gara menjadi mangsa tawaran haji percuma menggunakan visa Mujamalah.
Amir dan isterinya, telah menerima tawaran untuk menunaikan haji secara percuma yang kononnya dibiayai oleh seorang dermawan yang tidak mahu dikenali. Mereka diberikan surat tawaran oleh sebuah agensi pelancongan, lengkap dengan tarikh dan butiran penerbangan. Namun, setelah menunggu di KLIA pada waktu yang dijanjikan, tiada wakil agensi yang muncul, dan pasport serta visa yang dijanjikan tidak diserahkan. Kumpulan WhatsApp yang pada mulanya aktif mula dikawal ketat, dengan hanya admin yang boleh membuat hantaran .
Amir dan isterinya hanya menyedari mereka telah ditipu apabila tiada seorang pun wakil agensi hadir di KLIA, dan komunikasi dalam kumpulan WhatsApp menjadi terbatas. Mereka telah membuat laporan polis pada 3 Jun, dan setakat ini, tujuh laporan telah diterima oleh pihak berkuasa berkaitan kes ini. Siasatan sedang dijalankan di bawah Seksyen 420 dan Seksyen 511 Kanun Keseksaan .
Kes ini bukanlah yang pertama melibatkan penipuan visa Mujamalah. Visa Mujamalah adalah kurniaan rasmi kerajaan Arab Saudi kepada individu atau agensi tertentu dan bukan visa yang boleh dijual secara bebas. Tabung Haji mengingatkan orang ramai supaya berhati-hati dengan tawaran haji menggunakan visa Mujamalah, terutamanya yang dipromosikan melalui media sosial oleh pihak yang tidak sah.
Menurut Amir dua minggu sebelum berlepas, dirinya dan isteri dilarang untuk pergi atau menghubungi ejen yang menguruskan perjalanan kami ke Tanah Suci.
“Selain surat panggilan, kami turut dimaklumkan akan menggunakan visa Mujamalah iaitu pakej VVIP, menaiki pesawat sewa khas, dan semua kos serta perbelanjaan akan ditanggung oleh pihak penaja.
“Namun apabila disemak semula pada surat tawaran yang diterima, nama kami hanya dicalonkan dan bukannya disenaraikan sebagai jemaah yang telah terpilih. Perkara ini hanya disedari selepas kami membuat semakan bersama pihak berkuasa,” ungkap Amir seperti mana dipetik menerusi Sinar Harian.
Malah Amir dan isteri juga menyatakan mereka menjadi mangsa penipuan pakej haji oleh pihak tidak bertanggungjawab. Difahamkan bahawa seramai 80 jemaah lain turut dipercayai terperdaya dengan pakej haji yang ditawarkan menerusi visa Mujamalah tersebut.
Amir juga menerangkan dirinya dan isteri menerima tawaran berkenaan daripada seorang kenalan pada 9 April lalu. Manakala menerima surat tawaran pada 27 Mei dan dijadualkan berlepas ke Jeddah pada 1 Jun.
Namun pihak yang bertanggungjawab menguruskan jemaah tidak kelihatan di balai berlepas dan pasport mereka dipegang oleh beberapa individu tertentu.
“Sehingga ke hari terakhir yang dijanjikan untuk berlepas pada 3 Jun (Selasa), pihak pengurusan masih tidak muncul, dan pasport kami masih berada dalam simpanan mereka,” sambunya yang turut telah membuat semakan dan mendapati pesawat yang dimaksudkan memang wujud.
Kuat sungguh dugaan bintang lagenda Uji Rashid ini. Walau sudah berusia namun amat tabah meneruskan kehidupan mencabar dalam menjaga anaknya Cico Harahap yang kurang sihat.
Macam mana nak meninggal dalam keadaan husnol khatimah jika tidak sentiasa berzikir, kata Datin Seri Umie Aida.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Menjadi ibu tunggal bukanlah jalan mudah, apatah lagi dalam dunia glamor yang sering penuh dugaan. Namun, pelakon terkenal tanah air, Rita Rudaini Mokhtar, 49, membuktikan bahawa wanita yang berprinsip dan berpendirian teguh tetap mampu mencipta kejayaan demi kejayaan termasuk menerima penghormatan tertinggi dari pihak istana.
Rita Rudaini menerima Penganugerahan Darjah Kebesaran dan Pingat Negeri Perlis Kali Ke-3 sempena Sambutan Ulang Tahun Keputeraan Ke-82 Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail.
Dalam satu majlis penuh istiadat di Istana Arau, Perlis, Rita menerima Pingat Jasa Baik (PJB) sempena Sambutan Ulang Tahun Keputeraan Ke-82 DYMM Tuanku Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin. Penghargaan itu diberikan atas sumbangan beliau dalam bidang seni tanah air serta komitmennya dalam usaha kebajikan dan kemasyarakatan.
“Saya amat bersyukur kepada Allah dan berterima kasih kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku atas penghormatan ini. Ini adalah rezeki, bukan sahaja untuk saya tetapi juga untuk anak-anak saya dan semua yang menyokong perjalanan seni saya sejak dulu,” luah Rita penuh rendah hati.
Sebagai seorang ibu tunggal kepada dua anak lelaki, Rita bukan hanya membesarkan mereka dengan penuh kasih sayang, tetapi turut membuktikan bahawa wanita tetap boleh berdiri megah tanpa bergantung pada sesiapa.
Memulakan kerjaya lakonan 28 tahun lalu, nama Rita Rudaini tidak asing dalam kalangan peminat setia drama Melayu. Beliau dikenali sebagai seorang pelakon yang bukan sahaja konsisten, tetapi juga berprinsip dan tidak mudah terpengaruh dengan budaya popular yang melalaikan.
Pengiktirafan ini menjadi penyuntik semangat buat Rita untuk terus berkarya dengan lebih jujur dan bermaruah. “Saya percaya, setiap usaha yang ikhlas dan bersungguh pasti akan ada nilainya. Sama ada cepat atau lambat, rezeki akan tiba pada waktunya,” katanya dengan yakin.
Rita juga berharap agar pencapaian ini menjadi inspirasi buat wanita lain, tidak kira dalam bidang seni mahupun kehidupan seharian.
Tidak hanya dalam dunia hiburan, Rita juga aktif menyumbang kepada masyarakat. Beliau turut merancang untuk lebih aktif bekerjasama dengan Kerajaan Negeri Perlis dalam pelbagai aktiviti selepas ini.
“Saya bersyukur kerana diberi ruang untuk terus menyumbang dan dihargai. Terima kasih kepada semua pihak daripada penerbit, pengarah, media, hingga peminat yang tidak pernah berhenti menyokong,” kata Rita.
Penganugerahan yang berlangsung hari ini turut menyaksikan beberapa tokoh lain dari pelbagai bidang menerima darjah kebesaran masing-masing.
Rita Rudaini ialah lambang wanita yang tidak tunduk kepada kesulitan. Dalam kesibukan mendidik anak-anak dan berdepan pelbagai cabaran peribadi, beliau terus membuktikan bahawa seorang wanita. Meskipun bergelar ibu tunggal tetap boleh berjaya, dihormati dan memberi inspirasi kepada seluruh negara.
Antara barangan yang terlibat ialah produk mandian dan penjagaan diri, termasuk satu unit Carrie Junior Hair and Body Wash, dua unit Selsun Shampoo 2-in-1, satu unit Lifebuoy Body Wash serta sehelai singlet jenama Byford.