Bekas suami Liza Abdullah meninggal dunia. Salam takziah buat keluarga Allahyarham Zolkefli Abdul Rahman yang telah pulang ke ramahtullah malam tadi.
Berita tersebut telah disampaikan oleh anak perempuan Allahyarham, Naffizz atau nama penuhnya Nurwafiez Syahiddah menerusi akaun Stories Instagramnya.
Untuk rekod, pelakon senior Liza Abdullah pernah mendirikan rumah tangga dengan Zolkefli, namun berpisah pada 2014 selepas 26 tahun berkongsi hidup.
Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Zulhaffiz Zarriq, Nurwafiez, Syahiddah, Zulsyahmi Naqib dan Zulsyahmi Afif.
Menerusi perkongsian, Naffizz memaklumkan bapanya menghembuskan nafas terakhir pada Rabu malam.
“Abah saya, Zolkefli Abdul Rahman telah menghembuskan nafas terakhir pada jam 10.45 malam tadi (Rabu).
“Dimaklumkan, jenazah akan dikebumikan pada jam 12 tengah hari Khamis selepas dimandi dan disolatkan di sebuah masjid di Sentul.
“Jenazah kemudiannya dimandikan dan disolatkan di Masjid Amru Ibni Al-As, Bandar Baru Sentul jam 7.30 pagi (Khamis),” titipnya.
Difahamkan, jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Raudhatul Sakinah Taman Selasih. Insya-Allah disemadikan jam 12 tengah hari.
Pada sambutan Aidilfitri baru-baru ini Liza Abdullah mendedahkan beliau dan bekas suami menyambut Aidilfitri bersama.
Tampil sedondon dengan anak-anak, Liza masih menjalin ukhuwah bersama bapa anak-anaknya dan berkumpul di rumah bekas adik ipar di Alam Impian, Shah Alam.
Baca Disini : Kerjaya Seni Punca Pendapatan Liza Abdullah Meneruskan Kehidupan Sebagai Ibu Tunggal
Kuat sungguh dugaan bintang lagenda Uji Rashid ini. Walau sudah berusia namun amat tabah meneruskan kehidupan mencabar dalam menjaga anaknya Cico Harahap yang kurang sihat.
Macam mana nak meninggal dalam keadaan husnol khatimah jika tidak sentiasa berzikir, kata Datin Seri Umie Aida.