Menariknya resipi Bebola Ayam Bercheese ni. Guna 4 bahan je salah satunya daging burger. Sesuai untuk bawa bekal anak-anak ke sekolah. Nak buat pun mudah sangat dan bahan-bahan tak banyak. Bagi mak-mak dan anak-anak yang suka cheese tu, boleh cuba resipi ni.
“Pagi ni buat bebola ayam bercheese, buat bekal anak-anak sekolah. Saya guna daging burger je, cheese mozzarella yang ketul senang nak potong. Sebelum masukkan dalam bekas, ibu jadi tester dulu.”
Bahan-Bahan:
Cheese mozzarella
Daging burger
Breads crumps
Telur 1 biji
Minyak untuk menggoreng
*Saya tak guna secubit garam pun.
Cara Membuat:
1. Guna daging lembu pun boleh, saya potong 8 dapat banyak. Ambil sekeping daging tu, terus balut kat cheese.
Ads
2.Kalau nak besar-besar potong 4 je tapi cheese pun kena besar la.
3.Buat comel-comel camni…senang anak nak makan. Celupkan dalam telur yangg dipukul, golek-golek kan dalam bread crumbs, goreng tenggelam hingga kekuningan.
Ads
Banyak ni guna 2 peket daging burger, 1 peket cheese ketul tu.Daging sekeping tu saya potong 8 jadi dapat banyak. Kalau nak buat besar potong 4 je, cheese kena besar jugak.
Biskut lemak atau cream crackers biasanya dimakan begitu sahaja atau lebih sedap dicicah dengan kopi, teh panas dan sebagainya. Malah selalunya biskut lemak ni kita beli je di kedai. Tapi sebenarnya mak-mak boleh buat sendiri je di rumah. Jika kreatif boleh cetak dan bentukkan ikut citarasa kita sendiri.Adunan dan bahan-bahan yang digunakan pula pasti diyakini lebih bersih dan halal.
“Biskut ala ala cream crackers ni tak kurang sedapnya kalau buat sendiri.”
Resepi cream crackers homemade.
2 sudu besar butter
1 sudu besar cream cheese
1 cawan tepung gandum
2 sudu besar minyak
1/4 cawan air (tak habis pun, guna sikit je)
1.Gaul sebati butter dan cream cheese.
2.Masukkan tepung sedikit demi sedikit sampai habis.
3.Masukkan minyak dan gaul sebati.
4.Last sekali masukkan air, jangan tuang semua. Masuk sikit sikit sampai adunan tak melekat ditangan.
5.Terapkan acuan kesukaan. Saya potong petak guna pisau je. Then buat lubang dengan garfu dan terap nama anak kat tengah tengah.
6.Bakar suhu 170° selama 15-20 minit api atas bawah.
*Sila gelek adunan tu nipis-nipis ya kalau tak nak keras.
*Kena pantau biskut masa tengah bakar, kalau dah nampak perang, boleh angkat.
Just nak share rupa acuan tulisan untuk terap atas biskut. Comel kan ? Acuan ni saya beli di Lazada RM5.20 termasuk pos. Boleh search alphabet mould/alphabet stamp ya.
MW: Menariknya resipi biskut cream crackers ni. Hanya guna 5 bahan je, cara nak buat pun mudah sangat. Sesuai buat untuk minum petang untuk anak-anak dan keluarga. Mak-mak kena cuba buat sendiri di rumah nanti.
Kuih sagu antara kuih tradisional kesukaan ramai orang. Bahan-bahan nak buat kuih ni pun tak banyak. Cuma bila salah cara yang sebenar nak membuatnya, memang tak jadi. Kuih sagu ini akan jadi keras dan berbiji putih. Perlu tahu biji sagu tak boleh dicuci dengan kasar, tak perlu cuci banyak kali dan perlu direndam secukupnya. Malah jika selalu biji sagu yang telah direndam dikacau atau kuali, rupanya hanya perlu dikukus sahaja, barulah jadi.
Mak-mak yang nak buah kuih sagu ini lembut, kenyal dan wangi boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Puan Nanie Shaffieeini sebagai rujukan. Gerenti jadi ikut cara yang dikongsikan.
“Alhamdulillah..sepanjang seminggu lebih mak duduk umah kak nanie. 2 kali mak request nak makan kuih sagu ni..mak kata dulu-dulu dia buat tak pernah jadi. Mesti putih sagu tu tak hilang-hilang walaupun kacau atas dapo sampai lengan sado.”
Jom sesiap nak try buat..ikut gambar step by step ya. Jangan derhaka tau. Guna sudu makan..loyang kak nanie size 9 inci ye. Pandai-pandai la agak-agak. Kot loyang kecik, buat 2 loyang, tak pun buat separuh sukatan jek. Dah tengah kukus boleh la buat keja lain ek. Nak basuh kain ke, nak basuh pinggan ke..jangan pergi tido sudah. Resepi sama pernah niaga dulu-dulu”.
1/2 kilo Sagu
12-13 sudu makan gula pasir
Pewarna merah/ sirap ros
Air secukupnya
Kelapa Parut
secubit garam
2. Lebih kurang 10 minit sagu akan kembang camni. Dah tak nampak dah air yang kita rendam tadi.
3. Masukkan gula lebih kurang 12-13 sudu makan atau sesedap rasa ditekak masing-masing la senang.Rasa la nanti tahap manisnya tu. Kak nanie rasa tak tau banyak mana nak dapat ketepatan manisnya yang tekak kak nanie nak.
4. Selepas itu, letak la pewarna..kak nanie suka letak Sirap Ros. wangiiiii..sedapppp. Suka hati ler nak merah banyak mana. Jangan merah makngah sangat udah lerr..kang tak tertelan kang.
5. Kak nanie suka guna sirap brand nih.
6. Kacau rata-rata. Ini la rupa selepas campur gula dan sirap. Kira dah secukup rasa lah ni.Bila kita kacau, nanti akan nampak airnya. Air pun banyak gitu je. Jangan dibuang airnya tu. Jangan pandai-pandai tambah air gak, kang terlembik kak nanie tak bertanggungjawab.
7. Selepas itu, letak dalam loyang. Kak nanie takde tambah air dah ya. Air tu yang awal-awal kak nanie rendam sagu. Tapi tengok keadaan sagunya juga la. Air paras-paras sagu, masih nampak sagunya. Loyang tu kak nanie gris dengan minyak sikit, nipis-nipis je.Tujuan supaya tak melekat..haaa..pastu kukus la lebih kurang 30 – 40 minit gitu. Sampai putih sagu hilang la senang..kang cukup 40 minit tak hilang-hilang putihnya kak nanie lak disalahkannya. Dah tengah kukus boleh la pi sidai kain ke, sapu rumah ke, siram pokok Bunga ke, jangan pegi tido sudah.
8. Tadaaaaaa…gini la kejadiannya.Setengah kilo ngam-ngam dengan loyang kak nanie.Loyang korang kak nanie tak tau ya. Pastu tunggu la sejuk dulu baru potong. Jangan panas-panas korang potong.Haaaa..apa lagi..pi cepat-cepat buat satgi boleh ngapppp.
9. Dah sejuk bolehlah dipotong dan gaulkan dengan kelapa parut (kelapa parut tu kak nanie tambah secubit garam, gaul rata-rata dengan sudu dan kukus sekejap seminit dua..jangan lelama. Tujuan untuk kelapa tahan lama dan tak cepat basi) Taraaaa..kuih sagu buatan air tangan kak nanie yang kasar.
Cuba buat ikut resepi ni ya. In Sha Allah jadi. Alhamdulillah dah ramai sahabat-sahabat yang mencuba dan jadi.
MW: Semoga perkongsian resipi kuih sagu ini bermanfaat buat mak-mak yang nak mencuba buat sendiri di rumah. Ikut cara dan langkah yang dikongsikan ni, pasti jadi. Kuihnya lembut, kenyal, wangi dan sedap!
Air Fryer memang banyak kegunaannya. Buat mak-mak yang ada Air Fryer dekat rumah boleh cuba resipi Burnt Cheese Cake yang sangat sedap ini. Mudah je nak buat, kisar semua bahan masukkan dalam loyang, set suhu 180° selama 25 Minit. Siap!
“Penangan AF memang power. Cheese cake hari tu abang bagi MIL rasa. Mak mertua abang ni dah 30 tahun lebih buat segala macam jenis kuih muih untuk tempahan. Risau juga abang.”
“Semalam MIL datang cakap sedap sangat cheese cake hari tu! Apalagi abang pun dengan pantas terus ke kedai beli lagi bahan. Abang buat dua biji terus.”
Ok bila buat dua biji berturutan abang dapat keputusan macam ni:
1. Kalau blend sambil campur satu demi satu bahan akan beri tekstur kek yang lebih cantik.
2. Loyang non-stick membakar dengan lebih cantik berbanding loyang di alas baking paper.
3. AF yang dah preheat perlu menggunakan suhu yang lebih rendah.
4. Walau macam mana burnt sekalipun kulitnya, isi di dalam kek tetap sedap.
Kesimpulannya walau apa jenis AF pun guna, tetap boleh buat cheese cake yang sedap ni.
1. Blend campuran satu persatu sehingga semua bahan lembut dan sebati.
2. Sapu butter di dalam loyang untuk elak kek melekat.
3. Masukkan adunan ke dalam loyang 6”.
4. AF dengan suhu 180° selama 25 minit.
Dah siap masak, biarkan kek sejuk secara semulajadi. Kemudian simpan di dalam peti sejuk untuk beberapa jam. Kek yang dah sejuk mudah dipotong dan lebih sedap bila dimakan.
Pesan abang: Bukan brand AF yang penting tapi kerajinan yang menentukan
Buang bayi lelaki baru lahir belakang rumah bongkar sumbang mahram dua beradik bawah umur di Besut. Ketahui kronologi penuh, siasatan polis dan tindakan lanjut.