Kes bayi meninggal dunia di rumah pengasuh antara isu yang seringkali menjadi kebimbangan buat mak-mak yang bekerja.Benar ajal dan maut ditangan tuhan, tetapi jika berpunca daripada kecuaian, pasti terbit rasa kekesalan dihati.
Terbaru, kejadian yang dilaporkan berlaku di Kuantan, seorang bayi lelaki berusia 13 bulan meninggal dunia selepas ditemui tidak sedarkan diri ketika dalam jagaan di rumah pengasuhnya di Indera Mahkota 15, dekat sini, hari ini.
“Sabtu lalu saya bermain dengan dia. Cucu sihat dan aktif seperti biasa. Hari ini, tiba-tiba sahaja saya dapat tahu dia sudah tiada.”
Itu luahan Hadijah Gan Abdullah, 63, nenek kepada Ahnaf Hanafi Mohd Hanif, berusia setahun, yang disahkan meninggal dunia di sebuah klinik di Indera Mahkota 8 di sini hari ini, selepas ditinggalkan di rumah pengasuh.
Tidak Sedarkan Diri
Hadijah berkata anaknya, Mohd Hanif Sulaiman, 28, dan isterinya Roshidah Abdullah, 30, menerima panggilan telefon daripada pengasuh cucunya sekitar pukul 2.45 petang, memaklumkan anak tunggal mereka tidak sedarkan diri.
Katanya, anaknya juga difahamkan bahawa pengasuh itu meminta jirannya untuk membawa Ahnaf Hanafi ke klinik kerana tidak mempunyai kenderaan.
Ads
“Saya juga sudah biasa di klinik itu kerana menjalani rawatan di situ. Saya diberitahu cucu sebenarnya sudah tiada apabila sampai di klinik itu dan kami diminta membuat laporan polis.
“Pengasuh mengatakan cucu merengek dan dia masukkan ke dalam buaian. Saya tanya jika cucu diberi susu, tapi pengasuh kata tidak. Sukar untuk kami terima Ahnaf sudah tiada kerana dia sihat dan dia juga sebenarnya tidak biasa dibuai kerana kami tidak menggunakan buaian.
“Ayahnya beritahu Ahnaf seperti biasa pagi ini… hanya sedikit sakit pada kulit, tapi tidak mungkin itu menyebabkan kematiannya,” katanya semasa ditemui Bernama di perkarangan Jabatan Forensik Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini, hari ini.
Pengasuh Baru
Hadijah yang merupakan pesara guru menambah cucunya baharu sebulan lebih ditinggalkan di situ, selepas pengasuh lama di Kampung Tiram di sini, mengambil dua bayi, menjadikan mereka khuatir bagaimana beliau mahu menjaga begitu ramai kanak-kanak dalam masa yang sama.
Justeru itu, Mohd Hanif, seorang akauntan dan isteri yang merupakan kerani sebuah syarikat swasta di Indera Mahkota mencari pengasuh baharu dan difahamkan pengasuh itu turut menjaga empat kanak-kanak lain, katanya.
“Ahnaf baharu menyambut ulang tahun kelahiran pertama pada 9 Disember lalu. Saya tak sangka perkara ini boleh berlaku kepada kami kerana sering membaca kejadian seumpamanya di surat khabar.
“Bila saya baca tentang kanak-kanak terjatuh, tersedak susu atau kejadian lain melibatkan bayi, saya akan mengingatkan anak-anak supaya sentiasa berhati-hati dengan anak mereka,” katanya.
Tindakan Undang-Undang
Hadijah yang menetap di Bukit Setongkol di sini menambah Ahnaf adalah cucu kedua bongsu daripada lima cucunya dan sedang aktif merangkak dan cuba bertatih.
Ads
Beliau menambah mereka telah membuat laporan polis di Balai Polis Indera Mahkota sekitar pukul 4 petang tadi dan sedang mempertimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pengasuh itu, jika wujud unsur kecuaian. Jenazah Ahnaf Hanafi akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Ubi di sini esok, kerana mereka menunggu keluarga Roshidah dari Marang, Terengganu.
Ibu bapa kanak-kanak itu enggan ditemuramah dan Roshidah difahamkan enggan menjamah makanan sejak kejadian berlaku dan perlu ditenangkan beberapa anggota keluarga dan rakan sekerja.
Ads
Klasifikasi Mati Mengejut
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Polis Mohamad Noor Yusof Ali semasa dihubungi berkata,punca kematian belum dapat dipastikan dan ibu bapa bayi itu dimaklumkan pengasuh bahawa anaknya ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri dalam buaian dengan mata terbuka.
“Bapa bayi itu sudah membuat laporan di Balai Polis Kuantan berhubung kejadian itu,” katanya.
Mohamad Noor berkata, setakat ini kes itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan pihaknya akan melakukan siasatan lanjut.
“Kita akan mendapatkan bantuan dan laporan Jabatan Kimia untuk mengetahui punca kematian,” katanya lagi.
Mingguan Wanita mengucapkan salam takziah buat keluarga ini, semoga bersabar diatas segala ujian dan dugaan yang menimpa. Alfatihah.
Dugaan sungguh buat wanita ini, sebulan sebelum melangsungkan hari perkahwinannya, wajahnya dan sebahagian badannnya melecur akibat terkena sup panas dari periuk tekanan tinggi (pressure cooker) yang meletup secara tiba-tiba.Pressure cooker atau periuk tekanan tinggi, merupakan salah satu peralatan dapur bagi memudahkan kerja-kerja memasak.Tapi awas salah cara penggunaannya boleh mengundang bahaya pada diri.
Berikut antara yang dikongsikan oleh Siti Mariyanti Salmian,24 sebagai iktibar buat wanita lain agar lebih berhati-hati ketika menggunakan peralatan ini.
TRAGEDI 20/3/2018 *Dugaan sebulan lagi nak kahwin
Nampak mudah tapi sangat bahaya
Nak cerita sikit apa yang terjadi sebenarnya. Okay,actually tetibe haritu tekak ni teringin sangat sangat nak makan sup tulang . Kebetulan pergi TF supermarket ternampak laa tulang tulang tuu so memang terus grab.
Balik rumah macam biasalah kita masak nasi , siang apa yang patut untuk memasak ni.. cakap dekat mak “mak adik nak makan sup tulang” mak pun balas nak kawin kan , kena laa belajar masak sup tulang. Selama hidup ni buat kerja memasak tak pernah pun guna periuk pressure cooker tu.memang tak pernah langsung. Selalu mak yang masak sup , kita ni intai-intai je kat dapur. Nampak tak betapa rajinnya haritu pergila dapur masak semua . Kita pon rebus laa tulang tulang daging lembu tu dalam pressure cooker macam biasa . Punya lah bongok sangat diri ni kita pon kunci periuk tu.
Dan tetibe tak tahu macam mana mungkin perut ni lapar sangat pergilah dapur tengok periuk tuuu usik laa pemegang nya entah macamana sekali meletup habis kene satu muka badan bagai . Kebodohan diri sis sendiri sebab memang tak google cara guna macamana . Dan nasib pejam mata masa tu kalau tak pejam mugkin mata pon kene sekali.
Masa kena sup panas tu , hanya Allah saje tahu betapa panas nyaaa muka tangan badan . Lepas kene memang terus tadah muka ni dekat air yang mengalir . Itu pun sebab kakak kita ni nurse . Dia laa yang suruh letak tempat kena air panas tu dekat air yang mengalir . Sebab tak nak ada gelembung gelembung . Yelaa muka kan , sebulan lagi nak kawin siapa tak frust kn???? Mak lagi lahh menangis tengok anak dia menjerit jerit sambil mak kata “kenapa la bukan mak yang masak harini”. Takpelah mak benda nak jadi bukan kite boleh elak . Ni semua dugaan . Tanda Allah syg kn kita.
Masa kena tu terus terbayang mcmana seksanya api neraka sedangkan aku ni Allah baru uji kene air panas sikit jee dah macam ape je rupa . Allahuakbar. And nasib laa doc kata dekat part muka kene gred 1 and 5% burn.
Okay actually , sis nak pesan pada semua orang tak kira laa lelaki ke perempuan ke tua ke muda ke, Please please amik iktibar ape yang jadi pada sis ni.
Sebelum nak beli atau nak guna tu, tolong penuhkn ilmu di kepala otak anda terlebih dahulu. Better korang google, youtube cara guna tu semua dulu. Jangan jadi macam saya yang agak kurang pandai ni . Sedangkan zaman sekarang boleh google hujung jari je kan. Tapi langsung tak terlintas kat kepala otak ni nak google. Yasssss memang cepat empuk daging tu bila guna pressure cooker Tapi sebaik baiknyaa google, ke youtube laa dulu sebelum guna . Kalau dah kene macam diri saya ni nak menyesal pun tak guna.
BIAR LAMBAT EMPUK ASALKAN SELAMAT
Yasss ! Orang boleh gelak jee bila tengok kita kene camni . Tak semua orang boleh postive . Alhamdulillah sis dikelilingi kawan-kawan yang positif especially family dengan incik tunang yang always support jagan give up jangan down .
Keadaan melecur kiri (Hari ke-empat) kanan (Hari ke-13)
Jadi buat wanita lain dan mak-mak yang mempunyai periuk tekanan ini, mohon lebih berhat-hati menggunakannya iya. Jadikan kisah ini sebagai iktibar.
Memang ada caranya untuk tanam pokok Nenas Serawak dalam polibeg di tepi rumah.Malah elok pula buahnya besar dan manis. Bukan apa, bagi yang suka berkebun memang puas hati bila tanaman kita subur malah mengeluarkan hasil. Jimat tak perlu beli nenas lagi.
Boleh ikut tip tanam Nenas Serawak seperti yang dikongsikan oleh Jodi Cholosebagai panduan.
Baru belajar, saja nak share dengan kawan-kawan yang sehobi. Dengan niat kita share ilmu dan pengalaman bersama.
1.Tanam ditepi rumah, jenis Nenas Serawak.
2.Ramadhan 2021 tanam.Ramadhan 2022 dah boleh tuai..
3.Tanam dalam polibeg sahaja.Size polibeg 13×13 atau 10×10.4.Sangat mudah jaga dari tanaman yang lain.
5.Asal tanam main-main je dari tepi rumah dibiarkan semak.
6.Purata berat buah 3-4.5kg/biji
7.Tanam anak/sulur bukan jambul.
8.Medium tanah hitam sawit sepenuhya
9.Baja NPK 15,15,15 cara 2 minggu 1x sesudu makan /polibeg.(tak pakai baja foliar)
10.Letak anak pokok tempat yang kena sepenuhnya cahaya matahari.
11.Cara tanam manual, 2 minggu 1x saya siram.Itu pun kalau musim panas.
11.Silver shine(tikar alas bawah polibeg)elak rumput dari tumbuh.(malas cabut rumput).
12.Pinggan polistrin/topi fungsi untuk lindung cahaya matahari yang terik. Elak buah rosak, letak setelah buah besar.
13.Saya potong pelapah anak pokok sebelum tanam, tinggal 3 helai yang atas sahaja supaya pokok cepat naik.
14.Bilangan pokok saya lebih kurang 70 batang.Tanam tepi rumah.
15.Saya takde jual benih. Buah pun saya tak jual.Dulu beli dengan kawan, sekarang sudah tiada jual.
16.Tempoh tuai 1 tahun.
17.Kera,babi tempat saya pun banyak, yang saya tanam belakang rumah sebiji pun saya tak dapat makan.
18.Ini kali pertama saya tanam dalam polibeg. Saya cuba sendiri dan kaji sendiri, adakala bertanya dengan orang yang tanam nenas. Belum pernah ada pergi kursus nenas.
19.Purata berat nenas 3-4.5kg/biji.Rasa buah manis.
20.Sepanjang saya tanam tiada racun serangga digunakan.
Pesanan kasih sayang.
#pastikan pokok anda sihat sebelum berbuah.
#pokok besar buah akan besar.
#setelah berbuah berhenti letak baja. Elak buah rosak.
Mingguan Wanita:Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jadi buat mak-mak yang nak cuba tanam nenas dalam polibeg di tepi rumah boleh ikut tip yang dikongsikan ini. Memang elok hasilnya berbuah besar dan manis.
Alhamdulillah berita yang baru dikongsikan oleh penyanyi, pengacara dan pelakon Alif Satar,30 sebentar tadi, bahawa ujian saringan terhadap isteri, Shadila Halid,35 dan anak-anak selebriti tersebut, Alisha Anugerah,5 dan Ariana Mecca,3 dan Muhammad ‘Ali, 1 negatif dan bebas daripada jangkitan Covid-19.Namun demikian, mereka tetap mengambil langkah berjaga-jaga dengan tetap kuaratin di rumah selama 14 hari.
“Allah SWT makbulkan doa kalian semua.. Alhamdulillah.. Isteri dan anak-anak Alif bebas dari Covid19 dan akan terus kuarantin di rumah selama 2 minggu.”
Terima Kasih Atas Segala Doa & Kata Semangat
Alif juga mengucapkan terima kasih diatas segala doa, kata-kata semangat yang diterima untuk terus kuat melawan berjuang melawan ‘covid-19’ ini. Malah turut berterima kasih pada barisan petugas hadapan yang bertungkus lumus menjaga negara dari situasi ini.
“Alif menerima ribuan mesej dan kata-kata positif melalui instagram dan whatsapp, Alif baca dan disini Alif ucapkan terima kasih yang tak terhingga atas doa tuan -tuan dan puan- puan sekalian.
“Thank you for all that you’ve done for my family and I, I pray that Allah swt will grant the prayers for you and your family as well. InsyaAllah.”
“Alif sendiri sebagai pesakit covid19, alif cukup memahami apa yang sedang oleh pesakit dan juga bekas pesakit covid19 dari segi mental.. No one asked to be sick, and trust me I don’t even wish this upon my worst enemy.”
“Jadi alif memohon agar semua teruskan berdoa buat semua yang terkesan dengan Covid19 agar terus kuat untuk kembali sembuh dan semoga wabak ini pergi meninggalkan kita secepat mungkin..
“Terima kasih frontliners yang bertungkus lumus membantu dan menjaga situasi covid19 di negara kita. I am witnessing this first hand, they are the truly superheroes. What they are doing are truly remarkable. THANK YOU.”
Pada Ahad, penyanyi yang popular dengan lagu “I Want You to Love Me” itu memaklumkan dia dijangkiti COVID-19 dan kini menjalani kuarantin di Melaka. Malah, ibu, ayah dan adik Alif juga disahkan Positif dijangkiti Covid-19.
Pelajar tingkatan tiga trauma dipercayai Dirogol dua pelajar senior di dalam kelas dan dirakam video. Seorang pelajar perempuan Tingkatan Tiga di sebuah sekolah menengah di Alor Gajah dilaporkan mengalami trauma teruk dan enggan ke sekolah selepas dipercayai menjadi mangsa rogol bergilir-gilir oleh dua pelajar lelaki senior.