Terasa susah nak bayar zakat fitrah musim PKP ini, bayar online sahaja lebih senang. Tak perlu beratur dan bahayakan keselamatan, segalanya boleh diselesaikan di hujung jari.
Sebenarnya zakat fitrah ini dibayar mengikut lokasi di mana kita beraya pada tahun tersebut. Memandangkan tahun ini masing-masing beraya di rumah sendiri, maknanya kenalah ikut lokasi tempat tinggal mak,ayah sekarang.
Tahun ni saya beraya di Bangi Selangor. Maka saya bayar zakat fitrah di Selangor. Bayar zakat fitrah mengikut lokasi di mana kita beraya pada tahun tersebut. .
.
Jika saya pulang awal seminggu ke kampung saya iaitu Penang. Maka saya akan bayar zakat fitrah di Penang. Tapi sekiranya saya pulang ke kampung sehari sebelum hari raya. Dan saya takut terlepas kesempatan untuk bayar di kampung Penang, maka saya akan bayar siap-siap zakat di Selangor kerana mengambil kira pandangan ihtiyat (berhati-hati). .
.
Ads
Terpulang pada negeri masing-masing. Kerana zakat Fitrah sedikit berbeza dengan konsep zakat harta. Kerana zakat harta dilihat pada lokasi di mana harta berada. Sedangkan zakat fitrah melihat di mana kita beraya.
Lebih tepat ialah dibayar berdasarkan kepada di mana seseorang itu berada ketika masuknya waktu wajib untuk zakat fitrah iaitu bermula pada malam hari raya sehingga sampai sebelum solat hari raya. Wallahua’lam.
MW: Walaupun negara dalam tempoh PKP, jangan lupa tunaikan kewajipan mak, ayah menunaikan zakat fitrah. Apatah lagi sekarang ada kemudahan membayar secara online.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Puasa sunat Syawal atau puasa enam dilakukan sepanjang bulan Syawal sebaik tamatkan Ramadan. Ketika ini, ramai wanita yang ambil peluang untuk puasa sunat disekalikan dengan puasa qada. Boleh ke?
Adalah menjadi lumrah bagi kebanyakan umat Islam untuk menggiatkan aktiviti ibadah pada sepanjang bulan Ramadan. Ini adalah kerana pada bulan yang penuh berkat ini, Allah ‘Azza wa Jalla membuka pintu langit dengan seluas-luasnya untuk menurunkan limpahan rahmat-Nya kepada sekalian hamba-hamba-Nya. Pada bulan yang mulia ini juga segala amalan-amalan berbentukketaatan kepada-Nya akan naik secara terus kepada-Nya.Sabda Rasulullah s.a.w:
“Apabila masuk bulan Ramadan, maka pintu-pintu langit dibuka…” – Hadis riwayat Imam al-Bukhari di dalam Shahihnya, no: 1899.
Namun demikian apabila Syawal menjelma, terdapat ramai umat Islam yang mula lalai serta alpa dalam mengerjakan ibadah. Syawal dilihat seperti bulan untuk berehat daripada melakukan amal-amal soleh dan digantikan dengan pesta pembaziran, pergaulan bebas di antara lelaki dan wanita, memakai pakaian yang tidak mengikut spesifikasi syariat, temasya menonton rancangan televisyen yang berunsur hedonis dan lain-lain lagi.
Ini tidak sepatutnya berlaku kerana pada bulan Ramadan umat Islam seolah-olah berada di dalam sebuah institusi latihan untuk membentuk insan yang bertakwa dan setelah tamat latihan tersebut ia sepatutnya dapat membantu seseorang untuk mengekalkan ketakwaan tersebut pada baki sebelas bulan lagi.
Justeru itu seluruh umat Islam sewajarnya mengekalkan peningkatan dalam tahap mengerjakan amal ibadah pada bulan Syawal dan bulan-bulan yang lain. Di antara bukti bahawa Ramadan telah berjaya membentuk keperibadian yang tinggi terhadap seseorang dalam menjadi insan yang bertakwa adalah dengan mengerjakan puasa sunat Syawal atau lebih dikenali dengan puasa enam bagi masyarakat kita. Dalil disyariatkan ibadah puasa sunat Syawal adalah sabda Rasulullah sa.w:
“ Barangsiapa yang berpuasa pada bulan Ramadan lalu diiringinya dengan puasa enam hari di bulan Syawal,maka seolah-olah dia telah berpuasa sepanjang masa.” – Hadis riwayat Imam Muslim di dalam Shahihnya, No: 1164.
Menerusi hadis di atas dapat kita fahami bahawa keutamaan puasa sunat pada bulan Syawal adalah seolah-olah dia berpuasa sepanjang tahun. Menurut Syaikh ‘Abdullah al-Bassam:
“Barangsiapa berpuasa enam hari pada bulan Syawalsetelah Ramadan maka seakan-akan dia berpuasa fardu setahun. Ini adalah kerana satu kebaikan di balas dengan sepuluh kali ganda sepertinya. Puasa pada bulan Ramadan dibalas dengan ganjaran bersamaan sepuluh bulan (iaitu bersamaan dengan 300 hari), puasa enam hari (pada bulan Syawal) pula mendapat ganjaran sebanyak dua bulan (iaitu bersamaan dengan 60 hari),yang demikian itu menjadi sunah yang sempurna, maka tercapailah pahala beribadah setahun tanpa kesulitan sebagai kurnia daripada Allah dan nikmat ke atas hamba-Nya. – Taudhih al-Ahkam min Bulughul Maraam,jilid 3, ms. 576, Pustaka Azzam.
Cara yang paling utama untuk melaksanakannya adalah memulakan puasa sesudah Hari Raya Aidilfitri secara langsung (iaitu pada tarikh 2 Syawal), berturut-turut sebagai mana yang ditetapkan oleh para ulamak. Ini jugamerupakan pendapat Imam Abu Hanifah dan Imam al-Syafi’i.
Namun begitu seseorang juga bebas memilih mana-mana hari sepanjang bulan Syawal sama ada di awal, pertengahan mahupun akhirnya bahkan dia juga boleh mengerjakan secara berturut-turut mahupun berpisah-pisah.
Apa yang lebih utama adalah menyempurnakan puasa bulan Ramadan terlebih dahulu yakni dengan menggantikan yang tertinggal kemudian baru dikerjakan puasa sunat Syawal.
Ini lebih bertepatan dengan maksud hadis di atas untuk mendapat keutamaanya iaitu seolah-olah berpuasa sepanjang tahun. Oleh itu janganlah ketinggalan dari menunaikan puasa sunat enam hari di bulan Syawal ini.
Ziarah hari raya dan ziarah kubur dibenarkan bagi sesetengah negeri, namun adalah lebih baik jika orang ramai mengambil langkah berwaspada dalam sebarang urusan.
Memang ada kelonggaran serta perlu mengikut sop yang telah ditetapkan, tetapi jika bimbang berlaku yang tidak dingini adalah lebih baik tinggal di rumah tanpa memberi risiko pada orang lain.
Orang ramai dinasihatkan mengambil langkah berwaspada dalam sebarang urusan yang ingin dilakukan semasa menyambut Hari Raya Aidilfitri hujung minggu ini walaupun ada perkara yang telah mendapat kebenaran pihak berwajib.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, dalam situasi negara yang sedang berdepan dengan pandemik Covid-19 ini lebih wajar jika orang ramai berhati-hati (elak) agar tidak berlaku perkara yang tidak diingini.
“Contohnya, soal ziarah kubur pada hari raya. Perkara itu (ziarah kubur) tidak menjadi masalah jika orang ramai patuh SOP (Prosedur Operasi Standard) yang ditetapkan dari segi penjarakan dengan bilangan yang tidak ramai. Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri juga ada jelaskan, ia boleh cuma tidak digalakkan.
“Namun terpulang kepada arahan dikeluarkan oleh negeri masing-masing kerana jika arahan ziarah kubur itu tidak dibenarkan (di sesetengah negeri) ia dibuat dengan matlamat untuk menghindari jangkitan wabak Covid-19,” katanya kepada pemberita.
Beliau berkata demikian bagi menjelaskan mengenai kewajaran aktiviti ziarah hari raya serta melawat kubur ketika negara berdepan Covid-19, ketika ditemui selepas majlis sumbangan barangan keperluan asas untuk ‘JAWI Food Bank’ yang disampaikan Duta Besar China ke Malaysia, Bai Tian di Kompleks Pusat Islam di sini.
Mengulas lanjut Dr Zulkifli berkata, jika terdapat perkara yang di antara keduanya iaitu ‘larangan dan kebenaran’ masyarakat diseru untuk memilih bersikap waspada sebagai langkah berjaga-jaga.
“Sama juga dengan aktiviti berziarah mengunjungi saudara terdekat pada hari raya, walaupun ada SOP dengan jumlah ditetapkan, namun bagi mengelakkan isu-isu (lain) timbul lebih baik duduk di rumah sahaja,” katanya.
Terdahulu Dr Zulkifli menerima barangan keperluan asas bernilai RM200,000 sumbangan Kedutaan Besar China untuk ‘JAWI Food Bank’ yang akan diagihkan antaranya kepada golongan asnaf, saudara baharu, dan golongan bukan muslim yang memerlukan.
Sumbangan daripada Kedutaan China itu berupa 2,500 pek barangan makanan keperluan asas seperti beras, tepung, gula, minyak, biskut raya dan 6,000 beg beras.
Sumber: Bernama
MW: Biarpun sedih menyambut hari raya dalam keadaan PKPB, tapi kita perlu akur demi insan tersayang. Insyallah tahun hadapan segalanya akan kembali pulih dan mengikut kebiasaan.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Nak murah rezeki? Jangan miss amal doa ini. Yatt Hamzah berkongsi doa yang diajar Rasulullah di laman Instagramnya. Doa ini dibaca setiap hari selepas Subuh.
Kata Yatt lagi, ada sebuah doa yang biasa diamalkan Rasulullah setelah Subuh agar mendapat ilmu yang bermanfaat. Amal dengan bersungguh-sungguh dan konsisten, insya-Allah kita akan dapat keberkatannya.
Berikut adalah doanya:
Ertinya: “Ya Allah, aku memohon pada-Mu ilmu yang bermanfaat, rezeki yang thoyyib dan amalan yang diterima.” (HR. Ibnu Majah no. 925, shahih).
Dalam hadis lain Rasulullah bersabda, “Khoirunnasi anfa’uhum linnasi.” Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat bagi manusia. (HR. Ahmad, Ath-Thabran, dan Ad-Daruqutni).
Maka untuk menjadi manusia bermanfaat bagi manusia lainnya, kita perlu mendapatkan ilmu yang bermanfaat. Ilmu bermanfaat akan didapatkan oleh orang-orang yang tekun, tidak sombong dan mahu mengamalkan ilmunya.
“Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda. Ya Allah, makbulkan doa-doa kami. Amin,”ujar Yatt yang aktif berdakwah dan melakukan pelbagai perkongsian ilmu agama menerusi instagramnya.
Selebriti popular ini juga membuat live setiap hari di Instagramnya. Dia mengajak follower untuk sama-sama bertadarus tahsin online satu hari satu juzuk bersama @sheikhmohamedelmongy di bulan Ramadan.
Aksi Yatt bertadarus online bersama anaknya mendapat perhatian netizen. Ramai yang memuji usaha murni Yatt yang tidak jemu berdakwah mengajak follower menghayati cara hidup Islam.
Selain itu, ibu kepada empat cahaya mata ini juga sering berkongsi pelbagai resipinya dengan follower. Aksi lincah Yatt di dapur mencuit hati dan ramai yang mencuba resipi air tangannya itu.