Bawa Van Sekolah, Tak Boleh Main ‘Turunkan’ Kejar Trip Lain

Share

Kejadian yang menimpa anak murid seusia 7 tahun baru-baru ini begitu menyentuh hati. Sememangnya besar tanggungjawab pemandu bas atau bawa van sekolah ini. Lagi-lagi yang melibatkan anak-anak sekolah.

Dari soal mengambil tahu bilangan penumpang mencukupi atau tidak, mengambil tahu adakah anak-anak sudah turun dengan selamat dan sebagainya.

Sebagaimana luahan Liza Idris yang berkongsi peringatan agar pemandu mengambil sikap lebih bertanggungjawab dengan pekerjaan yang mereka usahakan.

Kecuaian Manusia Nyawa Terkorban

Allahuakbar.

Sungguh saya terkesan bila tengok video budak kena langgar van sekolah tu.
Ini bukan kejadian kali pertama begini. Sungguh, ajal maut ditangan Tuhan. Namun disebabkan kecuaian manusia nyawa terkorban.

Pintu van baru sahaja ditutup, pemandu terus pecut laju. Walaupun van dalam keadaan bergegar, pemandu masih terus menekan minyak ke depan.

Baca juga : Budak perempuan 7 tahun, maut dilanggar, digilis van sekolah ketika melintas

Ini Peringatan Untuk Pemandu Bas, Bawa Van Sekolah

Peringatan untuk diri kita semua:-

  • Sewaktu berhentikan kenderaan untuk menurunkan budak sekolah, pastikan mereka sudah lintas terlebih dahulu, baru jalankan kenderaan.
  • Pesan pada budak sekolah supaya tidak melintas depan kenderaan semasa menurunkan mereka.
  • Pemandu, perlu turunkan budak sekolah pada sisi yang tak bertentangan untuk elak mereka melintas depan atau belakang kenderaan.
  • Jika pelajar masih kecil, tanggungjawab pemandu untuk turun dan memimpin mereka melintas.
  • Lagi satu, jika berlaku kemalangan usah angkat mangsa begitu. Bimbang kecederaan lebih parah. Sebaiknya lapik kepala mangsa dan payungkan dulu sementara ambulance sampai.

Bawa van atau bas sekolah ni, tanggungjawab sangat besar. Tak boleh main turunkan van dan pecut kejar trip lain.

Syurga buat mu anak. Moga Allah kurniakan ketabahan buat ibu ayah anak ini. Semoga ibu bapanya reda dan tabah dengan pemergiannya.

Kepada kita ini, jadikan ini sebagai satu peringatan agar tak leka dan cuai.

Mingguan Wanita : Benar ajal maut di tangan tuhan, jika sikap lebih bertanggungjawab ditekankan dalam diri, insyaAllah kadar kecuaian dapat dikurangkan.

Sumber/Foto : Liza Idris

SERTAI & DAFTAR SEKARANG KURSUS KEMAHIRAN ASAS BANGKIT WANITA:


Yuran murah dan berbaloi-baloi. Klik link di bawah ini:

Jahit Baju Kurung Pesak : https://toko.ideaktiv.com/product/jom-jahit-baju-kurung-buat-duit-jahit-di-rumah/

Cookies Viral : https://toko.ideaktiv.com/product/cookies-viral-buat-sampai-jadi/

Kuih Frozen : https://toko.ideaktiv.com/product/aneka-kuih-frozen/

Roti & Bun : https://toko.ideaktiv.com/product/asas-bakeri/

Untuk pertanyaan hubungi : 0196328758

Mingguan Wanita boleh diikuti juga di telegram :

https://t.me/bangkitwanitaMW

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita

#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita

IKLAN