
Sebuah sekolah di Petaling Jaya dikejutkan dengan insiden tragik pagi Selasa apabila seorang pelajar perempuan Tingkatan Empat dilaporkan meninggal dunia selepas ditikam oleh seorang pelajar lelaki Tingkatan Dua, dipercayai menggunakan senjata tajam berupa pisau.
Insiden berdarah itu difahamkan berlaku sekitar jam 9.30 pagi di kawasan sekolah berkenaan, meninggalkan rakan-rakan dan guru dalam keadaan panik serta trauma.
Menurut sumber awal, pelajar lelaki tersebut dilaporkan membawa pisau ke sekolah sebelum menikam mangsa. Pihak polis kini sedang menjalankan siasatan rapi di lokasi kejadian, termasuk mengenal pasti punca sebenar dan motif di sebalik tindakan tragik itu.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya bersama pasukan pegawai penyiasat kini berada di tempat kejadian, dan sidang media awal dijangka diadakan untuk memaklumkan perkembangan lanjut.
Kejadian Tikaman
Sementara itu, Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail, berkata kejadian tikaman membabitkan mangsa, pelajar Tingkatan Empat, dan suspek Tingkatan Dua di sebuah sekolah d Bandar Utama, Petaling Jaya disahkan berlaku di luar kelas dalam kawasan sekolah.
Setakat ini, motif kejadian masih dalam siasatan pihak berkuasa.
Beliau turut menyifatkan kejadian itu sangat menyedihkan dan menuntut siasatan segera.
“Kejadian membabitkan pelajar berusia 16 tahun yang meninggal dunia, dan setakat ini kita tidak dapat memastikan motif sebenar kejadian ini.
Suspek sudah ditangkap
“Tangkapan sudah dibuat dan insya-Allah Ketua Polis Selangor akan memberikan butiran lanjut mengenai perkara itu,” katanya pada sidang media selepas pelancaran Program Kempen Anti Buli di sini, hari ini.
Mohd Khalid turut mengesahkan suspek berusia 14 tahun tidak boleh didedahkan identitinya kerana masih di bawah umur.
Menurut Berita Harian, sebelum ini melaporkan kejadian itu berlaku sekitar jam 9.30 pagi, apabila suspek, seorang pelajar lelaki Tingkatan Dua, dilaporkan membawa senjata tajam berupa pisau.
“Saya mengesahkan tiada unsur buli yang berlaku setakat siasatan polis pada saat ini. Kalau timbul perkara-perkara lain saya akan maklumkan.
Berdasarkan maklumat awal, pelajar lelaki terbabit telah menikam pelajar lain.
Apa yang sedang berlaku dalam jiwa anak-anak kita?
Di sebalik angka dan laporan rasmi, tersirat realiti getir bahawa tekanan emosi, persekitaran sosial dan kesihatan mental remaja semakin membimbangkan. Kes seumpama ini harus menjadi panggilan kesedaran buat semua pihak iaitu ibu bapa, pendidik, dan masyarakat bahawa emosi remaja tidak boleh lagi dipandang remeh.
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI