Masa kecil, kita sering dibekalkan dengan makanan yang mak kita masak. Seronok bukan main lagi, pulak tu mak pula yang masak. Bangga. Bukan itu sahaja, duit belanja bolehlah simpan. Kalau boleh tiap-tiap hari nak mak bekalkan makanan untuk kita bawa ke sekolah.
Bila besar dan punyai pekerjaan tetap, bekalan tetap bawa. Tak kira masa masih bujang dan tinggal bersama mak atau sudah berkahwin, isteri pula yang bekalkan makanan. Bukan nak berjimat, tapi itulah air tangan orang yang kita sayang. Tiada langsung perasaan malu, malah rasa bangga lagi.
Betullah apa yang dikongsikan oleh Khairul Hakimin Muhammad tentang apa yang dikatakan iaitu bungkusan yang mak atau isteri sediakan adalah bungkusan hatinya untuk kita bawa bersama dan ingat.
Jika emak kita bungkuskan makanan setiap hari untuk kita pergi sekolah, pergi kerja, ketahuilah dia sedang bungkus hatinya juga bersama.
Begitu juga bila isteri kita siapkan makanan dan pakaian untuk kita setiap hari, ketahuilah dia juga siapkan hati dia untuk kita keluar berusaha.
Ads
Jika ayah kita keluar dari rumah cari rezeki untuk keluarga, kena tahu yang dia keluar itu dengan tinggalkan hatinya di rumah. Suruh isterinya jaga baik-baik supaya pulang nanti isterinya sambut dan pulangkan semula hatinya.
Letak baik-baik di dadanya, perlahan-lahan penuh santun dan lemah lembut.
Tetapi apabila kita keluar rumah tanpa siapa pun bekalkan makanan, tanpa siapapun kita tinggalkan di rumah, kena tahu juga yang emak ayah jauh di kampung itu sentiasa melihat pintu dan jendela. Setiap pagi tak pernah jemu memandang anak-anak yang pernah berlari membesar melalui pintu tersebut.
Jika kita dah bawa bungkusan hati itu hari-hari, nanti bawalah pulang kepada emak kepada ayah kepada isteri kepada suami kepada anak kepada semua sebuah baik budi.
Sungguhnya yang dah beri hati menanti mahu lihat kita pulang. Tidaklah kita sampai di pintu rumah dengan dahi penuh kerut, mulut masam selori mangga muda, mata merah seiras udang yang dimasak digoreng garing.
Resahlah hati yang dipulangkan. Diberi dihulur sambil darah menitik-nitik. Hendak ubat tak pandai hendak rawat tak reti.
Ditanya kena marah, ditegur kena herdik. Lalu diamkan sahaja.
Lalu emak, ayah, isteri, suami, anak, diam sahaja. Ajak makan sama-sama, diam belaka di meja yang pagi tadi kita duduk sama-sama. Hati yang dibungkus awal subuh tadi kemas-kemas disimpan dalam peti.
Ads
Sampai sejuk, sampai beku. Pagi esok keluarkan lagi. Panaskan dan beri bekal lagi hari-hari. Sampailah satu hari kita sedar yang bekal makanan itu adalah hati yang kita sayang-sayang.
Rindu Mak Ayah
Terus rasa nak pulang. Rasa mahu balik awal, mahu lihat wajah itu semula. Mahu serah balik hati yang diberi, dengan salam, dengan sentuh, dengan cium. Selagi ada nyawa, baliklah. Pulanglah.
Hati yang kita dapat setiap hari kena dihantar semula. Bukan hati kita. Kita hanya dipinjamkan sahaja buat teman takut lupa diri, takut tinggi diri takut-takut jadi sombong jadi bodoh jadi jahat jadi hina.
Itulah pendinding itu juga yang bawa berkat. Suruh rezeki datang mendekat dan sentiasa iring rapat-rapat. Suruh banyak bersyukur dapat pinjaman banyaknya hati setiap pagi. Supaya balik petang malam nanti masih pegang dan dapat pulangkan hati tersebut sampailah kita mati.
Begitulah.
Khairul Hakimin Muhammad,
Bekalkan hati pagi.
MW: Tak perlu malu atau segan dengan bekal yang kita bawa sebab itulah bungkusan hati daripada orang yang kita sayangi.
Alhamdulillah… kalau dapat peluang ambil anak balik dari sekolah, waktu inilah peluang mak ayah nak bagi anak belajar bercerita. Tapi soalan pun kena lah berlapik, jangan main hentam yang tak ada kaitan dengan aktiviti anak di sekolah.
Macam yang Ustazah Sharifah Zahidah kongsikan kali ini, soalan-soalan positif daripada mak ayah inilah yang buat anak seronok ke sekolah. Percayalah, ini satu momen mahal yang tak dapat dibeli.
Bila Ambil Anak Dari Sekolah
Minggu lepas, penuh di newsfeed ibubapa share moment indah, gembira, sedih, terharu, cuak – bila anak-anak yang sebelum ni selalu merengek manja sekarang ini sudah memasuki darjah 1.
Masing-masing tak ketinggalan, pos gambar anak mereka pertama kali pakai baju sekolah.
Comel kan? Saya tengok pun, ralit.
Layan 1 demi 1 gambar anak-anak kepada kawan-kawan saya.
Dan tak kurang jugak, ramai ibubapa yang share dialog dengan anak-anak bila balik sekolah.
Antara dialog famous,
“Makan apa di sekolah tadi?” “Bekal bawak tadi, habis makan tak?” “Rehat dengan siapa tadi?” “Siapa nama kawan baru?”
Bagus. Soalan simple sebegini dapat bantu kita buka lebih banyak dialog dan mendorong anak kita bercerita dengan kita.
Bagi saya, moment ibubapa ambil anak dari sekolah, adalah moment yang sangat penting untuk terus dijadikan sebagai rutin kita berbual-bual dengan anak.
Anak penat?
Ya, penat!
Tapi mereka juga sangat excited nak share pengalaman dan cerita baru mereka dengab kita.
Apa yang perlu kita buat, adalah manipulate moment ini untuk RANGSANG anak-anak berfikir dengan matang, dan MENANAM RASA EMPATHY dalam diri mereka, supaya mereka membesar jadi manusia yang ada hati dan perasaan.
Mudah Tapi Inilah Perkara Yang Mak Ayah Dah Tak Buat
Bunyi simple kan?
Tapi ketahuilah ibubapa,
Berapa ramai manusia yang dibesarkan harini menjadi manusia berhati kering, tiada nilai empathy, sifar nilai kemanusiaan.
Buka mata tengok realiti.
Tengoklah kanan kiri.
Jadi, usah ambil ringan tentang peranan dan kepentingan kita sebagai ibubapa untuk didik anak SUPAYA MEREKA JADI EMPATHY.
Bukan sikit kes perceraian, kerana isu sifar empathy dalam diri.
Berapa banyak kes buli, kerana isu sifar empathy dalam diri.
Berapa banyak jenayah rompak dan bunuh, juga kerana isu sifar empathy dalam diri.
Macam mana nak instill empathy dalam diri anak?
InshALLAH, saya akan kongsikan,
Tips ibubapa boleh manipulate ‘moment dalam kereta’ lepas ambil anak dari sekolah, untuk jadikan anak-anak insan yang MAMPU LAHIRKAN SIFAT EMPATHY DALAM DIRI, secara semulajadi.
Ya.
Bukan empathy yang dibuat-buat.
Tapi empathy yang memang kita BENTUK DAN KELUARKAN DARI DALAM DIRINYA SENDIRI.
Sehingga bila sampai dalam babak-babak hidup yang menuntut empathy untuk diterjemah pada karakter diri, dia akan mampu berperanan sebagai manusia paling banyak kasih sayang dan rahmahnya, empathynya untuk orang lain. Bukan empathy yang acah-acah dibuat, tapi hakikatnya hati langsung tidak peduli.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Mana boleh mak ayah duduk diam kalau tahu anak demam, tambah pula umur anak masih kecil atau bayi itu mula jadi tak aktif dan tak boleh buka mata sebab suhunya cukup tinggi. Sebenarnya demam adalah sebahagian daripada kaedah semula jadi badan bayi melawan jangkitan.
Namun, demam mungkin jadi lebih serius jika bayi anda berusia di bawah enam bulan. Kadang tidak jelas kenapa anak boleh demam kerap sangat tetapi ada banyak sebab yang anda boleh rujuk melalui perkongsian Doktor Hana ini…
1. ANAK DEMAM VIRUS
-Kebanyakan demam tinggi ni disebabkan virus.
-Dan viral fever ni biasanya memang akan lega sendiri within 3-5days.
-Tak perlu minta kat doktor nak antibiotik.
-Lama mana demam? Bergantung pada “kekuatan” virus dan kekuatan imuniti kita nak lawan virus. Ala-ala macam ultraman lawan raksasa.
-Kekuatan virus tak boleh ubah, tapi kita boleh kuatkan immuniti badan, contohnya ambik #vitaminC-rich food.
2. MONITOR
-Tugas mak ayah monitor hydration, makan minum, dan keaktifan anak yang demam.
-Kalau demam sampai takmau makan dan minum, pastu dehydrated lembik melepek je, kena bawak ke hospital. Kalau ragu-ragu bawak je jumpa doktor untuk pemeriksaan.
-Jika demam virus biasa ni, bila demam kebah, anak-anak masih aktif, masih nak main.
-Lagi satu, kalau anak ada batuk selsema sampai nafas laju, atau nampak macam nak penat/semput, atau cirit birit sampai lembik, sila bawa jumpa Dr.
3. UBAT DEMAM
-Ada mak ayah yang takut bagi ubat demam banyak-banyak. Kena bagi ubat demam regular 6 jam sekali masa demam tinggi, antaranya sebab nak elak sawan demam. Sawan lagi bahaya!
-Bagi ubat demam 6-8 jam sekali. Ubat demam paracetamol generally selamat. Kalau anak suka luah balik ubat, takut tak berkesan, bagilah ubat punggung (suppository PCM) 6 jam sekali.
4. JELUM
-Buat juga tepid sponging. Jelum dengan air.
-Air suhu bilik je pun OK
-Pastu dah jelum dengan tuala basah, #jangan pulak tepek tuala tu sampai 10 minit atas kepala budak? nanti haba lagi terperangkap takleh keluar, padahal kita nak turunkan suhu dia?
-Cara yang betul, jelum dan angkat. Jelum dan angkat tuala basah tu. Biar air kering sendiri atas badan anak
5. DENGGI
-Lepas 3 hari kalau demam tak kebah, boleh bawa ke klinik/hospital untuk cek darah. Takut demam denggi, atau demam yang ada secondary bacterial infection (jangkitan kuman) yang perlukan antibiotik.
-Tapi kalau lepas ambik darah, terbukti demam virus, sekali lagi, tak perlu minta antibiotik.
6. RUAM
-Kadang-kadang ada anak-anak lepas demam kebah, dia akan naik ruam merah satu badan. Kita panggil viral exanthem.
-Biasanya tak merbahaya dan akan hilang sendiri.
-Tapi kalau takut ruam lain eg campak, ruam sebab denggi, etc, sekali lagi boleh jumpa Dr untuk diperiksa.
Ok, mak ayah boleh pantau suhu anak demam di rumah tetapi perlu lebih berhati-hati dengan bayi yang lebih kecil terutamanya bayi di bawah tiga bulan dan doktor akan membuat pemeriksaan yang lebih lanjut pada anak kecil atau bayi.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Rubytah sedih Che Ta jadi mangsa kecaman. Rubytah atau mesra disapa Ruby yang juga merupakan pelawak terkenal, Lan Pet Pet berasa cukup sedih apabila kakaknya Rozita Che Wan baru-baru ini menjadi mangsa kecaman masyarakat gara-gara dakwaan berhutang hampir RM1 juta dengan Majlis Amanah Rakyat (MARA).
Walau tidak pernah terlibat dalam seni namun wanita yang pernah bertugas sebagai perancang kewangan ini sangat sedih apabila Che Ta dicemuh.
Rubytah Sedih Che Ta Jadi Mangsa Kecaman
Menurut Ruby apabila membaca kecaman pada awalnya ada terasa hendak membalas kutukan namun menahan diri agar tidak mengeruhkan lagi keadaan.
“Saya terasa nak jawab cemuhan, tetapi batalkan hasrat kerana tak mahu keruhkan keadaan.
“Sebagai adik, tentulah saya kasihan dan tak sampai hati lihat kakak dikutuk, sedangkan dia adalah wanita yang baik dan pemurah,” kongsi Ruby.
Che Ta Kerja Keras Ubah Nasib Keluarga
Tambah Ruby, kehidupan mereka sekeluarga agak susah sewaktu kecil namun Che Ta sangat mengutamakan keluarga dan bekerja keras mengubah nasib keluarga.
“Dari kecil, kami sekeluarga susah, tetapi Rozita jenis utamakan keluarga. Dia bekerja keras mengubah nasib keluarga.
“Sampai hari ini, Rozita masih belikan baju raya walaupun adik-beradik sudah berumah tangga. Dia jugalah menjaga emak,” ungkap Ruby.
Kuat sungguh dugaan bintang lagenda Uji Rashid ini. Walau sudah berusia namun amat tabah meneruskan kehidupan mencabar dalam menjaga anaknya Cico Harahap yang kurang sihat.
Macam mana nak meninggal dalam keadaan husnol khatimah jika tidak sentiasa berzikir, kata Datin Seri Umie Aida.
“Wanita dicipta Allah dari tulang rusuk yang berdekatan dengan hati untuk disayangi dan dicintai” Ustaz Don Daniyal kongsi nasihat dan doa buat para isteri yang berhadapan masalah rumah tangga. Paling penting wahai para isteri jika masalah kamu melibatkan keganasan bukan hanya berdoa sahaja tapi laporlah pada polis segera! Sayangilah diri anda dahulu! Jangan biarkan diri hidup dalam tekanan.
Pelakon veteran Normah Damanhuri atau lebih mesra dengan sapaan Mak Normah mendedahkan dirinya tak pernah ‘engkaukan’ anak-anak. Malah ayat yang keluar dari mulutnya sangat berlapik dan penuh sopan santun hingga anak-anak sangat menghormati dirinya. Malah sejak anak-anak kecil Mak Normah sangat manjakan anak-anak hinggakan hubungan antara mereka sangatlah akrab.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Ibu Fatin Syazwani luah kesedihan, "Makcik memang takut duduk seorang diri dalam sel lokap polis. Dipakaikan baju tahanan reman selain dipisahkan dari suami dan...