Sejak malam semalam hingga hampir tengah malam ini, rumah selebriti Diana Amir masih tebal berbau asap. Semua disebabkan kecuaian dirinya yang langsung terlelap dengan anak-anak sebaik panaskan sup ayam di dapur.
Sebab apa mak-mak, benda-benda macam ini memang suka ke tak suka, mak-mak akan pernah lalui juga. Sebabnya bila badan dah penat sangat, dia pun jadi terlupa. Syukurlah suami Diana, Mohd Habibullah A Rahman cepat bertindak.
Buka tingkap rumah bagi asap tebal tu keluar ikut tingkap.
Diana cuba buang bau-bauan dengan menggunakan bukhoor.
Moga Allah Bantu Dapatkan Balik Udara Normal Dalam Rumah
Bermakna memang tahap dahsyat asap tebal yang jadi malam semalam. Sampai malam ini, Diana kongsikan rumahnya masih dipenuhi bau asap yang tebal.
Dia cuba buang bau-bauan itu dengan menggunakan bukhoor. Tempat bakar bukhoor itu dihadiahkan temannya, Salima Habibi.
Tulisnya, “Saya dah buat kerja-kerja pembersihan, tapi ada beberapa permukaan yang tak dapat saya bersihkan. Moga Allah bantu saya dapatkan balik udara normal dalam rumah ini. Pening bau asap ni, pekat.”
Ads
Ini Yang Jadi Waktu Asap Tebal Penuhi Ruang Dapur Rumah
“So what happened was.. I almost burn down the house last night”
Diana nak panaskan sup ayam, and supposedly kena padam api lah kan sebelum naik tido
My big mistake, I macam ‘takpe biarkan sekejap panas’, tapi.. keluar je dari dapur i terus lupa I tengah panaskan lauk.. I tutup semua lampu macam biasa, angkat Khadija yang dah tido naik atas and put her to bed.. Then i terus tido juga.”
I terbangun sebab terdengar Khadija buat bunyi. I’ve been a light sleeper since ada baby baby.. So ada bunyi sikit memang I bangun. Pastu I bau something. Mamai-mamai so I macam pelik siapa yang buat bbq. Kejutkan Habib tanya, “awak ada bau pape tak?”. Dia cakap tak.
Ads
Teringat Sup Ayam, Bawah Rumah Asap Dah Tebal Sangat
Then suddenly I teringat pasal sup ayam tu. Terus I lari turun bawah, panggil Habib bagitau dia, asap dah tebal sangat kat bawah. Kat dapur memang dah tak nampak apa. But I tak nampak ada api. Asap je.
Habib yang masuk dapur, then I dont know what he did, I lari naik atas sebab Khadija and Khalid dah terbangun nangis cari I.
I put them back to sleep. I know it was full of smoke downstairs, but theres no visible fire. So, somehow I lega. Kat bilik atas asap mula masuk slow-slow.
I tutup pintu bilik tidur, buka tingkap semua yang ada kat atas. But tak boleh turun bawah sebab sangat-sangat kuat asap dia. Habib is the hero, and I know i can trust him. He releases the smokes by opening all the windows.
Ads
Penat Macamana Pun, Kena Pastikan Semua Selamat Baru Tidur
This morning bau smoke still kuat. I kena spring clean. Basuh semua benda, semua fabrics, semua pinggan, lap lantai berkali-kali.
But above all, I’m grateful, Alhamdulillah diberi peluang kedua untuk kami. Theres alot of IFs, tapi Allah bagi warning ja. Lain kali penat camana pun check habis-habis semua benda sebelum tidur, make sure everything is safe.
I’m thankful Allah kept my family safe this time. It can never happen again. I promise, in sya Allah I akan selalu alert benda-benda camni. And I hope by sharing this, whoever reading this will make it a life lesson
In a sec we can lose everything for something so simple. Tutup api. Nak masak tunggu sampai habis.
I mean ya we don’t have that luxury to always stay in the kitchen and watch our cooking like a hawk because there’s so many other things to do. But, don’t let that “excuse” get in away of safety.
Bayangkan anak perempuan seusia 9 tahun ini memahami apa yang terjadi kepada saudara Muslim di Christchurch, New Zealand.
Lukisan berdarah dengan nota, “Terrorism has no religion or nationality.” (Keganasan tidak ada agama atau warganegara) ini mengundang kejutan buat si ayah, pelakon terkenal Aaron Aziz, 43.
Sama sekali tak menyangka anaknya itu, Dahlia Arissa, 9 mampu meluahkan emosinya terhadap serangan masjid di Christchurch, New Zealand dalam bentuk lukisan.
“Lihat apa yang Dahlia lukis. Saya tidak ingat sama ada mampu melukis sesuatu yang sedih pada usia seperti dia.”
Apa Yang Terjadi Pada Dunia Hari Ini
Hati bapa ini ‘pecah’ apabila menatap lakaran anaknya.
“Sungguh terharu melihat kanak-kanak melakar lukisan sedih sebegini. Apa yang berlaku kepada dunia hari ini?”
Doanya semoga para syuhada diletakkan di tempat yang paling tinggi dalam syurga Allah.
Keganasan melampau yang berlaku lewat 15 Mac lalu, mengorbankan sejumlah 50 orang jemaah solat jumaat dan mencederakan 20 orang yang lain.
Semoga mangsa yang tercedera ini dapat kembali pulih dengan segera, dan ahli keluarga mangsa dapat menjalani kehidupan mereka dengan tenang dan dipermudahkanNya.
Bantulah! Keluarga Mangsa
Buat pembaca yang mahu menghulurkan sumbangan pada keluarga mangsa, salurkan ke tabung kecemasan #Sinar4NZ49Martyrs
MBB : 564276529068 SINAR KARANGKRAF SDN BHD
Slip/tanda sumbangan, sila whtasapp ke talian : 013 312 4164
Pendamik Covid-19 memberikan tamparan yang hebat dalam kehidupan seharian kita. Kesannya bukan sekadar cara hidup malah ekonomi juga turut terjejas.
Begitu juga dengan penyanyi terkenal Shah Indrawan Ismail, 36 atau Tomok. Baru-baru ini menerusi @tomokofficial bapa kepada tiga orang anak itu telah mengumumkan penutupan perniagaan tudung jenama miliknya Arriandra.
Keputusan tersebut terpaksa dilakukan selepas perniagaan yang diusahakan lebih lima tahun lalu itu gagal bertahan.
Bertahan Lima Tahun
Seperti mana yang ditulis:
“Berat untuk saya, tapi ianya kena dilakukan. Terima kasih kepada anda semua yang pernah sokong Arriandra.
“Pada yang pernah bekerja dengan kami, yang pernah beli tudung dari kami, yang pernah datang booth dan juga beli secara online.
"Secara rasminya Arriandra ditutup hari ini (Khamis). Nanti saya cari tempat untuk habiskan baki tudung yang ada.
“Insya-ALLAH ada yang lebih baik di masa yang akan datang. Amin,” kongsi Tomok di laman Instagramnya.
Cuba Survive, Tapi Bisnes Ada Naik Turun
Menerusi perkongsian tersebut, pelantun lagu Bekas Kekasih itu juga memuat naik sebuah rakaman video yang menunjukkan barangan jualan yang masih berbaki.
“Sudah beberapa tahun dah kita cuba untuk survive, tapi bisnes ada naik turun. Hari ini kita terpaksa pindah keluar dari tempat ini.
“Saya akan buat clearance sale nanti. Insya-ALLAH jika ada sesiapa berminat, saya nak jual murah-murah saja.
“Mungkin harga serendah RM5 atau RM10, dah nak tutup kedai ni,” kata Tomok.
Doa Dari Peminat
Berita sedih itu turut mendapat perhatian warganet. Malah ada peminat Tomok yang mendoakan agar penyanyi ini terus dilimpahkan rezeki yang berpanjangan.
“Semoga abg tomok Sekeluarga rezeki semakin bertambah dalam bentuk apa saja rezeki yg ada. Dan semoga dipermudahkan segala urusan semua. Support!’ aieyra.
“Semoga dipermudahkan dan dilimpahkan rezki yg lebih bnyk lagi buat tomok n family aamiin” syaliza_along.
Bimbang dan takut andai diri tidak bangun semula dari tidur keesokan hari, Neelofa telah menjadikan habit atau rutin dalam mengamalkan 4 perkara sebelum melelapkan mata.
Melalui perkongsian Neelofa di Instagram @kasihneelofa, selebriti, pengacara dan usahawan berjaya ini, terdapat empat perkara yang dilakukan sebelum tidur.
Tulisnya, di dalam akaun Instagramnya,
“Empat perkara penting ini boleh kita lakukan mulai hari ini. Jadikan habit dan sebagai rutin.
“Andai diberi kesempatan bangun semula pagi esoknya, maka kita bersyukur.
“Andai dah tak bangun, sekurang-kurangnya kita sudah langsaikan segala sebelumnya.
Berikut adalah 4 perkara yang akan dibuat oleh Neelofa sebelum tidur:
1-Selesaikan yang wajib (solat isyak).
2-Selesaikan semua konflik dengan manusia lain. Kalau tak boleh selesai, maafkan.
3-Ambil masa bercakap dengan Allah. Duduk seorang diri dan cakap apa yang kita lalui, Apa kita jumpa hari itu dan apa kita harapkan kebaikannya. Hanya bercakap sahaja. Contoh: “ Ya Allah, hari ini aku berjumpa dengan seorang ini Ya Allah, baiknya dia, banyak dapat belajar daripadanya, lindungi dia Ya Allah.”
4-Selesaikan semua urusan besar. Tulislah pesanan atau wasiat bimbang-bimbang kita dah tak bangun esok hari.
Pelajar tingkatan tiga trauma dipercayai Dirogol dua pelajar senior di dalam kelas dan dirakam video. Seorang pelajar perempuan Tingkatan Tiga di sebuah sekolah menengah di Alor Gajah dilaporkan mengalami trauma teruk dan enggan ke sekolah selepas dipercayai menjadi mangsa rogol bergilir-gilir oleh dua pelajar lelaki senior.