Ads

Batik Air Terbang Terus Dari Subang Tanpa Transit, Rebut Tiket Murah Ke Pelbagai Destinasi

Kehidupan sibuk di kota sering kali membuat kita terperangkap dalam rutin yang sama. Namun, di sebalik kesibukan kerja,  sesekali rasa mahu bertukar angin, menikmati makanan berbeza dan menambah kegembiraan dengan semangat bercuti.

Bayangkan sejenak, anda berada di atas awan, meluncur ke destinasi yang penuh dengan keajaiban dan pengalaman yang menanti.

Menghampiri musim cuti sekolah minggu depan,  ambil kesempatan menjelajah pelbagai lokasi menarik. Terbang bersama Batik Air terus ke 63 destinasi yang memukau pandangan.

Terokai bersama Batik Air melalui penerbangan terus dari Subang Airport

Menawarkan tambang yang murah serta kompetitif, memilih Batik Air sebagai penerbangan hujung minggu atau cuti singkat tidak lagi membebankan.

Bagi warga Lembah Klang, kemudahan berlepas dari Subang Airport menjadi antara tarikan terbesar Batik Air. Lokasinya yang dekat, prosesnya yang pantas dan suasana lapangan terbang yang lebih santai menjadikan Subang pilihan ideal untuk percutian spontan.

Dari sini, Batik Air menawarkan penerbangan secara terus ke Jakarta, Singapura, Langkawi, Johor Bahru, Bangkok, Kota Kinabalu, Kuching, Kota Bharu dan Pulau Pinang bagi warga kota  menjadikan perjalanan lebih mudah tanpa perlu memandu jauh ke KLIA atau melalui transit yang memanjangkan masa perjalanan.

Bukan sekadar terbang  dari Subang, Batik Air  turut menawarkan penerbangan terus dari Ipoh ke Singapura, Langkawi ke Tashkent, Kota Kinabalu ke Incheon Korea Selatan (selain terus ke  Sandakan, KLIA 1 dan Airport Subang), Johor Bharu terus terbang ke Bangkok tanpa transit di mana-mana destinasi sempena cuti sekolah, cuti perayaan Tahun Baru Cina serta Hari Raya Aidilfitri.

Ads

Batik Air Terbang Terus Dari Subang Tanpa Transit, Rebut Tiket Murah Ke Pelbagai Destinasi

Laluan Terus Tanpa Transit

Selain memudahkan warga KL, Batik Air turut mengembangkan laluan terus dari bandar-bandar lain, menawarkan perjalanan yang lebih pantas tanpa transit sesuai untuk perniagaan, percutian singkat atau lawatan keluarga.

Batik Air Terbang Terus Dari Subang Tanpa Transit, Rebut Tiket Murah Ke Pelbagai Destinasi

Batik Air Terbang Terus Dari Subang Tanpa Transit, Rebut Tiket Murah Ke Pelbagai Destinasi

Ads

Ipoh kini terus terhubung ke Singapura

Laluan Ipoh–Singapura memberikan alternatif perjalanan yang lebih mudah untuk kedua-dua pihak sama ada orang Perak yang ingin ke negara jiran atau warga Singapura yang mahu menikmati percutian ringkas di utara Malaysia. Sangat senang tanpa perlu ke KLIA 1 lagi.

Batik Air Terbang Terus Dari Subang Tanpa Transit, Rebut Tiket Murah Ke Pelbagai Destinasi

Batik Air Terbang Terus Dari Subang Tanpa Transit, Rebut Tiket Murah Ke Pelbagai Destinasi

Ads

Dari Langkawi ke Tashkent tanpa transit

Laluan unik ini menghubungkan pulau peranginan terkenal Malaysia ke ibu kota Uzbekistan. Ia membuka peluang kepada pelancong dari Asia Tengah untuk meneroka Malaysia secara terus selain memberi pengalaman percutian yang berbeza kepada rakyat Malaysia yang ingin melihat sejarah dan budaya Asia Tengah. Bahkan harga perjalanan terus ke bumi anbia ini lebih kompetitif berbanding laluan bertransit.

Kota Kinabalu Muncul Sebagai Hab Timur Dengan Laluan Ke Korea & Borneo

Di Sabah, pengembangan laluan Batik Air menjadikan Kota Kinabalu semakin penting sebagai hab penerbangan serantau. Sambungan terus ke Incheon, Korea Selatan membuka akses yang lebih lancar untuk perjalanan ke Seoul, tanpa perlu transit di Kuala Lumpur.

Selain itu, laluan terus ke bandar-bandar seperti Tawau, Sandakan dan Kuching memudahkan pergerakan dalam negeri Borneo. Hubungan ke Kuala Lumpur dan Subang pula memberi lebih fleksibiliti kepada penumpang Semenanjung.

Batik Air Terbang Terus Dari Subang Tanpa Transit, Rebut Tiket Murah Ke Pelbagai DestinasiDan mulai Februari ini, Kota Kinabalu akan menawarkan penerbangan terus ke Singapura, menjadikan perjalanan antara Sabah dan negara jiran itu lebih mudah, cepat dan lebih berbaloi dari segi kos.

Cuti Pendek Sebelum Perayaan, Trend Baharu Rakyat Malaysia

Dengan CNY dan Raya semakin menghampiri, semakin ramai memilih untuk bercuti sebelum musim puncak, ketika harga lebih stabil dan destinasi lebih tenang. Laluan terus yang ditawarkan Batik Air memberi kelebihan kepada mereka yang ingin pergi bercuti tanpa transit, sampai cepat dan pulang cepat, elak kesesakan cuti sekolah serta menikmati short escape sebelum fasa sibuk perayaan.

Dengan rangkaian 63 destinasi dan laluan terus yang semakin meluas, Batik Air kini menawarkan cara perjalanan yang lebih mudah, cepat dan praktikal. Sama ada untuk beristirrhat seketika sebelum Tahun Baru Cina atau untuk mengisi masa sebelum Ramadan, penumpang kini mempunyai lebih banyak pilihan untuk bercuti tanpa perlu menunggu cuti panjang.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Cerita Lain

Penganggur Direman Bantu Siasatan Kes Bunuh, Simpan Mayat Isteri

Kes bunuh isteri Seberang Jaya menggemparkan penduduk apabila seorang penganggur direman tujuh hari selepas dipercayai menyimpan mayat isterinya di sebuah pangsapuri.