
Menginjak ke fasa bahagia, pelakon juga penyanyi, Bella Astillah bakal bergelar tunangan kepada Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq dalam sebuah majlis sekitar pukul 3 petang ini.
Perkara tersebut didedahkan sumber yang mengesahkan majlis pertunangan pasangan sensasi itu akan berlangsung di sebuah premis acara di ibu negara. Berita mengenai BASS bertunang ini sekali gus menguatkan lagi spekulasi yang berlegar sejak beberapa minggu lalu.
Baca juga: Bella Astillah Teman Ayden Sertai Triathlon, Syed Saddiq Turut Hadir Beri Sokongan
Majlis Pertunangan Ikut Adat Tradisi

“Petang ini bukan majlis pernikahan, sebaliknya mereka ikut adat dengan bertunang dulu, barulah bernikah dalam tempoh beberapa bulan lagi.
“Tarikh nikah saya tak boleh dedahkan, tunggu sahaja pengumuman mereka. Cuma yang saya boleh katakan persediaan untuk pasangan itu disatukan sudah dijalankan termasuk tempah venue resepsi serta ‘locked’ MUA (jurumekap) berbeza untuk nikah dan sanding.
“Sebelum ini ada pihak dakwa Bella dan Syed Saddiq bertunang di luar Lembah Kelang, tapi sebenarnya di sini, sebab ahli keluarga terdekat Bella dari Sabah juga sudah ada di sini,” katanya kepada Kosmo! Online.
Spekulasi Sejak Beberapa Minggu Lalu
Sementara itu, sejak beberapa minggu lalu laman sosial kecoh memperkatakan kemungkinan pasangan yang digelar BASS itu bakal disatukan pada 28 Mac 2026. Isu Bella Astillah dan Syed Saddiq bertunang semakin hangat diperkatakan apabila pelbagai petunjuk mula muncul di media sosial.
Menguatkan lagi spekulasi apabila netizen ternampak set hantaran ketika ahli politik itu bersalaman dengan ahli keluarga di pagi Syawal.
Petunjuk Tema dan Persiapan Majlis
Sebelum ini beberapa selebriti juga memberi ‘bayangan’ awal bahawa tema busana hari istimewa pasangan terbabit adalah berwarna kuning. Perkara ini menambahkan lagi keterujaan peminat yang mengikuti perkembangan BASS bertunang.
Mengesahkan lagi khabar angin apabila semalam, abang kepada Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq iaitu Space Dollah turut berkongsi bayangan berhubung berkenaan majlis rahsia hari ini.
‘Welcome to the Family’ Jadi Petanda?
Menerusi satu potongan video, Dollah yang juga pempengaruh popular itu teruja menerima ‘hadiah’ daripada Bella terlepas ungkapan ‘welcome to the family’, sekali gus memberi tanda wanita terbabit bakal menjadi ahli keluarganya dalam tempoh terdekat.
Perkongsian tersebut membuatkan ramai semakin yakin bahawa berita Bella Astillah dan Syed Saddiq bertunang bukan sekadar khabar angin semata-mata.
Ucapan Tahniah Membanjiri Media Sosial
Sehingga pagi ini, laman sosial kedua-dua personaliti popular itu dibanjiri ucapan tahniah daripada netizen yang mendoakan agar majlis istimewa mereka berjalan lancar. Rata-rata peminat meluahkan rasa teruja dan tidak sabar menantikan detik rasmi pasangan ini disatukan.
Malah, ada yang menyifatkan hubungan mereka sebagai sesuatu yang tidak dijangka tetapi menggembirakan ramai pihak.
Baca juga: Ibu Bella Astillah Titip Pesan, “Jika Lelaki Itu Menyakitimu Pulanglah Ke Pangkuan Keluarga…
Kedua-dua Pihak Masih Berdiam Diri
Begitupun, kedua-dua pihak masih mengunci mulut dan belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung spekulasi yang bertebaran. Walaupun begitu, perhatian terhadap isu BASS bertunang terus menjadi topik hangat dalam kalangan netizen.
Dengan segala petunjuk dan persiapan yang didedahkan, ramai percaya pengumuman rasmi hanya menunggu masa sahaja. Apa yang pasti, jika benar, ini bakal menjadi antara kisah cinta selebriti dan figura politik paling mendapat perhatian tahun ini.
Dalam masa sama, peminat terus mendoakan agar segala urusan pasangan ini dipermudahkan sehingga ke fasa pernikahan yang dijangka berlangsung dalam beberapa bulan akan datang.
Sumber: Kosmo!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!




