
Dua Hari Nikah
Hari ini tular kisah baru dua hari nikah pada 23/8/2026 ( Ahad ), tiba-tiba semalam 26/8/2026 suami kepada Puan Hanim pergi bertemu Tuhan selepas terlibat kemalangan jalan raya.
Menurut sahabat Hanim, mereka baru sahaja bersanding dan sempat berkongsi hari bahagia di media sosial melalui video perkahwinan.
Apa yang menyedihkan, kisah pasangan suami isteri ini tular kerana suaminya maut manakala si isteri, Puan Hanim selamat. Dikongsikan oleh Puan Beylaaeilish
, kejadian berlaku di depan Balai Bomba Tampin, berdekatan dengan Hospital Tampin.Dalam kejadian menyayat hati ini, arwah Alif yang juga seorang anggota tentera menunggang motosikal jenis Yamaha Xmax bersama isterinya, Hanim sebelum bertembung dengan sebuah Perodua Bezza yang memasuki laluan bertentangan. Hanim dikatakan alami kecederaan patah kaki dan tangan sementara arwah suaminya meninggal di tempat kejadian.
Kata-kata terakhir suaminya menerusi satu video persandingan menjadi satu memori ketat buat isteri,
“Habis dah majlis kita walau pun macam-macam dugaan, gaduh sana, gaduh sini. Tapi lebih kepada sabar dan terima apa yang jadi. Alhamdulilah, sampai ke sini juga, terima kasih, isteriku. I Love You, so much.
Kehilangan suami akibat kemalangan secara tiba-tiba biasanya membawa bentuk duka yang sangat berat kerana isteri langsung tidak mempunyai masa untuk bersedia atau mengucapkan selamat tinggal.
Dimuat naikkan oleh Puan Hanim, “Tunggu sayang kat pintu syurga ye, baby.”
, kita dapat rasakan perasaan remuk yang dialami mangsa itu sendiri.Yang paling menyakitkan tentang kematian mengejut kadangkala bukan hanya dia sudah pergi, tetapi hakikat bahawa isteri tidak pernah tahu bahawa pertemuan terakhir mereka benar-benar merupakan kali terakhir.
Bukan sekadar kehilangan pasangan, tetapi perginya teman berbual, tempat mengadu dan seseorang yang mengetahui kehidupan dirinya dengan begitu dekat.
Apa pun, doakan yang baik-baik semoga arwah di tempatkan di kalangan orang beriman dan soleh. Buat Puan Hanim, semoga terus kuat semangat dan tidak terduduk terlalu lama melalui ujian Allah.
Al fatihah buat yang telah pergi meninggalkan kita.