Awal pagi semalam, isteri pertama baru bersembang dengan suaminya yang dia mahu pergi. Suami turut tinggalkan madu yang sedang berpantang. Sedih rasa hati bila mengenangkan pemergian yang berlaku sekelip mata.
“Luluh hati saya apabila terpandang kasut (arwah) suami ketika bomba mengeluarkan dia daripada dalam kereta,” luah Norazalinawati Yunus, 41, isteri pertama Zabidi Muhi, 40, yang maut dalam kemalangan di Kilometer 33 Sitiawan-Teluk Intan dekat Sitiawan, Perak.
Kemalangan itu turut mengorbankan Mohd Raimi Rustam Mohamad Rozi, 34. Menurut Norazalinawati, arwah suaminya pulang ke rumah malam tadi dan sempat membaiki lampu di bilik tidur sebelum keluar semula.
“Ketika itu kami sempat bersembang tetapi dia tidak menunjukkan sebarang perubahan, sebaliknya berkata mahu keluar sekejap sebelum pulang semula pada 6 pagi untuk mengambil kunci kereta.
“Kami berjumpa di luar rumah sahaja dan itulah kali terakhir saya melihat dia sebelum dimaklumkan kemalangan ini oleh biras,” katanya ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Seri Manjung (HSM), Manjung.
Turut Tinggalkan Isteri Yang Masih Pantang
Arwah Zabidi turut meninggalkan seorang lagi isteri, Norjeiha Abidin, 37, yang masih dalam pantang dan lima anak berusia antara 17 hari hingga 10 tahun.
Ads
Jelas Norazalinawati, dia sempat ke lokasi kemalangan itu dan sedih apabila melihat anggota bomba mengeluarkan mayat suaminya.
“Suami bekerja di sebuah kilang di Changkat Jong, Teluk Intan dan jika diikutkan, dia masih bercuti kerana madu bersalin,” katanya.
Sementara itu, Norjeiha berkata, sebelum ini arwah Zabidi ada memberitahu dia mahu ‘pergi’ ketika mereka bersembang awal pagi semalam, yang menimbulkan kegusaran hatinya.
Bagaimanapun, wanita itu reda dengan pemergian suaminya.
“Arwah sangat teruja dengan kelahiran bayi lelaki ini dan cakap anak seperti muka dia serta beriya-iya mahu menamakan Umar Rizky,” katanya.
Arwah Zabidi dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kayan, Sitiawan.
MW: Semoga arwah memberi ketabahan kepada kedua-dua isteri dan anak-anak yang ditinggalkan. Semoga keluarga arwah kuat menghadapi ujian ini. Al-Fatihah.
Virus Covid-19 boleh dijangkiti oleh sesiapa sahaja, tanpa mengenal peringkat usia. Terkini,pelakon, pengacara, penyanyi dan selebriti serba boleh Alif Satar,30 telah disahkan positif Covid-19.
Berita dukacita tersebut dikongsikan sendiri oleh penyanyi “I Want You To Love Me” ini didalam entry posting Instagram beliau yang terkini. Dalam beberapa ujian saringan yang dilakukan, keputusan tersebut disahkan positif.
Positif Covid-19
Assalamualaikum.. dalam kesibukkan alif menjalankan penggambaran, Alif telah melakukan beberapa ujian saringan covid-19. Malangnya, keputusan terkini yang alif baru sahaja terima harini, telah menunjukkan bahawa alif didapati positif covid-19 dan perkara ini amatlah mengejutkan dan mendukacitakan.
Ujar Alif lagi, dia sangat risau dengan keadaan individu-individu yang berada disamping beliau, iaitu keluarga tersayang, rakan-rakan dan contact rapat yang telah bertemu dengannya.
Perkara pertama bila Alif dapat tahu keputusan ini, adalah semestinya tahap keselamatan keluarga. isteri dan anak-anak Alif, rakan-rakan di set penggambaran dan semestinya contact-contact rapat yang telah berjumpa dengan Alif.
Minta Maaf & Mohon Doakan Kesembuhan
Alif juga sempat memohon maaf serta meminta agar dapat sama-sama mendoakan kesembuhan dan kekuatan buat beliau agar dapat mengharungi ujian berat ini.
Alif juga telah memberi nama kepada pihak KKM, kontak rapat yang alif kenalpasti dalam tempoh 14 hari dan alif mohon maaf atas segala kesulitan ini, dan alif mohon doa semua agar diberikan kesembuhan dan kekuatan untuk menempuhi dugaan Allah swt. Alif doa agar semua terhindar daripada sebarang kemudaratan… p/s alif sekarang menjalani proses kuarantin.
Memang seronok bila berpeluang hamil dan memiliki anak kembar. Tak kira lah kembar seiras ke tak seiras ke, rasa comel je kan.Ramai pasangan suami isteri sebenarnya yang impikan rezeki untuk mempunyai anak kembar ni.
Dapat anak kembar memang satu rezeki, namun apabila berpeluang dapat anak kembar buat kali kedua pada kehamilan seterusnya dan bersalin pada tarikh yang sama memang kegembiraan berganda yang tak semua pasangan berpeluang memilikinya.
Tarikh Kelahiran Kembar Sama
Sejarah berulang apabila suami isteri sekali lagi dikurniakan anak kembar menerusi pembedahan kecemasan C-Section.Daily Mail melaporkan, lebih menarik perhatian apabila tarikh kelahiran itu sama dengan anak kembar tak seiras mereka sebelum ini, Lexie dan Lola yang kini berusian 5 tahun yang juga dilahirkan pada sambutan Hari Kekasih iaitu pada 14 Februari.
Anak kembar pertama, Lexie dan Lola
Menurut laporan The Sun, bayi diberi nama itu lahir lapan minggu lebih awal, daripada tarikh dijadualkan iaitu pada 7 April depan.
Ibu bayi kembar itu, Joanna Grogory, 40, berkata, dia tidak sangka gurauannya dengan suami, Chris Lovell, 40, untuk meraikan ulang tahun kelahiran empat anak mereka sempena Hari Kekasih menjadi kenyataan.
Anak kembar kedua Ava dan Ella dilahirkan 8 minggu lebih awal.
Keajaiban Bermakna
Kembar itu terpaksa berpisah buat sementara waktu kerana salah seorangnya, Ella ditempatkan di Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU) di sebuah hospital berikutan berat badannya yang terlalu ringan.
Namun, mereka kembali disatukan hujung minggu lalu selepas beransur stabil dan sedia dibawa pulang ke rumah.
“Kelahiran kali ini amat bermakna, malah seperti satu keajaiban buat saya dan suami.
“Cuma, saya berasa agak sedih kerana tidak dapat mendukung dan memegang mereka selama tiga hari, sebaliknya hanya dapat menatap mereka.
“Ikutkan, saiz Lola dan Lexie kecil ketika dilahirkan tetapi Ella dan Ava lebih ringan daripada mereka berdua,” katanya.
Sementara itu, Chris berkata, dia tidak menyangka akan dikurniakan lagi anak kembar selepas lima tahun dan sangat teruja dengan kelahiran itu.
Pemyanyi yang juga bergelar ibu tunggal, Siti Nordiana akui sering mengamalkan zikir munajat Al Mathurat Sughra dalam kehidupan seharian, malah hatinya mudah tersentuh dan sering menangis apabila mengalunkan zikir.
“Bila berzikir, saya selalunya akan menangis. Ada masa tertentu, saya menangis mengenangkan dosa-dosa lalu.
“Saya juga mudah tersentuh bila dengar selawat dan zikir dalam bentuk lagu atau melodi kerana saya sukakan muzik, jadi ia dekat dengan saya.
“Apabila melodi dan lagu itu kena dengan situasi atau liriknya, saya akan mudah menitiskan air mata,” ungkapnya.
Bersama anak tunggal kesayangannya.
Siti Nordiana Nyanyi Lagu-Lagu Kerohanian
Ibu kepada seorang cahaya mata ini sebagai penyanyi juga akui lagu-lagu kerohanian semakin mendapat perhatian ramai.
“Alhamdulillah sekarang ini lagu kerohanian memang banyak dihasilkan. Malah lagu rap dan pop sekarang pun banyak menjentik lirik kerohanian.
“Sangat bagus apabila anak-anak muda turut dengar dan hafal di mana ia tentunya dapat memberi manfaat kepada semua.
“Saya harap lagu sebegitu makin dekat dengan generasi muda dan mudah-mudahan selepas ini lebih banyak lagu dapat dihasilkan.
“Ini kali kedua saya rakamkan lagu kerohanian dan peminat sangat suka bila saya nyanyi lagu kerohanian dan zikir.
“Ada peminat yang berterima kasih kerana saya tampilkan lagu begini sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
“Pada mereka lagu-lagu itu dapat memberikan ketenangan pada jiwa, selain dapat mengalunkan zikir dan selawat bersama saya. Masing-masing dapat pahala,” katanya.
Sesuai Di Zaman Pandemik Covid-19
Anak kelahiran negeri sembilan ini juga turut mahu berkongsi karya berkonsepkan ketuhanan bersama peminat. Pada saat masyarakat tertekan disebabkan pandemik Covid-19, karya-karya sedemikian diharapkan dapat memberi ketenangan dan semangat positif kepada pendengar.
Menerusi single terbaharunya, Hasbi Rabbi, terbitan Luncai Emas dengan kerjasama SND Soul Entertainment, Nana, tampil berkolaboratif bersama Ustaz Shahrizan. Karya ciptaan Ikhwan Fattana dan Wan Salleh itu merupakan salah satu single yang dimuatkan dalam album kedua berkonsepkan ketuhanan daripada Nana.
Berkongsi pengalamannya ketika merakamkan single tersebut, kata Nana, dia bertuah mendapat tunjuk ajar daripada Ustaz Shahrizan.
“Alhamdulillah ia merupakan sebuah pengalaman yang banyak mengajar saya. Ustaz Shahrizan banyak memantau nyanyian dan sebutan saya.
“Malah sewaktu rakaman, Ustaz banyak memberikan ilmu dan tunjuk ajar. Misalnya ada nyanyian dan maksud selawat yang saya kurang pasti, Ustaz akan bantu dan memberikan pengisian rohani dalam masa sama,” akhirnya.
Sumber Foto: Instagram Siti Nordiana
Sumber: SinarPlus
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirsasi dan lain-lain. Klik link ini untuk menyertainya: https://t.me/bangkitwanitaMWSumber Foto: Instagram Siti Nordiana
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral. Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Apa yang menarik kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini. Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
Cookies Viral Legend
Jual cookies Paling Masyuk! Orang Malaysia meang suka makan. Cookies atau biskut tidak lagi laris hanya menjelang hari raya. Permintaan cookies memang tinggi dan belajar membuat cookies popular atau sedang trending ketika ini merupakan langkah bijak. Kursus diadakan pada dua pilihan tarikh iaitu 14 Ogos 2021.
Keluarga Allahyarham Mustaqqeem Mansor merayu siasatan terperinci dijalankan berhubung tragedi Gunung Liang yang meragut nyawa beliau. Ibunya, Rohani Saad, reda dengan ketentuan Ilahi namun mempersoalkan mengapa anaknya ditinggalkan di puncak gunung tanpa laporan polis atau bantuan segera.