Bapa Ungku Ismail meninggal dunia, salam takziah Mingguan Wanita ucapkan buat pelakon Ungku Ismail yang telah kehilangan bapa tercinta.
Pelakon yang membintangi drama Teman Lelaki Upahan itu berkongsi berita duka kehilangan bapanya, Ungku Abdul Aziz, 70.
Bapa Ungku Ismail Meninggal Dunia
Luahnya menerusi perkongsian di akaun Instagramnya dan berkongsi beberapa foto terakhir Allahyarham ketika bersamanya.
“Probably his last photo ever. Rest best with the best Bah. You’re in the best of place. I will miss you always.
اللهم اغفر لأبي و ارحمه و عافه و اعف عه
Ads
“18 October 1952 – 6 January 2022”
“Kita Jumpa Lagi Ya Bah”
Selepas itu Ungku Aziz juga telah memuat naik foto ketika berada di tanah perkuburan selepas Allahyarham bapanya selamat disemadikan dan berkongsi coretan ringkas.
“Kita jumpa lagi ya Bah. Tidurlah sehingga Hari Itu,” tulisnya ringkas.
Namun Ungku Ismail tidak menyatakan tentang punca kematian bapanya itu.
Menerusi ruangan komen, ramai peminat dan rakan-rakan tampil memberikan kata semangat dan menitipkan doa agar Ungku Ismail dan keluarga tabah berdepan detik sukar itu.
Mingguan Wanita : Salam takziah buat Ungku Ismail sekeluarga.
“Masih belum hamil, belum ada rezeki lagi nampaknya” itulah antara kata-kata dari isteri kepada Shuib, Watie Hanafiah yang mengakui dirinya masih belum ada rezeki untuk mengandung.
Pemilik nama sebenar Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah, 35 itu juga menyatakan apa yang dilihat dari gambar merupakan perutnya yang buncit namun belum hamil lagi.
“Masih Belum Hamil” Watie
“Sehingga hari ini, saya masih belum berbadan dua. Mana ada saya sorok ‘baby bump’.
“Apa yang saya sorok adalah perut saya, tetapi, orang nampak juga. Jadi, sorok ‘baby’ itu tidak, sorok perut itu iya tetapi gagal.
“Jadi, saya masih belum hamil, belum ada rezeki lagi nampaknya… Doa-doakanlah,” ungkapnya seperti mana dipetik menerusi BH Online.
Sebelum ini ada yang mendakwa Watie melindungi ‘baby bump’. Tambah Watie lagi sememangnya anak-anak tirinya mahukan adik namun belum ada rezeki lagi.
“Kalau boleh anak-anak mahu kembar iaitu pasangan lelaki dan seorang perempuan. Namun, belum ada rezeki lagi,” katanya.
Untuk rekod Shuib telah mendirikan rumah tangga dengan penyanyi, Allahyarham Siti Sarah Raissuddin pada 2011. Allahyarham Siti Sarah meninggal dunia pada 9 Ogos 2021 akibat jangkitan COVID-19.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 11, Dzahira Talita Zahra, 9, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan, 2.
Ramai Doa Watie dan Shuib Dikurniakan Zuriat
Watie turut menerangkan jika dia hamil, dirinya tidak akan sorok dan akan berkongsi dengan orang ramai.
“Terima kasih kerana doakan saya dapat cahaya mata dan kebahagiaan kami.
“Cuma fokus sekarang adalah pada anak-anak.
“Kami tidak akan sorok jika saya hamil. Bagi saya, apabila kongsi, kita akan dapat lebih banyak doa orang ramai,” sambungnya.
Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih! Meskipun mengalami masalah penglihatan pada mata kanan yang tidak berfungsi dan terpaksa melipatgandakan usaha untuk melihat menggunakan kanta pembesar, ia bukanlah halangan bagi ibu kepada 7 anak ini berjaya menghabiskan ijazah Doktor Falsafah (PhD).
6 Tahun Habiskan Pengajian
Norhayati Sambak, 52, berkata, meskipun mengambil masa selama enam tahun, beliau bersyukur dapat menghabiskan pengajiannya dalam bidang perakaunan di Universiti Teknologi MARA (UiTM).
Beliau yang juga pensyarah di UiTM Kelantan berkata, anak-anak dan suami adalah pembakar semangatnya untuk menggapai PhD.
“Tipulah, jika tidak pernah ada rasa putus asa, pernah rasa mahu menjual tanah untuk membayar semula duit kerajaan (biasiswa).
“Pernah juga satu tahap, rasa macam sudah tidak nampak (hala tuju) kerana tiada hasil. Bersyukur ada penyelia yang sangat menyokong,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Istiadat Konvokesyen UiTM ke-93 di Dewan Agung Tuanku Canselor UiTM Shah Alam hari ini.
Guna Kanta Pembesar
Norhayati kini terpaksa menggunakan kanta pembesar bagi menjalani kehidupan seharian selepas mata kirinya pula menghidap lekangan retina, namun, hal itu tidak memadamkan cita-citanya untuk meraih PhD.
“Tahun lalu, selepas selesai PhD saya terpaksa lalui dua kali pembedahan mata kiri. Mata kanan tidak berfungsi sejak 10 tahun lalu, hanya menggunakan mata kiri sahaja.
“Mungkin terlalu mengharapkan mata kiri, ia terlalu tertekan sehingga jadi seperti ini (tidak nampak),” katanya yang sudah menghasilkan dua buku berkaitan kewangan.
Selepas selesai temu bual, wanita cekal itu dibantu staf UiTM bagi mendapatkan suaminya yang menunggu di pekarangan dewan memandangkan penglihatannya yang sangat minimum telah membantutkan pergerakannya.
Sementara itu, seorang pegawai polis Asisten Superintendan Abang Faisal Yaman, 54, melahirkan rasa syukur selepas penantiannya selama tujuh tahun bagi memperoleh PhD dalam pengurusan korporat akhirnya tercapai.
Selain sokongan rakan-rakan, Ketua Cawangan Pengajian Latihan Asas/Lanjutan di Pulapol Kota Kinabalu itu berkata, kemahuannya mahu memakai bonnet atau topi PhD mendorongnya untuk terus berusaha.
“Jika mahu belajar PhD perlu pandai membahagikan masa dan perlu mencari titik perubahan supaya terus bersemangat.
“Saya akan pastikan dalam masa satu hari, dua jam akan diperuntukkan untuk PhD. Jika bekerja di luar kawasan saya mesti bawa komputer riba, sebab itu nadi kita supaya kita tidak lupa,” katanya.
NORHAYATI Sambak bersama Abang Faisal menerima Ijazah Doktor Falsafah masing-masing. FOTO Bernama
Bapa dua anak itu berharap kejayaannya itu memberikan galakan buat rakan dan anak-anaknya untuk terus belajar ke peringkat tertinggi.
Terdahulu, Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin berkenan menyampaikan Ijazah Doktor Falsafah, Sarjana dan Sarjana Muda kepada 1,124 graduan UiTM pada hari kedua istiadat konvokesyen itu.
Mingguan Wanita:Tahniah buat wanita ini yang juga merupakan ibu kepada 7 orang anak. Dengan mempunyai masalah penglihatan, ternyata ia bukanlah perkara mudah, namun tidak mustahil untuk menggengam kejayaan. Semoga menjadi inspirasi buat wanita lain juga.
Pendamik Covid-19 memberikan tamparan yang hebat dalam kehidupan seharian kita. Kesannya bukan sekadar cara hidup malah ekonomi juga turut terjejas.
Begitu juga dengan penyanyi terkenal Shah Indrawan Ismail, 36 atau Tomok. Baru-baru ini menerusi @tomokofficial bapa kepada tiga orang anak itu telah mengumumkan penutupan perniagaan tudung jenama miliknya Arriandra.
Keputusan tersebut terpaksa dilakukan selepas perniagaan yang diusahakan lebih lima tahun lalu itu gagal bertahan.
Bertahan Lima Tahun
Seperti mana yang ditulis:
“Berat untuk saya, tapi ianya kena dilakukan. Terima kasih kepada anda semua yang pernah sokong Arriandra.
“Pada yang pernah bekerja dengan kami, yang pernah beli tudung dari kami, yang pernah datang booth dan juga beli secara online.
"Secara rasminya Arriandra ditutup hari ini (Khamis). Nanti saya cari tempat untuk habiskan baki tudung yang ada.
“Insya-ALLAH ada yang lebih baik di masa yang akan datang. Amin,” kongsi Tomok di laman Instagramnya.
Cuba Survive, Tapi Bisnes Ada Naik Turun
Menerusi perkongsian tersebut, pelantun lagu Bekas Kekasih itu juga memuat naik sebuah rakaman video yang menunjukkan barangan jualan yang masih berbaki.
“Sudah beberapa tahun dah kita cuba untuk survive, tapi bisnes ada naik turun. Hari ini kita terpaksa pindah keluar dari tempat ini.
“Saya akan buat clearance sale nanti. Insya-ALLAH jika ada sesiapa berminat, saya nak jual murah-murah saja.
“Mungkin harga serendah RM5 atau RM10, dah nak tutup kedai ni,” kata Tomok.
Doa Dari Peminat
Berita sedih itu turut mendapat perhatian warganet. Malah ada peminat Tomok yang mendoakan agar penyanyi ini terus dilimpahkan rezeki yang berpanjangan.
“Semoga abg tomok Sekeluarga rezeki semakin bertambah dalam bentuk apa saja rezeki yg ada. Dan semoga dipermudahkan segala urusan semua. Support!’ aieyra.
“Semoga dipermudahkan dan dilimpahkan rezki yg lebih bnyk lagi buat tomok n family aamiin” syaliza_along.
Shu Shukri "sekolahkan" Hafidz Roshdi, "dah kalah tu kalahlah, nafkah anak sesen pun tak bagi. Hari ini, di instagram storiesnya, pempengaruh Nurul Shuhada Mat...