Bapa arwah cukup sedih dengan apa yang berlaku, jadi hentilah kecam kerana arwah cukup rapat dengan bapanya. Sudah tentu bapanya juga sukar untuk menerima kehilangan anak ke-empatnya ini.
“Arwah adalah anak yang paling rapat dan manja dengan bapanya, dalam kejadian itu, bapanya betul-betul terlupa yang arwah sedang tidur di tempat duduk belakang.”
Itu kata seorang ahli keluarga, Allahyarham Aina Batrisha Aisyah Shaiful Azrul, 4, kanak-kanak yang ditemui meninggal dunia selepas tertinggal di dalam kereta bapanya di tempat kerja di Bukit Makmur, Sungai Lalang, Sungai Petani, semalam.
Bapa Sedih Dengan Kejadian
Dia yang enggan dikenali berkata, bapa arwah dilihat begitu sedih dengan kejadian yang menimpa anak keempatnya daripada lima beradik itu.
Menurutnya, difahamkan dalam kejadian itu, arwah sepatutnya dihantar ke rumah neneknya di Kampung Bukit Sungai Pasir, selepas bapanya menghantar adik bongsu mangsa ke rumah sepupu bapanya di kawasan berdekatan.
“Pada pagi kejadian bapa arwah terlebih dulu menghantar isteri ke tempat kerja sebelum menghantar anak-anak lain ke sekolah.
“Kemudiannya, bapa arwah menghantar anak bongsu ke rumah sepupu dan sepatutnya selepas itu mangsa dihantar ke rumah nenek, namun bapanya terlupa mangsa tidur di tempat duduk belakang,” katanya ketika dihubungi.
Tambahnya lagi, ibu mangsa yang pulang dari tempat pada jam 3 petang juga tidak mengetahui mangsa tiada di rumahnya neneknya.
Katanya, nenek mangsa juga menyangka bapa mangsa tidak bekerja pada pagi kejadian menyebabkan dia tidak bertanyakan mengenai Aina Batrisha yang tidak datang ke rumahnya.
“Semua tidak menyangka perkara ini berlaku, mungkin ini dugaan buat bagi kami sekeluarga, jadi tolong hentikan segala kecaman terhadap keluarga kami terutama kepada bapa mangsa.
Ads
“Kalau tidak tahu cerita sebenar, janganlah membuat andaian sesuka hati ia akan menambah kesedihan hati kami sekeluarga,” katanya.
Katanya, jenazah kanak-kanak itu dijangka akan disolatkan di Masjid Bukit Kecil Simpor Tikam Batu sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bukit Kecil selepas solat Asar.
MW: Cuba letakkan diri mak, ayah di tempat bapa arwah. Barulah kita tahu apakah perasaan yang menghantui lelaki yang bernama “bapa” ini. Hentilah mengecam, semuanya yang berlaku adalah takdir Allah.
Sememangnya suami orang paling sedih apabila mengetahui isteri kesayangan sakit. Begitu jugalah yang dialami oleh penyanyi senior Nizam Laksamana, 55, apabila isterinya Salwati Zulkifli, 46, disahkan menghidap kanser payudara.
Salwati yang menghidap kanser di peringkat awal mula menjalani kemoterapi di Hospital Kuala Lumpur (HKL) baru-baru ini.
Malah Nizam turut menyatakan isteri begitu sedih apabila menerima berita tersebut.
“Isteri saya amat sedih dan menangis selepas mendapat berita itu tapi saya banyak berikan dia semangat,” kongsinya.
Isteri Diuji Hidap Kanser Payudara, Nizam Laksamana Mohon Doa Semua
Sebagaimana yang dilaporkan Harian Metro, Nizam Laksamana menerangkan dia kini sedang berusaha menyediakan yang terbaik untuk proses kemoterapi isteri kesayangannya.
“Saya akan berusaha menyediakan yang terbaik untuk proses kemoterapi isteri. Yang diperlukan hanyalah doa daripada rakan-rakan dan peminat,” luah Nizam.
Tidak Mahu Menyusahkan Mana-Mana Pihak
Malah Nizam juga turut memberitahu proses kemoterapi berjalan lancar, namun apabila memasuki kitaran keempat hingga keenam, dos ubat berharga RM21,000 perlu dimasukkan.
“Ubat ini perlu diambil tapi tiada dalam jadual yang disediakan hospital. Insya-Allah saya akan dapatkan untuk kitaran keempat hingga keenam ini.
“HKL ada Jabatan Sosial. Doktor sendiri cadangkan saya buat permohonan bantuan daripada mereka. Doktor juga uruskan surat untuk saya mohon di Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP). Kalau ada rezeki Insya-Allah akan dapat,” ungkapnya yang tidak mahu memohon sumbangan daripada rakan-rakan dan peminat kerana tidak mahu menyusahkan mana-mana pihak.
Berusaha Cari Duit Kudrat Sendiri Dengan Menjual Produk Muruku Lejen
Menurut Nizam, memandangkan pendemik Covid-19, ramai yang terkesan dari segi ekonomi. Dek kerana itu dia akan berusaha sendiri untuk membiayai kos rawatan isteri.
“Biarlah saya berusaha sendiri dengan simpanan yang ada. Selain itu, saya cuba nasib seperti arahan doktor. Mereka ada hubungan dengan Majlis Kanser Nasional (Makna).Sekiranya gagal mendapat bantuan daripada mana-mana pihak, saya akan berusaha mencari duit dengan kudrat sendiri menjual produk Muruku Lejen,” ceritanya lagi.
Semoga Allah Beri Kesembuhan & Dipermudahkan Segala Urusan Isteri
Anak jadi cacat kerana kecuaian perubatan, bapa anak cerebral palsy luah rasa kecewa masalah re-apppoinment. Kita bukan mahukan semuanya terlalu sempurna seperti mengikut aturan robot tapi sekurangnya kena ada budi bicara tatkala berurusan dengan manusia.
Memahami dan cuba menyelesaikan masalah dihadapi orang adalah lebih baik dari terus mengikut peraturan buku kerana tiada siapa yang sempurna. Sistem dibentuk untuk memudahkan semua urusan namun ihsan sangat penting dalam kehidupan.
Penatnya Hadap Kerenah Birokrasi Hospital
Luahan seorang bapa, Khairul Azri yang anaknya disahkan ceberal palsy yang meluahkan rasa kecewa dengan karenah birokrasi hanya kerana re-appointment menjadi viral di media sosial hingga mendapat perhatian ramai hingga ramai meluahkan pendapat yang sama.
Baca luahannya yang tular sejak semalam.
Kadang kadang aku ada terasa nak carutkan KKM dari aku bangun sampai aku tidur. Kecewa nak mampus.
Memang menyusahkan hidup aku sekeluarga dari aku celik mata sampai aku pejam mata. Tapi tahan diri sebab wife aku punya punca rezeki asbabnya dari KKM.
Kawan-kawan pun ramai kerja KKM.
Macam hari ni, aku bawak anak aku gi hospital Rehab ni.
Bendanya simple tapi jadi susah nak mampus.
Bapa Anak Cerebral Palsy Luah Rasa Kecewa Masalah Re-Appointment
Ceritanya, anak aku ni ada re-appointment(appointment semula) dekat hospital Rehab ni pagi ni.
Asalnya memang regular, tapi lepas missed 2 kali sebab anak aku warded masa appointment dia dah cancel kan terus.
Aku call mintak nak checkup dan check progress balik, dia kata oh sebab dah missed kena gi mintak refer kat hospital asal, alasan sebab aku tak datang, aku kata ok, nak buat camna anak aku masuk hospital sebab pneumonia, budak budak Cerebral palsy camni memang common pneumonia.
Gi lah hospital regular checkup bulan lepas mintak referal, dapat surat bagitau, dia kata ok ada dalam sistem, datang je takyah bawak surat.
Tunggu sebulan, harini datang. Bangunlah aku 6 pagi tadi, mandikan budak ni, mandikan adik kecik, hantar mak di ke MRT suruh naik MRT untuk pergi kerja sebab aku nak guna kereta mak dia bagi budak ni selesa ada carseat dua, takyah berebut dengan adik dia, siaplah bagi budak ni breakfast supaya dia tak mengamuk masa tunggu kat hospital yang biasa cecah 2-3 jam gak kalau nasib tak berapa baik.
Selesai semua aku pun gerak sampai ke Hospital, tak boleh parking dekat parking OKU, guard kata hanya untuk pemandu.
Betul juga sebab yang cacatnya dia bukan aku, tapi yang hairannya parking staff ada kaki sempurna lagi dekat dengan entrance dari pemandu OKU. Tahla.
Aku tanya, anak saya ni tak boleh jalan, budak takkan nak tinggal, tak boleh hanya pemandu, aku angguk aku blah, tak nak memanjangkan conversation, parking lah nun kat block ward, menapaklah 300 meter usung anak aku yang 4 anggota tak boleh guna.
Pergi kaunter hasil, daftar, lega usaha sejak 6 pagi tadi hampir jadi kenyataan, jalan sampai kaunter klinik, 8.45 pagi.. staff nurse nampak je muka aku, Cik ni daftar baru, surat ada bawak kan?.
Jem, aku selongkar beg buku, takde surat, call wife aku dia kata dalam beg buku, tak ada, aku suruh wife aku cakap dengan staff nurse, rayu or negotiate, sebab bukan new case pun, pompang pompang takde surat, tak boleh masuk.
Alasannya kena ada surat untuk nak semak progress.
Dia suruh aku balik datang hujung bulan.Lagi 20 hari.
26 hb ni datang ya cik.
Aku pun ambil buku, tak kata apa belah.
Dia kata terima kasih, aku tak jawab, jarang aku buat benda tak beradab camni, tapi sorry lah sebab hati memang tengah pedih. pedih.
Aku jadi trigger.
Kau tahu kenapa trigger?
Eh taik nak cek progress apa?
Ni yang mula nak rawit semua benda ni.
Anak aku ni tak ada progress dah 5 tahun.
Dia jadi cacat sebab apa?
Sebab kesilapan staff Hospital KKM yang lakukan kesilapan medicolegal masa anak aku lahir.
Dan aku bayar full payment program ye FPP, bukan singgit atau 5 ringgit bersubsidi. so aku ada high expectations atas servis yang akan aku terima tersebut.
Tapi apa jadi? kelaut.
Beratus beribu sawan dia hadap.
Aku dah ikut prosedur.
Lapor SISPAA KKM.
2 round buat inkuiri dengan hospital dan external parties, barulah Hospital, KKM mengaku memang buat silap sampai anak aku jadi camni.
Bukan sekali, 2 kali missmanagement.
Dari Staff nurse, ke MO ke Specialist.
Bila dah mengaku silap, aku mintak ganti rugi, to be fair, untuk budak ni, masa discaj dulu tak da bincang pun apa masa depan, depa blindsided aku.
Dan juga untuk elak kemungkinan aku mati dulu, nanti sapa nak bela budak ni.
Awal nampak macam ada sinar, tapi nak masuk 3 tahun satu habuk pun tak ada progress.
Aku call, kejap dekat MOF, kejap dekat pejabat AG, kejap dekat KKM balik, kejap dok kira lagi.
Awal dulu alasannya Covid, sekarang alasan apa?
Masuk tahun ketiga masih kena sepak macam bola, aku buat lagi SISPA dekat Biro Pengaduan Awam Jabatan Perdana Menteri.
Wah, nampak macam ada move, call aku, call sana sini, sebulan tunggu, last-last keluar surat bodoh, oh memang prosedur ni lama, tengah kira lagi berapa nak compensate anak awak 3 tahun nak kira apa lagi?
Dari anak aku tak ada sawan mai balik blank stare dia? ka hangpa nak kira sampai anak aku umur 20 tahun ke? or mati dulu.
Aku ingat yang kerja bahagian medicolegal, ex-gracia KKM, MOF ni hilang kalkulator kot susah sangat nak kira, budak ni CP, brain injury, brainstem, motor function takdak, spastic quadriphlegic, type 5, terantar, kalau jaga elok tak sakit yang lain lain. boleh hidup 25-30 tahun.
Darab jelah. Apa susah sangat.
Kalau tak ada kalkulator habaq aku nak pi hantar.
Hah, tengok dah rawit benda lain. Aku nak cite benda kena reschedule je tadi.
Moralnya yang keje hospital ni korang kadang jangan lah ikut the book sangat, lurus ikut prosedur yang kadang tak perlu pun, aku siap budak ni since pukul 6pagi kot, months of preparation last last tak dapat masuk sebab sekeping surat yang tak perlu pon.
Dan setiap patient tu ada backstory dan struggle depa sendiri, ada disappointement depa dengan hngpa, macam sakit anak aku ni aku tak mintak pun dan tak akan jadi pun kalau hangpa buat kerja betul betul at the first place .
So maaflah kalau agak mudah tertrigger bila hgpa buat lebih kurang dan bersungguh sangat nak ikut protokol.
Klah lagi panjang, lagi pedih hati, nak hantaq budak ni pi sekolah sat.
Suka atau tak, ada anak-anak yang mak ayah perlu bekalkan dengan penggunaan gajet handphone. Untuk kegunaan anak hubungi mak ayah, kawan-kawan atau guru berkaitan kerja sekolah.
Dan walau mak ayah didik anak sebaik mungkin pun, dengan pengaruh gajet macam-macam benda tak baik boleh jadi. Takut bila baca berita budak 12 tahun rogol anak pengasuh. Istighfar panjang dibuatnya.
Lagi-lagi bila gajet handphone lah punca terjadinya semua itu. Sebelum mak ayah kecewa, lebih baik ambil langkah berjaga-jaga. Ibu ini, Azmuhaini Aini, berkongsi satu aplikasi berkesan untuk pantau gajet anak.
Cara Pantau Gajet Anak Guna Aplikasi Ini
Terkejut dengar berita budak 12 tahun merogol anak asuhan.
Ya Allah lindungilah anak-anak kami semua.
Dari berita tu kata semua tu pengaruh gadget.
Yerlah kan zaman sekarang semua di hujung jari, cari je apa tekan je apa share je apa semua keluar.
Maybe ada yang dah tau app ni tapi yang belum tahu harap membantu.
App ni saya install lama jugak lah untuk monitor setiap pergerakan kegunaan hp si kakak.
Yup kakak ada hp sendiri dan hp dia memang saya pasang kan line so unlimited internet dan call. Supaya dia senang nak call family member, kegunaan kerja sekolah.
Contoh, √ Anak tengah online ke. √ Dia tengah tengok youtube ke. √ Tengok game ke apa ke semua saya boleh tahu. √ Berapa lama dia tengok dan last dia online semua saya tahu. √ Dan paling penting saya tahu location hp nya berada di mana.
Tak kisah saya tengah kerje dia di rumah semua saya boleh monitor sebab nya ada notifiication.
Dan di app ni juga saya kawal penggunaan nya so saya akan set masa ikut saya. So sampai masa hp ni akan padam sendiri dan dia tak leh tekan mana-mana button melainkan call sahaja. Kalau dia perlu buka hp juga perlukan code no daripada hp saya.
Syarat Lain Mak Ayah Kena Ikut
1) Application ni perlu di install kat telefon parent yang nak monitor tu dan juga HP anak anda ye. Nanti app ni akan minta email bagai so ikut sahaja arahan yang diberikan.
— Untuk hp parent kena install google family link for parent
dan kalau untuk hp anak kena install google family link for children & teens
2) Anak nak uninstall. Biarlah sebab tak boleh pun. Kalau hp si ibu atau bapa uninstall pun masih boleh install balik dan monitor anak macam biasa balik. Melainkan parent tu tekan STOP SUPERVISION.
3) Kita boleh kawal dan set untuk tontonan movie umum sehingga 18sg atau 18sx. Game pun boleh kawal.
4) semua kawalan/perubahan adalah hanya boleh dilakukan di hp si ibu/bapa sahaja.
Bagi Lebih Faham Mak Ayah Ikut Panduan Bergambar Ini
Inilah app untuk di install dekat hp parent.
Ini waktu yang saya tetapkan sendiri. so time ni memang telefon dia tak kan boleh guna. sehari dia boleh pakai 4 jam sahaja.
kalau nak guna juga kena pakai no code ni. dan no ni akan berubah setiap masa. so kakak jangan berangan kamu leh hafal.
ni kakak punya muka depan lah.
ni tempat untuk parent setting.
ni contoh kalau tak leh guna. haa kakak dia suh tidoq time ni. so dia hanya boleh guna emergency sahaja. iaitu call. parent access tu yang code tadi lah.
Ibu kepada mangsa tragedi pembunuhan pelajar Bandar Utama mendedahkan anaknya ditikam lebih 200 kali. Beliau menafikan dakwaan palsu dan menyeru agar kejadian tragis ini tidak berulang di sekolah lain.