Banjir Pulau Gajah paksa ibu dukung anak OKU keluar rumah
Banjir luar biasa di Pulau Gajah paksa ibu dukung anak OKU keluar rumah ketika air mula masuk. Keadaan cemas itu berlaku pada malam Ahad selepas hujan lebat berterusan selama tiga hari menyebabkan paras air mula meningkat di kawasan perkampungan tersebut. Dalam suasana tegang itu, penduduk mula sedar bahawa banjir Pulau Gajah, Kota Bharu, Kelantan pada kali ini lebih luar biasa berbanding tahun-tahun sebelumnya.
Bagi kebanyakan keluarga, banjir bermakna perlu selamatkan barang penting. Tetapi bagi Farah Hana Zulkifli, 28, keutamaannya hanya satu, memastikan anak tunggalnya, Nazir Hafiy, 3 tahun, yang merupakan kanak-kanak cerebral palsy, dapat dibawa keluar dengan selamat sebelum keadaan menjadi lebih buruk.
Air masuk ke rumah ketika malam semakin gelap
Menurut Farah, air mula memasuki kediaman mereka melalui dapur dan bilik air kira-kira malam Ahad. Menyedari situasi semakin membimbangkan, dia segera mendukung Nazir Hafiy yang seberat 13.3 kilogram sambil membawa keperluan perubatan anak itu. Nazir Hafiy bukan sahaja memerlukan penjagaan rapi, malah hanya bergantung kepada susu melalui tiub setiap tiga jam, menjadikan proses pemindahan lebih mencabar.
Banjir yang mencecah hampir 0.5 meter di bahagian belakang rumah menyebabkan Farah tidak dapat menunggu terlalu lama. Dia bimbang jika lambat, keadaan air akan menjadi deras dan menyukarkan pergerakan membawa anak OKU yang tubuhnya lembik serta sensitif terhadap perubahan persekitaran. Dalam keadaan kelam-kabut itu, Farah sempat meminta bantuan rakan melalui WhatsApp sambil menenangkan ibunya, Rokiyah Yusoff, 53.
Farah Hana bersama Nazir Hafiy ketika ditemui di PPS SK Sabak. Foto: Sinar Harian
Bantuan tiba tepat pada masanya
Mujurlah anggota polis tiba dan membantu membawa mereka ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Sabak dengan kenderaan pacuan empat roda. Bagi memastikan suasana lebih tenang dan sesuai untuk penjagaan Nazir Hafiy, mereka ditempatkan di tingkat tiga bangunan sekolah tersebut.
Ads
Farah berkata ini adalah kali pertama keluarganya terpaksa berpindah akibat banjir. Pengalaman melihat air naik lebih tinggi daripada biasa membuatkan dia sedar betapa pentingnya persediaan awal terutama apabila menjaga anak dengan keperluan khas. Kejadian banjir Pulau Gajah ini turut membuka matanya bahawa keadaan boleh berubah dalam sekelip mata.
Pengajaran daripada pengalaman cemas
Sebagai pengajaran, Farah berkongsi bahawa keluarga yang mempunyai anak OKU atau warga emas perlu sentiasa simpan beg kecemasan yang mengandungi keperluan asas seperti ubat, lampin pakai buang, susu khas, dokumen penting dan pakaian. Situasi banjir boleh berlaku dengan cepat, dan tindakan awal dapat menyelamatkan banyak perkara — termasuk keselamatan orang tersayang.
Farah berkongsi refleksi selepas kejadian
Selepas beberapa hari berada di PPS, Farah sempat menilai semula apa yang berlaku. Menurutnya, setiap kali musim hujan tiba, keluarga yang tinggal berhampiran kawasan rendah seperti Pulau Gajah perlu lebih peka terhadap perubahan cuaca. Walaupun ini bukan kali pertama kawasan itu dilanda banjir, pengalaman kali ini lebih menakutkan kerana melibatkan keselamatan anaknya.
Ads
Dia turut menjelaskan bahawa banjir Pulau Gajah ini seolah-olah menjadi peringatan keras bahawa persediaan mental dan fizikal sangat penting. Bagi Farah, menyediakan beg kecemasan, memastikan peralatan perubatan sentiasa cukup, dan memaklumkan kepada rakan-rakan terdekat tentang keadaan mereka merupakan langkah yang kini dianggap wajib.
Farah juga bersyukur kerana komuniti setempat saling membantu. Penduduk sekitar saling bertanya khabar, berkongsi makanan dan membantu antara satu sama lain di PPS. Baginya, momen ini menguatkan hubungan sesama jiran, walaupun diuji oleh situasi mencemaskan.
Sambil menunggu keadaan pulih, Farah berharap pihak berkuasa dapat meningkatkan sistem amaran awal agar penduduk boleh membuat persediaan lebih awal pada masa akan datang. Walaupun banjir Pulau Gajah kali ini memberi pengalaman yang menakutkan, ia juga mengajar Farah dan keluarganya tentang kekuatan, kesabaran, dan betapa pentingnya keselamatan orang tersayang.
Meniti usia kandungan yang semakin sarat, pelakon jelita Siti Saleha, 35, mengakui belum membuat sebarang persiapan menyambut cahaya mata sulungnya. Namun, baginya yang lebih penting kini adalah menjaga tubuh dan kesihatan agar proses kelahiran berjalan lancar.
“Saya tak beli apa-apa lagi. Selepas habis penggambaran dua bulan lalu, saya hanya fokus berjalan. Saya banyak bersenam sebab nak senang melahirkan. Dulu sebelum hamil saya sangat aktif, jadi saya tak mahu hilang momentum,” ujarnya.
Gender Reveal & Adat Mitoni Jawa
Menariknya, menurut Saleha lagi, dia bakal mengadakan majlis gender reveal bulan hadapan. Lebih istimewa, suaminya yang berketurunan Jawa mahu mengangkat tradisi keluarga dengan upacara mitoni, adat budaya Jawa untuk meraikan kehamilan ibu.
Untuk info, mitoni merupakan adat Jawa untuk merayakan kehamilan memasuki bulan ketujuh yang bertujuan mendoakan keselamatan bagi ibu dna bayi serta kelancaran proses bersalin. Perkataan ‘mitoni’berasal dari kata ‘pitu’ (tujuh) yang melambangkan harapan dan pertolongan dari Tuhan Yang Maha Esa.
“Buat masa sekarang saya rahsiakan dahulu jantina anak. Nanti saya akan kongsikan di media sosial,” katanya sambil tersenyum.
Emosi Lebih Terkawal, Cuma…
Ditanya mengenai perubahan emosi sepanjang kehamilan, Saleha mengakui tidak banyak berubah terhadap suaminya. Namun ada kala, dia melepaskan rasa tidak puas hati pada pengurusnya.
“Emosi saya tak banyak berubah dengan suami, cuma pengurus saya yang selalu jadi tempat saya lepaskan kalau ada apa-apa yang merimaskan,” selorohnya.
Bagi bentuk tubuh pula, bintang drama 7 Hari Mencintaiku ini tidak terlalu obses dengan angka pada penimbang berat.
“Alhamdulillah, setakat ini berat saya dan bayi cantik. Doktor pun cakap semuanya okey,” kongsinya penuh syukur.
Kekal Bersinar Dalam Karier
Walaupun sedang hamil, rezeki Saleha tidak pernah putus. Terbaru, beliau dilantik sebagai duta Muaz Exclusive Brand bersama Datuk Aaron Aziz. Majlis pelancaran baru-baru ini menjadi medan untuk peminat melihat penampilan terkininya yang semakin berseri.
Sebelum ini, gosip mengenai kehamilannya mula bertebaran selepas satu video tular memperlihatkan dirinya seolah-olah mempunyai ‘baby bump’ ketika menghadiri acara filem. Akhirnya, Saleha mengesahkan berita gembira itu.
Bahagia Dalam Perkahwinan
Untuk rekod, Saleha mendirikan rumah tangga dengan pereka fesyen, Joshua Fitton, dalam majlis tertutup di Janda Baik, Pahang pada Februari lalu.
Kini, perjalanan hidupnya memasuki fasa baru, bukan lagi sekadar pelakon berbakat dan ikon fesyen, tetapi bakal seorang ibu yang mendukung anugerah paling berharga dalam hidupnya.
“Farid berangan, tidak ada apa lagi boleh diselamatkan” itulah antara ungkapan yang diuahkan oleh Diana Dianelle sewaktu ditemubual wartawan. Perkongsian itu disampaikan sendiri oleh Diana selepas sebutan pertama prosiding cerai yang difailkannya terhadap Farid di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur hari ini.
Untuk rekod, pada 10 Ogos tahun lalu, Farid dan Diana bercerai talak satu namun mereka memilih untuk kembali rujuk selepas 21 hari berpisah.
Manakala pada 20 November lalu, peguam syarie yang mewakili Diana iaitu Datuk Akberdin Abdul Kadir memaklumkan mahkamah mengesahkan status pasangan itu masih suami isteri setelah kembali rujuk pada 31 Ogos tahun lalu.
Ia susulan Akberdin memaklumkan perakuan rujuk perlu dibawa ke Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan untuk permohonan perceraian yang difailkan pada 4 November lalu.
“Farid Berangan, Tidak Ada Apa Lagi Boleh Diselamatkan”
Seperti mana yang dilaporkan Diana tindakan Farid Kamil tidak bersetuju melafazkan cerai sesuatu yang sangat memualkan.
“Tindakan dia (Farid) hari ini amat memualkan dan saya rasa dia tidak berpijak ke bumi yang nyata. Dia berangan kerana tidak ada apa lagi yang kita boleh selamatkan.
“Selama setahun kita rujuk, bukankah itu peluang untuk kita berdamai dan cuba perbaiki keadaan? Tetapi dia gagal.
“Banyak peluang yang awak boleh dapat, tetapi bagi saya dia buang masa. Pijaklah di bumi yang nyata… lepaskan saya, jangan zalimi saya,” ungkap Diana seperti mana dipetik menerusi mStar Online.
Tetapkan Pendirian Untuk Bercerai
Aktres itu juga sangat tegas dengan keputusannya, dan dek kerana Farid mengambil pendirian untuk memanjangkan kes, dia juga akan membuat satu tuntutan nafkah terhadap suaminya itu.
“Tindakan seterusnya adalah saya akan tuntut nafkah yang sebelum ini tertunggak. Kalau dia lepaskan saya, saya tarik semula kes itu.
“Saya masih meneruskan kehidupan seperti biasa. Saya tetap akan teruskan penceraian walaupun panjang. Saya cuma mahu bercerai,” sambung Diana.
Pada masa yang sama, Datuk Akberdin Abdul Kadir memaklumkan kes pasangan itu disambung ke peringkat Jawatankuasa Pendamai (JKP) memandangkan Farid enggan melafazkan cerai.
Sebutan semula kes tersebut akan bersambung pada 24 Mac depan.
Nana Mahzan akui agak risau. Namun punya cara tersendiri didik anak. Paling penting kata Nana perlu banyak berbicara dengan anak perempuan. Berkongsi cerita sangat penting dan pastikan anak menghormati dan mendengar kata ibu ayah.
Cantiknya anak dara pelakon Que Haidar dan Linda Jasmine, Tengku Ratu Haidar!
Siapa isteri-isteri geng Syatilla angkat tangan. Setuju tak? Memang suami berat mulut dan tak rajin borak bila dalam kereta suara isteri je macam dj radio tak berhenti bercakap. Hihihi.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Baru-baru ini syarikat penerbangan AirAsia buat tawaran harga tak masuk akal tiket penerbangan ke Korea dan Jepun. Walau bagaimanapun, dua negara berkenaan mencatat jumlah kes COVID-19 yang tinggi.
Ibu ini, Rosmarlina Binti Abd Ghani menetap lama di Jepun. Dan beliau tetap meletakkan kebimbangan pada traveller yang berhajat ke negara tempatnya menetap, Jepun.
Sungguhpun demikian, beliau berkongsi panduan selamat untuk traveller yang meneruskan perjalanan ke Jepun.
Katanya, “US letakkan Jepun Level 2, bg amaran pada traveller ke Jepun.”
“Pada yang cancel ke Jepun sebab bawa anak kecil dan warga tua… Anda memang sangat berfikiran jauh dan satu keputusan yang tepat walaupun berat.”
“Pada yang meneruskan perjalanan… ke Jepun dalam masa terdekat, tawakal dan berusaha sehabis baik untuk jaga kesihatan anda dan semua ahli rambongan.”
“Jangan ambil ringan dan sentiasa beringat, ketahuilah virus ini boleh bertahan selama 9 hari di tempat-tempat yang disentuh oleh pembawanya.”
Panduan Untuk Traveller Jepun
Kalau boleh jangan skip pakai mask bila di luar, elak pegang tepi eskulator tu, tekan butang lif pun kalau boleh berlapik.
Dalam train pun kalau boleh elak lah pegang ring pemegang tangan tu,
nampak orang batuk batuk dalam train jangan dok dekat.
Nampak ja ada kat mana-mana hand sanitizer tu guna, selalu ada kat pintu depan supermarket besar-besar. Free ja pun.
Gi public toilet nampak ada sabun buih untuk basuh tangan tu, apa lagi basuh tangan dengan kerap ya. Pastu lap betul-betul tangan tu sampai kering.
Balik dari jalan-jalan tu sila kumur mulut anda paling kurang 3 kali.
Kalau rasa tak perlu bersesak-sesak ke tempat ramai orang, sila elakkan ya.
Kalau rasa tak sihat tu jangan gagahkan diri keluar hotel/ apartment, rehat ja dalam rumah, takut lagi senang dapat kuman bila badan tak sihat tu.
Group yang senang dijangkiti virus adalah, warga tua, anak-anak kecil dan wanita hamil.
Osaka masih 1
Namun di tempat tinggal saya di Osaka Bay, kami sudah dapat surat dari sekolah dan tempat jagaan kanak-kanak supaya memantau suhu anak-anak setiap hari dan jika suhu 37.5c tidak dibenarkan ke sekolah.
Info tambahan kes
South Korea 833 kes
Jepun 138 kes
Saya doakan semoga semua rakyat Malaysia yang melancong dan yang bermastautin di Jepun, selamat dari dijangkiti Virus ini, amin.
Kemalangan pikap polis Perlis mengakibatkan seorang pemuda maut selepas dirempuh. Keluarga kini menuntut keadilan. Baca laporan penuh perkembangan kes.