Balu abam bocey menang saman fitnah RM60K, Hidayah pesan pihak sana jangan lengah bayar. Lapan hari lalu, Mahkamah Tinggi menolak rayuan Ali Puteh untuk mengetepikan perintah Mahkamah Sesyen, 10 bulan lalu yang mengarahkannya membayar ganti rugi tersebut.
Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Ahmad Shahrir Mohd. Salleh turut memerintahkan perayu atau nama sebenarnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd. Ridzuan, 34, membayar kos RM5,000.
Dengan ini, pelawak Ali Puteh kekal diperintah membayar ganti rugi RM60,000 kepada kakak iparnya, Siti Nor Hidayah Mohd. Ali kerana memfitnah wanita itu dalam laman sosial Instagram, dua tahun lalu.
Lapan hari telah berlalu dan semalam menerusi perkongsian di instagramnya, hidayah_hamzah balu kepada abam Bocey, Norhidayah rasa syukur di atas kemenangan itu dan turut menulis agar pihak sana tidak melengah-lengahkan bayaran mengikut perintah mahkamah iaitu RM60,000 yang dimenanginya.
Ads
Alhamdulillah syukur pada Allah, keputusan rayuan saman fitnah Mahkamah telah diputuskan, juga telah memihak kepada Hidayah.
Semoga pihak di sana tidak melengah- lengahkan lagi segala urusan pembayaran mengikut perintah Mahkamah yang telah ditetapkan, semoga Dayah dan Hamzah boleh meneruskan kehidupan yg lebih baik dan sempurna selepas ini.
Ads
Aamin.. Terima kasih semua yang mendoakan Hidayah Dan Hamzah.
Tuntut keluar KWSP RM10,000-RM30,000 one off, ini jawaban Perdana Menteri buat pencarum. Hari ini walau dilihat ekonomi semakin membaik, namun peningkatan harga barangan dan kos sara hidup yang tinggi dilihat masih meresahkan rakyat.
Peningkatan ketara khususnya harga barang membuatkan mereka yang hanya mempunyai satu pekerjaan terpaksa melakukan kerja lebih masa untuk menampung kehidupan.
Apa yang ada dalam fikiran orang ramai ialah mengeluarkan duit simpanan hari tua mereka untuk menampung kehidupan hari ini dan sudah pasti simpanan KWSP adalah keutamaan bagi yang tiada simpanan tetap di bank.
Memetik laporan Berita Harian, Pertubuhan Aktivis Rakyat Malaysia (ProRakyat) semalam mengemukakan Resolusi Pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) memohon kerajaan membenarkan tuntutan pengeluaran simpanan KWSP antara RM10,000 hingga RM30,000 secara ‘one-off’.
Resolusi yang disampaikan kepada Setiausaha Politik Perdana Menteri, Azman Abidin itu, menurut ProRakyat, adalah sebagai langkah jangka pendek boleh dipertimbangkan kerajaan untuk memastikan rakyat tidak terputus wang tunai.
Perdana Menteri berkata, adalah lebih baik kerajaan mencari jalan dan kaedah lain yang lebih berkesan dalam membantu rakyat yang terjejas akibat kehilangan pekerjaan sebelum ini.
Jelasnya, pemeriksaan yang dilakukan mendapati simpanan golongan terjejas dalam KWSP adalah terlalu rendah dan ia boleh menyebabkan lebih banyak masalah kepada mereka selepas ini.
“Kalau kita tengok orang yang ada simpanan KWSP ini, duitnya sedikit sekali. Jadi saya perlu timbang di antara keperluan mendesak dan masa depan mereka.
“Saya periksa jumlah (simpanan KWSP) yang majoriti pencarum ada, jumlahnya sangat kecil. Jadi, saya bimbang masa depan mereka, lebih baik kerajaan cari jalan lain untuk bantu mereka,” katanya ketika ditemui di sini.
Anwar sebelum itu hadir Majlis Perjumpaan Perdana Menteri Bersama Ketua Jabatan dan Pegawai Kanan Persekutuan dan Negeri Perlis di Dewan 2020.
Terdahulu pada 11 Januari lalu, Pertubuhan Gagasan Inovasi Rakyat Malaysia (PGIRM) memeterai usaha sama dengan Persatuan Penyelesaian Pengguna dan Peminjam Malaysia (4PM) bagi menyokong Tuntutan Pengeluaran KWSP 2.0 secara bersasar.
Menurut pertubuhan berkenaan, melalui kes-kes dan aduan-aduan diterima mereka, masalah hutang tertunggak, kesusahan dan taraf ekonomi rakyat yang teruk adalah sangat tinggi terutama di era pasca pandemik.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Menteri pendidikan sahkan wang sekolah disamun ada pelanggaran SOP, tiada kompromi jika cuai. Bantuan awal persekolahan RM150 yang sepatutnya diterima oleh pelajar sekolah rendah di Beranang berakhir dengan tragedi apabila kenderaan dimiliki oleh Guru Besarnya disamun selepas berhenti membeli minuman selepas mengeluarkan wang tersebut.
Isu ini mendapat perhatian ramai termasuk dari Menteri Pendidikan, YB Fadhlina Sidek yang memaklumkan wujudnya pelanggaran pengambilan wang berkenaan.
Memetik laporan Harian Metro, Kementerian Pendidikan (KPM) mengesahkan berlaku pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) proses pengambilan wang tunai dari bank yang dilakukan seorang guru besar sebuah sekolah di Beranang, Kajang yang menjadi mangsa samun di Pekan Semenyih, semalam.
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, pelanggaran itu membabitkan ketiadaan pengiring bersama guru berkenaan sama ada dalam kalangan guru lain atau polis sewaktu mengeluarkan wang tunai berjumlah RM109,000 yang diperuntukkan bagi bantuan awal persekolahan.
“SOP kewangan telah dilanggar sedangkan kita ada SOP yang cukup ketat iaitu jika membawa wang lebih dari RM10,000 mestilah ada pengiring, inikan pula satu jumlah yang cukup besar (RM109,000 yang hilang),” katanya kepada pemberita sewaktu lawatan kerja di Sekolah Kebangsaan (SK) Chepor, di sini hari ini.
Sama ada kes berkenaan boleh dianggap sebagai kelalaian, beliau berkata ketika ini masih awal untuk disimpulkan selagi laporan penuh belum diterima pihaknya.
Berdasarkan SOP tatacara pengeluaran wang tunai KPM, pengeluaran wang tunai dari bank oleh guru besar atau pengetua di bawah jumlah RM10,000 mesti diiringi dua guru lain dan bagi jumlah melebihi itu, adalah dinasihatkan mengambil langkah keselamatan tambahan seperti mendapatkan perkhidmatan pengiring polis jika perlu.
Ditanya mengenai sama ada pelajar yang sepatutnya menerima wang bantuan berkenaan akan kekal memperolehnya apabila wang peruntukan yang hilang itu diganti semula oleh kementerian, Fadhlina sekadar memberi jaminan bahawa hak mesti dikembalikan kepada yang berhak.
“Kita jamin akan pastikan mereka (penerima bantuan) dapat hak mereka. Kita akan lihat apa prosesnya sebab untuk SOP kewangan ini kalau hilang sebab cuai dan sebagainya akan ada proses dia (yang tertentu).
“Untuk tindakan terhadap guru besar itu, kita serah kepada JPN dan polis sebagai jaminan bahawa kes ini sedag disiasat dengan teliti,” katanya.
Terdahulu, Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan dilapor berkata, pihaknya tidak mendapat permohonan pengiring daripada guru besar berusia 50 tahun berkenaan untuk tujuan pengeluaran wang yang hilang itu malah guru besar terbabit memberi alasan sudah biasa mengambil wang bantuan awal persekolahan tanpa pengiring pihak polis sejak 10 tahun lalu.
Wang bantuan berkenaan dikatakan dilarikan oleh penjenayah, semalam apabila difahamkan ia baru saja dikeluarkan oleh guru berkenaan dan meletaknya dalam beg yang diletakkan di tempat duduk penumpang hadapan kereta sebelum cermin kenderaannya itu dipecahkan ketika pergi membeli minuman dalam tempoh kira-kira 10 minit.
Dalam perkembangan lain, Fadhlina mengumkan peruntukan RM150,000 kepada SK Chepor untuk penyelenggaraan dan pembaikan beberapa fasiliti sekolah seperti tandas serta tembok pagar sekolah serta RM400,000 kepada SK Seri Tanjung, Tanjung Rambutan yang dilawatinya sebelum itu juga bagi tujuan menyelenggara sekolah yang disifatkan daif itu.
Ala kafe hipster, SMK Sri Pontian ubah persepsi “kantin sekolah”. Kantin sangat penting pada ekosistem sekolah. Kantin yang bersih, cantik dan ceria pasti akan menggembirakan seluruh warga sekolah.
Lari dari kebiasaan kantin sekolah yang menampilkan kerusi dan meja panjang sejak berpuluh tahun lalu, kantin SMK Sri Pontian, Pontian menjadi tumpuan warga maya apabila hiasan dalamannya tampak berbeza. Ala-ala kafe hipster yang sering menjadi tumpuan melepaskan lelah bagi anak muda.
Susun atur yang cantik, kelihatan teratur memudahkan pelajar dan guru membeli makanan di kantin ini. Paling penting, tiada istilah “bilik makan guru” sebaliknya guru dan pelajar boleh bersama-sama makan di kantin ketika waktu rehat dan masa terluang.
Dikongsi dari fb The Canteen Sri Perhentian, pemiliknya menukar hiasan dalaman kantin sekolah ini mengikut citarasa mereka selepas berbincang dengan pengurusan sekolah dan ia dipersetujui. Hasilnya sangat cantik dan memberi nafas segar kepada “kantin sekolah”.
Ini perkongsian dari pengurusan kantin sekolah.
Bismillah..
Setakat hari ke-2 beroperasi ni, hanya ini termampu kami kerjakan untuk jadikan ianya lebih selesa & bersih.. Jika masih ada kekurangan dari segi persembahan “suasano” tu, kami masih dalam kerja kemasan akhir.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Cukup menyayat hati kemalangan tragis antara dua buah kereta yang berlaku semalam, dua maut manakala empat lagi cedera yang melibatkan Proton Saga dan Nissan Sentra.