Pengorbanan seorang abah yang bertanggungjawab itu tak pernah ada batasan. Biar pun terpaksa berdepan ujian minyak motor habis tengah jalan, abah ini tetap sabar harungi kepayahan. Hinggalah tuhan datangkan pertolongan yang tak disangka-sangka.
Istimewa sungguh perkongsian anak ini, Nebulaaa di akaun twitternya. Dalam perjalanan pulang dari menghantar anaknya temuduga kerja, tiba-tiba motor abah ini kehabisan minyak.
Tak mahu anak hadapi kesukaran, lelaki itu memberikan wang agar anaknya pulang naik LRT. Tapi anaknya enggan berbuat demikian. Anak ini sedih mengenangkan nasib abah yang fikirnya dialah penyebab abahnya alami kesukaran itu.
“Kita buat baik dekat orang, bila kita susah mesti ada orang tolong kita balik” – abah.
Abah memang menjengkelkan. TAPI he did everything for his children. Hari ni abah bawak aku pergi interview kerja. Tetibe…
Ok sambung. Harini aku interview kerja dekat Bukit Jalil. Memang selalu abah yang bawak aku pergi. After interview masa nak OTW balik tetibe moto abah habis minyak. Abah terlupa isi minyak sebelum gerak tadi. So kitorang pun park lah dekat bus stop tepi apartment Anggun Bukit Jalil sambil memikior.
Macam mana nak gerakkan moto lagend abah tu. Petrolpum still jauh dari situ. Abah bagi aku duit suruh naik LRT Bukit Jalil tpi aku tak nak. Yela bapak aku takkan jadi macam ni kalau tak sebab aku kena interview kan?
so aku stay. About 5 mins fikir dengan abah mana nak cari botol isi minyak.
Ads
Aku pun cakap lah dekat abah, “takpelah kita tolak je moto dulu sampai petrolpum kat sana mesti ada botol.” Aku amik gambar ni nak tunjuk dekat mak bukti kitorang marathon hari ni.
so baru je kitorang bukak beberapa langkah tetibe..
Bantuan Yang Tak Disangka-sangka
Datang la sorang uncle cina ni. Dia rushing keluar dari apartment ke kereta dia. Park dekat bus stop yang sama. So dia tanya abah aku what happen!! Ayah aku pun citer la. Uncle tu offer nak pergi belikan minyak eventho aku nampak dia rushing. Ayah aku hulur duit dia kata, “aiyaa lepas beli ma.”
Uncle tu siap cakap, “tunggu dalam 10 mins aaa.” After 10 mins uncle tu pun sampai bawak tong minyak weh. Sebab yela abah aku takde botol spare. Kalau ikut tong full minyak untuk tank RM7 centu la. Ayah aku hulur balik RM5. Dia cakap, “tak payah-tak payah, saya tolong you hari ini nanti orang tolong saya punyaa.”
Lalu.. aku pun berangkat pulang ke rumah bersama bapak dengan membawa satu VIBES!! Abah cakap dengan aku lepas start moto “mungkin kebaikan kita yang lepas yang kita pernah tolong orang sebelum ni ke, berbalas pada kita hari ni. Alhamdulillah.”
Ads
Apa pun abah dengan uncle cina tu is the best for today. Abah susah payah bawak aku interview, uncle tu pulak susah payah belikan minyak untuk kami dua beranak boleh bergerak balik. Punyalah banyak kereta motor yang lalu tepi jalan besar tu, uncle tu lah yang offerkan diri. Thank you uncle!
Abah Dan Motor Lagend Kriss Berpisah Tiada
Pape pun this both are the greaaatttestt!! Abah dan motor lagend kriss dia tu takkan terpisah. Bape tahun dah moto tu dok angkut kitorang satu family. Terutama mak aahh.
Well I have seen one quotes that say “there is no man could take care of one woman like her ABAH did“
Untuk yang tanya macam mana dengan interview, alhamdulillah aku lepas. Esok aku ada dua lagi interview dan nak merempit dengan abah lagi. But this time minyak kena spare jugak.
So goodluck for my next interview!
Ads
Hari ni abah hantar aku je gaiss pastu abah kena pegi hospital. So goodluck for abah jugak!
Spread the lovee
MW : Mendoakan semoga abah anak ini dalam lindungan rahmatNya agar dapat menjaga ahli keluarganya dengan sebaiknya.
Shuib mohon semua mendoakan Ahmad Firdous Raissuddin. Abang Siti Sarah yang kini di hospital telah ditidurkan bagi membolehkan paru-paru berehat.
Abang Allahyarham Siti Sarah Raissuddin, Ahmad Firdous yang dimasukkan ke Hospital Serdang akibat positif COVID-19, dipindahkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) dan ditidurkan sejak jam 5 pagi tadi, bagi membolehkan paru-parunya berehat.
Perkara ini dikongsikan pelawak, Shuib Sepahtu di akaun Instagram (IG), awal pagi tadi.
Mohon Mendoakan Ahmad Firdous Raissuddin
“Assamualaikum semua… Allah Maha Besar, Allah Maha Kuasa. Baru dapat panggilan bahawa abang ipar saya dimasukkan ke ICU.
“Saya mohon mendoakan Ahmad Firdous Raissuddin diberi kesembuhan segera… Amin Ya Rabbal Alamin,” luahnya di IG.
Menurut Shuib atau nama penuh, Shahmira Muhamad, Ahmad Firdous ditidurkan sejak jam 5 pagi tadi.
DiTidurkan Bagi Membolehkan Paru-Paru Berehat
Tambah Shuib, “Doktor hendak rehatkan paru-parunya… Sebelum ditidurkan, paras oksigen adalah 95 peratus.
“Ketika dikejarkan ke hospital, Selasa lalu, paras oksigennya adalah kira-kira 85 peratus. Ahmad Firdous disahkan positif COVID-19 pada 2 Ogos lalu,” katanya.
Selain Ahmad Firdous, isterinya turut disahkan positif COVID-19. Namun, dua anak pasangan itu dilaporkan bebas daripada jangkitan virus berkenaan.
Ahmad Firdous dan isteri disahkan positif selepas empat hari keluarga Siti Sarah dijangkiti virus COVID-19.
Sebelum ini, Ahmad Firdous dan isteri sudah menjalani kuarantin kendiri selama lapan hari di rumah.
Pada Isnin lalu, Ahmad Firdous kehilangan satu-satunya adik perempuan, Siti Sarah akibat COVID-19.
Penyanyi popular itu menghembuskan nafas terakhir selepas 48 jam ditidurkan di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), di sini.
Jenazah Allahyarham Siti Sarah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Pusu, jam 1.20 tengah hari, Isnin lalu.
Mingguan Wanita : Semoga Ahmad Firdous Raissuddin diberikan kesembuhan segera. Amin.
Anak-anak suka menunggang basikal itu tak salah. Namun, mengubahsuai dan melakukan aksi berbahaya seperti posisi’superman’ ketika menunggang basikal sehingga mengundang bahaya kepada pengguna jalan raya lain, itu yang menjadi satu kesalahan.
Antara aksi paling popular adalah aksi lajak. Iaitu lumba basikal secara turun bukit dengan gaya ‘terbang’ atas basikal.Malah, kegilaan anak-anak remaja sanggup menghabiskan duit semata-mata mengubah suai basikal ini, boleh meragut nyawa diri sendiri serta orang lain.
Kenakan Tindakan Pada Mak Ayah
Terkini, dilaporkan mak ayah kepada anak yang terlibat dengan kegiatan basikal lajak sehingga mengundang bahaya kepada diri dan pengguna jalan raya boleh dikenakan tindakan undang-undang, kata Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Azisman Alias
Beliau berkata pihaknya boleh mengambil tindakan terhadap ibu bapa berkenaan mengikut Seksyen 33 Akta Kanak-kanak 2001.
“Tindakan ini boleh diambil ke atas ibu bapa atau penjaga sekiranya gagal dalam tanggungjawab memastikan anak-anak mereka tidak terlibat dalam kegiatan basikal lajak yang membahayakan.
“Seksyen itu memperuntukkan bahawa adalah menjadi satu kesalahan untuk ibu bapa atau penjaga membiarkan anak-anak tanpa pengawasan yang berpatutan di mana jika disabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM20,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya dalam sidang akhbar isu ‘Basikal Lajak’ di Bukit Aman baru-baru ini.
Peruntukan Undang-Undang
Azisman berkata setakat ini tindakan penguatkuasaan hanya dilaksanakan melalui rampasan dan sitaan basikal serta pengeluaran saman kepada penunggang basikal lajak berdasarkan beberapa peruntukan undang-undang.
“Berdasarkan undang-undang Kaedah 35(2) dan Kaedah 35(3) LN165/59, setiap basikal ditunggang perlu dipasang lampu di hadapan dan belakang bagi menunjukkan cahaya putih serta merah boleh dilihat dalam jarak munsabah.
“Sementara itu menerusi Kaedah 42(1) LN165/59, tiada seorang pun boleh menunggang basikal di atas jalan melainkan dilengkapi dengan brek efektif yang beroperasi secara berasingan pada kedua-dua tayar dan loceng,” katanya.
Ditangkap Tanpa Waran
Beliau berkata tangkapan dan sitaan boleh dilakukan mengikut Seksyen 54 Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang membolehkan penunggang basikal lajak ditangkap tanpa waran seperti diperuntukan Seksyen 112(1)(a) akta sama.
“Tindakan menangkap penuggang basikal lajak bagaimanapun tidak boleh diambil daripada segi undang-undang terhadap anak-anak yang terbabit merujuk kepada Seksyen 82 Kanun Keseksaan iaitu tidak menjadi kesalahan apa jua dilakukan anak-anak berusia kurang 10 tahun,” katanya.
Pada 1 Nov lepas, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sedang mencari pendekatan baharu bagi menangani isu basikal lajak yang semakin berleluasa di negara ini.
Dalam pada itu, ketua pengarahnya, Datuk Seri Shaharuddin Khalid berkata JPJ secara dasarnya mempunyai peruntukan Kaedah-Kaedah Lalulintas 1959 yang memberikan kuasa kepadanya untuk menilai isu itu sebelum sebarang tindakan diambil.
MW: Pesanan buat mak ayah, kena lebih memainkan peranan dan memantau aktiviti anak-anak. Ambil iktibar banyak kisah yang dilaporkan sebelum ini. Semoga pelaksanaan undang-undang ini, dapat memberi pengajaran buat mak ayah yang lain.
Sasha Saidin terima 4 dos vaksin, enggan merisikokan diri terhadap wabak dan rindukan keluarga di Malaysia. Sememangnya cukup rindu pada kaum keluarga di Malaysia, Sasha Saidin begitu teruja kaum keluarga dan sahabat handai untuk datang melawat dirinya yang berada di perantauan dalam masa terdekat jika tiada halangan sekatan.
Sasha Saidin Terima 4 Dos Vaksin
Penyanyi Sasha Saidin yang kini menetap di Dubai, Emiriyah Arab Bersatu (UAE) bersama suami telah berkongsi kini lengkap menerima empat dos vaksin Covid-19.
Malah Sasha dan suami, Sirhan Wahab tidak mengalami sebarang kesan sampingan selepas menerima empat dos vaksin Covid-19 di negara itu.
Walaupun tiada paksaan untuk mengambil dos penggalak, namun melihat pelbagai varian baru yang semakin agresif membuatkan Sasha dan suami enggan merisikokan diri.
“Pada minggu lalu, saya mendapat khabar berita seorang kenalan rapat disahkan positif Covid-19 dan beliau hilang segala deria rasa dan bau.
“Walau bagaimanapun beliau tetap bersyukur yang beliau telah divaksin terlebih dahulu kerana kalau tidak mungkin lebih padah simptom-simptomnya seperti sesak nafas dan seterusnya.
Perlindungan Maksimal Menentang Varian Baru Yang Lebih Agresif
“Kalau di UAE walaupun immuniti kelompok telah dicapai sekitar pertengahan tahun ini dan kadar jangkitan purata mingguan telah turun kepada angka yang kurang membimbangkan namun kerajaan UAE masih menyarankan mereka yang sudah divaksinasi untuk mengambil ‘booster’ sebagai perlindungan maksimal menentang variant-variant baru yang lebih agresif.
“Contohnya siapa yang telah mengambil vaksin Sinopharm (yang telah mula diberikan kepada penduduk UAE seawal pertengahan 2020) boleh mengambil booster shot Pfizer sebanyak 2 dos juga.
SOP Tetap Dijaga
“Alhamdulillah kini kehidupan harian di sini sudah kembali hampir seperti normal dan ini jelas dengan pembukaan Expo 2020 Dubai yang akan berlangsung selama 6 bulan dari 1 Oktober 2020 dan melibatkan 192 negara dari seluruh dunia.
“Walau bagaimanapun SOP tetap dijaga seperti memakai mask selain dari menunjukkan sijil vaksinasi atau keputusan PCR yang negatif untuk sesiapa yang mahu memasuki kawasan tapak Expo 2020 Dubai.
Hampir Kembali Seperti Biasa Seperti Sebelum Pandemik
“Saya yang telah menetap di UAE selama 2 tahun sudah mula nampak keadaan keseluruhannya hampir kembali seperti sebelum pandemik dan sangat teruja untuk kaum keluarga serta sahabat handai dari Malaysia untuk datang melawat kami di sini dalam masa terdekat inshallah.
“Sesungguhnya الله senantiasa meminta hamba-hambaNya untuk senantiasa mencari ikhtiar bagi melawan apa-apa penyakit serta melindungi diri kita sendiri sebaik mana kita mampu hendakNya.
“Terpulanglah pada diri kita sendiri untuk menilai mana yang baik dan mana yang buruk kerana tiada siapa yang lebih bertanggungjawab ke atas tubuh badan kita daripada diri kita sendiri.
الله أعلم
“dan apabila aku sakit, Dialah yang menyembuhkan aku,” (26:80).
Black hadiahkan kereta mewah idaman isteri. “Kadang-kadang kita terlalu mencari yang sempurna, sampai terlupa untuk hargai yang selalu ada di sisi” Inilah ungkapan penuh...