Bakal Bergelar Bapa, Isteri Usop Hamil 4 Minggu  “Alhamdulilah Rezeki Allah. I Love You Sayangku”

Share

Bakal bergelar bapa, isteri Usop hamil empat minggu. Tahniah diucapkan buat penyanyi yang telah berkongsi khabar gembira tentang isterinya, Nur Fatihah kini sedang hamil cahaya mata sulung mereka.

Pemilik nama sebenar Muhammad Saiful Naim Muhammad Noor, 25 akui dirinya dan isteri sudah bersedia menimang anak.

Bakal Bergelar Bapa

Naib Juara program Big Stage musim ketiga yang diijabkabulkan pada 3 Januari lalu menerusi sebuah hantaran video yang dimuat naik dilihat menerima kejutan daripada isteri kesayangan yang memberikan alat ujian kehamilan yang diletakkan dalam sebuah beg.

“Alhamdulilah rezeki Allah.

“I love you sayangku. Terima kasih untuk semua doa yang yang baik untuk kami,” ungkap Usop.

Tak Sangka Rezeki Secepat Ini

Difahamkan isteri Usop tidak mengalami sebarang alahan. Seperti mana yang dikongsi menerusi Kosmo! Online Usop berasa begitu sebak kerana tidak sangka rezeki untuk timang cahaya mata datang secepat ini.

“Alhamdulillah, kandungan isteri saya kini hampir memasuki usia empat minggu.

“Waktu itu, saya nak mengemas baju kemudian dia suruh saya ambil barang dalam beg

“Saya sebak sebab tak sangka rezeki Allah secepat ini.

“Setakat ini dia tak ada alahan lagi,” luah Usop yang sememangnya bersedia terima kehadiran anak pada usia muda.

 

Dibanjiri Ucapan Tahniah Dari Rakan Artis & Peminat

Menerusi ruangan komen ramai rakan artis dan juga peminat mendoakan kesejahteraan kesihatan buat isteri Usop dan juga bayi yang sedang dikandung.

Menarik Lagi : Usop Bertunang, Tak Pernah Mengalah Banyak Kali Kena ‘Reject’ “Dia Tak Pandang Rupa” 

Stacy Hamil 4 Bulan “Memang Tak Boleh Hendak Sembunyikan Lagi. Perut Dah Besar”

 Mingguan Wanita : Tahniah Usop dan isteri!

Sumber / Sumber Foto : Instagram Usop Official

Sedihnya mak ayah naik pentas konvokesyen wakil arwah anak ambil skroll.

Isteri sememangnya mengharap suami hanya mencintai dirinya.

Cara Eina Azman pikat hati suami, boleh cubalah mak-mak.

Follow kami di :

Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita
TikTok: https://tiktok.com/@mingguanwanita

 

IKLAN