rawat perokok tegar

Pesan kerajaan Malaysia, ‘Merokok Itu Membahayakan Kesihatan’. Tapi masih ramai rakyat Malaysia yang buat endah tak endah. Sebabnya bila dah mula menghisap, nak berhenti susah bukan main. Perlu ada kekuatan dalaman yang benar-benar tekad ‘Aku Mahu Berhenti Merokok!’.

Sebabnya kalau tak tanam niat tekad dalam hati, bila terserempak dengan kawan-kawan. Keinginan tu datang semula. Terjebak!. Merokok banyak bahaya berbanding baik. Lagi bahaya bila berleluasa jualan rokok ‘kiddie pack’ yang kononnya memudahkan pelajar sekolah untuk membelinya.

Istilah ‘kiddie pack’ ini bukannya rokok untuk kanak-kanak bawah umut. Tapi jualan rokok yang boleh dibeli dalam pek kecil berjumlah 10 batang rokok dengan harga lebih murah.

Bahaya ‘starter pack’ macam gini pelajar sekolah boleh beli dengan mudah. Kongsi bersama kawan-kawan dan boleh simpan bukti dari mak ayah yang mereka ini perokok.

Jangan sampai terjebak! Sekali lagi ditegaskan… nak berhenti memang susah. Baca catatan pengalaman Dr Rafidah Abdullah, Consultant Physician/Nephrologist & Head of Department, Dept of Medicine di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSAS) ini yang merawat perokok tegar sejak usia 15 tahun dan akhirnya koma semasa usia 41 tahun.

Susah Nak Berhenti Rokok Sehingga Ke Akhir Hayat!

Masih teringat lagi seorang pesakit lelaki, berumur 41 tahun. Beliau seorang buruh, memang kerja beliau berat. Isteri tidak bekerja. Mempunyai 2 orang anak, masih di sekolah rendah.

Beliau tidak sihat sudah lama; batuk dan tidak lalu makan. Mula-mula beliau tidak endahkan simptom beliau. Akhirnya sampai dah tak tahan sangat sebab sesak nafas, beliau datang ke hospital.

Paru-paru sebelah kiri beliau penuh air. Lihat contoh XRay pertama, sebelah paru-paru beliau putih. Maksudnya penuh air.

Terpaksa dilakukan prosedur memasukkan tiub plastik ke dalam rongga paru-paru untuk mengeluarkan air (gambar ketiga). Air ini kami panggil “pleural effusion”. Kalau air yang mengalir keluar dari paru-paru berwarna merah/berdarah kami panggil “haemorrhagic pleural effusion”. Bila macam ini, kami kebiasaannya “suspect” barah paru-paru.

IKLAN

Mana tidaknya, beliau merokok sejak umur 15 tahun! Sekurang-kurangnya 20 batang sehari.

Ya Allah!

26 tahun jadi PEROKOK TEGAR!

Setelah buat ujian bronkoskopi, memasukkan kamera ke dalam corong pernafasan beliau, sahlah beliau ada barah paru-paru. Bila nampak sahaja ketumbuhan seperti di gambar kedua, kami sudah tahu. Sudah sampai ke tahap 4. Terlambat. Dah merebak.

Kehidupan beliau susah; nak mengikuti rawatan pun sukar. Anak isteri perlu sesuap nasi setiap hari. Sedih melihat beliau, masih terpaksa teruskan bekerja. Beliau tidak boleh berhenti merokok walaupun sudah sakit.

IKLAN

Tidak sampai beberapa bulan, beliau koma. Terpaksa dikejarkan ke hospital. Kali ini, sel barah sudah merebak ke otak beliau.

Pada hari-hari terakhir beliau di hospital, sangat sebak kami melihat isteri dan dua orang anak kecil beliau yang senantiasa berada di sisi. Tidak dapat kami bayangkan apa akan terjadi kepada mereka nanti.

Ayah mereka pergi di dalam usia muda, 41 tahun.

Maaf, saya tidak faham kenapa sesiapa pun perlu merokok.

Risiko Perokok

1. Membahayakan kesihatan. Bukan seorang ini sahaja kami lihat. Malah hari-hari. Macam-macam kesan sampingan. Yang muda sakit jantung pun semakin ramai; 20-an dah selalu kami lihat di hospital.

IKLAN

2. Mohon berhenti TERUS sesiapa yang merokok. Nak berhenti perlu semangat dan kekuatan sahaja. Lihat sahaja anak-anak anda yang masih comel itu, cukup. Ramai yang bertanya: “boleh berhenti terus ke”. Pendapat saya, berhenti terus lah yang terbaik. Tidak ada kesan sampingan dari sudut kesihatan.

3. Mohon kita ramai-ramai bantah kiddie pack. Apa ke benda nak jual rokok pek sebegini pulak. Dah lah tak menolong langsung, merosakkan lagi adalah. Mahu lebih ramai kanak-kanak dan pelajar muda yang akan terjebak.

Klik Sini Untuk Bantah Kiddie Pack

Kalau tanya pendapat saya, ban terus rokok-rokok ini.
Cukup-cukup lah.

Tak pasal-pasal risiko keluarga anda pun jadi tinggi sebab dekat dengan anda.

Tak sayang mereka ke?

Tulisan:
Rafidah Abdullah
 Pakar Perunding Perubatan
Hilmi Lockman
 Pakar Perunding Perubatan & Respiratori (Paru-Paru) – Mingguan Wanita

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI