Azmi Caliph Busker kecewa isteri terima layanan buruk khidmat pelanggan bank, “kami memang buta tapi bukan bodoh… Penyanyi Caliph Busker, Azmi Saat berkongsi emosi sarat dengan penuh kekecewaaan apabila isterinya, Nazirah Muhammad menerima layanan buruk dari seorang pegawai perkhidmatan bank semalam ketika membuat urusan di sebuah bank tempatan.
Menurutnya, mereka memang buta namun bukan bodoh dan diperlekehkan hanya kerana sedikit lambat untuk menaip di telefon.
Berkongsi video meluahkan kekecewaan hati di media sosialnya, layanan buruk diterima mereka apabila dirinya dan isteri diminta ke bank bagi penukaran kata laluan perbankan internet yang sudah lama tidak digunakan.
“Semasa sampai di bank, kami menunggu angka giliran dipanggil. Baru beberapa saat nombor disebut dan isteri baru nak melangkah ke kaunter, saya terdengar sudah ada nombor lain dipanggil. Isteri teruskan juga ke kaunter dinyatakan dan ketika itu jelas kedengaran wanita bertanya dengan nada sombong, berapa nombor angka giliran isteri.
Ads
“Bila isteri sebut, dia dengan sedikit kurang ajar berkata bukan dah dua kali ke panggil tadi? Seolah-olah salah isteri sedangkan kami yang buta nie memanglah ambil masa sedikit untuk bergerak.
Tak habis begitu saja dan lebih menyakitkan hati, seolah-olah ingin memperlihatkan seolah-olah isterinya bodoh, jelas Azmi ketika di kaunter sekali lagi kerani di kaunter bertanya nama dan kata laluan digunakan mereka sebelum ini.
“Bila isteri sebut nama dan kata laluan, dia macam pertikaikan. Berulang kali dia tanya dengan nada seolah-olah isteri orang bodoh. Isteri kata memang dia ingat nama dan kata laluan sebelum ini tapi sebabkan lama dah tak guna perbankan internet itu, maka kami perlu membuat urusan di kaunter bank.
Ads
“Nada suaranya sangat tak mesra pelanggan. Layanan juga buruk. Dia siap minta isteri tulis nama dan kata laluan kalau betul isteri ingat dalam bada seakan menyindir. Dan bila isteri dah tulis, dia berborak dengan kawan sehingga masa diberikan di telefon tamat tempoh. Kemudian bila masa dah tamat tempoh, masa tu la dia minta tunjukkan phone padanya.
Tolong layan kami sebagai orang yang tak bodoh
Pelantun suara Hanya Mimpi ini berkata, layanan buruk diterimanya dan isteri jelas sangat mengecewakan. Kata Azmi, sebagai individu yang dilahirkan tidak dapat melihat dan hanya bergantung pada suara, perbuatan memperlekehkan pasangannya sesuatu yang tidak boleh diterima.
Harus kalian tahu, kami yang tak boleh melihat ni sangat bergantung kepada nada kalian bercakap. Kalau nada kalian baik, maka baiklah persepsi kami pada kalian. Begitu juga sebaliknya.
Ads
“Sebagai Pegawai Khidmat Pelanggan, semestinya kemahiran menggunakan nada sudah kalian kuasai. Elakkan gunakan nada rumahan atau kampungan waktu melayan pelanggan. Kalau di kampung boleh saja nak kata, “Aku ni memang macam ni. Cakap memang kasar.” Sangat berbeza bila kalian bekerja. Bila nadanya tak betul, tak ada perkataan lain dari kami untuk kalian selain kurang Ajar.
“Saya tak suka nak marah-marah di media sosial. Tapi hari ni tak boleh tahan sebab dah beberapa kali dapat layanan yang kurang baik dari Pegawai Khidmat Pelanggan. Apa yang mahu kami tegaskan, kami hanya buta bukan bodoh. Tolong layan kami sebagai orang yang tak bodoh,”kongsinya meluah rasa.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Wan Screen meninggal dalam tidur, disahkan ada masalah jantung. Kembali pada Pencipta secara tiba-tiba, namun menjadi rezekinya pergi di bulan yang mulia, moga arwah ditempatkan di kalangan orang-orang beriman dan soleh.
Jika dilihat perkongsian media sosial miliknya, sebelum ini arwah masih aktif bermain muzik di beberapa tempat bersama kumpulan muziknya dan kali terakhir ada video pada bulan Disember tahun lepas.
Menurut sumber, pemain gitar kumpulan Screen, Ridzuan Rasol @ Mat Rasol atau Wan, 52, meninggal dunia dalam tidur di rumahnya di Taman Sijangkang Permai, Telok Panglima Garang, Selangor pada 8.40 malam tadi.
Adiknya, Mohd Zaid berkata, kematian abangnya disahkan berpunca daripada masalah jantung.
“Abang memang ada masalah jantung dan sebelum ini pernah mendapatkan rawatan di Hospital Serdang. Selain itu abang juga menghidap kencing manis serta darah tinggi dan perlu makan ubat.
“Jenazah abang akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pendamar, Klang dijangka sekitar jam 10 pagi ini,” katanya.
Wan yang beraksi sebagai pemain keyboard adalah anggota asal kumpulan berasal dari Klang ini bersama Allahyarham Gmie.
Sekadar info, kumpulan Screen yang ditubuhkan pada pertengahan era 1990-an mula mencipta nama menerusi pelbagai lagu antaranya Tak Suka Tak Apa, Kau Saja Di Hati dan Bila Kau Kata Kau Sayang.
Astro, Home of Drama, sekali lagi mengangkat semangat Ramadan dengan tema “kebangkitan wanita” melalui naskhah megahit Siti Rosmizah, Andai Itu Takdirnya 2, lakonan Hanna Delisha dan Shukri Yahaya. Kini kembali eksklusif di Astro One dan sooka, musim kedua hadir lebih lebih matang dan jauh lebih menggugat jiwa.
Musim ini menyelami perjalanan seorang wanita yang akhirnya memilih untuk bangkit demi dirinya sendiri. Aleya lakonan Hanna Delisha tidak lagi menjadi isteri yang menahan luka dalam diam selepas dikhianati, dia berdiri sebagai wanita bermaruah yang tidak mampu digoyahkan sesiapa, termasuk suaminya.
Konflik antara Azril dan Aleya menjadi nadi utama tema musim ini. Tertekan dengan masalah syarikat dan dipengaruhi Azreen, Azril nekad mahukan poligami atas alasan menyelamatkan perniagaan.
Dalam babak paling menyentak, dia menyimbah sup panas ke wajah Aleya selepas termakan fitnah. Ia bukan sekadar dramatik, tetapi simbol runtuhnya kepercayaan dalam perkahwinan. Lebih menyayat hati, Aleya ketika itu masih bergelut dengan kecacatan tangan akibat tragedi lalu.
Namun daripada terus menjadi mangsa, dia memilih untuk bangkit. Dalam satu detik penting, Aleya meminta cerai dengan tenang bukan kerana kalah, tetapi kerana dia tahu harga dirinya jauh lebih tinggi daripada hubungan yang tidak lagi menghargainya. Itulah detik sebenar kebangkitannya.
Keindahan dan kekuatan Andai Itu Takdirnya 2 terletak pada perjalanan emosi Aleya sebagai cerminan wanita moden.
Hannah Delisha memberikan watak ini kedalaman dan kematanganseorang wanita yang masih terluka, namun tidak lagi lemah. Dia tidak menangis di hadapan anak-anak, bukan kerana tidak sakit, tetapi kerana dia sedang membina keteguhan.
Di mata dunia, dia kuat; di ruang peribadi, dia tetap manusia. Ramai wanita akan melihat diri mereka dalam Aleya isteri yang bertahan demi keluarga namun dalam diam bertanya, sampai bila harus berkorban?
Drama ini tidak menjadikan wanita sebagai mangsa berpanjangan. Ia menggambarkan proses sedar diri, bahawa sabar ada batasnya dan setia tidak bermaksud membiarkan diri dipijak. Tema “bangkit demi diri” bukan sekadar slogan; ia perjalanan perlahan, menyakitkan dan realistik.
Dalam suasana Ramadan yang mengajak kita bermuhasabah, Andai Itu Takdirnya 2 hadir sebagai naskhah yang lebih daripada sekadar hiburan. Ia membuka ruang refleksi tentang nilai maruah dalam perkahwinan, batas kesabaran seorang wanita serta keberanian memilih diri sendiri walau berisiko kehilangan.
Drama terbitan SR One Sdn. Bhd ini dan karya terbaik Siti Rosmizah membuktikan bahawa kekuatan wanita bukan hanya terletak pada kemampuannya bertahan, tetapi pada keberaniannya membuat keputusan.
Ramadan ini, saksikan perjalanan Aleya dalam Andai Itu Takdirnya 2. Strim sekarang di Astro One dan Sooka.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Memiliki senarai doa bulan Ramadan bukan sekadar persiapan lidah, tetapi ia adalah persiapan rohani agar setiap saat kita di bulan mulia ini tidak berlalu sia-sia.
Rasulullah SAW mengingatkan kita bahawa doa orang yang berpuasa adalah antara doa bulan Ramadan yang tidak akan ditolak oleh Allah SWT.
Maka, jadikanlah himpunan doa bulan Ramadan ini sebagai teman setia anda di waktu sahur, saat berbuka, dan di keheningan malam-malam terakhir.
Berikut adalah himpunan 20 doa bulan Ramadan yang sahih untuk kita amalkan bersama:
Memulakan langkah di bulan mulia mestilah dengan sandaran yang kuat kepada Allah.
Tanpa pertolongan-Nya, kita tidak akan mampu menghabiskan puasa dengan sempurna.
Amalkan doa bulan Ramadan ini untuk memohon ketetapan iman:
Allahumma ahillahu ‘alaina bil amni wal imani was salamati wal islami, rabbi wa rabbukallah.
Maksudnya: “Ya Allah, munculkanlah bulan itu kepada kami dengan membawa keamanan, keimanan, keselamatan dan Islam. Tuhanku dan Tuhanmu adalah Allah.” (Riwayat at-Tirmidzi).
Afthara ‘indakumus sa’imuna, wa akala ta’amakumul abraru, wa sallat ‘alaikumul mala’ikah.
Maksudnya: “Telah berbuka di tempat kamu orang-orang yang berpuasa, dan telah makan makanan kamu orang-orang yang baik, dan telah berselawat ke atas kamu para malaikat.” (Riwayat Abu Daud).
Allahummanfa’ni bima ‘allamtani wa ‘allimni ma yanfa’uni wa zidni ‘ilman.
Maksudnya: “Ya Allah, berilah manfaat kepadaku dengan apa yang Engkau ajarkan kepadaku, dan ajarkanlah aku apa yang bermanfaat bagiku, dan tambahkanlah ilmuku.” (Riwayat at-Tirmidzi).
Allahumma la sahla illa ma ja’altahu sahla, wa anta taj’alul hazna iza syi’ta sahla.
Maksudnya: “Ya Allah, tiada kemudahan melainkan apa yang Engkau jadikan mudah, dan Engkau menjadikan kesedihan itu mudah jika Engkau kehendaki.” (Riwayat Ibn Hibban).
Rabbana taqabbal minna innaka antas sami’ul ‘alim.
Maksudnya: “Wahai Tuhan kami, terimalah daripada kami (amalan kami), sesungguhnya Engkau Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” (Surah al-Baqarah: 127).
Sebagai kesimpulan, himpunan doa bulan Ramadan ini adalah kunci kekuatan bagi setiap mukmin.
Jangan biarkan Ramadan tahun ini berlalu tanpa kita amalkan doa bulan Ramadan, tanpa sempat merayu dan merintih kepada Allah SWT.
Semoga Allah menerima segala amalan kita dan menjadikan kita hamba-Nya yang bertaqwa.
Selamat beramal dengan doa bulan Ramadan yang sahih, moga syurga menjadi milik kita bersama.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Wan Screen meninggal dalam tidur, disahkan ada masalah jantung. Kembali pada Pencipta secara tiba-tiba, namun menjadi rezekinya pergi di bulan yang mulia.