Azmi Caliph Busker Kecewa Isteri Terima Layanan Buruk Khidmat Pelanggan Bank, “Kami Memang Buta Tapi Bukan Bodoh…

Azmi Caliph Busker

Azmi Caliph Busker kecewa isteri terima layanan buruk khidmat pelanggan bank, “kami memang buta tapi bukan bodoh… Penyanyi Caliph Busker, Azmi Saat berkongsi emosi sarat dengan penuh kekecewaaan apabila isterinya, Nazirah Muhammad menerima layanan buruk dari seorang pegawai perkhidmatan bank semalam ketika membuat urusan di sebuah bank tempatan.

Menurutnya, mereka memang buta namun bukan bodoh dan diperlekehkan hanya kerana sedikit lambat untuk menaip di telefon.

Azmi Caliph Busker Kecewa Isteri Terima Layanan Buruk Khidmat Pelanggan Bank, “Kami Memang Buta Tapi Bukan Bodoh…

Berkongsi video meluahkan kekecewaan hati di media sosialnya, layanan buruk diterima mereka apabila  dirinya dan isteri diminta ke bank bagi penukaran kata laluan perbankan internet yang sudah lama tidak digunakan.

“Semasa sampai di bank, kami menunggu angka giliran dipanggil. Baru beberapa saat nombor disebut dan isteri baru nak melangkah ke kaunter, saya terdengar sudah ada nombor lain dipanggil. Isteri teruskan juga ke kaunter  dinyatakan dan ketika itu jelas kedengaran wanita  bertanya dengan nada sombong, berapa  nombor angka giliran isteri.

Ads

“Bila isteri sebut, dia dengan sedikit kurang ajar berkata bukan dah dua kali ke panggil tadi? Seolah-olah salah isteri sedangkan kami yang buta nie memanglah ambil masa sedikit untuk bergerak.

Tak habis begitu saja dan lebih menyakitkan hati,  seolah-olah ingin memperlihatkan seolah-olah isterinya  bodoh, jelas Azmi ketika di kaunter  sekali lagi kerani di kaunter bertanya nama dan kata laluan digunakan mereka sebelum ini.

“Bila isteri sebut nama dan kata laluan, dia macam pertikaikan. Berulang kali dia tanya dengan nada seolah-olah isteri orang bodoh. Isteri kata memang dia ingat nama dan kata laluan sebelum ini tapi sebabkan lama dah tak guna perbankan internet itu, maka kami perlu membuat urusan di kaunter bank.

Ads

“Nada suaranya sangat tak mesra pelanggan. Layanan juga buruk. Dia siap minta isteri tulis nama dan kata laluan kalau betul isteri ingat dalam bada seakan menyindir.  Dan bila isteri dah tulis, dia berborak dengan kawan sehingga masa diberikan di telefon tamat tempoh. Kemudian bila masa dah  tamat tempoh, masa tu la dia minta tunjukkan phone padanya.

Tolong layan kami sebagai orang yang tak bodoh

Pelantun suara Hanya Mimpi ini berkata, layanan buruk diterimanya dan isteri jelas sangat mengecewakan. Kata Azmi, sebagai individu yang dilahirkan tidak dapat melihat dan hanya bergantung pada suara, perbuatan memperlekehkan pasangannya sesuatu yang tidak boleh diterima.

Harus kalian tahu, kami yang tak boleh melihat ni sangat bergantung kepada nada kalian bercakap. Kalau nada kalian baik, maka baiklah persepsi kami pada kalian. Begitu juga sebaliknya.

Ads

“Sebagai Pegawai Khidmat Pelanggan, semestinya kemahiran menggunakan nada sudah kalian kuasai. Elakkan gunakan nada rumahan atau kampungan waktu melayan pelanggan. Kalau di kampung boleh saja nak kata, “Aku ni memang macam ni. Cakap memang kasar.” Sangat berbeza bila kalian bekerja. Bila nadanya tak betul, tak ada perkataan lain dari kami untuk kalian selain kurang Ajar.

“Saya tak suka nak marah-marah di media sosial. Tapi hari ni tak boleh tahan sebab dah beberapa kali dapat layanan yang kurang baik dari Pegawai Khidmat Pelanggan. Apa yang mahu kami tegaskan, kami hanya buta bukan bodoh. Tolong layan kami sebagai orang yang tak bodoh,”kongsinya meluah rasa.

 

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Cerita Lain

Wan Screen Meninggal

Adik Wan Screen Luah Rasa Sebak, Abangnya Meninggal Ketika Dalam Tidur

Wan Screen meninggal dalam tidur, disahkan ada masalah jantung. Kembali pada Pencipta secara tiba-tiba, namun menjadi rezekinya pergi di bulan yang mulia.