Ternyata ayah yang prihatin akan cakna keperluan anak di dunia hingga akhirat dan bukan sekadar penuhkan keperluan hidup anak semata-mata.
Semenjak anaknya dilahirkan, seorang ayah yang prihatin akan fokus yang terbaik buat anaknya sama ada keperluan di dunia dan akhirat.
Bukan sekadar mahu anaknya pandai membaca saja, malah turut mempersiapkan anaknya untuk pandai mengaji Al-Quran dan solat.
Bukan Sekadar Penuhkan Keperluan Hidup
Kongsi Mohd Fhais Salim, begini caranya menjadi ayah yang prihatin…
Bukan sekadar nampak makan, minum, pakaian, tempat tinggal dan sekolah anak-anak sahaja.
Prihatin pada sesuatu yang boleh nampak di mata dan sekadar memenuhi keperluan hidup.
Kang tak makan jatuh sakit pula anak tu.
Ini prihatin juga, tapi prihatin level paling rendah!
Ads
Ayah Prihatin Cakna Keperluan Anak Dunia, Akhirat
Ada 3 level prihatin yang semua ayah-ayah kena tahu.
1. Prihatin level rendah ( fizikal ) :
– pastikan anak cukup makan dan minum.
– pastikan anak berpakaian selesa.
– sediakan tempat tinggal yang selamat.
– ikut keperluan perkembangan anak.
2. Prihatin level sederhana ( emosi ) :
– beri anak sentiasa rasa selamat
– buat anak rasa selesa dan bahagia
– lindungi anak dari tekanan emosi
– buat anak rasa dirinya berharga
– perkembangan emosi dan mental dia sihat
3. Prihatin level tertinggi ( jiwa ) :
– ajar anak tentang tujuan hidup dia
– mengajar anak tentang siapa diri dia yang sebenar
– ajar anak apa fungsi dia di muka bumi
– mengajar anak fahami konsep syukur
– ajar anak kenal siapa Tuhan yang disembah
Ayah Prihatin
Ayah yang prihatin akan cakna pada keperluan anak dari dunia sampai akhirat.
Ads
Seorang ayah yang prihatin akan cakna supaya anaknya tidak sesat sampai bila-bila.
Ayah yang prihatin akan cakna dengan hala tuju hidup dan mati anaknya.
Ayah yang bijaksana akan meninggalkan anak yang soleh dan solehah sebagai bekalan di hari pembalasan.
Tak sangka masih wujud manusia kanibal di dunia ini, yang ‘berselera’ makan daging manusia malah melibatkan pasangan suami isteri!
Sukar untuk dipercayai, begitulah ungkapan yang sesuai mengenai pasangan suami isteri kanibal yang didakwa membunuh 20 wanita untuk dijadikan sebagai santapan mereka.
Juan Carlos dan isterinya, Patricia masing-masing mengaku terhadap pertuduhan mengamalkan kanibalisme di Mexico.
Lelaki itu dikatakan mempunyai perasaan benci yang melampau terhadap kaum wanita dan gemar menyeksa mereka secara seksual sehingga mati.Lebih teruk, mangsa yang dibunuh dengan tergamaknya mereka akan jadikan sebagai makanan anjing peliharaannya.
“Saya lebih suka anjing saya makan daging wanita-wanita itu daripada biarkan mereka hidup dan bernafas dalam oksigen yang sama dengan saya,” ujar Juan sewaktu disoal siasat oleh pihak berkuasa.
Hidap Masalah Mental Sejak Kecil
Juan turut mendedahkan dia dipaksa menonton aksi seks ibunya bersama beberapa lelaki dan diarahkan memakai pakaian wanita, suatu ketika dahulu.Penyiksaan itu dikatakan menjadi antara penyebab kenapa dia begitu membenci wanita sehingga sanggup membunuh mereka.
Selain Juan, isterinya, Patricia turut disahkan menghidap masalah mental sejak kecil.Namun, pakar psikiatri mendakwa, pasangan itu masih lagi boleh membezakan perkara yang betul atau salah, sekali gus menolak pengecualian hukuman atas sebab kesihatan mental.
Menurut pegawai psikiatri, Juan turut mendedahkan yang dia akan berterusan membunuh wanita jika dia dibebaskan dari penjara.
Sementara ittu, Ketua Polis Mexico, Alejandro Gomez menyifatkan pembunuhan bersiri yang dilakukan pasangan itu sebagai sesuatu yang menakutkan. Dalam satu pendedahan berlainan, Patricia juga dikatakan pernah memberi arahan supaya Juan memotong kaki mangsa wanita untuk dijadikan sebagai hidangan stik yang dimakan oleh mereka berdua.
Macam-macam hal dan masalah ada di dunia ini. Cukup menakutkan. Semoga kita terhindar daripada segala musibah dan ancaman sebegini.
Bila ulser menyerang anak kecil, dia akan merengek 24 jam. Pertama, disebabkan mulut yang luka terasa pedih setiap kali terkena makanan. Sudahnya anak elak makan. Bila dah lebih 24 jam tak makan, minum apatah lagi berlaparlah anak kita tu.
Lama-kelamaan kembung dan masuk angin. Kadang kala boleh membawa kepada demam disebabkan ulser. Kalau anak anda alami ulser cepat-cepatlah bawa ke klinik kerana doktor yang merawat akan bekalkan ubat oral untuk redakan ulser dan kalau anak demam, doktor akan beri ubat demam.
3 Panduan Redakan Ulser Anak Tanpa Ubat
Bekalkan Vitamin C
Salah satu punca berlakunya ulser disebabkan anak kecil kita itu kekurangan vitamin C dalam badannya. Sebab itulah, mak boleh bekalkan vitamin C sebaiknya yang fresh atau semula jadi. Misalnya buah kiwi, oren, limau, jambu dan seumpamanya.
Kalau anak tak boleh mengunyah, kisar jadikan jus. Beri sedikit demi sedikit tetapi kerap. Jangan pula memaksa si kecil ya. Kalau dia masih enggan, pujuklah perlahan-lahan. Lagipun, mak akan lebih memahami bagaimana cara terbaik memujuk si kecilnya makan vitamin.
Beri Lebih Banyak Protein
Ulser juga disebabkan kekurangan protein dalam tubuh si kecil. Ibu boleh berikan susu pada anak. Kalau anak tak minum susu, boleh beri susu coklat atau berperisa yang dijual di pasar raya.
Berilah sekerapnya pada anak kecil anda. Dalam pada itu, janganlah beri dulu anak kita makan yang pedas-pedas yang boleh menyakitkan luka di mulut mereka.
Minum Air Masak
Jangan sampai anak kurang air dalam badan. Walaupun dia enggan makan, jangan sampai ibu tak berikan air masak atau mineral pada anak. Sebabnya kalau tubuh anak kurang air, dia akan jadi letih dan lesu.
Walaupun anak minum sedikit saja tak mengapa, jangan marah mereka. Sebab kita yang tua ini pun kalau kena ulser sakitnya tuhan saja yang tahu. Inikan pula anak kecil kita. Kalau tak boleh minum direct dari cawan, ibu boleh cuba sudukan.
Sabar Jaga Anak Sakit
Ketika anak diuji dengan kesakitan, mereka akan kerap merengek. Kadang kala kita tak faham apa yang sebenarnya mereka mahukan. Mak jangan cepat melenting ya, sabar… ujian anak sakit juga satu ujian keimanan dan penambah pahala buat si ibu atau penjaga anak yang sedang sakit itu.
Banyakkanlah istighfar sepanjang berhadapan ujianNya. Semoga kesabaran kita itu memberi ruang kelapangan menguruskan anak-anak dan dipermudahkan olehNya dalam setiap urusan.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Bagi sebahagian pasangan suami isteri, handphone antara barangan peribadi yang boleh dikongsi dan tiada rahsianya.Isteri tahu password, bebas boleh buka handphone suami dan begitu juga sebaliknya.Namun ada juga pasangan yang begitu berahsia dan tak suka berkongsi, walaupun dah berkahwin bertahun-tahun lamanya.Anggap ia kekal barangan peribadi.
Suami Nekad Saman
Seorang lelaki yang berang selepas isterinya membuka dan membaca WhatsaApp miliknya secara sembunyi, telah nekad menyaman wanita itu.
Kejadian berlaku di Arab Saudi selepas lelaki itu sedar pergerakannya dipantau secara sembunyi oleh isterinya selama sembilan bulan.Lelaki berkenaan menganggap tingkah laku isterinya itu sebagai salah satu jenayah siber.
Salin Data
Dilaporkan wanita berkenaan sudahpun menyalin semua data termasuk klip video dalam aplikasi WhatsApp milik suaminya.
Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai perkara berkenaan kerana mahu menjaga aib, namun memilih untuk berpisah dengan suaminya.
Lelaki itu pula enggan berpisah dan memilih untuk menyelesaikan masalah berkenaan secara aman.
Dalam pada itu, orang ramai dinasihatkan agar berhati-hati dalam menggunakan perkhidmatan WiFi percuma ditempat awam, kerana dikhuatiri akan digodam dan data peribadi akan diceroboh dengan lebih mudah.
MW: Setuju ke, handphone pasangan adalah barangan peribadi yang tak boleh dikongsi, dibuka tanpa izin? Tapi secara rasionalnya, jika tiada yang ‘pelik-pelik’ atau tak buat hal, tiada apa pun yang perlu dirahsiakan.
Live TikTok Fattah, Amira raih lebih 50 juta ‘likes.' Pasangan baharu mendirikan rumah tangga, Fattah Amin, 35, dan Amira Othman, 32, sekali lagi menjadi perhatian ramai apabila sesi siaran langsung mereka di TikTok mencatatkan lebih 50 juta tanda suka selain ditonton lebih 150,000 kali setakat jam 10.40 malam, Isnin.