Awas! Obesiti Adalah Penyakit Kronik. Sila Hadam Penjelasan Doktor Ini

Berasaskan Tinjauan Kesihatan Sedunia dan Morbiditi Kebangsaan 2015, dikatakan satu daripada tiga dewasa berusia lebih 18 tahun mempunyai berat badan berlebihan dan 30.6 peratus mengalami obesiti.

Pakar Runding Endokrinologi, Hospital Putrajaya, Dr Zanariah Hussein menjelaskan obesiti boleh didefiniskan sebagai pengumpulan lemak berlebihan atau abnormal yang boleh merosakkan kesihatan.

Indeks jisim tubuh (BMI) merupakan indeks yang digunakan bagi mengkelaskan berat badan berlebihan dan obesiti orang dewasa.

Di peringkat dunia, mereka yang dikelaskan mengalami masalah berat badan berlebihan adalah mereka yang mempunyai BMI lebih 25 kg/m2. Mereka yang memiliki BMI 30 kg/m2 dikelaskan sebagai obes.

Bagi orang Asia pula, mereka yang mempunyai BMI lebih dari 23 kg/m2 dikelaskan sebagai mereka yang mempunyai berat badan berlebihan. Manakala yang dikelaskan sebagai obes memiliki BMI lebih dari 27.5 kg/m2.

Penyebab Obesiti

Jelas Dr Zanariah, obesiti boleh disebabkan oleh perubahan mendadak dalam persekitaran makanan. Maksudnya, pada masa sekarang kebanyakan daripada kita lebih suka mengambil makanan dalam jumlah yang lebih banyak. Malah jika ada pilihan kebanyakan daripada kita akan memilih saiz hidangan yang besar daripada sepatutnya.

“Faktor-faktor lain penyumbang kepada obesiti termasuklah masalah kurang tidur, stres, tidak aktif dan pengubahsuaian epigenetik.

Walau apa sebabnya, obesiti adalah kesan apabila tubuh lebih kerap mengambil kalori daripada menggunakan kalori yang telah diambil itu. Keadaan ini sekali gus membawa kepada penyimpanan lemak berlebihan dan penambahan berat badan,” jelasnya lebih lanjut.

IKLAN

Komorbiditi Akibat Obesiti

“Obesiti juga boleh dikaitkan dengan komorbiditi (dua atau lebih penyakit yang dihidapi secara serentak pada masa yang sama dan mungkin saling berkaitan atau tidak jelas hubungannya) serius dan mengurangkan jangka masa hidup,” jelas Dr Zanariah.

Lebih kurang lebih 50 penyakit dikaitkan dengan obesiti. Antaranya:

  1. Diabetes Tahap 2

Penyakit ini berlaku apabila tubuh tidak dapat menghasilkan insulin secukupnya atau mengalami rintangan insulin, membawa kepada peningkatan tahap gula dalam darah. Penyebab utamanya tidak difahami. Namun begitu obesiti adalah faktor risiko utama.

  1. Hipertensi

Mekanisma obesiti berkaitan hipertensi tidak difahami. Peningkatan tekanan darah boleh meningkatkan risiko penyakit jantung.

  1. Apnea Tidur Obstruktif

Masalah ini berlaku apabila laluan udara semasa tidur terganggu berikutan peningkatan tekanan lemak berlebihan pada laluan udara. Tidur yang terganggu boleh membawa kepada masalah penambahan berat badan melalui peningkatan selera makan.

IKLAN
  1. Beberapa Jenis Kanser Tertentu

Contohnya kanser pankreas, kolon dan payudara. Ada kajian menunjukkan ia berikutan tahap hormon dan keradangan yang telah diubah.

  1. Penyakit hati berlemak
  2. Osteoarthritis
  3. Sakit belakang kronik
  4. Kemurungan
  5. Ketidaksuburan wanita

Peringkat Rawatan

Dr Zanariah menjelaskan terdapat beberapa peringkat rawatan obesiti.

  1. Kombinasi rawatan selepas pembedahan.
  2. Pembedahan mengurangkan berat badan.
  3. Endoskopi dan alatan perubatan.
  4. Ubatan.
  5. Rawatan nutrisi perubatan.
  6. Perubahan gaya hidup secara professional.
  7. Perubahan gaya hidup secara peribadi.

Walaupun begitu mengekalkan berat yang telah dikurangkan itu satu cabaran besar kepada setiap individu. Penyelidik mengesyorkan tindakbalas fisiologi berikutan pengurangan berat badan boleh mencetus kembali peningkatan berat badan.

Awas! Obesiti Adalah Penyakit Kronik. Sila Hadam Penjelasan Doktor Ini
Dr Shweta Uppal, Mr Richard Abela, Dr Sue Pedersen, Dr Zanariah Hussein ketika pelancaran Saxenda.

Rawatan Menggunakan Ubatan

Naib Presiden & Pengurus Besar (Malaysia, Singapura, Brunei, Sri Lanka dan Maldives) Novo Nordisk Pharma (M) Sdn Bhd, Richard Abela berkata mereka yang hidup dengan obesiti bukan sahaja mahu mengurangkan berat badan tetapi juga peningkatan tahap kesihatan dan menikmati kualiti kehidupan lebih baik.

IKLAN

Berikutan dengan itu Novo Nordisk telah mengumumkan pelancaran Saxenda (liraglutide 3.0 mg), ubatan preskripsi diluluskan oleh Kementerian Kesihatan.

Ubat ini boleh digunakan bersama diet kalori-rendah dan peningkatan aktiviti fizikal untuk pengurusan berat badan jangka panjang dalam kalangan dewasa yang mengalami obesiti  atau berat badan berlebihan beserta penyakit berkaitan berat badan (seperti tekanan darah tinggi, kolesterol tinggi, diabetes jenis dua atau apnea tidur obstruktif).

Kurangkan Berat BadanSatu Cabaran Besar

Pakar Runding Endokrinologi, Klinik Diabetes & Endokrinologi C-ENDO Kanada, Dr Sue Pedersen menjelaskan bagi kebanyakan orang yang hidup dengan obesiti, usaha mengurangkan berat badan dan mengekalkan kehilangan berat merupakan satu cabaran besar.

“Banyak faktor termasuk faktor genetik, mempengaruhi kecenderungan untuk menambah berat badan dalam konteks persekitaran kita yang menggalakkan obesiti.

“Dalam kes obesiti yang lebih serius, kita mungkin perlu mempertimbangkan rawatan invasif  seperti pembedahan bariatrik. Dengan pelancaran Saxenda, ahli professional dalam penjagaan kesihatan mempunyai pilihan alternatif untuk membantu pesakit mengurangkan berat badan dan penyakit yang berkaitan di peringkat awal,” kata Dr Sue.

Empat kajian klinikal skala besar melibatkan lebih daripada 5,000 pesakit telah dijalankan untuk menilai keberkesanan ubat ini dalam pengurangan berat badan. Kajian mendapati ubat ini menyebabkan pengurangan berat badan jauh lebih ketara dalam kalangan pesakit berbanding placebo.

9 dari 10 pesakit telah mengurangkan berat badan dengan ubat ini apabila dilakukan bersama amalan diet serta senaman.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI