
Atikah Suhaime selesa tinggal dengan mentua, suami nakal boleh terus mengadu. Kongsi pelakon Datin Atikah Suhaime, dia masih selesa untuk terus menetap bersama keluarga mentuanya biarpun sudah memiliki cahaya mata.
Atikah Suhaime Selesa Tinggal Dengan Mentua

Menurut Atikah atau nama lengkapnya, Nur Atikah Mohd. Suhaime, 35, keputusan tersebut diambil kerana ingin mengubati rasa rindu terhadap ibu bapanya yang menetap di Singapura.
“Ya, saya masih nak tinggal dengan mentua walaupun ada anak. Mungkin sebab saya rindu ibu bapa di Singapura.
Jadi, mentualah pengubat rindu. Kalau Ramadan tak terasa sangat sedih jauh dari mama papa,” katanya dalam sebuah video TikTok.
Suami Nakal Boleh Terus Mengadu

Mengulas mengenai rahsia keharmonian tinggal serumah dengan mentua, pelakon drama Lagenda Budak Hostel itu juga menjelaskan sudah menganggap keluarga suaminya seperti ibu bapa kandung sendiri.
“Ada orang tanya, macam mana boleh tahan tinggal dengan mentua. Macam inilah, saya anggap mentua sama macam mama papa.

“Kalau mama papa saya sendiri tegur, tak adalah terasa hati. Jadi, saya jaranglah terasa hati kalau mentua tegur sebab dah macam ibu bapa sendiri.
“Lagi satu seronoknya, setiap kali kalau suami degil atau nakal saya terus mengadu ke mentua. Mereka akan marah suami,” ujarnya.
Selain itu, Atikah meluahkan rasa syukur dikurniakan keluarga mentua yang sangat menyayanginya, selain dapat merasai kemeriahan suasana berbuka puasa dalam keluarga yang besar.
“Alhamdulillah, rezeki saya dapat mentua yang baik. Lagipun sunyilah kalau Ramadan cuma saya dan suami saja.
“Mungkin sebab waktu kecil, saya dah biasa Ramadan meriah dengan adik-beradik, arwah atuk dan nenek, mama, papa dan pak cik semua,” tuturnya.
Suka Masak Sediakan Juadah
Sebelum ini, Atikah sering meraih perhatian netizen apabila kerap berkongsi video menyediakan juadah buat 10 ahli keluarga mentuanya.
View this post on Instagram
Dia juga sangat disayangi ibu mentua sehingga pernah menerima hadiah seutas rantai leher sebagai penghargaan selepas melahirkan cahaya mata sulung.
Untuk rekod, pada 8 Mac tahun lalu, Atikah mengumumkan selamat melahirkan anak perempuan sulung hasil perkahwinannya dengan usahawan, Datuk Lokman Teh.
Pasangan tersebut bernikah pada 21 Januari 2024 dalam sebuah majlis tertutup yang dihadiri keluarga dan sahabat terdekat.
Sumber video: Atikah Suhaime
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!




