Sebolehnya semua mak ayah nak didik anak berjaya dunia akhirat, malah apabila melihat anak-anak yang cemerlang, kita bukan sekadar mahu tahu rahsianya belajar dan berusaha tetapi juga cara didikan ibu bapanya yang banyak membentuk peribadi mereka sejak kecil.
Dan alhamdulillah, ini salah satu contoh mak ayah yang berjaya mendidik anaknya dengan keputusan 11 A dalam paparan slip peperiksaan yang dikongsikan oleh seorang cikgu sekolah, Ummu Al Fateh kepada mak ayah di luar sana dan tular beberapa hari lepas di media sosial. Nah, jemput amalkan..
Cara Didik Anak Sampai Berjaya
Kata wanita ini, dia beruntung hari sebab dapat interview ibu kepada pelajar lelaki Melayu ini. Di saat pelajar melayu semakin pupus dalam kelas sains tulen, alhamdulillah ada seorang yang bersinar.
Jadi dia kongsi dengan mak ayah di luar sana apa tip yang maknya amalkan memandangkan semua anak-anaknya 4 orang berjaya (ini yg bongsu):
1. Anak-anak tak dibenarkan belajar dalam bilik masing-masing, semua mesti duduk di meja belajar di ruang tamu. Alasannya, duduk dalam bilik kita tak nampak dia buat apa, betul ke tak belajar.
2. Pukul 8 malam semua mesti dah bawa buku masing-masing duduk dimeja makan.
Ads
3. Pukul 10 masuk tidur.
4. Tak benarkan anak-anak keluar rumah lepak dengan kawan, hatta suruh ke kedai pun tidak pernah kerana itu boleh dijadikan alasan untuk melepak.
5. Keluar mesti dengan ibu bapa. aalasannya apabila anak umur 18 tahun mereka sendiri akan keluar jauh (sambung belajar) maknya percaya umur 18 baru umur terbaik untuk mereka bebas dan cukup matang untuk pilih kawan yang betul.
6. Ayahnya serius tapi baik,ayah tak pernah pukul/cubit anak. Yang dibenarkan mak sahaja. (Ayah dia tunggu dalam kereta tak dapat naik sebab parking penuh, rugi tak dapat intview sekali)
Ads
7. Kena mula dari darjah 1, pukul 8 malam terus duduk di meja. Jadi dah terbiasa, bila sekolah menengah dah tak perlu suruh, anak otomatik pegang buku jam 8 malam.
8. Tak pernah pergi tusyen, jika tak faham kena tanya kawan yang lebih pandai disekolah.
Pastinya mak ayah zaman sekarang cukup risau dengan anak-anak, apa lagi apabila segalanya boleh dapat di media sosial. Nak kawal pun tak mudah, namun mak ayah wajib gali betul-betul watak anak. Sama ada di rumah dan di sekolah, itu mak ayah kena ambil tahu.
Berbalik kepada cara ibu ini, apabila disoal tentang penggunaan handphone pada anak dan internet, dia tetap bagi tetapi ada masanya. Malah anak-anaknya juga tetap berkawan dan dia kenal semua kawannya. Kongsinya…
Ads
“Petang-petang dia main game. Kena bagi jugak tak boleh sekat saya faham dia remaja. Kita tak nak dia memberontak, asal dia tak melepak sudah. Kawan-kawan dia datang rumah kami main game tapi anak saya takkan keluar dari rumah. Saya kenal semua kawan-kawannya.”
Ayat terakhir daripada maknya memang power…
“Cikgu, apa-apa pun asasnya dari rumah, daripada ibu bapa. Saya tak boleh nak harapkan cikgu saja, cikgu pun ramai anak murid lain lagi. Cikgu dah banyak membantu saya didik dia. Terima kasih cikgu”
Haa… nampak tak apa yang mak ayah patut ubah dalam sikap mendidik anak? Gaya maknya menjawab pun cukup humble, patutlah anak-ananya sangat menghormati guru.
Apa pun, moga kita mampu mencorakkan anak-anak dengan aura positif dan didiklah anak mengikut zamannya. Dan apa yang paling penting, mak ayah perlu terapkan kepada anak takut kepada Allah.
In shaa Allah, moga bermanfaat.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Berapa ramai yang suaminya rajin ambil alih tugas basuh kain, memasak, kemas rumah. Lagi-lagi bila isteri pun turut sama menyumbang kewangan dalam ekonomi keluarga. Sama-sama cari rezeki kata orang.
Jadi suami pun taknak bebankan isteri, dia membantu sama. Apa perasaan isteri bila suami terlalu baik hati membantu isteri serba serbi. Cuba fahamkan luahan ini.
Saya Serba Salah Dengan Suami, Dia Terlalu Baik
Saya dan suami sama-sama bekerja. Suami saya office hour dan saya pun sama. Ye lah dengan kos hidup sekarang, saya bekerja walau dilarang oleh suami tapi saya berkeras juga. Bila dipujuk akhirnya suami izinkan saya bekerja.
Suami melarang keras saya menolong dia membayar segala apa bill dan barang dapur dalam rumah. Duit nafkah saya dia tetap beri segala semua dia tetap sediakan. Pernah sekali bila saya bz, suami sudah pun masak. Saya balik kerja, suami peluk saya. Siap cakap pergi mandi-mandi nak makan sama… rindu…
Ya Allah… saya serba salah dengan suami… Saya malu… sebab kain pun dia basuh. Kalau hari cuti kami sama. Suami saya akan suruh saya berehat saja dengan anak dan suami akan siapkan semua kerja di rumah.
Saya rasa bersalah kerana itu semua kerja saya. Bila saya tegur suami, suami akan cakap itu semua tanggungjawab abang. Makan minum Ayang wajib abang sediakan. Suami akan cakap macam tu kat saya.
Gambar sekadar hiasan
Saya takut nanti keluarga mak mertua saya cakap saya yang bukan-bukan. Jadi saya call mak mertua saya dan luahkan semua. Tetapi dia tak marah malah mak mertua saya cakap “Alhamdulilah.. anak mak boleh jaga menantu dan cucu mak” Cuma saya rasa segan dengan suami sebab suami terlalu baik sangat.
Tapi sekarang saya akan memujuk suami untuk duduk berehat saja dan biar saya yang uruskan hal rumah seperti masak dan basuh kain termasuk mengemas rumah.
Alhamdulilah… suami saya masih lagi dengan ringan tulang nya.. Sesungguhnya saya bersyukur sangat Allah pinjamkan saya seorang suami yang sangat baik.
***status sape la ni.. bertuah betul badan. Kemain tekun lagi bace ehhh..Tak tau sape punye***
Haa.. kisah ni hakak jumpa masa fbwalking tadi.
Walaupun cuma satu anganan seorang isteri tapi hakak tetap terkesan.
Sebabnya tipulah takde isteri yang berimpian dapat seorang suami sebaik dan seprihatin ini. Pasti ada kan. Sebab itu hakak share dalam ini juga. Sebab ia mewakili perasaan seorang isteri yang berdoa agar dikurniakan suami se prihatin ini.
Jadi, kongsilah dengan suami masing-masing. Moga mereka terinsofff baca harapan seorang isteri ini.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Bila tengok rumah ada kecil bersepah, janganlah tahu nak kritik. Bukannya mak ayah selesa duduk dalam rumah yang penuh dengan mainan tetapi selepas kemas dalam 10 minit pun bersepah balik segala barang permainan.
Malah kadang mana ada masa nak susun barang dengan rapi, nak layan karenah anak lagi. Tetapi kalau ada yang rasa rimas dan tak puas hati, jemput renungkan perkongsian Puan Surina Shahril Rayyan ini…
Bila Rumah Ada Anak Kecil
Bila rumah ada anak kecil jangan lah terlalu menggunung tiggi harapan yang rumah kamu tu akan bersih 24jam…sebab anak-anak ni dia belajar ketika bermain. Sambil makan nasik time tu laa die nak buat renjis-renjis di pilis…. habis di renjis nasi ke sana sni… kau pkir mak kau duduk kat kusi ni tengah tunggu pegantin lelaki ke dik.
Bila rumah ada anak kecil ruang tamu tu ibarat syurga anak-anak…sebab apa? Sebab luas…punya besooo ruangan tu makin banyak laa akal die….mse tu la tetibe korng akn jumpe mainan tecabut tayar laa…kertas tekoyak2 la..pensel color patah patah laa…silap-silap baldi pun blh ade kat ruang tamu tauu…sebb die punya explore 1 rumah tu mmg x tercapai dek akal..dengan benda-benda tu la dia bina kereta..bina keretapi la..tepijak mainan die yg kecil-kecil tu pun benda biasa.
Bila rumah ada anak kecil bilik air pulak ibarat sunway lagoon utk mereka…kalau di biar mandi sendri sila prepare dri supaya x btukoo ijoo…sila prepare diri supya x terpacul suara bang sajat sebb anak-anak ni kalau die mandi sorang2 mmg depa lupa tu bilik air bknnya wet world… habis die basuh 1 blik air..tu blm lagi die habis kn 1 botol shampoo..1 botol sabun….air belayar2 kat lua blik air..silap2 nko pun blh tegolek jatuh (ok penah alami)
Rumah yang ada anak kecil ni memang selalu besepah…susah nak jumpa yang tak bersepah….10x kemas pun tetap besepah..tu bukan LUAR BIASA..tu BIASA!
Salah Ke Kalau Marah?
Kita marah sikit-sikit boleh tapi jangan marah sampai menyentak emosi mereka…sebab bermain sambil belajar tu mmg sikap anak-anak…mereka x paham pun pasal sepah-sepah tu lagi-lagi kalo usia below 3y..cakap la mcm mana pun mmg mereka tak paham.
Kite beruntung rumah bersepah tu tandanya rumah kita di serikan dengan anak-anak kecil… jika di beri plihan kepada mereka yg tiada anak pasti jawapan mereka” tak kisah rumah besepah asal dikurniakan anak…dapat 1 pun jadi lah”
Jadi redha laa rumah anda besepah… walau mak kau ni dik kadang-kadang da bukan ijoo da muka…Kelabu..itam hanguss smuaa ada bila tgk ko sepah kn rumah…. yang penting mak kau walau singaaa tp hati mak kau suweet.
Masa Yang Sesuai Nak Kemas
Sebenarnya kalau nak kemas rumah yang ada anak kecil ini ada caranya, jangan kemas waktu si comel sedap memunggah tapi elok simpan segala mainan waktu malam. Senang cerita, waktu anak dah tidur. Jadi… waktu malam sajalah waktu mak-mak nak tengok rumah cantik tersusun. Mudah, kan?
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Isteri Shukri Yahya sebak, tak pernah sangka dapat rezeki duduk rumah baru dan paling penting rumah yang dimiliki sendiri.
Begitulah luahan isteri tercinta hero drama TV popular yang juga pemilik nama sebenar Siti Nurfatihah Ahmad Adnan atau lebih senang disapa dengan panggilan Tya Adnan.
Isteri Shukri Yahya Sebak
Ibu kepada dua cahaya mata, Aaira Ameena dan Maleeq Mikayl ini juga tidak menyangka selepas berkahwin pada tahun 2015 akhirnya dia dan suami akhirnya dapat membeli sebuah rumah dengan hasil titik peluh sendiri.
“Sebenarnya, perasaan masuk rumah baru masih tak percaya. Tengok video unboxing sofa pun boleh jadi sebak.
“Sebab apa? Sebab tak pernah sangka akan dapat rezeki duduk rumah baru, duduk rumah sendiri.
Berbisik Sendiri Teringin Nak Pindah Rumah Baru
“Sebelum ni selalu tengok orang pindah rumah, renovate rumah cantik-cantik. Ya Allah. Suka sangat-sangat tengok!
Dalam hati selalu cakap
“Bestnyaaa!!”, “Teringinnyaaa..”
Sambil Doa Dalam Hati
“Ya Allah permudahkanlah urusan rezeki kami sekeluarga Ya Allah.
“Rezekikan kami rezeki yang mencukupi, rezeki yang tak putus-putus, rezeki yang membahagiakan orang sekeliling kami”
“Hari-hari doa. Hari-hari minta dengan Allah. Kadang-kadang doa sambil bawak kereta, pegang stereng kereta tu pun doa. Tengah makan tetiba teringat, doa. Tengah basuh baju tiba-tiba teringat doa.
“Bukan nak kaya raya. Tapi cukuplah sekadar rezeki yang mencukupi, rezeki yang membahagiakan.
Tya & Syuk Bermula Dari Bawah
“Tup tup Allah bagi rezeki duduk rumah baru. Kalau nak tahu, Tya & Shuk masa mula-mula masuk rumah dalam first week tu, kitorang langsung tak rasa macam duduk rumah sendiri. Rasa macam duduk tah mana-mana. Rasa macam dekat tempat orang. Sampai macamtu perasaan kami;
“Sedih sebak, sebab Tya & Shuk bermula daripada bawah. Daripada tak ada apa-apa. Sampailah Allah pinjamkan rezeki sementara ini untuk kami.
“Allah maha mendengar. Doa tanpa jemu. Ok taip ni sambil juraiiii ayaq mata. Okbaiiii
“By the way, i nak say thank you to my husband @shukriyahaya for everything,” tulis Tya seperti mana di kongsi menerusi akaun rasmi Instagramnya.
Alhamdulillah dengan rezeki yang diberikan oleh Allah SWT. Semoga pasangan ini dimurahkan lagi rezeki.
Pelajar tingkatan tiga trauma dipercayai Dirogol dua pelajar senior di dalam kelas dan dirakam video. Seorang pelajar perempuan Tingkatan Tiga di sebuah sekolah menengah di Alor Gajah dilaporkan mengalami trauma teruk dan enggan ke sekolah selepas dipercayai menjadi mangsa rogol bergilir-gilir oleh dua pelajar lelaki senior.