Anita Baharom Selamat Bernikah “Terima Kasih Anak-Anak Kerana Merestui Perkahwinan Ini”

Share

Anita Baharom Selamat Bernikah. Tahniah diucapkan buat pelakon Anita Baharom yang telah selamat bergelar isteri kepada Engku Isyamuddin Tuan Losin.

Selepas hampir setahun menjadi balu, Anita diijabkabulkan menerusi sebuah majlis pernikahan yang berlangsung di Bizmilla Garden Hall, One City.

Anita Baharom Selamat Bernikah

Sebelum ini Anita pernah mendirikan rumah tangga dengan penerbit televisyen, Allahyarham Mohd Ismadi, namun, meninggal dunia pada 1 Januari lalu.

Ibu kepada tiga cahaya mat aitu, selamat bergelar isteri selepas suaminya, Engku Isyamuddin melafazkan sekali akad jam 11.50 pagi tadi.

Pasangan itu dinikahkan abang Anita, Zulkifly Baharom dengan mas kahwin berupa tiga dinar emas.

“Alhamdulillah saya bersyukur kerana majlis pada hari ini berjalan dengan lancar.

“Saya berterima kasih kepada anak-anak kerana merestui perkahwinan ini serta ahli keluarga di dalam memastikan kelancaran majlis pada hari ini,” kongsi Anita.

Hasil perkongsian hidup selama 16 tahun bersama arwah suami, Anita dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Syifa Dhia Nurina, 15, Mohamad Dhia Iskandar, 11, dan Mohamad Dhia Mikail, 8.

Kenali Suami Sejak 2017

Majlis pernikahan pagi tadi dimulakan dengan acara khatam Al Quran oleh pengantin lelaki.

Anita yang mengenali suaminya sejak 2017 tetapi hanya kembali berhubung selepas melalui tempoh edah pada Mei lalu.

Anita dan suami juga memanjatkan rasa bersyukur selepas segala yang dirancang telah selamat.

Baca Disini : “Syurga Ita Dah Tak Dak Mak” Hari Ibu Bertukar Episod Sedih. Anita Baharom Kehilangan Bonda

Peritnya Kehilangan Ayah Sejak Dari Kecil, Anita Baharom Tak Sangka Anak-Anak Lalui Pengalaman Sama

Follow kami di Facebook , Website , Instagram, YouTube , Twitter , Telegram MW dan TikTok Mingguan Wanita untuk mendapatkan info, berita terkini serta artikel-artikel menarik. 

Rajinnya Datuk Sheila Majid Berolahraga Untuk Pastikan Badannya Sentiasa ‘Fit’

IKLAN