Aduhai! Sedihnya tengok sikap masyarakat kita yang degil. PM dah cakap stay at home, jadi duduklah diam-diam di rumah. Ini tidak, bukan je merayau ke sana-sini, diheretnya sekali anak-anak ke tempat awam.
Tindakan ini mendedahkan anak-anak pada bahaya. Dalam bahasa kite-kite, SAJA MENGUNDANG NAHAS!. Anak-anak tak tahu bahaya Covid-19, mak ayah yang berakal kenalah bertanggung jawab dan main peranan.
Macam tu juga dengan golongan yang bergondong-gondong pulang ke kampung. Semua orang pun risaukan mak ayah di kampung, semua orang pun rindu bukan awak seorang je. Tapi fikirlah secara rasional, ada sebab kenapa PM buat Perintah Kawalan Pergerakan. Tujuannya nak putuskan rantaian virus. Pulang ke kampung seolah-olah kita membawa ‘penyakit’ kepada mak ayah. Inikah ‘hadiah’ yang dinanti mak ayah daripada anak, menantu dan cucu kesayangan?
Ads
Bukan tak bagi balik kampung, TUNDA sekejap buat masa ni. Kepada bakal raja sehari, bawak-bawaklah bertenang. Sebaik-baiknya tunda sekejap niat murni kalian. Asam di darat, garam di laut, dalam kuali bertemu jua. Kalau dah jodoh tak ke mana.Tapi kalau nak juga, PM dah bagi green light akad nikah dulu kenduri kemudian. Kita kena matang dan fikirkan keselamatan diri, keluarga dan masyarakat.
Ads
SH: Allah Tegur Dengan CARANYA
Sentiasalah belajar melihat sesuatu dari sudut pandangan yang mendalam, saat itu kita akan lebih berasa malu dan diri kerdil dengan kebesaran Allah. Begitu juga dengan kes Covid-19.
Bongkaknya manusia dengan pencapaian diri sehingga merasa begitu hebat. Maka Allah datangkan covid 19, ia merebak di seluruh dunia dalam masa yang singkat. Hanya dek virus yang begitu halus, nyawa manusia boleh melayang.
Ads
Kejadian ini jelas menunjukkan kekuasaan Allah, betapa hidup kita fragile. Lemahnya kita sehingga virus itu meragut nyawa. Dalam ujian ini, Allah satukan kita dengan keluarga DENGAN CARANYA.
Perintah Kawalan Pergerakan, jika kita perhalusi adalah cara Allah mahu kita meluang masa bersama keluarga. Jika tidak kerana virus ini, rutin harian kita sibuk sehingga tiada masa untuk keluarga.
Banyak lagi yang kita boleh pelajari daripada kejadian ini. Antara lain, perintah Allah mengenai makanan halal, menjaga kebersihan dan kesihatan serta bekerjasama. Jaga diri, sayangi keluarga dan sentiasa peka dengan keadaan sekeliling. Semoga kita semua sentiasa dalam dakapan kasih Allah.
Bebel sebab sayang, bebel sebab amanah…Sayang semua.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Demi rakaman gambar sempurna, wanita ini sanggup bahayakan nyawa minta selamatkan kamera walaupun sudah hampir lemas.
Macam-macam kepuasan manusia sekarang, kadangkala demi mengejar “content” dan viral mereka sanggup memperjudikan nyawa sendiri.
Tak dapat bayangkan jika kejadian ini meragut nyawanya, pasti ia menjadi tragedi hitam sepanjang hidup.
Demi Rakaman Gambar Sempurna
Demi mendapatkan rakaman gambar yang jelas dan sempurna, seorang wanita di Indonesia sanggup membahayakan nyawanya dengan bertindak memegang kayu swafoto meskipun dalam keadaan dilambung ombak kuat sehingga hampir lemas, lapor laman berita Suara.com hari ini.
Menerusi satu kilp video yang tular di media sosial, wanita tersebut pada awalnya dilihat sedang merakam gambar menggunakan kamera yang dipasang pada kayu swafoto.
Wanita Ini Sanggup Bahayakan Nyawa
Tidak lama selepas itu, kelihatan ombak besar menghampiri pantai, dan dalam sekelip mata ombak itu memenuhi kawasan darat sehingga menenggelamkan wanita terbabit.
“Saya berlari mengejar waktu supaya dapat merakam detik-detik ini,” kata wanita tersebut dalam video yang dirakamnya.
Minta Selamatkan Kamera
Meskipun tenggelam timbul di sebalik air laut yang naik ke darat, wanita berkenaan tetap memegang kayu swafoto dalam keadaan dia tersangkut pada dahan pokok dan akar kayu.
Tidak lama kemudian, seorang lelaki muncul untuk menyelamatkannya, namun wanita berkenaan meminta lelaki tersebut untuk memegang kayu swafoto miliknya dan terus merakam gambar tanpa membantunya.
Video itu menjadi tular dengan ramai netizen memberikan pelbagai komen mengenai kejadian tersebut.
“Sempat lagi dia berbuat begitu. Dia fikir dia berada di kolam renangkah?” komen seorang pengguna.
“Pada waktu dia tersepit pada dahan pokok, dia menyuruh orang menyelamatkan kayu swafotonya,” kata seorang lagi netizen. – AGENSI
Mingguan Wanita : Kisah ini harus dijadikan pengajaran buat anak-anak remaja yang terlalu mengikut pengaruh media sosial atau mengejar viral. Jangan dek kerana hendak mengejar populariti sanggup lakukan perkara tak masuk akal dan membahayakan nyawa sendiri.
Ibu dibayar hanya RM33,000 ganti rugi nyawa anak, inilah nilai satu nyawa akibat kecuaian doktor. Rungutan tentang masa menunggu yang lama di hospital kerajaan antara yang sering kita dengar di media sosial.
Satu perkongsian dari seorang ibu, Zila Isa mengenai “perjuangannya” menuntut hak selepas arwah anaknya, Najmi Hariz yang dilahirkan dilahirkan dengan penyakit jantung dan missing limpa (tiada antibodi). Anaknya telah menjalankan major open heart surgery pada bulan 5/2019 namun meninggal pada 14 Februari 2020 akibat kecuaian doktor di hospital kerajaan ketika mendapatkan rawatan selepas mengalami demam. Di mana doktor telah gagal memberikan antibiotik segera kerana mengambil sikap sambil lewa ketika memberikan anaknya rawatan.
Ibu Dibayar Hanya RM33,000 Ganti Rugi Nyawa Anak
Berikut adalah perkongsian di mana katanya, 𝐇𝐚𝐧𝐲𝐚 𝐑𝐌𝟑𝟑,𝟎𝟎𝟎 𝐡𝐚𝐫𝐠𝐚 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝟏 𝐧𝐲𝐚𝐰𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐡𝐢𝐥𝐚𝐧𝐠 𝐤𝐞𝐫𝐚𝐧𝐚 𝐤𝐞𝐜𝐮𝐚𝐢𝐚𝐧 𝐩𝐢𝐡𝐚𝐤 𝐡𝐨𝐬𝐩𝐢𝐭𝐚𝐥 𝐝𝐢 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚.
Ramai yang message bertanya rentetan kisah pemohonan pampasan dari KKM ini. Jadi saya summarykan di sini kerana last time tulis dalam keadaan emosi, mungkin ayat tunggang langgang sikit.
Pampasan untuk kematian arwah anak saya Najmi Hariz pada 14 Feb 2020, di atas kecuaian pihak hospital Serdang diumumkan oleh pihak KKM dan AGC sebanyak RM33,000 sahaja pada bulan 19 Jan 2023, hampir 3 tahun selepas kematian anak saya.
Saya telah membuat rayuan untuk memohon jumlah yang lebih malangnya ditolak mentah2 oleh pihak mereka.
Saya tahu mereka saja main gam, kerana tempoh masa untuk membuka kes di mahkamah hanyalah 3 tahun dari tarikh kematian. Jadi di sini, dia orang dah tau, tangan saya sudah terikat tidak boleh saman tetapi hanya mendapat pampasan.
Berdasarkan perbualan dengan lawyer-lawyer, kes ini tidak patut drag selama ini. But pihak hospital dan KKM tengah cuba selamatkan diri sendiri dengan melewat-lewatkan perkara ini kerana tahu saya mahukan penyelesaian tertutup.
Pada 13 Feb 2020, saya telah hadir ke Hospital Serdang pada jam 10.30 pagi kerana anak saya demam. Pada jam 12.30 tengah hari kami dihantar pulang kerana Dr bertugas mengatakan anak saya hanya demam biasa.
Pada ptg hari, hati kami tidak sedap dan sekali lagi ke hospital serdang dan terus ke red zone. Dr di red zone bertanya, mengapa anak saya dihantar balik, sedangkan ujian darah pagi tadi menunjukkan anak saya sudah ada bacteria infection. Untuk kana2 biasa sudah kena warded, inikan pula anak saya yang baru menjalankan Open heart surgery (pembedahan jantung besar) 8-9 bln yang lalu.
Pelatih-pelatih Dr berkurumun cuba membuat line ke anak saya yg berusia 2 tahun lebih. Mahu berpuluh-puluh injection diberi oleh empat Dr, semua tak dapat line. Anak saya makin sakit dan lemah, dan saya suruh memanggil Paeds kerana nak dapat line budak kecik, bukan mudah untuk pelatih biasa. Saya tiba jam 7.15pm dan dalam jam 8 mlm baru Paeds turun dan membuat line, dengan 1 attempt sahaja.
Saya menerangkan rekod kesihatan anak saya, yang dia di bawah pantauan paeds cardiologist serdang. Dan anak saya yg baru menjalankan operation jantung bergantung nafas kepada shunt yang membantu pam oksigen dan darah dijantungnya.
Dr Paeds menjawab ini isu demam, tiada kena mengena dengan jantung.
Dari pagi saya cuba menerangkan masalah kesihatan anak saya. Dr di sesi pagi hanya scroll dan jawab, panjangnya report anak ni. Tanpa mendengar penerangan kesihatan anak.
Dr malam pula, membuat diagnosis sendiri tanpa tahu keadaan anak. Buku rekod kesihatan anak tidak dibaca sama sekali.
Inilah Nilai Satu Nyawa Akibat Kecuaian Doktor…
Walau disebut byk kali anak saya adalah pesakit jantung dan asplenia (lahir tanpa limpa dan tiada antibodi), jika demam adalah penting dia mendapat antibiotik paling kuat kerana tidak dapat menentang jangkitan bakteria, tetapi Dr masih tidak memberi antibiotik.
Anak saya mula sesak nafas, ketika itu hanya Dr pelatih saja ada. Saya inform Dr dan dia hanya memberi mask oksigen dan suruh pakai. Anak saya menolak-nolak tidak mahu pakai, dan Dr tu hanya jawab, tak pakai memang la sesak nafas.
Sampai jam 11 mlm, tiada rawatan diberikan lagi, mahupun ubat antibiotik yg di minta. Bila melihat anak semakin lemah, saya panggil Dr dan bg warning jika ubat x tiba lagi, dan apa2 berlaku, u will regret n take the responsibility, baru la Dr tu minta ubat antibiotik dan nurse di red zone ambil di Farmasi.
Setibanya ubat tu, Dr sekali lagi mahu membuat line baru untuk masukkan ubat. ketika itu anak saya sedang minum air, dan Dr tu tanpa sabar mencucuk jarum dan ketika itu saya rasakan nyawa anak saya keluar dari tubuhnya, dan terus terkulai pergi tak kembali.
Saya meraung-raung ketika itu, semua Dr bertempiaran lari dan cuba memberi CPR. Masa tu semua Dr pakar ntah dari mana muncul, sedangkan sebelum tu hanya pelatih saja ada. Dr pelatih dan paeds tu terus menghilang selamatkan diri.
Saya memfailkan surat ex gratia (pampasan) dr kes ini sejurus anak meninggal, dan pihak hospital mengaku akan kesilapan ini. Sebagai solusi, Doktor sesi pagi yang menyuruh anak saya pulang ke rumah, telah dipindahkan ke hospital lain. Farmasi di red zone sudah dibekalkan dengan ubat penting. Doktor sesi malam yang bongkak, pihak hospital cakap, dia make salah judgement, tiada tindakan di ambil tapi hanyalah permohonan maaf dari ketua emergency dept.
Kemudian mereka menarik kes ini selama 3 tahun untuk menutup mulut saya untuk ke mahkamah, dan menambahkan pedih kami dengan menolak rayuan pampasan kami.
Adakah RM33,000 itu nilai yang diukur oleh mereka untuk nyawa anak kecil saya? Ini gambar anak syurga saya yang tak pernah saya tunjuk atau mampu tengok sendiri. Walau byk keping saya ambil, smpi ke hari ini saya tak mampu tengok sendiri.
3 tahun gambar ni saya simpan dan tak mampu tengok, hari ini saya kuatkan hati untuk share pada semua, apa akibat kecuaian pihak hospital serdang dan doktor2nya telah buat pada anak saya!
Pengalaman bengkak susu yang pernah dialami bagaikan mimpi ngeri sewaktu dalam pantang selepas bersalin anak pertama.
Pada waktu itu pelakon Ezzaty Abdullah terpaksa melakukan pembedahan selepas disahkan mengidap Breast Abscess (nanah payudara) atau bengkak susu.
Pengalaman Bengkak Susu
Menerusi perkongsian terbaru di akaun Instagramnya, isteri kepada Azwan Kombos ini sekali lagi mengalami bengkak susu sewaktu masih dalam tempoh berpantang selepas melahirkan anak keduanya.
Pada 11 Februari lalu, Ezzaty selamat melahirkan bayi kedua. Sedang menjalani proses berpantang sekali lagi dirinya diserang bengkak susu hingga tiga kali demam.
Namun dia bersyukur kerana kali ini tidak perlu menjalani pembedahan.
“Tiga kali demam menggigil satu badan sebab menahan sakit.
“Sudah hujung-hujung berpantang ni masih kena lagi. Alhamdulillah semuanya ok. Sakit ni penghapus dosa kecil. Syukur tak perlu operate macam dulu,” luah Ezzaty.
Jangan Sampai melarat
Malah Ezzaty juga sempat menitipkan pesanan agar ibu-ibu yang baru melahirkan anak agar jangan pandang ringan tentang hal ini.
“Para ibu kat luar sana, bengkak susu bukan satu perkara yang boleh dibiarkan ye.
“Jangan sampai melarat dan bernanah, nanti kena operate, sakit sangat tau!
“Boleh google “breast abcess” untuk tahu lebih lanjut.
“Saya bukan pakar, saya bercakap melalui pengalaman je. Sila rujuk pakar bila bengkak tak surut ya ibu-ibu,” luahnya.
Menerusi ruangan komen ramai yang mendoakan agar Ezzaty dipermudahkan segala urusan dan cepat sembuh. Malah warganet juga berkongsi pengalaman mereka sendiri bila berhadapan dengan bengkak susu.
Polis mengesahkan nota terakhir suspek tikam berusia 14 tahun dirampas ketika tangkapan, bukan di lokasi kejadian. Frasa “Dunia ini palsu, saya sudah menang” kini disiasat bagi mengenal pasti motif sebenar.