Sesungguhnya dari Allah kita datang dan sesungguhnya kepada-Nya jua kita kembali. Ujian terbesar bagi mak dan ayah apabila anak tersayang ‘pergi’ terlebih dahulu menemui pencipta.
Salam takziah buat pelakon dan penyanyi terkenal, Safura Ya’cob yang berkongsi perkhabaran duka mengenai anak perempuannya, Noor Shafiela yang telah kembali ke rahmatullah, semalam. Ini juga merupakan kali kedua penyanyi ini diuji dengan kehilangan anak perempuan tersayang.
Ciuman Terakhir Mama
Menerusi entri Instagram, penyanyi lagu popular Sedalam Mana Cintamu itu memuat naik kapsyen ringkas serta beberapa hantaran gambar yang memaparkan jenazah anaknya telah dimasukkan di dalam van jenazah. Tanpa berkongsi punca kematian anaknya.
“Alhamdulillah, ciuman terakhir mama buat Not. Wangi seharum kasturi. Semoga Allah tempatkan kamu anak ku Noor Shafiela di dalam syurga Allah. Aamin.” ujarnya.
Ads
Rakan-rakan artis dan para peminat turut bersimpati mengucapkan takziah dan mendoakan kesejahteraan arwah. Antaranya seperti Zarina Zainuddin, Sharifah Shahora, Ezlynn, Wan Rashidah, Sharifah Shahira, Jasmin Hamid dan ramai lagi.
Selain Noor Shafiela, Safura turut mempunyai dua orang cahaya mata, Nurul Natasha Abd Rani dan Muhammad Daniel Khaqim Mohd Khairi menerusi perkahwinan terdahulu. Manakala perkahwinannya bersama pelakon Sahronizam Noor dikurniakan empat orang cahaya mata, Yusoff Firdaus, 12, Zara Nur Aisyah,11, Ariana Sofia,7 dan Nur Aisyah Mariam yang juga telah meninggal dunia pada 2008.
Maria Tunku Sabri mohon sedekahkan Al-Fatihah, dikejarkan ke MAEPS, darah tidak stabil, jantung laju dan demam.
Pengacara dan personaliti TV, Maria Tunku Sabri terpaksa dikejarkan ke Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) untuk mendapat rawatan rapi selepas dijangkiti Covid-19.
Seperti mana yang dikongsi menerusi hantaran sebuah video, Maria menjelaskan dirinya terpaksa dikuarantin di PKRC selepas bacaan darah tidak stabil, degupan jantung laju dan masih demam selepas melakukan pemeriksaan di Klinik Kesihatan Hulu Klang.
Untuk makluman, tiga hari lalu, suaminya telah disahkan positif selepas menjalankan ujian saringan manakala dirinya pula masih negatif ketika itu.
“Pengakhirannya saya ke MAEPS. Lagi tiga hari sahaja kuarantin saya bila diarah ke Klinik Kesihatan Hulu Klang saya gagal bacaan darah tinggi rendah, jantung laju dan masih demam,” kongsi Maria yang sememangnya terkenal dengan sikapnya yang ramah.
Malah Maria juga akui dirinya reda dengan ujian yang mendatang.
“Allahuakbar Subhanallah aku redha, Ya Allah aku terima sakit penghapus dosa insyaallah.
“To all families and friends I would like to apologise and forgive me maafkan segala dosa dosa saya selama ini seikhlas ikhlasnya,” terangnya.
Maria juga turut memohib agar keluarga dan sahabat handai yang mengenali dirinya agar sedekahkan Al-Fatihah buat dirinya agar dapat cepat sembuh dari wabak jahat Covid-19.
“Saya mohon keluarga dan sahabat sedekahkan saya surah Al-Fatihah semoga dengan khasiat surah dapat menyembuhkan saya dengan izin Allah SWT, Ameen3 Saya sayang anda semua,” sambung Maria.
Sebelum ini, dia selalu cover shift terutama pada waktu maghrib. Siapa sangka, dulu majikan sekarang jadi tunang pula.
Gadis ini sama sekali tidak menyangka dalam diam bosnya memang berminat dengan agama Islam dan kerana agama jugalah mendekatkan hubungan mereka di peringkat awal perkenalan.
“Tidak pernah terlintas di fikiran saya perancangan Allah sebegini, terkejut sebenarnya dan saya harap urusan perkahwinan kami nanti dipermudahkan”.
Itu kata Nurul Anis Izzati Muzafar Shah, yang kisah pertunangannya dengan majikan sendiri, Aariz Yee Abdullah, 29, pada 9 Oktober lalu tular di media sosial.
Pada mulanya, hubungan mereka hanya sebagai pekerja dan majikan yang mana Aariz Yee yang belum memeluk Islam ketika itu sering membantunya apabila tiba waktu solat.
Namun, siapa sangka jejaka cina pilihan hati Nurul Anis Izzati itu juga berminat untuk memeluk Islam sejak mengenalinya Oktober tahun lalu.
“Saya bekerja sebagai pembantu jualan di kedai bakeri milik tunang dan dua lagi rakan kongsinya pada 20 Oktober tahun lalu.
“Pada mulanya, dia (tunangnya) selalu bantu ‘cover shift’ kerja saya terutama waktu Maghrib sehingga sanggup datang kedai bagi membolehkan saya menunaikan solat.
“Dia juga sering bertanya perihal solat, aurat dan Islam sehingga saya tidak sangka dia ada niat memeluk Islam,” katanya.
Menurutnya, Aariz Yee mula menyatakan hasratnya memilih untuk menjadi seorang Muslim pada Julai lalu.
“Bila dia menyatakan hasratnya untuk memeluk Islam, saya terus beritahu keluarga kerana saya juga tidak arif mengenai perkara ini.
“Alhamdulillah, keluarga banyak bantu memudahkan proses dia memeluk agama Islam dari awal hingga sekarang dan lebih kurang sebulan selepas itu baru dia menyatakan hasratnya untuk berkahwin dengan saya.
“Keluarga tidak menghalang malah menyokong hubungan kami walaupun nanti saya akan langkah bendul adik beradik lain,” katanya yang juga anak ketiga dari enam beradik.
Dia yang berasal dari Pasir Mas, Kelantan berkata, peribadi Aariz Yee yang sopan, baik dan bersikap lemah lembut terutama ketika bercakap membuatkannya tertarik.
“Dia melayan saya dengan baik, kesungguhannya mendalami Islam juga amat mengagumkan saya, surah al-Fatihah pun dia boleh hafal dalam masa satu hari saja.
“Mengikut perancangan kami ingin berkahwin Disember ini, namun terpaksa menunggu proses menukar kad pengenalan dan giliran di pejabat agama yang mengambil masa lama.
“Jadi kami tunggu sajalah sehingga semua proses dokumentasi selesai, jika ada rezeki dapatlah buat awal,” katanya yang menetap di Bandar Kinrara, Puchong.
Sementara itu, Aariz Yee yang juga anak bongsu dari empat beradik berkata, dia memilih untuk menukar agama bukan semata-mata disebabkan pasangannya.
“Masa minta izin dengan ibu bapa saya mereka tidaklah terus setuju, ambil masa empat hari juga untuk mereka beri memberi jawapan.
“Ibu bapa akhirnya memberi sokongan dan berpesan supaya saya bertanggungjawab serta tidak main-main jika memilih jalan itu (memeluk Islam).
“Memang tertarik untuk masuk Islam dan sekarang bila lagi banyak belajar, lagi bertambah minat saya dengan agama ini,” katanya yang menganggap penukaran agamanya ini sebagai permulaan baru dalam kehidupannya.
Bangkit Wanita Mingguan Wanita
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan https://t.me/bangkitwanitaMW
Setiap kali kelahiran anak, nama yang bakal diberikan memainkan peranan penting dalam membawa harapan dan maksud yang baik buat si anak. Atas pengharapan yang tinggi ingin anak menjadi seorang Ahli Linguistik apabila dewasa kelak, memberi idea ayah ini untuk menamakan anaknya, ‘ABCDEFG HIJKL ZUZU’.
Seorang kanak-kanak di Indonesia menjadi tular di media sosial baru-baru ini kerana memiliki nama ABCDEFG HIJKL ZUZU, lapor laman Tribunnews semalam.
Menurut bapa kepada kanak-kanak itu yang dikenali sebagai Zulfahmi, 41, idea untuk menamakan anaknya dengan nama pelik itu muncul ketika dia cuba menyelesaikan permainan teka silang kata pada tahun 2009.
Jelas Zulfahmi, daripada situ, muncul idea untuk menamakan anaknya dengan susunan abjad dengan harapan agar anaknya nanti boleh menjadi seorang ahli linguistik atau mempelajari ilmu mendalam tentang bahasa.
“Terdapat maksud tersirat di sebalik nama itu. Dulu, saya berhasrat untuk mempelajari ilmu bahasa, namun cita-cita tersebut tidak kesampaian,” katanya.
Menurut Zuzu, dia lebih kerap disapa sebagai ‘Adef’ di mana huruf ‘B’ dan ‘C’ daripada namanya itu dibuang.
Zulfahmi mendedahkan bahawa semasa kecil, anaknya itu pernah dijadikan bahan jenaka oleh rakan-rakan yang menyamakan nama pelik itu dengan produk yang memiliki abjad ABC di pasaran seperti Kicap ABC.
“Oleh kerana ejekan itu, dia tidak ke sekolah selama dua hari. Namun, kami tetap memberi semangat kepadanya dengan mengatakan bahawa satu hari nanti dia akan berbangga dengan namanya,” kata Zulfahmi.
Mingguan Wanita: Memang unik sungguh nama yang diberikan. Sebagai mak ayah kita bertanggungjawab untuk berikan nama yang baik-baik dan mempunyai maksud panggilan yang baik. Kasihan pada anak, bila diberikan nama pelik-pelik sebegini.