Cukup menyayat hati menyaksikan rakaman video viral 2 minit yang memaparkan seorang anak perempuan menangis teresak-esak sambil merayu cuba menjelaskan pada ayahnya agar dia juga perlu rehat dan bermain. Bukan hanya asyik dibebankan untuk belajar berterusan tanpa henti.
Di samping itu, âkeberanianâ budak perempuan ini dalam meluahkan perasaan yang terbuku di hatinya cukup mengagumkan. Bijak memberikan penjelasan dan hujah yang bernas, atas rasional tindakan ayahnya yang hanya tahu menyuruhnya belajar.
âSaya nak tanya satu soalan. Boleh tak?â
âAdakah saya layan ayah dengan teruk?â
âAdakah saya ada buat salah?â
âNamun tak kiralah apa pun, boleh tak ayah bagitau saya. Jadi saya boleh berubah.â
âSaya perlukan masa untuk diri sendiri. Tapi saya tak boleh ada kebebasan sendiri. Saya tak boleh nak habiskan semua masa yang ada dengan hanya belajar.Malah nak belajar semua pun, saya perlukan masa untuk berehat. Ayah faham tak?â ujar kanak-kanak ini sambil menangis teresak-esak.
âSaya dah habiskan semua kerja sekolah, dan semua kerja-kerja lain pun dah siap. Jadi apakah alasan yang membuatkan saya tak boleh bermain? tambah kanak-kanak ini.
âSaya dah siap semua kerja sekolah. Jadi apa masalahnya untuk saya bermain?â tegasnya sekali lagi.
Namun ayah kanak-kanak ini menjelaskan bahawa anaknya boleh bermain namun dalam tempoh yang tidak terlalu lama. Malah menjelaskan bahawa dirinya tidak memberikan tekanan pun pada anaknya.
Sebaliknya disangkal oleh anak bijak ini dengan menjelaskan bahawa dia selalu tidur pada pukul 9 malam, malah tak pernah pun bermain sehingga ke lewat malam.
âApa yang ayah suruh, robot pun tak mampu lakukan. Walaupun saya ada 8 tangan, pun saya tak mampu buat. Ayah masih rasa tak terlalu beri tekanan pada saya?â ujarnya sambil mengesat tisu dan mengharapkan ayahnya memahami apa yang dilaluinya selama ini.
Di akhir sesi luahan hati ini, budak perempuan ini sempat menasihatkan ayahnya supaya lebih faham dan menerokai kehidupan kanak-kanak ketika zaman ini.
Â
Mesti Baca:Teguran Buat Mak-Mak Jangan Sesekali Tanya Orang Lain âTAK AJAR ANAK KE?â
Baca Lagi Di Sini:Anak Sekolah ASRAMA Vs Harian, Dua-Dua Boleh Berjaya, Jangan Taksub Dengan Label Sekolah
Artikel Menarik:Mak Ayah Berhentilah âMicromanageâ Anak Sebelum Terlambat!
Mingguan Wanita: Kasihan sungguh.Pengajaran buat mak ayah, dengarlah luahan hati anak-anak iya. Mereka juga perlu ruang untuk bermain, selain hanya belajar semata-mata. Paling penting kena seimbangkan kedua-duanya.
Sumber:Today Online
Follow kami di Facebook , Website , Instagram, YouTube , Twitter , Telegram MW dan TikTok Mingguan Wanita untuk mendapatkan info, berita terkini serta artikel-artikel menarik.
Â